CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: totokreturn

[Tempatan] karpal singh meninggal dalam kemalangan...

[Copy link]
Post time 18-4-2014 04:44 AM | Show all posts
Dr M dah insap ke macai2?.

Ditanya mengenai langkah Pas untuk membentangkan rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat pada Jun ini, menurut Dr. Mahathir, parti tersebut mempunyai hak berbuat demikian.

Begitupun, jelasnya, terserah kepada ahli-ahli Parlimen untuk menyokong rang undang-undang itu atau sebaliknya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... iwara#ixzz2zB7aeKjD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2014 04:51 AM | Show all posts
Orange1 posted on 18-4-2014 04:40 AM
Skit hari tu aku tgk acong ala2 duk kaco noor, tp maybe dia takut kena convert tambah2 bila tgk  ...

Apa bleh buat... kerja yg diarahkan mereka begitu... bila mereka makan hak org miskin, hukumnya haram, tapi untuk halalkan perbuatan mereka.. mereka jaja merata2 islam itu, isele ini supaya semua pikir owhh makan hak org miskin dah halal... begitu juga bila dulu kita dengar salahguna kuasa rompak duit kerajaan, nampak buruk sangat.... haram disisi agama, jadi tugas mereka selewengkan agama dan sekarang bila sebut rembat 250juta... alaa biasalah... inilah tugas mereka...

Jadi, bila org nak kenal agama islam, dia akan membawa pembawakan yg burjk dan teruk, abis semua org takder tangan.... begitulah mereka mahu supaya ssmua org jauh dari agama seperti mereka.... sebab tuh meroyan sampai ke pagi selagi matlamat dia merosakkan akidah org tak berjaya... takleh tido woo... makan sumpah kat tread org mati.. cina cakap manyak suwei...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:52 AM | Show all posts
apex posted on 18-4-2014 04:43 AM
sori bro..
aku salahkan totok2 sahaja...tk kira parti pas ataupun umno..sebab tu aku cakap cuba u ...

sori bro..UMNO bukan macam PAS..semberono je...tengok apa dah jadi?..

MB Kelantan kata paling awalnya nak usul diParlimen pada awal bulan jun ni...ni pertengahan april dah...satu roadshow penerangan pun belum ada lagi..malah PAS larang plak lagi jawatankuasa hududnya buka mulut..camner rakyat nak faham?..

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:57 AM | Show all posts
Kelantan yakin hudud dapat dilaksana

Oleh Mohd. Hafiz Abdul Mutalib
[email protected]
Mohd. Amar

KOTA BHARU 16 April - Kerajaan Pas Kelantan hanya memerlukan sokongan 112 Ahli Parlimen ketika usul rang undang-undang persendirian dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat nanti.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jumlah sokongan tersebut sudah memadai bagi membolehkan Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri ini yang sememangnya menjadi perjuangan mereka sejak dahulu.

Beliau berkata, usul rang undang-undang tersebut sebenarnya tidak memerlukan sokongan dua pertiga memandangkan pelaksanaan itu bukan melibatkan Perlembagaan.

&#147as hanya memerlukan majoriti mudah yang menyokong usul ini (rang undang-undang persendirian) dan kita yakin akan mendapat sokongan penuh.

“Sekiranya semua wakil rakyat ber­agama Islam di dalam Parlimen menyokong, majoriti mudah itu akan tercapai," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

DAP baru-baru ini menegaskan 38 ahli Parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentang di