|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 22-6-2015 07:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 22-6-2015 11:16 PM
"Abang.. Abang cintakan Fiha tak?"
Soalan cepu mas ditanyakan oleh Safihah membuatkan Rayyan tersedak. Hampir tersembur air kopi yang dihirup. Tangan pantas mencapai tisu. Mengesat lelehan dibibir.
"You demam ke apa, Fiha?" Rayyan gelak. " Of course lah I sayangkan you ! You isteri I . Ibu anak anak I." Memang Rayyan berkata benar. Kehadiran Safihah pernah menyinari hidup Rayyan sewaktu diri terkapai kapai meratapi 'kematian' Jie.
"Tapi abang cintakan Jie, kan?" Safihah tidak mampu berlakon lagi. Sejak mengetahui rencana Rayyan dan Zeeta, hati takut berdepan kenyataan kehilangan Rayyan.
Rayyan menghela nafas panjang.
"Yes.. Memang I cintakan dia.. Tapi you jangan risau ! I takkan sia siakan you.." Kalau dulu Rayyan akan menafikan untuk menjaga hati Safihah tetapi kini biarlah kebenaran terungkai.
"Abang... Jie dah ada anak dengan Zafrey ! Kenapa isteri orang juga yang abang kejar? Apa yang kurang dengan Fiha sampai abang susah nak lupakan perempuan itu?!" Kesabaran bertahun makin terhakis. Safihah kecewa dengan Rayyan.
"Stop it, Fiha !" Rayyan rimas.
"Salah ke I nak dapatkan cinta I? Sekurang kurangnya I tak abaikan you... Now you pula bagitahu I.. Apa yang kurang sampai you pertikaikan tindakan I?" Nada suara Rayyan meninggi. Marah.
"Duit, kereta, rumah semua kemewahan I bagi pada you.. Apa lagi yang tak cukup?! I tetap hormati you sebagai isteri I.. I tak pernah pandang perempuan lain selain you cuma..."
" Cuma apa? Cuma Jie seorang yang buat abang goyah? Gila bayang? Sudahlah abang.. Lupakan Jie !" Safihah memintas kata kata Rayyan. Air mata mengalir deras dipipi gebunya.
"Fiha tetap cintakan abang.. Baik buruk abang, Fiha terima seadanya.." Air mata dikesat dengan hujung jari.
"Fiha tak perlukan semua harta dunia itu, abang ! Fiha nak abang cintakan Fiha.. Salah ke?" Wajah suaminya ditenung. Tiada reaksi dari Rayyan.
"Lagi satu abang, tolong hentikan rancangan gila abang untuk dapatkan Jie balik.. Please abang !" Safihah tunduk merayu.
"I nak keluar.. Bosanlah duduk rumah dengar you membebel.." Rayyan bingkas bangun. Panas hati dengan Safihah.
Jenuh menanti dari tadi. Rayyan kepingin untuk bertemu Jie. Hampir 2 jam berlalu tiada bayang Jie menjelma. Memandangkan sudah terlanjur menunggu lama, Rayyan setia diam dalam kereta meninjau keadaan sekeliling. Untung nasib bertemu wajah yang dirindu.
Mata menangkap kelibat Jie keluar dari sebuah kereta dipandu lelaki asing. Bukan Zack. Samar mengecam lelaki yang memandu. Azim ! Rayyan pening memikir kaitan Azim dan Jie keluar berdua duaan. Tanda tanya terbit.
"Sayang.." Rayyan segera mendekati Jie sebaik saja kereta yang dipandu Azim berlalu.
Jie sedang berpaling untuk masuk ke dalam terkejut menerima kedatangan Rayyan.
"You nak apa, Ray ?!" Jie menyoal tidak senang.
"I nak berborak dengan you... Please sekejap saja.."Pinta Rayyan mengharap Jie sudi mempertimbangkan.
"Sorry Ray.. I penat.." Jie pantas menolak. Keluar berdua dengan Rayyan mungkin hanya akan menambah masalah. Cukuplah kekalutan yang ditanggung buat masa ini.
"Please sayang ! I baru nampak you keluar dengan lelaki lain.. Tak payah nak berlakon baik depan I.." Rayyan tak nafikan terselit cemburu melihat Jie disisi Azim sebentar tadi. Lantas terus saja mulut lantang bertutur begitu.
"You are too much , Ray !" Satu tamparan tepat mengenai pipi Rayyan. Jie sakit hati.
Tindakan Jie membuatkan Rayyan yang sememangnya baran bertambah panas. Menarik kasar Jie ke sisi.
"I ajak you secara baik. You memang suka kena paksa, kan? I nak you ikut I sekarang.." Mudah saja untuk Rayyan mengangkat tubuh langsing Jie masuk ke kereta.
Jie meronta ronta namun sukar menandingi kekuatan Rayyan. Menjerit sekuat hati tetapi Rayyan lebih pantas menekup mulutnya.
"Jangan risau I takkan apa apakan you..." Rayyan memberi jaminan. Mengusap rambut Jie yang berada disebelah. Wajah Jie tampak pucat. Takut dengan Rayyan barangkali.
"You teman I jalan jalan kejap.." Rayyan ingin menikmati keindahan cinta bersama Jie. Mengembalikan nostalgia saat bersama dulu.
"Ingat tak kali pertama I jumpa you dekat sini?" Rayyan senyum sambil mengenggam erat tangan Jie. Mengharap Jie masih mengingati tempat bersejarah sepanjang hubungan mereka.
