|
Nicki_Meow posted on 12-4-2013 04:23 PM
"Sentap...sentap! Sepak kang! Sudahlah...Meh sini aku ajar camna nak pikat Mamat Gayah!"
tetib ...
aaw..amboi..mamat gayah dlm konflik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau diseru2 puan lady kita weekend2 ni agak2 beliau akan muncul tak? Dpt di tepek barang se pos dua bat bacaan dihujung minggu best gak kan hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 12-4-2013 04:53 PM
ni baru suggest baju peplum...
kalo suggest baju halterback...mau kena start balik cerita...; ...
Gigih menggugel apekebendenya la hai halter back ni hikikhik
|
|
|
|
|
|
|
|
khaizarina posted on 13-4-2013 03:53 AM
Gigih menggugel apekebendenya la hai halter back ni hikikhik
amacam? berani pakai tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 13-4-2013 06:22 PM
amacam? berani pakai tak?
ai kasi hadiah kat jiha je la bila dia kawin nnt hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
khaizarina posted on 13-4-2013 03:46 AM
Kalau diseru2 puan lady kita weekend2 ni agak2 beliau akan muncul tak? Dpt di tepek barang se pos du ...
Jgn diseru2... Ai pun nak beramas mesra dgn encik hubby time weekend dear...
Ok, utk tak menghampakan, sepos je tauuu...
----
BAB 46
Rahul, I need you.
Segera dia menutup laptopnya lalu diisikan ke dalam beg. Barang-barang atas meja kali ini dibiarkan bersepah. Dia mahu segera mendapatkan Najiha setelah membaca mesej pesanan ringkas yang baru diterimanya dari gadis itu.
“Woi! Tak kan nak balik dah bro! Projek kita, apa cer?” Dali teman sepejabat menegur.
“Sorry Dani, aku kena balik sekarang.”
“Awal lagi kut...” Jam tangan direlingnya. Hmm... baru pukul 8:30 malam. Biasanya pukul 9 atau 10, baru mereka meninggalkan pejabat.
“Sorry bro, ada urgent matter. Esok kita jumpa, ok?”
Bahu Dali ditepuknya kemudian dia bergegas meninggalkan bilik pejabat. Dali hanya memerhatikan Rahul yang tampak begitu tergesa-gesa.
**********
Sambil melayan emosi, aku reling jam di pergelangan tangan. Hmm... mana dia? Aku masih menantikan kedatangannya. Ah! Dia main-main sajalah. Yang kau percaya sangat tu buat apa, Jiha? Aku tarik keluhan panjang. Harapan lelaki itu akan datang nampaknya hanya tinggal harapan. Aku kesat lagi air mata.
Sebenarnya aku tak terfikir langsung untuk memanggilnya, tapi fikiran aku benar-benar celaru atas apa yang terjadi di restoran. Mengingatkan kata-kata Rahul dahulu untuk memanggilnya jika aku memerlukannya, maka sengaja aku mencuba nasib. Walaupun mulut kata tak mengharap, tapi hati aku tidak. Dan aku sedikit kecewa setelah lebih setengah jam, lelaki itu masih tidak muncul. Tambah mengecewakan apabila dia langsung tak menelefon. Atau sekurang-kurangnya mesejlah aku balik. Pipi yang basah, aku kesat lagi. Kali ini aku gunakan hujung tudung.
“Lain kali gunakan sapu tangan, bukan tudung.”
Segera aku menoleh. Aku mengukirkan secalit senyuman melihat kedatanganya.
“And where is my handkerchief?” Lelaki yang kunantikan itu melabuhkan duduknya di sisi aku.
**********
Tu jekk... Just nak bg tau hero dah mai. Jgn jeles... Eddie... ketepi!
Last edited by ladyFinger12 on 14-4-2013 10:27 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
:drool3
Scene ujung mgu yg membuai perasaan.....
Lady, auntie ckp takat tu jelah ilmunya....
Sb.....pengeras blm abes bayor......
usu mintak byran ansuran bulanan tp auntie takmoh..
|
|
|
|
|
|
|
|
khaizarina posted on 13-4-2013 06:40 PM
ai kasi hadiah kat jiha je la bila dia kawin nnt hehehe
boleh jer pakai sendiri....
dlm rumah @ dlm bilik....
atau mcm seseorg tu....sambil buat cupcake
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 14-4-2013 10:24 AM
Jgn diseru2... Ai pun nak beramas mesra dgn encik hubby time weekend dear...
Ok, utk ta ...
Tq lady.....lady sgt memahami hehehe
almaklum ja la kan...bila dok jauh ni..ni ja la cara nak hiburkan diri huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
khaizarina posted on 14-4-2013 03:55 PM
Tq lady.....lady sgt memahami hehehe
almaklum ja la kan...bila dok jauh ni..ni ja la cara nak hib ...
