|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
NEXTTT!
buat sekian kalinya tanpa jemu akan ku laungkan kata keramat ini ...
|
|
|
|
|
|
|
|
cik meow jeng..jeng..jeng...
cepat ler sambungnya....merayap kat rumah org pepagi buat apa...?
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 20-9-2012 10:10 AM
cik meow jeng..jeng..jeng...
cepat ler sambungnya....merayap kat rumah org pepagi buat apa...?
...
Cari Ilham....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-9-2012 10:07 AM
salam fazss...
jawapan dia err.... JENG JENG JENG?
boleh sembelit ni.... heheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 61
Kota Paris, ibukota cinta, kota bercahaya. Sering menjadi ikon romantika percintaan di antara dua jiwa, laksana Romeo dan Juliet. Menara Eiffel, lambang Kota Paris. Di warwarkan sebagai tempat paling romantis di dunia hingga ada yang sanggup berhabisan semata-mata kerana hendak mengucapkan cinta kepada si dia bersaksikan Menara Eiffel ini. Tidak lengkap rasanya lawatan ke Perancis seandainya kaki tidak di jejakan Menara Eiffel.
Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini dibina antara 1887 dan 1889 sebagai pintu masuk Exposition Universelle, salah satu Pameran Dunia serta juga untuk merayakan Revolusi Perancis yang telah berusia satu abad. Menara Eiffel di rasmikan pembukaannya pada 31 Mac 1889 dan di buka pada umum pada 6 May tahun yang sama. Mempunyai ketinggian 300 meter, menara ini telah mendapat kunjungan hampir 6 juta pelawat setiap tahun.
“Dah puas bergambar?” Sonia hanya mengangkat kening sambil mencebik. Dia yang sememangnya meminati seni bina klasik, ralit mengambil gambar dari pelbagai sudut mercu tanda ternama itu. Eddie hanya tersenyum melihat gelagatnya.
“Langsung tak tahu menghargai seni” Sonia membalas, masih mencebik.
“Seni? Seni apa yang ada pada Eiffel Tower? Besi berceracak dari bawah ke atas. Lebih baik ke China, sekurang-kurangnya Tembok Besarnya lebih gah dari menara besi ni”
“Sudahlah. Kalau bercakap mesti nak menyakitkan hati” Sonia sudah malas mahu melayan. Kembali menumpukan perhatian kepada kamera di tangan. Mengambil seberapa banyak gambar yang boleh. Eddie tersenyum lagi.
“Just kidding, honey. Sama ada Tembok Besar China ataupun Eiffel Tower, kau tahu aku akan membawa ke mana saja yang kau ingin pergi. Asalkan kau ada bersama, itu sudah cukup bagi aku” Eddie memeluk bahu Sonia, erat. Sonia pula tersenyum. Dia pun hanya pura-pura merajuk, sekadar ingin bermanja dengan suami tercinta. Mereka kembali memerhatikan Menara Eiffel di waktu malam. Kelihatan cantik di sinari dengan cahaya lampu hingga ke puncak. Indah, memang indah.
Mereka mula berjalan menyelusuri Sungai Seine. Ini hari terakhir mereka di negara Perancis. Beberapa hari lepas, mereka telah melawat beberapa tempat-tempat menarik dan bersejarah di sini seperti The Arc de Triomphe, tugu peringatan untuk mereka yang terkorban dalam perang revolusi perancis. Juga telah ke Musee du Lourve, sebuah galeri seni yang di bina berbentuk pyramid kaca. Tak lupa juga gereja abad ke-12, Notre Dame Cathedral yang terkenal dengan seni bina bercirikan gothic di tengah kota Paris.
Eddie dan Sonia berpegangan tangan. Sesekali begurau senda dan ketawa menghabiskan sisa-sisa waktu mereka di negara yang bersejarah ini. Sempat singgah di café terbuka yang terletak di pinggiran sungai untuk mengalas perut. Tidak perlu makan bertemankan cahaya lilin di hotel mewah, berdua begini pastinya lebih romantis.
“Sejuk?” Eddie bertanya apabila melihat Sonia memeluk tubuhnya sambil sesekali menggosok bahu. Sonia hanya mengangguk. Eddie tersenyum, meraih Sonia dalam pelukan
“Mahu pulang ke hotel?” Sonia mengangguk lagi.
“Mari” Mereka berjalan beriringan lagi menuju ke tempat penginapan yang tidak jauh dari sini.
*************************************************************************
Last edited by Nicki_Meow on 21-9-2012 08:26 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-9-2012 10:50 AM
Salam readers.. sambung sikit...
Babe... nasib tak keluar hang punya tangan berapi...
ye memang suka bella n eddie tp nak tahu lebih pasal fandi dan fifi
|
|
|
|
|
|
|
|
redsentra posted on 20-9-2012 10:51 AM
ye memang suka bella n eddie tp nak tahu lebih pasal fandi dan fifi
Fifi & Fandi biar peram dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Want to take shower together?” Eddie bertanya sambil tersenyum.