Jie diam. Menghirup Ice Lemon Tea didalam gelas. Jauh disudut hati Jie bersimpati dengan Rayyan. Masih hanyut dibawa kenangan mereka sedangkan diri sudah dimiliki. Jie yakin cintanya terpatri abadi buat Zack. Malah Jie pasti Rayyan sebenarnya mencintai Safihah. Hanya Rayyan saja yang keliru.
"Ray..."Jie membalas sentuhan tangan Rayyan.
"You keliru.. I tak layak untuk you.. Safihah yang berhak.. Lebih 5 tahun you hidup dengan dia.. Takkan sikitpun hati you tak tersentuh dengan pengorbanan Safihah?" Jie yakin Safihah memberi makna dalam hidup Rayyan. Jikalau tidak, mana mungkin Rayyan tekad memperisterikan wanita itu.
Jie tahu semakin Jie berkeras untuk tidak mengendahkan Rayyan, Rayyan akan terus mengejar dirinya. Biarlah Jie meluangkan sedikit masa untuk Rayyan. Menyelami isi hati bekas suaminya. Sempat menghantar teks ringkas kepada Zack diluar pengetahuan Rayyan tadi.
"I cintakan you.." Seboleh mungkin Rayyan inginkan Jie menemani disisi. "Be with me again, sayang !" Pinta Rayyan mengharap.
"You tamak, Ray !" Jie kesal dengan sikap Rayyan.
"Bersyukurlah sebab you memiliki isteri secantik dan sebaik Safihah. I akan ada untuk you.. Walau bukan sebagai isteri you.. Trust me Ray.." Takdir sudah menuliskan jodoh mereka tiada. Jie redha dan mengharap Rayyan jua begitu.
"Senanglah you bercakap sebab you dah lupakan I ! Tapi I tak boleh lupakan you.." Rayyan sebak.
"You tau tak, 5 tahun I sengsara ! Fikirkan setiap malam you dalam pelukan lelaki lain.. Sampai satu tahap I rasa I dah tak boleh menipu diri I." Mata berkaca. Jie dilihat turut sama mengalirkan titisan jernih.
"You sengsara sebab you degil ! You kena buka pintu hati you.. Selagi you tak move on, selagi itulah you hidup dalam kepompong masa silam.. Ray terimalah hakikat.. I isteri orang !" Pening untuk membuatkan Rayyan mengerti. Jie lemas.
"Biar mahkamah tentukan you isteri siapa.. I yakin you masih milik I !" Rayyan enggan menyerah kalah.
Jie bengang. Masa terbazir sia sia. Pada hemat Jie, Rayyan mungkin akan termakan kata katanya jika Jie sudi menuruti kehendak Rayyan. Namun, Rayyan tetap Rayyan ! Bibir diketap, geram.
Zack hanya memerhati pelakuan abang dan isterinya dari jauh. Tahu Rayyan takkan sesekali menyakiti Jie namun hati tetap gusar. Bimbang Rayyan berjaya memujuk Jie untuk kembali. Jie keluar dari kereta yang dipandu oleh Rayyan lalu melangkah masuk ke perkarangan rumah.
"Bie.." Jie senyum melihat kelibat suaminya. "Sorry I terpaksa ikut Ray kejap tadi." Berterus terang adalah tunggak hubungan mereka. Jie tak mahu Zack salah anggap.
Deria bau Zack menangkap wangian yang biasa dipakai Rayyan melekat pada Jie. Curiga.
"Did he touched you?" Zack membelek tubuh isterinya. Berdebar. Mencari petanda lain yang mencurigakan.
"Touch? Maksud you?" Jie buntu untuk memahami Zack yang tampak gelisah.
" Yelah.." Zack gusar. "Macam mana bau minyak wangi Ray boleh melekat kuat pada you.." Rayyan memang abang kandungnya akan tetapi Zack takkan berdiam diri jika Rayyan berani menyentuh isterinya.
Jie memikir sejenak. "Tadi Ray peluk I.. May be masa itu kot.." Ada kemungkinan itulah punca sebenar.
"Ray peluk you ?! You biarkan saja?!" Zack kecewa. Tindakan Jie membenarkan Rayyan menyentuh dirinya adalah tidak wajar. Sementelah, itu hanya akan membuat Rayyan makin menaruh harapan untuk mendapatkan Jie semula.
"I sempat tolak dia, Bie.. Jangan risau !" Memahami kerisauan bersarang dihati Zack, Jie memberitahu fakta sebenar.
"Betul ni? You tak tipu I?" Kegelisahan Zack beransur pergi. Yakin Jie jujur dalam perhubungan mereka.
"Yes, boss !" Jie senyum.
"Jom masuk dalam. Nanti Mommy dengan Daddy ingat apalah, kita lama sangat dekat luar ni." Menarik tangan Zack untuk masuk ke rumah.
"I minta maaf, Baby ! Tapi I rasa macam 'bermadu' pula bila you SMS I, you keluar dengan Ray tadi.I tak nak ada lelaki lain dalam hati you... I nak I seorang saja.." Agak kebudakan namun itulah yang dirasakan Zack. Jie adalah hak mutlaknya. Bimbang Rayyan berjaya merampas Jie dari sisi.
"I will be yours forever, Bie !" Jie tak mahu Zack risau lagi.
"Thanks Baby !" Mata mereka berbicara. Zack yakin ketulusan cinta Jie. Senyum senang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin stress dgn Rayyan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-6-2015 10:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 24-6-2015 01:43 AM
Rayyan berlari mendapatkan Safihah. Darah berlumuran di atas lantai. Bimbangkan keadaan isteri dan anak dalam kandungan Safihah. Tubuh kecil molek Safihah dicempung lantas kaki melangkah laju menuju ke kereta.