Dok dgn famili ke atau masih study?
mode: bz bodi
----
Aku cuma menggeleng. Sapu tangannya memang aku tak bawa. Setelah membasuhnya, ia tersimpan elok dalam almari. Tak pernah sekali pun aku guna selepas itu. Kemudian dia menghulurkan sapu tangan yang baru dikeluarkan dari kocek seluarnya.
Pantas aku ambil dan mengesat air mata. Hingus yang hampir menjejeh aku sembur keluar dan aku kesat dengan sapu tangannya. Hilang sudah segala malu. “Terima kasih sebab sudi datang.” Ucapku apabila aku mula mengumpul kembali ketenangan.
“I told you... just call my name. Well, here I am... So, do you need my shoulder, honey?” Bahunya ditepuk dua kali.
Perbuatannya mengundang tawa kecilku dalam tangis yang masih tersedu. Terpapar seraut senyuman pada bibirnya. Aku tahu dia sekadar melawak. Memang taklah aku nak buat drama dengan mendaratkan kepala aku ke bahunya atau pun ke dadanya. Cukuplah drama yang berlaku di restoran tadi.
“Want to share anything?” Soalnya kemudian.
Aku menunduk sambil menelan liur. “Fahmi..” Bicaraku terhenti. Rahul menunggu aku meneruskan cerita. Wajahku direnungnya redup.
“Dia... dia...” Suaraku bergetar kerana menahan sebak yang mahu bertandang kembali. Tak tergamak aku menuturkan perkataan itu. Tak berupaya untuk aku menerima hakikat yang sudah aku sendiri rumuskan. Rahul masih tenang menantikan aku meneruskan bicara.
“Saya baru tahu Eddie boyfriend Lili.” Terus bertukar ayat sebenar yang hendak aku tuturkan.
“Okay.. Jadi awak sedih sebab Lili tak tahu boyfriend dia gay?” Aku menggumam lagi. Sukarnya hendak memulakan cerita.
“Bukan. Saya... err... kami.. terserempak dengan Lili di restoran tadi.” Aku meneruskan cerita setelah seminit dua berdiam.
“Kami?”
“Saya dan Eddie.” Mataku memerhatikan jejariku bermain-main dengan hujung tudung.
“Awak keluar dating dengan Eddie?” Suaranya kedengaran sedikit meninggi. Aku toleh dan pandang ke wajahnya.
“Bukan dating, ia cuma sesi kaunseling.” Aku lekas-lekas membetulkan salah tanggapan Rahul.
“Kaunseling di restoran?” Dari nada soalannya menunjukkan dia juga ragu-ragu.
“Kaunseling tak rasmi.” Bersungguh-sungguh aku cuba menjelaskan.
Last edited by ladyFinger12 on 15-4-2013 10:09 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Aik Rahul.... dengan Mat Gayah pun tergugat?
|
|
|
|
|
|
|
|
“Dengan penampilan macam ni? Tak hairanlah kalau Lili salah sangka. Atau awak memang nak mengorat Eddie? ”
“Mana ada!” Terjerit empat harkat tatkala aku mendengar tuduhannya. Namun, dalam diam aku akui kata-katanya. Selama ini Lili juga tidak pernah melihat aku bergaya macam hari ini.
“Sumpah! Saya tak ada niat apa-apa. Awak juga yang kata, saya perlu ubah penampilan saya supaya klien saya tak hilang mood.” Kata-katanya dulu aku jadikan alasan untuk membela diri. Rahul melepaskan tawa kecil. Aku tak pasti samada itu tawa mengejek atau tawa penyesalan sebab menyarankan aku ubah imej.
“Saya langsung tak tahu Cicak Kobeng tu Eddie...”
“Cicak Kobeng?” Kulihat keningnya bertaut.
Duhh... kenapa aku sebut nama Cicak Kobeng? Aku menggetap bibir kuat-kuat sehingga terasa kesakitannya. Geram dengan keceluparan mulutku yang bercakap tanpa diproses minda.
“Lili akan faham nanti. Biarkan dia bertenang dahulu.”
“Tapi Lili tak tahu Eddie tu gay, sebaliknya dia ingat saya rampas boyfriend dia!”
“Awak bercadang nak beritahu dia?”
Aku membungkam sejenak. Aku sendiri tak pasti. Kalau aku beritahu, bolehkah Lili terima? Aku menarik nafas berat. Kemudian aku menunduk sambil jejariku bermain-main kembali hujung tudung. Rahul juga tak bersuara. Hampir dua minit kami dilingkari kebisuan.
“Saya juga baru tahu yang Eddie merupakan teman rapat Fahmi.” Perlahan aku menuturkan kata-kata itu. Aku sudah mahu sebak kembali.
