CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: telracs

Sembang Santai Episod 8 Malaysia Tanah Pusaka Bertuah

 Close [Copy link]
Post time 18-9-2025 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam Saka Dawa – Tibet
Perayaan ini untuk memperingati kelahiran, pencerahan, dan wafatnya Buddha. Orang Tibet percaya segala amalan baik atau buruk dilakukan pada bulan ini digandakan 100,000 kali, maka mereka berlumba-lumba melakukan amal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2025 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tradisi Mengecat Tengkorak – Bolivia
Ada satu perayaan bernama Día de las Ñatitas, di mana masyarakat akan menghias tengkorak manusia sebenar dengan bunga dan topi, dipercayai tengkorak itu membawa tuah serta melindungi keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kanamara Matsuri – Jepun
Lebih dikenali sebagai Festival Phallus Besi, orang Jepun mengarak patung berbentuk kemaluan lelaki gergasi. Dahulunya, ia adalah ritual kesuburan, tetapi kini menjadi festival popular untuk menarik pelancong.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Thaipusam – Malaysia & Singapura
Penganut Hindu membawa kavadi (struktur dihias indah) ke kuil sambil berpuasa dan berpantang. Ia melambangkan pengorbanan, kesabaran dan penebusan dosa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanami – Jepun
Tradisi menikmati keindahan bunga sakura. Orang Jepun percaya ia mengingatkan manusia tentang kesementaraan hidup — bahawa segala yang indah pasti sementara.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Gawai Dayak – Sarawak
Perayaan menuai padi, disambut dengan tarian, muzik, dan makanan tradisional. Ia adalah tanda kesyukuran atas rezeki yang diterima.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2025 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ma’nene – Toraja, Indonesia
Keluarga akan membuka kubur leluhur, membersihkan jasad, dan memakaikan pakaian baru. Bagi mereka, kematian bukan perpisahan mutlak, tetapi hubungan berterusan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cheese Rolling – England
Peserta mengejar roda keju besar yang digolek dari bukit curam. Ramai yang terjatuh berguling, cedera, tetapi mereka tetap anggap itu seronok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2025 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Endocannibalism – Amazon
Ada suku kaum di Amazon yang memakan abu mayat ahli keluarga sebagai cara menghormati roh mereka supaya tetap “hidup” dalam diri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Thaipusam (versi ekstrem)
Selain kavadi biasa, ada penganut yang menindik badan dengan besi panjang, mencucuk pipi, atau lidah, sebagai simbol pengorbanan kepada dewa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Festival Gergaji Jari – Suku Dani, Papua
Kaum wanita suku Dani akan memotong hujung jari jika ahli keluarga meninggal dunia, sebagai lambang kesedihan dan ikatan kasih yang mendalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
KHASIAT POKOK MALBERI

Beberapa hari yang lalu,  sahabat saya, Ustaz Dato' Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.

Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun  Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa  makan daun ini,  ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.

Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai  bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini  Apa tidaknya, dah lama dia  mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang,   karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.

Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini.

Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.

Sebenarnya  orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu  sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah  dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya  lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak  boleh dimasak lemak cili api

Jangan tak tahu, daun mulberi  juga boleh dibuat teh. "Teh daun mulberi"...wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.

Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi  khasiat pokok ini.

Saya turunkan sekali lagi khasiat  pokok malberi ini  iaitu antara lain dapat  membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :

????Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
????Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
????Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
????Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
????Membantu dalam kehilangan berat badan
????Mengurangkan keadaan asma yang teruk
????Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
????Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
????Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
????Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
????Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
????Menambahkan tenaga
????*Meningkatkan produksi susu badan*
????Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.

Nak apa2 info tambahan, pls  google ya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
18 September 2025 ~

KENYATAAN AKHBAR D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR

Beta ingin memberi pandangan berhubung isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Selepas membaca maklumbalas daripada pelbagai pihak, Beta mahu agar isu ini dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu.

Beta tiada halangan sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu.

Sebab itu, Beta mahu dalam setiap butir pertimbangan yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan mengenai hal ini, sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan Kampong Bharu harus diambil kira.