"You sabar Fiha... I akan pastikan you dan anak kita selamat.." Rayyan mempercepatkan pemanduan. Gundah gulana.
Buat pertama kali Rayyan merasa takut akan kehilangan isterinya. Gementar membayangkan hidup tanpa Safihah.
Pembantu rumah yang sedang memangku Safihah ditempat duduk belakang kesal. Gara gara kecuaiannya membiarkan isteri Rayyan bersendirian, Safihah ditimpa musibah.
Rayna sedang lena bersandar disisi pembantu rumah Rayyan. Tidak mengetahui segala yang terjadi.
Hanya doa mampu dipohon dalam hati mengharapkan Safihah dan bayi mereka selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully its a hepi ending la.. TT agak agak bila sinetron nie nak tamat? hehehehehe usik aje.. impress sebab TT leh wat cite pusing pusing mcm nie.. syabass |
|
|
|
|
|
|
|
Haha.. hopefully.. selalu dah nak end pas tu tangan pula bosan menaip.. so tu yg drag
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-6-2015 09:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 25-6-2015 06:46 PM
Safihah masih lagi sedang dalam rawatan. Rayyan resah gelisah. Sekejap berdiri dan sekejap duduk. Kehadiran Khalid dan Viana tidak diendahkan. Minda menerawang jauh. Memikir khilaf meninggalkan Safihah begitu saja lantaran mengikut hati yang membara hasrat ditentang. Kesal bercambah. Kalau saja masa boleh diulang...
Zack hadir atas permintaan Tan Sri Isa dan Tengku Safiah. Segala persengketaan diketepikan seketika. Rayyan tetap saudara kandung dan pertalian darah antara mereka takkan terputus. Bersimpati dengan malang yang menimpa Safihah. Zack berdoa agar ibu dan anak berjaya diselamatkan.
Jie memencil diri disisi Zack. Terkejut menerima perkhabaran buruk menimpa Safihah. Jie dan Zack sedang menikmati makan malam berdua sewaktu menerima panggilan dari Papa. Justeru mereka bergegas ke mari.
Zulkarnain keluar mendapatkan Rayyan. Walau pernah ada pertelingkahan antara mereka dulu namun profesion yang dipegang memaksa Zulkarnain untuk berinteraksi secara terus dengan Rayyan memandangkan Rayyan adalah suami Safihah.
"Isteri dan anak you selamat. Pendarahan biasa. Cuma keadaan Safihah agak lemah. Jangan sesekali beri tekanan pada dia." Usai berkata begitu Zulkarnain terus berlalu. Geram menghadap wajah Rayyan. Tambahan pula setelah mengetahui tuntutan mahkamah dibuat Rayyan terhadap Jie dan Zack. Hanya persepsi negatif wujud pada lelaki berbadan sasa itu.
"Boleh I tengok isteri I?" Rayyan menyoal juru rawat yang berada sekali disitu. Malas mahu berbicara dengan Zulkarnain.
Juru rawat mengangguk memberi kebenaran supaya Rayyan masuk melawat.
Tan Sri Isa dan Tengku Safiah menuruti langkah Rayyan masuk ke wad dimana Safihah ditempatkan.
Zulkarnain perasan kehadiran Jie dan Zack. Memberi isyarat kepada Jie supaya menemuinya sebentar lagi. Jie angguk, faham.
"Abang..."
Meski masih lemah Safihah cuba bangkit untuk menyambut kedatangan Rayyan. Wajah tampak lesu.
"You rehatlah.." Rayyan segera menghalang Safihah dari bangun. Mengusap lembut rambut Safihah yang agak kusut. Terlupa langsung untuk memakaikan tudung buat Safihah tadi. Rayyan panik. Agenda utama adalah segera sampai ke hospital dan memastikan Safihah mendapat rawatan.
"Abang janji jangan tinggal Fiha.. Fiha sayang abang !" Safihah tersedu menangis. Papa dan Mama mertuanya turut berada disitu tidak diendahkan. Hanya Rayyan saja fokus utama Safihah.
Sejak Rayyan keluar meninggalkan Safihah dirumah tadi hati diamuk kebimbangan. Cinta mendalam terhadap Rayyan membuat Safihah jadi takut. Tak keruan juga.
Fikiran pula melayang memikir kerenah sang suami yang masih menggilai Jie sehingga Safihah tidak peka dengan keadaan sekeliling. Terlanggar bucu katil dan berlaku pendarahan. Diri tidak sedar segala yang berlaku selepas itu.
Mujur, impak hentakan tidak menjejaskan kandungannya. Safihah bersyukur zuriat mereka selamat. Alhamdulillah.
"I takkan tinggalkan you ! You rehat ok.." Sedikit sebanyak Rayyan terusik melihat keadaan Safihah. Cinta Safihah tak diragui khusus buat Rayyan. Hanya Rayyan saja buta menilai.
Sedar dirinya bersalah meninggalkan Safihah usai pertikaman lidah antara mereka siang tadi. Menurut perasaan gila bayang, Rayyan tega pula menghabiskan masa untuk bertemu Jie.
Serentak itu, bayangan Jie menari diminda. Hati terbuai indah walau hanya menatap wajah Jie seketika cuma. Rasa yang tak pernah wujud saat bersama isterinya.
Sejenak, Rayyan dihimpit beban dosa terhadap Safihah. Gagal setia dan kasihkan Safihah sepenuh jiwa.