“Dan lelaki yang Eddie suka itu adalah Fahmi?”
Pantas aku merenung Rahul sebaik sahaja aku mendengar apa yang diungkapkannya. “Awak sebenarnya dah tahu, kan?” Bundar mataku merenungnya. Hatiku mengesyaki sesuatu. Patutlah dia tahu kisah Eddie. Pertanyaanku akhirnya terjawab melalui anggukan kepalanya.
Last edited by ladyFinger12 on 15-4-2013 10:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-4-2013 10:10 AM
Aik Rahul.... dengan Mat Gayah pun tergugat?
gay ada mcm2 gay. Yg ngap dua dua pun ada..
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 10:20 AM
gay ada mcm2 gay. Yg ngap dua dua pun ada..
Itu bukan Mat G, itu kategori B...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-4-2013 10:22 AM
Itu bukan Mat G, itu kategori B...
Ye lah... mana tahu eddie upgrade jadi Mat B?
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya mengenali Fahmi sejak di universiti. Dan saya pernah jatuh hati dengannya kerana perwatakannya. Bagi saya dia adalah lelaki gred A. Saya tak boleh terima dia gay. Awak faham tak perasaan saya?” Air mata jernihku jatuh semula. Aku cuba mengawal perasaan seboleh mungkin. Aku tutup mulutku dengan telapak tangan kanan apabila sebakku semakin mencengkam. Dituduh Lili cuba merampas kekasihnya tidaklah seperit mengetahui Fahmi lelaki gay. Kemudian aku mendengar bunyi helaan nafasnya.
“I wish I could comfort you in my arms... But Islam doesn't allow me to do so.”
Kupandang wajahnya tanpa kejip.
“Wipe your tears. Don't make me do it for you, Jiha.”
Bimbang dia mengotakan keinginannya, aku tarik hujung tudung yang terjuntai di dada. Dengannya kuseka air mata. Rahul memerhati tak berkutik.
“Sapu tangan tadi dah kotor, ok!” Aku menjelaskan perbuatan aku. Selepas dikata kolot, aku takut dikata sebagai pengotor pula nanti. Rahul tersengih sambil menggeleng.
“It's ok... I can even give you my cloth if you need it too.”
“Boleh jugak... Bak sini.” Aku membalas sindirannya. Lelaki itu pantas cuba membuka butang kemeja yang dipakainya.
“Heii!” Terkejut sungguh aku dengan aksinya. Kemudiannya dia tertawa. Lega aku bila aku menyedari dia sekadar mengacah. Aku juga turut tertawa akhirnya. Pandai dia buat aku panik.
“Rahul... Sejak bila awak tahu?” Soalku setelah sebakku pergi dan air mataku kering.
“Sejak pertama kali bertemu dengannya bersama Eddie di gym.” Kutelan lagi liur yang tersekat.
“Tapi... kenapa awak tak beritahu saya awal-awal lagi?”
“Awak akan percaya ke?” Sinis jawapannya.
Aku memperakui kata-katanya. Malah pada saat ini pun masih lagi sukar untuk aku percaya. “Tapi kenapa awak tak halang Dona dari mengahwini Fahmi?” Tak rela aku membiarkan Dona tersiksa.
Pertanyaan aku tak dijawabnya. Aku pandang ke wajahnya lagi. “Saya rasa bersalah terhadap Dona.” Rahul masih tak bersuara. Dia hanya merenung dengan pandangan redup.
“Rahul... Awak rasa, Fahmi mempergunakan Dona? Fahmi tak patut buat macam ni. Dia tahu Dona tak akan hidup lama, sebab itu dia pilih Dona, bukan saya. Dia tak pernah cintakan Dona. Malah dia pun tak cintakan saya sebenarnya. Fahmi cuma nak mengelak dari Eddie.” Aku meluahkan apa yang aku simpan dalam hati sejak aku mula membuat rumusan tentang Fahmi. |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 10:26 AM
Ye lah... mana tahu eddie upgrade jadi Mat B?
Harap..harap tidak. Moga-moga Abdul Hadi di upgrade menjadi Mat Straight....tiada G, tiada B mahupun T.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-4-2013 10:30 AM
Harap..harap tidak. Moga-moga Abdul Hadi di upgrade menjadi Mat Straight....tiada G, tiada B mahup ...
Meh kita sama2 mendoakan Abdul Hadi. TeamEddie... Sila berdoa untuk Eddie. Ayuh berjihad!
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 10:30 AM
“Saya mengenali Fahmi sejak di universiti. Dan saya pernah jatuh hati dengannya kerana perwatakanny ...
Perguna utk kebaikan apa salahnya cik jiha oiii.... kena kaunselor gak si jiha nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|