“Later. I want to take a rest first” Sonia menjawab. Dia hanya memandang ke luar tingkap hotel tempat mereka menginap.
“Kenapa? Penat?” Sonia mengangguk.
“Come”Kening Sonia terangkat.
“Sini” Eddie menggesa supaya Sonia menghampirinya.
“Ada apa?” Eddie memutarkan biji mata. Akhirnya dia melangkah kepada Sonia lalu mencempung tubuh isterinya. Terjerit kecil Sonia kerana terkejut.
“Janganlah buat macam ni” Sonia merungut tetapi Eddie tidak di memperdulikan. Sonia di letakkan di atas katil secara perlahan-lahan. Kedua belah kaki isterinya di lunjurkan dan di letakkan di atas pehanya.
“Lenguh?” Sonia mengangguk. Tangan Eddie mula mengurut lembut betis isterinya. Sonia tersenyum. Terasa lega. Adakalanya terasa geli namun di tahan saja. Wajah suaminya di pandang dengan penuh rasa cinta. Usia perkahwinan mereka sudah pun mencecah tiga tahun. Penuh warna warni. Melancong ke Kota Paris ini adalah hadiah ulang tahun perkahwinan Eddie padanya. Kerana Eddie tahu, betapa dia amat menyukai tempat-tempat bersejarah.
Tetapi, jauh di sudut hati, Sonia rasa sunyi. Dia mahukan anak tetapi Eddie pula menolak. Eddie mengatakan dia mahu hidup berdua sahaja. Entah sampai bila, Eddie tidak pernah memberikan jawapan yang pasti. Kata Eddie, sudah cukup dia menanggung segala beban dan tanggungjawab. Tidak mahu lagi menambahkan sesak di dada dengan kehadiran seorang lagi yang perlukan perhatian dan pastinya, pengorbanan. Sonia menarik nafas.
“Sayang” Eddie memanggil.
“Ya?”
“There is something on your mind. What is it?” Eddie bertanya. Matanya tak lepas memandang Sonia.
“Well…” Eddie menanti kata-kata Sonia.
“I’m thinking… If only…” Kata-kata Sonia terhenti. Dia merenung wajah Eddie seketika. Dia tahu, tak guna sekiranya dia memberitahu hasrat hatinya yang mahukan anak kepada Eddie. Sudah berkali-kali mereka berbincang perkara yang sama. Adakalanya hampir berbalah. Eddie tetap dengan keputusannya tidak mahukan anak. Sonia mengeluh lagi.
“Yes…” Eddie masih menanti.
“Kau tahukan, aku terlalu sayangkan kau” Eddie mengangkat kening. Dia tahu, ada sesuatu yang mengganggu fikiran Sonia.
“Kenapa ni?” Sonia tersenyum, soalan Eddie tidak di jawab. Dia bergerak menghampiri suaminya lantas memeluk erat.
“Hei…sayang. Kau menakutkan aku, kau tahu?”
“Takut, kenapa?”
“Sikap kau berlainan sekali. Apa yang mengganggu fikiran kau?”
“Tak ada apa-apa. Cuma aku berharap kasih sayang kita akan kekal selamanya”
“Kau tak percaya yang aku sayangkan kau? Sudah tiga tahun kita berkahwin, perasaan aku pada kau masih seperti dulu. Tidak pernah kurang walau sedikit”
“Kau sanggup lakukan segala-galanya untuk aku?” Sonia sengaja bertanya begitu.
“Sonia…you know the answer. Anything and everything”
“Aku mahu anak, itu yang kau tak mahu berikan!” Sonia menjerit dalam hati. Namun secara luaran, dia masih menguntum senyum. Sonia melepaskan pelukan lalu duduk berhadapan dengan Eddie. Dia bertindak agresif. T-Shirt berkolar yang di pakai Eddie di tarik ke atas.
“Hei…sabarlah” Eddie tertawa melihat telatah Sonia.
“Eddie, what is that?" Sonia melalukan jarinya ke dada Eddie, ke tatu bertulisan perancis yang terpahat di situ.
Mon Amour Toujours Sonia
“Semalam, masa kau tertidur waktu petang, aku ke kedai hujung jalan ini. Aku ingin abadikan nama kau, aku ingin abadikan cinta kita. Lalu aku tuliskan tatu ini, khas untuk kau”
“Apa maksudnya?”
“My Love Forever, Sonia” Sonia terharu, merenung terus ke anak mata Eddie.
“I Love you, Eddie”
“I love you too, Sonia” Eddie membalas.
“Love me now…” Sonia lantas menolak Eddie rebah ke katil.
Maafkan aku Eddie. Aku benar-benar mahukannya dan aku akan dapatkannya walaupun kau tak mahu...