"Abang lupakanlah Jie.. Batalkan semua tuntutan mahkamah tu ! Fiha janji akan buat abang bahagia seumur hidup abang.." Persis kanak kanak kecil, Safihah merengek meminta Rayyan menuruti kehendaknya.
"Nanti nantilah kita bincang.." Rayyan segera membetulkan selimut yang menutupi tubuh Safihah. Meminta Safihah berehat saja dari memikir masalah. Juga satu cara untuk mengelak.
"Papa dengan Mama jaga Fiha kejap. Ray nak tengok Rayna." Dahi Safihah dicium sebelum melangkah pergi.
Niat Rayyan beredar sekadar untuk melarikan diri dari melayani kehendak Safihah. Rayyan perlukan ruang untuk bersendirian seketika.
Tan Sri Isa dan Tengku Safihah memerhati langkahan Rayyan sehingga hilang dari pandangan.
Spontan, Tan Sri Isa menggeleng kepala dengan tingkah Rayyan manakala Tengku Safiah mendapatkan menantunya.
Tak mengerti pucuk pangkal cerita, Tengku Safiah memujuk Safihah yang dalam kesedihan. Meminta menantunya bersabar supaya kandungan Safihah tidak ditimpa masalah.
Air mata mengalir laju di pipi gebu Safihah. Ternyata Rayyan memang keras hati !
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-6-2015 02:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 25-6-2015 06:49 PM
Khalid mendekati Rayyan. Menepuk bahu abangnya untuk memberi semangat. Khalid mengerti Rayyan pasti terpukul dengan kecederaan menimpa Safihah. Lumrah seorang suami bimbangkan isteri.
"You jangan risaulah. Kan Zul dah cakap Fiha tak apa apa. Baby you pun selamat.." Khalid mengambil tempat duduk disebelah Rayyan.
Rayyan mengeluh. "I tak fikirkan itu... I..." Susah untuk Rayyan luahkan dengan kata kata. Bayangan Jie muncul menggamit kenangan silam.
"I tahu.. Pasal Jie , kan?" Khalid yakin tekaannya mengena.
Sehingga kini Khalid sendiri tertanya tanya keistimewaan dalam diri Jie sehingga mampu membuat ramai lelaki angau. Memang Khalid pernah mencintai Jie tetapi rasa itu terus hilang saat ke temu Viana semula. Payah mengerti kenapa Rayyan susah melupakan Jie sedangkan Safihah berada jelas depan mata.
Zack juga sama. Tega mencintai Jie sewaktu masih bersama Zeeta. Cuma mungkin jodoh sudah menentukan, Jie dan Zack akhirnya bersatu dalam ikatan suci perkahwinan.
"I pening Karl.. You percaya tak kalau I cakap, I tak pernah lupakan Jie? Bila I bersama Fiha, I imagine itu adalah Jie ! I tahu I salah ! Tapi itu saja cara untuk I survive tanpa Jie.." Terluah segala terbuku jauh dilubuk hati. Terpendam bertahun lama.
Khalid tersentak. Merenung ke arah Rayyan. Sukar percaya dengan pengakuan Rayyan.
"Pening you cari sendiri !" Khalid kesal. "You sedar tak you tak berlaku adil pada Fiha ?! Sebab tu you tak dapat lupakan Jie !"
"Wake up, Ray ! Zack dah jadi suami Jie. Mereka sepatutnya sedang berbahagia menyambut anak kedua.." Khalid nampak ketabahan Jie mengharung dugaan meski sedang berbadan dua. Kesukaran ditanggung Zack pula terpaksa berpisah seketika dengan isteri dan anak anak.
"Tapi disebabkan kegilaan you, Jie dan Zack terpaksa menempuh perbicaraan mahkamah yang melecehkan ! Kalau you cintakan Jie macam you cakap, please lepaskan dia ! Takkan you tak nak tengok Jie bahagia?" Khalid berharap Rayyan mampu berfikir secara waras kali ini. Jie cintakan Zack. Bukan Rayyan.
"I mampu untuk bahagiakan dia..." Rayyan masih berdegil. Biarlah Jie tidak cintakan dirinya lagi, Rayyan tak peduli. Asal Jie kekal disampingnya.
Khalid gigih mencuba mengubah pendirian Rayyan. Mungkin ini masa sesuai untuk Rayyan menimbang semula kesilapan yang dilakukan.
"Percayalah Ray.. Kalau pun you berjaya dapatkan Jie balik, you takkan mungkin dapat hati dia lagi. Sia sia saja usaha you ! Si kembar dan anak yang Jie kandung adalah darah daging Zack. You takkan mampu gantikan tempat Zack. Sanggup ke you pisahkan anak dari ayah kandung mereka?Please Ray ! I merayu, you hentikanlah semua ini.." Panjang lebar nasihat diberi. Khalid sudah tidak sanggup lagi melihat sengketa antara Zack dan Rayyan.
"I tak sekejam itu, Karl !" Rayyan segera membantah kata kata Khalid.
" I takkan pisahkan Danny dan Daryl atau anak dalam kandungan Jie dengan Zack. I tahu apa yang I buat." Masih ingin mempertahankan tindakan yang diambil.
"Tapi Ray....." Khalid bungkam. Rayyan memang sukar dilentur.
"Enough Karl ! Dahlah I nak tengok Fiha kejap." Rayyan bingkas bangkit.
