CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Sarirsa

Mohon Maaf Pada Kakak Ipar, Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni

  [Copy link]
Post time 24-2-2020 04:04 PM | Show all posts
Pasal grab tu kan, iols takde pulak dengar dayah cakap naik grab
Yg ali petik grab tu dia dengar dari mana?
Yang sokong Ali ni iols rasa orang2 mcm ali ngn bini dia rasanya
Menyokong benda2 lagha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2020 04:05 PM | Show all posts
nuril86 replied at 24-2-2020 03:51 PM
tulaa.. hidayah tu ckp sket je.. xde pon naik grab ke ape.. tp keli afrika ni punye melantun mcm h ...

ni aku dpt dr astro gempak sedih nya hidayah
saat2 tanda2 abam nak pergi


EKSKLUSIF: "Kalau Abang Takda Jaga Diri & Anak" - Isteri Abam Bocey Dedah 10 Tanda Sebelum Meninggal Dunia

Zulaikha Yusof
BY ZULAIKHA YUSOF

24 FEBRUARI 2020. 11:21 AM
Hiburan
EKSKLUSIF:

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.  

Gempak berkesempatan untuk bertemu dengan balu pelawak itu, Siti NurHidayah Mohd Ali, 28, bersama anak lelaki mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery yang kini berusia lapan bulan di kediaman keluarganya.

Di sini, Gempak kongsikan tanda-tanda sebelum Abam meninggal dunia yang disedari oleh Hidayah.

1. Sebulan sebelum arwah meninggal, dia nak balik kampung (keluarga mertua) dulu untuk makan beramai-ramai.

Bila sampai masa untuk makan, selalunya arwah akan berada di meja makan. Tapi, masa tu arwah nak makan sekali bersama-sama ahli keluarga lain bersila di bawah. Lepastu dia makan juga pucuk ubi yang dimasak oleh Hidayah walaupun keras.

2. Dalam tempoh itu juga, setiap hari arwah suruh masak telur dengan sayur-sayuran.

Sampai ditegur isterinya tak jemu ke makan benda yang sama. Arwah cakap,"abang tak pernah jemu dengan masakan sayang".

3. Hidayah dan Hamzah akan ikut arwah pergi ke mana-mana. Mereka ke Johor dan masa 'rehearsal' Maharaja Lawak Mega (MLM) arwah bawa Hidayah dengan Hamzah sampai ke tengah malam.


Sebelum ni arwah tak pernah bawa. Itu adalah kali pertama dan terakhir sepanjang perkahwinan mereka.



4. Arwah luahkan perasaan untuk makan asam pedas pada hari Rabu tapi kena ke Melaka.

Mereka gerak dari pagi ke sana lepas makan tengah hari arwah rasa tak puas sebab tak kena dengan citarasa.

Malam tu, ulang lagi sekali makan yang sama, baru lah kena dengan tekak arwah. Arwah juga nak makan cendol durian lalu terus dibelikan.




5. Hari Jumaat tu, sampai saja depan rumah arwah cakap dengan kawan-kawan dia,"kalau aku buat salah, aku minta maaf tau."

6. Malam tu sebelum nak tidur, arwah peluk Hidayah dan Hamzah sambil saling memandang.

Arwah cakap, "sayang kalau abang takda, jaga diri, jaga anak tau sambil menangis. Hidayah terdiam tanpa berkata-kata.

7. Keesokkan harinya (Sabtu), arwah demam dan sakit kepala. Masa Hidayah masuk bilik, arwah pegang tangan sambil ulang cakap benda yang sama.

Banyak kali arwah ulang,"dengar ni abang pesan, kalau abang takda jaga diri dan anak." Hidayah fikir arwah main-main ja.

8. Hari Ahad, arwah dah mula mengadu tak larat dan sakit kepala sangat. Hidayah suruh arwah mandi dulu sebelum jamah makanan.

Hidayah ikut arwah ke bilik air dan masa tu arwah minta dimandikan. Hidayah turutkan saja.