********************************************************************
Last edited by Nicki_Meow on 21-9-2012 08:29 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebulan selepas itu
Eddie berkerut melihat alat ujian kehamilan di dalam bilik air. Milik siapa lagi kalau bukan milik Sonia. Dan, yang paling mengejutkannya, ujian itu positif! Eddie terasa berang. Sudah berkali-kali dia menegaskan, dia tidak mahu anak! Kenapa Sonia tetap berdegil?
“Sonia!” Sonia yang ketika itu sedang duduk membaca majalah di atas katil mengangkat muka memandang Eddie. Dia sudah menjangka yang situasi ini akan berlaku. Dia sudahpun tahu tentang kehamilannya lebih awal lagi. Dan dia sengaja membiarkan alat ujian kehamilan itu di dalam bilik air. Biar Eddie tahu yang dia telah hamil.
“Sonia, apa ni?” Eddie bertanya keras.
“Pregnancy test kit” Sonia menjawab selamba.
“I know that. What I want to know is, why is it positive?” Sonia diam. Dua bulan sebelum ke Paris, dia sudah berhenti mengambil pil perancang kehamilan. Dia benar-benar mahukan anak.
“It’s positive because I’m pregnant” Sonia membalas. Mula berang dengan sikap Eddie.
“Kenapa kau degil, Sonia? Aku sudah katakan, aku tak mahu anak. Anak itu akan menyusahkan kita nanti” Pedih hatinya mendengar Eddie berkata begitu. Ini anaknya, anak mereka, tanda cinta mereka dan Eddie kata ianya akan menyusahkan?
“Tapi kenapa?”
“Naga Timur perlukan aku”
“Jadi, apa masalahnya?”
“Aku tak mahu di bebankan dengan pelbagai perkara. Aku lebih suka hidup begini. Lagipun, aku tak yakin kita mampu menjaga anak dalam keadaan seperti ini”
“Alasan! Selama ini, kau membesar dalam keluarga Naga Timur. Aku juga begitu. Tak pernah ada masalah pun” Eddie mengeluh.
“Cara aku membesar dan cara kau membesar tak sama”
“Sama saja. Kita masih sekeluarga” Eddie diam.
“Aku tak mampu menjadi seorang bapa yang baik” Eddie berkata perlahan lalu mengeluh lagi.
“Kita boleh belajar, Eddie. Aku juga tak pernah jadi ibu tapi kali ini, aku benar-benar mahu merasai pengalaman itu”
“Eddie.. “
“No”
“Eddie..tolonglah. Aku benar-benar mahukan anak”
“Aku tak mahu anak. Kenapa kau degil Sonia?”
“Apa yang kau mahu lakukan? Anak ini sudah pun berada dalam perut aku!” Sonia mencabar garang.
“Gugurkan anak itu. Aku tak mahu”
“Apa?”
“Gugurkan!”
“Eddie… kau dah gila? Ini anak kita Eddie. Sampai hati kau!” Air mata Sonia mula mengalir. Sungguh dia tidak menyangka yang Eddie sanggup menyuruhnya menggugurkan kandungan.
“Eddie, tolonglah. Kau cakap kau cintakan aku. Kau sanggup buat apa saja untuk aku. Kali ini saja aku merayu. Aku mahukan anak ini. Aku janji, aku tak akan minta apa-apa dari kau lagi selepas ini” Sonia merayu. Eddie tetap membatukan diri.
“Eddie… please. Kalau Naga Timur yang sebabkan kau tak mahu anak, kita tinggalkan saja. Kita bina hidup baru jauh dari sini. Hanya kita berdua, dan anak kita”
“Naga Timur warisan keluarga aku”
“Kau boleh tinggalkan pada Sony kan? Aku yakin Sony mampu menjadi ketua yang baik”
“Kau tak faham Sonia…”
“Apa yang aku tak faham?” Sonia menjerit. Melontarkan semua kekecewaannya pada Eddie.
“Eddie…” Sonia memanggil lagi apabila Eddie kembali mendiamkan diri.
“Gugurkan” Eddie membalas dengan hanya satu perkataan. Dia kemudiannya melangkah keluar dari bilik itu, meninggalkan Sonia yang mula teresak-esak.
****************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba mengigil baca.Hahahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
freddianza posted on 20-9-2012 11:17 AM
Tetiba mengigil baca.Hahahahaa
Gigil pasaipa?
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah nya ... apesal nak gigil2 plak ... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ish! camnie lambatlah citer FIFI erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
shahrinas posted on 20-9-2012 11:20 AM
ish! camnie lambatlah citer FIFI erkkk...
Lambat sikit le Nas.. mungkin lepas 3,4 episod lagi... (berdasarkan kemampuan... huhuhu)
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-9-2012 10:50 AM
Salam readers.. sambung sikit...
Babe... nasib tak keluar hang punya tangan berapi...
Salam.
Auntie vote for Bella & Eddie. Cam sesuai gitu....
Anak diaorg nanti, akan jadi ChinlandaYu.... Hehehe...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|