Kalau tadi Safihah merayu kepada Rayyan, kini asakan dari Khalid pula diterima. Rimas menghadap semua ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
matikan aja Rayyan ni..hidup pun menyusahkan semua org.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-6-2015 06:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 25-6-2015 07:23 PM
Zack meminta diri meninggalkan Jie dan Zulkarnain berdua. Papa baru menghubungi meminta Zack menemuinya di wad Safihah ditempatkan. Berpesan pada Jie supaya tidak ke mana mana. Memberi amanah kepada Zulkarnain supaya menjaga isterinya ketika pemergian Zack.
"Safihah ada cerita dengan I pasal tuntutan Rayyan.. Kenapa you dengan Daddy tak bagitahu I?" Zulkarnain agak berkecil hati. Diri terasa disisihkan oleh Jie dan juga Dato' Hanafi.
" I tak nak bebankan you.. Lagipun you baru sembuh ! Insya Allah semua baik baik saja.." Sukar pada mulanya namun Jie yakin semua ini akan berlalu. Mengharap keputusan mahkamah memihak kepada dirinya dan suami.
Zulkarnain hampa mendengar. Baginya, Jie seperti tidak menghargai hubungan persahabatan antara mereka. Mencuba mempamerkan riak selamba.
"I bukan apa, Jiha.. I nak you happy ! Kalau you ada masalah, jangan sembunyikan daripada I. You sendiri tahu I takkan terbeban demi you ! Please Jiha.. Just don't do this again !" Wajah yang dulu mekar dalam hati ditenung. Sabar menanti jawapan balas dari Jie.
Mereka memang tidak dijodohkan bersama. Zulkarnain sedar hakikat itu. Melihat Jie hidup bahagia sudah memadai.
Namun, apabila mengetahui duka yang menimpa Jie, Zulkarnain turut merasakan kepedihan yang sama. Sakit hati dengan Rayyan. Lelaki itu perosak kebahagiaan hidup Jie.
"Sorry Zul.." Jie tahu kesilapannya membuat Zulkarnain merasa terpinggir. Nada suara bersalah.
Zulkarnain mencapai jari jemari runcing itu. Membelai lembut seketika.
"I tak bermaksud nak marah you.. I cuma ..." Zulkarnain sendiri tak pasti kenapa dirinya terlalu ingin melindungi Jie. Sedangkan Jie sudah bersuami. Tahulah Zack menjaga isteri sendiri.
Akan tetapi, kenyataan itu tetap saja tidak mampu menghalang Zulkarnain dari risaukan Jie.
"Oh, you dengan bitch ini rupanya.. On duty konon !" Zeeta muncul bersuara sinis sambil mata menjeling melihat tangan Zulkarnain menggenggam erat jari jemari Jie. Ada satu perasaan aneh menerpa. Cemburu melihat Zulkarnain disisi Jie.
"I keluar dululah Zul." Jie mengambil jalan selamat. Meleraikan genggaman tangan Zulkarnain. Bangkit berdiri untuk pergi dari situ.
"It's okay !" Zulkarnain pantas menghalang. "I dah janji dengan Zack untuk jaga you." Berpaling menghadap Zeeta.
"And you Zeeta, please mind your word ! Jiha bukan bitch ! Kalau dia bitch, dia takkan maafkan you and you mungkin sedang merengkok dalam penjara sekarang." Zulkarnain sempat mengingatkan Zeeta tentang budi baik Jie memaafkan khilaf yang dilakukan Zeeta.
Zeeta terdiam sejenak. Tak mampu menyangkal kebenaran kata kata Zulkarnain. Malangnya, ego dan kebencian dalam diri menghalang Zeeta dari melafazkan kata maaf.
"Ada apa you ke sini, Zeeta ?" Pelik melihat Zeeta datang untuk menemuinya sedangkan mereka boleh bertemu dirumah.
"I melawat Fiha. Alang alang, I saja datang jumpa you. Tapi memandangkan you busy, it's okay.. I balik sajalah.." Zeeta berpaling terus pergi. Hajat untuk menemani Zulkarnain terbantut. Membawa seribu satu rasa menyesak didada.
Entah kenapa Zeeta berkecil hati. Tiba tiba. Zulkarnain yang beriya inginkan mereka berusaha keras mencintai antara satu sama lain. Tetapi suaminya masih saja melebihkan Jie. Zeeta keliru dengan perasaan sendiri. Jatuh cintakah pada Zulkarnain? Tiada jawapan untuk itu.
Zulkarnain kaget melihat pemergian Zeeta. Terpaku seketika. Buntu untuk mengambil tindakan lanjut.
"Isteri you tengah merajuk tu.. Cepatlah kejar dia !" Jie mendesak Zulkarnain yang tampak bingung.
Naluri seorang wanita dapat membaca segala yang terbuku dalam hati Zeeta. Jelas ketara Zeeta cemburukan Zulkarnain. Ada kemungkinan cinta sedang berputik.
Andai itu berlaku, Jie tumpang gembira. Lelaki sebaik Zulkarnain layak dicintai dan dikasihi. Berdoa agar pasangan suami isteri itu berbahagia hingga ke jannah.
"Tapi you?" Gusar untuk meninggalkan Jie bersendirian. Zulkarnain serba salah.
"Don't worry, I'll be fine !" Jie senyum meyakinkan Zulkarnain. Dirinya bukan budak kecil. Zulkarnain tak perlu bimbang. Pandai pandailah Jie nanti. Lagipula Jie kini berada didalam bilik pejabat Zulkarnain. Satu tempat yang agak selamat.
"You stay here.. Jangan ke mana mana sampai I atau Zack balik !" Sempat memberi peringatan kepada Jie.