Lepastu, Hidayah ajak arwah makan tapi pada awalnya ditolak. Hidayah paksa juga arwah makan nasi dengan sup ayam bersama-sama.

9. Dalam pukul 2 pagi, arwah minta nak mandi sebab berasa panas. Lepas selesai tu, arwah duduk di kerusi sambil cakap dia dah tak larat.

Walaupun arwah tengah sakit, dia tetap ambik kisah pasal Hidayah. Sentiasa tanya sama ada okey ke tak.

10. Dalam pukul lima lebih arwah cakap nak rehat. Kebetulan masa tu Hamzah merengek nak susu. Arwah tidur di belakang Hidayah dan bila Hidayah bangun perasan hidung arwah berbuih.

Mula-mula Hidayah fikir arwah letak tuala yang diberi namun salah tanggapan tu. Memang buih dan apabila dikejut arwah sudah tidak memberi respon.

Al-fatihah (dibaca). Semoga arwah Abam ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:10 PM | Show all posts
sagilicious replied at 24-2-2020 09:54 AM
Sagi pun SR jer selama ni…

Kita x rase pun Dayah cakap direct kat mak Ali pasal makan harta anak ...

Kan dia pergi Melaka tu sume kan, siap makan asam pedas, cendol
Memang lah arwah tu selalu ada duit dalam wallet dia
Tapi yang ko tudun bini dia amik tu elok ke?
Kalau bini dia tak amik, ko sibuk nak cek kenapa?
Poyo je lebih, konon nak jalankan amanah
Ko jaga jelah anak bini ko
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:13 PM | Show all posts
tomatome replied at 24-2-2020 09:09 AM
Kalau btl dia keturunan syed syarifah mmg direct dr nasab nabi dah lama btahun2 tukar nama x letak ...

Nak tanya boleh? Maap lah kalau soalan ni bodoh ke/tak masuk akal
Tapi kan, memang dah lama curious
Kenapa ek, yg nama sharifah/syed ni kan
Muka dorang bukan muka arab
Tapi muka india/mamak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
rukia2 replied at 24-2-2020 03:22 PM
Kenapa nk malu? Sapa kata rumah dayah?  Rumah tu abang aku yg bina guna duit dia...so, itu kira ru ...

Gelojohnya hang. Lagi ungkit Dayah baru 2thn dlm keluarga.  Memang bukan Dayah punya, tak atas nama Dayah ttpi Dayah dn anak ada hak faraid  atas rumah. Adik beradik numpang je. Kalau dijual rumah adik beradik melopong OK.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:17 PM | Show all posts
bagos sila berambos..lawak ko pon lawak paksa org gelak..kalau bukan arwah abam meninggal sape pon tak kenal kau ni uwekkk...mulut hangsuang menampak kan peribadi hansuang jua get lost
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 24-2-2020 04:13 PM
Nak tanya boleh? Maap lah kalau soalan ni bodoh ke/tak masuk akal
Tapi kan, memang dah lama curio ...

Ni nama syed jumaat.. huhu

Dl ramai pedagang mai dr india.. kalau lahir jmaat je trus ltk syed syatifah kt depan.. atau ada ug da bkawen campur.. arab pun byk suku.. x semuanya berkulit cerah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 24-2-2020 04:10 PM
Kan dia pergi Melaka tu sume kan, siap makan asam pedas, cendol
Memang lah arwah tu selalu ada du ...

ntah, siap cakap dia kenal abangnya lebih dari hidayah. dah hidup 31 tahun dengan arwah, dayah baru 2 tahun. padahal bukan dia yang disisi arwah masa akhir hayat arwah. suka2 je membinatangkan kak ipar sendiri.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2020 04:19 PM | Show all posts
tomatome replied at 24-2-2020 04:18 PM
Ni nama syed jumaat.. huhu

Dl ramai pedagang mai dr india.. kalau lahir jmaat je trus ltk syed ...

Sbb yg mcm ali ni, kemain nama syed ali mubarak
Nama dia mcm nama mamak kan
Tu yg ingat dia adik beradik dgn mamak puteh tu


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:22 PM | Show all posts
claudya replied at 24-2-2020 04:19 PM
ntah, siap cakap dia kenal abangnya lebih dari hidayah. dah hidup 31 tahun dengan arwah, dayah bar ...

Memang lah orang tu kawin 2 tahun, tapi dia kenal laki dia dari kenal ko
Macam ko lah.. kawin dgn bini ko baru je
Anak yg meninggal pun baru je
Apa perasaan ko klu org ckp, eleh anak ko tu baru je lagi ko kenal
Takyah sedih2
Pastu nak pertikai sape dayah
Kitorang keluarga.. Nak je cepuk mulut dia..
Pastu nangis2 tu iols takde rasa sedih pun, rasa mcm dia berlakon nak mintak simpati je ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:29 PM | Show all posts
nordin84 replied at 24-2-2020 01:51 PM
rakyat marhaen kalau kite xbgtau dan bwk dokumen2 penting smpi kiamat bank xkan frozen..pasal tu r ...

setahu saya selagi x declare kt JPN tuk sijil mati selagi tu ler bank x kan simply nk close@block acc arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun M pun dah letak jawatan. Ali susun ni bila pulak nak letak jawatan sbg pengambil kuasa harta Abam. Pulangkanlah balek kpd Dayah, biar lawyer yg urusan.  Ali n adik beradik boleh tunggu bhgn yg mak Dia akan dpt.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 24-2-2020 08:05 AM
ni aku dpt dr astro gempak sedih nya hidayah
saat2 tanda2 abam nak pergi

menangis weyy bace ni.. sumpah... dia abeskan mase dia ngan hidayah... mcm mnelaa hidayah tu x terkesan teruk... mase banyak habis bersama... hish... nonstop plak mengalir air mate ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:50 PM | Show all posts
sedih dengan apa yg jadi kt dayah ni. kuat betul hati dia, semoga ko terus kuat n tabah dayah. iols doakan segala urusan ko akan dipermudahkan Allah.
ko kena sabar, Allahu iols sedih betul laaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 24-2-2020 04:17 PM
Gelojohnya hang. Lagi ungkit Dayah baru 2thn dlm keluarga.  Memang bukan Dayah punya, tak atas nam ...

Gelojoh kan??  Tp realitinya ada je org fikir camni..siyess geleng kepala tengok org perangai camni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 05:41 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 24-2-2020 04:10 PM
Kan dia pergi Melaka tu sume kan, siap makan asam pedas, cendol
Memang lah arwah tu selalu ada du ...

Baru baca pasal tu tadi... sedihnya..

Arwah pergi melaka tu bukan dengan dayah dan Hamzah jer...
tapi kawan2 Abam pun ade ikut kan...

Arwahmemang sayang sangat kat dayah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2020 05:44 PM | Show all posts
dani-rox replied at 24-2-2020 03:46 PM
Ai baca transkrip nih, masih ai tak nampak celah mana Hidayah layak dipanggil 'berhati binatang'. Ke ...

kena copy paste tempek ke dahi ali tu..apa jwpn dayah yg ali sentap sgttt haaaaaaaaaa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 24-2-2020 11:05 AM
sapa yg terkesan sgt dgn kisah org lain itu patot amek iktibar lah
memanglah kita pada dasar adal ...

senang nya nak maafkan orang..wali2 betul perangai uols yew
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 24-2-2020 04:05 PM
ni aku dpt dr astro gempak sedih nya hidayah
saat2 tanda2 abam nak pergi

Tp tegarnya tak p hosp. Im sure duit ada je utk admit thru emergency private hosp. Then ada dlm health facilities blh tgk tgkan arwah haihh sedihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 05:58 PM | Show all posts
bukannonones replied at 24-2-2020 12:35 PM
Teringat dulu masa Dayah bersalin, ada netizen kata anak abam tu tah-tah bukan anak dia. As if nak ...

ade terbaca kat tred yg dah katup tu, si ali ni yg gi pelempang pakcik tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.373877 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list