Kampong Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1899 dan diiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu untuk tujuan pertanian, hasil kurniaan daripada nenda Beta, Sultan Selangor Ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 sebagai rizab Malay Agricultural Settlement (M.A.S).

Beta ingin mengimbas semula susur galur sejarah dan peristiwa penting orang Melayu yang telah berlaku di Kampong Bharu dan harus dipelihara. Ini kerana Beta sendiri pernah menetap dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Raja Muda di Kampong Bharu, ketika ayahanda Beta, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Raja Muda Selangor. Allahyarham ayahanda kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga lahir di Kampong Bharu di mana Tengku Permaisuri sekeluarga tinggal dan membesar.

Sebagai nadi pembangunan Kuala Lumpur pada suatu ketika, Kampong Bharu menempatkan Kelab Sultan Sulaiman, lokasi berlangsungnya Kongres Melayu SeMalaya pada tahun 1946 yang mencetuskan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Semasa tragedi 13 Mei 1969, Kelab Sultan Sulaiman juga dijadikan tempat perlindungan orang-orang Melayu. Padang Kelab Sultan Sulaiman turut digunakan sebagai tempat latihan pasukan bola sepak Selangor sebelum terbinanya Stadium Merdeka. Kini, Bangunan Warisan Kelab Sultan Sulaiman masih menjadi hakmilik Kerajaan Negeri Selangor.

Bukan itu sahaja, sebelum Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, kediaman rasmi  Dato’ Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor juga berada di Kampong Bharu.

Lebih nostalgik, persefahaman pernah dicapai supaya Masjid Jamek Kampong Bharu yang telah dirasmikan oleh Sultan Selangor ke-6, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, harus dikekalkan di lokasi sedia ada dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain.

Sesungguhnya, Kampong Bharu adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900.

Justeru, Beta ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kampong Bharu memainkan peranan penting kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di Kuala Lumpur. Maka, sebarang keputusan atau usaha-usaha pembangunan di Kampong Bharu harus mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan juga untuk jangka masa panjang.

“PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM”

“BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN NEGARA”


D.Y.M.M. SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL-HAJ
SULTAN SELANGOR

Tarikh :   18 September 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenaga Alam

Matahari melepaskan tenaga ke bumi dalam 1 jam yang lebih banyak daripada penggunaan tenaga manusia setahun.

Angin kencang di permukaan bumi cukup untuk menjana tenaga elektrik bagi seluruh dunia, jika ditangkap dengan teknologi sempurna.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa Itu Kortisol?

Kortisol ialah hormon stres utama yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal (letak atas buah pinggang).

Ia dipanggil “hormon fight-or-flight”, sebab bantu tubuh kita bertindak bila ada tekanan.
Ritma Kortisol Dalam Badan

Kortisol ada “jam” sendiri, dipanggil ritma sirkadian:

Pagi (6-8am) – paling tinggi → bagi tenaga untuk bangun & fokus.

Tengah hari – mula turun perlahan-lahan.

Malam – paling rendah → bagi tubuh rehat & tidur.
Fungsi Kortisol

Bagi tenaga segera – tingkatkan gula dalam darah bila perlu.

Kawal metabolisme – bantu proses lemak, protein & karbohidrat.

Anti-inflamasi semula jadi – turunkan keradangan dalam badan.

Atur tekanan darah.

Bantu memori jangka pendek (sebab tu bila panik, kita tiba-tiba “ingat semua detail”).
Bila Kortisol Berlebihan

Stres kronik buat kortisol terlalu tinggi → kesannya:

Sukar tidur.

Berat badan naik (terutama perut).

Cepat marah / moody.

Sistem imun lemah → senang jatuh sakit.

Risiko penyakit jantung & kencing manis meningkat.
Cara Semula Jadi Kurangkan Kortisol

Tidur cukup & teratur.

Senaman ringan (jalan kaki, yoga, berenang).

Ketawa & relaksasi – terbukti boleh turunkan kortisol.

Makan makanan seimbang – elak gula berlebihan.

Meditasi / zikir / doa – aktiviti tenang turunkan stres.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
#1459
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
# pat blas  nam ploh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:59 AM GMT+8 , Processed in 3.668295 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list