Zulkarnain pantas berlari ingin mendapatkan Zeeta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-6-2015 10:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 25-6-2015 11:34 PM
Ada tujuan Tan Sri Isa mengajak Rayyan dan Zack keluar ke sini. Memandangkan Tengku Safiah sedang sibuk menjaga Safihah maka Tan Sri Isa ingin mengambil kesempatan berbincang. Sementelah Rayyan dan Zack sudah berada dihospital.
Suasana Starbucks agak sunyi. Hanya tingal beberapa kerat pengunjung sedang leka menikmati minuman. Ada yang sedang berborak santai.
Mata menatap wajah Rayyan dan Zack. Rayyan, zuriat yang ditatang penuh kasih sejak lahir. Segala kehendak Rayyan pasti tertunai. Anak sulung kesayangan Tan Sri Isa.
Zack pula pernah tersingkir dari keluarga sehinggalah saat Tan Sri Isa berjaya menemukan semula Zack. Kasih sayang tetap setara buat anak anaknya. Darah daging sendiri.
"Papa nak dengar penjelasan Ray.. Apa semua ini? Sampai Ray sanggup buat tuntutan pada adik sendiri?!" Persoalan ditanyakan terus kepada Rayyan.
"Papa tanyalah Zack.. Dia yang rampas hak Ray !" Tiada riak bersalah diwajah.
"Apa hak you yang I ambil ?" Zack bengang. Memikirkan Tan Sri Isa ada bersama mereka, segala kemarahan dipendam.
"Kalau you refer pada Najiha, she's mine ! Dia dah jadi isteri I dan Mommy anak anak I." Kalau Rayyan berkeras, Zack juga takkan mengalah.
"Ray, Zaf.. Malulah bergaduh macam budak kecil !" Tan Sri Isa pening mendengar pertikaman lidah antara dua beradik.
"Kamu berdua ini dah jadi bapa budak.. Tapi perangai tetap tak berubah.. Cuba berfikir secara matang sikit !" Kesal dengan tindak tanduk Rayyan dan Zack.
"Ray.." Perhatian Tan Sri Isa tertumpu kepada Rayyan.
"Betullah Zaf cakap Najiha itu isteri dia ! Ray pun dah ada Fiha, kan? Biarkanlah Najiha dan Zaf hidup aman. Jangan disebabkan hal remeh temeh, adik beradik putus hubungan." Sebagai Papa dan lebih dulu mengenal erti hidup, Tan Sri Isa memberi nasihat.
"Papa..." Rayyan tahu tindakan yang diambil bakal dipersoalkan. "Fiha tak ada kena mengena dalam hal ini ! Ray hanya nak pastikan talak yang Ray jatuhkan pada Jie dulu sah. Kalau tak sah, Jie masih isteri Ray.." Itulah sebab utama Rayyan mengemukakan tuntutan.
"Ray.. Najiha dah ada hidup baru... Ray tak kesiankan dia ke?" Tan Sri Isa sukar membaca fikiran Rayyan.
Rayyan terdiam. Bukan Jie tak merayu malah acapkali Jie meminta Rayyan melupakan dirinya tapi hingga kini Rayyan masih gagal melaksanakan permintaan Jie.
"Zaf pun... Tak perlulah sampai nak berlawan dekat mahkamah. Duduk berbincang. Itu lagi baik." Giliran Zack pula mendengar bebelan Tan Sri Isa.
"Macam mana nak duduk berbincang kalau abang sendiri minta Zaf ceraikan isteri Zaf.. Kami dah ada anak.. Ray tak pernah fikir masa depan anak anak Zaf. Tapi sibuk kejarkan Mommy mereka." Zack sendiri buntu dengan Rayyan.
"Ala, you pun dulu tergilakan Jie masa dia still wife I.. You lagi teruk ! Ada affair dengan isteri I ! Adik jenis apa I pun tak tahu.." Rayyan memulang paku buah keras.
Zack malas ambil kisah kata kata Rayyan.
"You boleh ungkit sampai mati pun, Ray ! I don't give a damn !" Nada suara tegas.
Perbincangan antara mereka memang takkan ke mana. Dilema yang tiada penghujung.
"Papa merayu Ray, Zaf.. Tolonglah hentikan semua ini ! Papa tak nak keluarga kita berpecah belah.." Melihat kedegilan Rayyan dan Zack membuat Tan Sri Isa takut kehilangan salah seorang anak lelakinya.
"Settle semua kes dekat court, Zaf decide untuk bawa Najiha dan anak anak duduk luar Malaysia. Zaf tak nak ada kaitan dengan keluarga kita lagi." Zack lebih rela pergi membawa diri. Biarlah hidup sebatang kara. Itu lagi bagus.
"Sampai hati Zaf..." Tan Sri tergamam dengan pernyataan yang baru keluar dari mulut Zack.
"I takut Jie tak boleh ikut you nanti... Mungkin you boleh merancang hidup baru you tanpa Jie.." Rayyan memulakan provokasi. Menaikkan lagi amarah dalam diri Zack.
"Sudah Ray !" Tan Sri Isa meminta Rayyan berhenti bersuara. Bicara Rayyan hanya akan menambah kekusutan.
"Penting sangat ke Najiha pada Zaf sampai Zaf sanggup buang keluarga?!" Tan Sri Isa sukar menerima kenyataan Zack rela membelakangkan semua hanya semata mata kerana seorang perempuan !
"Papa sendiri sepatutnya lebih tahu !" Zack tak perlu memberikan jawapan. Seumur hidup Zack hanya Najiha sajalah yang dicintai. Dulu hingga kini.
"Dahlah Zaf nak balik." Zack ingin segera mendapatkan Jie semula. Sudahlah makan malam mereka tadi terganggu.
Niat ikhlas melawat Safihah yang ditimpa musibah berubah gara gara Rayyan. Zack kesal.
|
|
|
|
|
|
|
|
tt wat la jie n zaf dok oversea n rayyan kena pulau dgn kuarga ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-6-2015 12:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 27-6-2015 09:15 PM
Merenung ke ruang angkasa mengira bintang yang bergemerlapan. Cantik bertaburan menerangi kepekatan malam. Lantas diri hanyut menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
Zack masih belum terasa untuk pulang. Enggan bersendirian dirumah. Melepak ditaman banglo milik Dato' Hanafi. Jie setia menemani disisi. Berpijama satin sambil berbaring di ribaan Zack. Danny dan Daryl sudah lama dibuai mimpi.
"Baby..." Zack mengusap rambut ikal isterinya. "Kalau you mengantuk, you masuklah dalam tidur." Walau ingin menghabiskan masa berdua, Zack tetap memastikan isterinya selesa.
Jie cuma menggeleng. "You dah nak balik ke?" Spontan Jie bangun dari pembaringan. Menggeliat. Meregangkan urat sendi yang lenguh.
"Bie.. You temanlah I malam ini. Anak kita rindukan you.." Jie bersuara sayu. Tangan mengusap perutnya yang masih belum nampak.
Sejak kebelakangan ini Jie sukar berenggang dari Zack. Sepanjang masa diri inginkan suaminya berada didepan mata. Tak pasti sama ada kerana terlalu cintakan Zack atau pembawakan bayi dalam kandungannya.
"Anak saja rindu I.. Mommy dia?" Zack ingin menyakat. Mencuit dagu Jie.
"Ala, sama lah tu.." Wajah merona merah, malu. Berpaling ke arah lain.
"I lagi macam nak gila rindu kan you.." Zack meraih tubuh isterinya dalam pelukan. Memberi ciuman didahi Jie.
" Semoga kita dapat hidup berdua macam dulu, Baby ! I dah tak sanggup you tak ada depan mata I." Hari hari bertemu tidak mampu memadamkan kerinduan yang bersarang dalam hati Zack.
Usai berjumpa, hati membentak mahukan Jie disisi. Hanya telefon dan internet jadi penghubung. Namun apalah daya. Kemudahan teknologi tak mampu menandingi kewujudan Jie secara nyata.
"Baby.." Zack memanggil isterinya. "Ingat tak dulu I pernah janji nak hidup dengan you dekat US? Just you and me together..." Minda mengimbas kenangan silam. Saat Zack bersusah payah berusaha untuk memiliki Jie.
"I ingat.. Tapi Mama dengan Papa you kan tak bagi kita migrate dulu.. Kenapa you tanya I, Bie?" Jie hairan. Memandang Zack dengan seribu pertanyaan.
"Kalau I bawa you ke sana dulu, mesti Ray takkan ada peluang untuk kejar cinta you lagi.. Hidup kita pun takkan jadi huru hara.. I menyesal, Baby !" Mungkin tindakan Zack termakan pujuk rayu Papa dan Mama adalah satu kesilapan.
"It's ok, Bie.." Jie memujuk Zack yang tampak gundah. "I pun tak nak you jadi anak derhaka. Pasal Ray you jangan risaulah.. You doalah semua selesai dengan baik ." Hanya semangat mampu ditiup. Jie sendiri khuatir memikir nasib perkahwinan mereka.
"Promise me, you takkan tinggalkan I walau apa pun terjadi?" Zack inginkan kepastian. Andai saja Rayyan memenangi perbicaraan kes mereka, Zack mahu Jie tetap berjuang untuk terus berada disampingnya.
Jie angguk, mengiyakan. Melentok manja dibahu Zack. Angin malam menerbangkan rambut perang miliknya.
Haruman rambut Jie mententeramkan Zack. Bibir mengukir senyuman. Lega. Berharap Jie berpegang pada janji mereka untuk sehidup semati. |
|
|
|
|
|
|
|
TT soklan jujur nie... hurrmmm kamu mmg bercadang nak cukup 100 pages baru ended kan novel yg canggih nie erk.. seriusly tt kamu berjaya buat saya x senang duduk dok terpk whether talak rayyan on jie tu sah or not... i siap googles well tanye gak la kat kwn kwn.. tq koz indirectly berjaya buat saya terpk pk logic.. tq mucho... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-6-2015 09:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 27-6-2015 09:25 PM
fizamn replied at 27-6-2015 02:52 PM
TT soklan jujur nie... hurrmmm kamu mmg bercadang nak cukup 100 pages baru ended kan novel yg canggi ...
Haha.. I rasa x sampai la 100 pages.. melampau sangat tu.. anyway, perceraian disebabkan sihir jarang diperkatakan.. That's y I buat konflik ini.. So you google and tanya kawan2 you ape jawapan mereka bagi? |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan diorg not very convincing.. lupa plak nak refer myfrend yg syariah nye... sembang teh tarik ajee la.. tapi again kaedah sihir/ black magic diterima pakai ka Malaysia tak? tapi again kena ada niat kan kalo nak ceraikan isteri.. intention rayyan itu yg penting... from the stori u narrated kan i rasa si rayyan mmg ada niat nak cerai kan si jie sebab si jie dah berpatah arang dgn dia..cuma tetiba perangai rayyan ni kan stok stok mamat yg "aku nak semua aku akan dapat".. cara dia dapatkan jie dari khalid, dari tengku iz, pastu si rayyan nie jenis org dia rasa dia aje betul dan niat dia betul sentiasa. contoh masa jie gaduh dgn mak mertua dia sampai dia keguguran pun si rayyan ada niat tolak si jie sebab nak lindung mak dia.. hurrmm my argument aje laa.. ok tt terus kan karya anda...
|
|
|
|
|
|
|
|
TT..bila nk smbung lg nih? |
|
|
|
|
|
|
|
pah gitu tt ni. mohon sambung sampai bulan 12.anniversary ko wat novel ni.itupun klo malaysia ni tk gempa beso.muahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
haha.. janganlah sindir I. Tak makan setahun kot |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-6-2015 10:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 29-6-2015 11:18 PM
Perbicaraan ditunda memandangkan Rayyan tidak dapat hadir. Begitulah menurut peguam yang mewakili Rayyan.
Zack dan Jie memang sudah menjangka ketidakhadiran Rayyan memandangkan Safihah masih lagi dirawat dihospital.
Shahrul segera meminta diri untuk kembali ke pejabat. Ada kes lain perlu diteliti.
"Baby.. you free tak sekarang?" Zack ingin menghabiskan masa berdua. Setiap saat adalah berharga buat Zack. Bimbang mereka mungkin terpisah.
"Tak free... I ada 'date'." Jie menjawab selamba. Menyembunyi senyuman.
Riak wajah Zack berubah. " 'Date'? Dengan siapa? You tak bagitahu I pun.." Nada suara tak puas hati.
"Tak tahulah kalau orang tu sudi dating dengan I. Kejap I call dia. "Jie segera mencapai telefon bimbitnya. Mendail satu nombor. Zack terpaku menyaksi kelakuan Jie.
Kedengaran nada dering yang tidak asing lagi. Zack menyeluk poket mengeluarkan telefon bimbitnya. Memerhatikan nama dan gambar sang pemanggil di skrin. Mengerti gurauan isterinya. Senyuman mekar dibibir.
"You ni kan..." Zack geram dipermainkan. "Suka kenakan I ! I dah terfikir lelaki manalah berani ajak isteri I 'dating'.. Nakal lah you." Jari jemari mengusap wajah Jie. Menarik nafas lega. Dalam keadaan sekarang Zack takut memikir kewujudan orang ketiga antara mereka. Cukuplah Rayyan membuat keributan.
Jie senyum. "I nak date dengan siapa lagi kalau bukan you.." Tiada insan lain yang boleh membuatkan diri bahagia disisi melainkan Zack.
"Kalau macam itu I nak ajak you pergi satu tempat." Menarik tangan Jie supaya menuruti langkahnya.
Jie akur. Teruja untuk menghabiskan masa berdua.
Puas sudah Tengku Safiah memujuk Safihah untuk menjamah sedikit makanan namun tidak diendahkan. Menantunya leka berendam air mata. Rayna juga dibiarkan bersendirian. Rayyan pula terpaksa menghadiri mesyuarat penting. Masih belum menjenguk muka.
"Mama... Kenapa Abang belum datang lagi?" Safihah mengharap Rayyan hadir disisi saat ini. Selera hambar. Tekak payau.
"Fiha sabarlah.. Ray ada meeting.. Kejap lagi dia datanglah jenguk Fiha.." Tengku Safiah sendiri memprotes tindakan Rayyan. Anak sulungnya makin melampau ! Sudahlah menganggu gugat kebahagiaan Zack. Kini endah tak endah melayan Safihah, isteri yang sedang mengandung.
Tan Sri Isa sudah menceritakan segala perbalahan antara Zack dan Rayyan. Pusing kepala dengan kerenah abang dan adik. Tiada siapa yang mahu mengalah.
"Mama.." Safihah merenung sayu ke arah Tengku Safiah.
"Ye Fiha.. Fiha nak makan ke?" Tengku Safiah menyoal balas. Naluri keibuan tersentuh melihat keadaan Safihah.
"Mama tolong Fiha ! Fiha nak Abang !!" Safihah merengek. Menagih pengertian dari Mama mertuanya.
"Baiklah Fiha ! Mama call Ray kejap.." Tiada pilihan lain Tengku Safiah terpaksa menurut kehendak menantunya.
Rayyan hilang selera untuk makan. Mata sakit melihat pelakuan Zack terhadap Jie. Mesra bergurau senda dan berpelukan tanpa menghiraukan pengunjung yang lain.
Ternyata perintah injunksi terhadap mereka tidak sedikitpun membuat baik Jie maupun Zack terkesan. Kedua duanya tampak bahagia bersama. Riang ria tanpa diselubungi masalah.
Jie ! Terdetik nama itu dalam hati Rizal. Sedar pandangan mata Rayyan asyik tertumpu pada Jie dan Zack. Barangkali Rayyan cemburu melihat kemesraan pasangan selang beberapa meja dari mereka. Tebaknya.
Walau menjadi saksi bagi pihak Rayyan, tujuan Rizal hanya menyampaikan kebenaran meskipun ia pahit. Tidak mahu berpihak kepada Jie atau Rayyan. Rizal yakin keputusan mahkamah adalah yang terbaik.
Andai kata Rayyan masih berhak ke atas Jie, Rizal yakin Jie tetap akan hidup bahagia memandangkan Rayyan masih mencintai Jie.
Namun jika sebaliknya, Rizal berdoa Jie bergembira buat selamanya disamping Zack.
Meski sekilas pandang, Rizal yakin Jie dan Zack memang saling mencintai. Tampak jelas. Mungkin Rayyan terpaksa menerima hakikat cinta Jie bukan untuknya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|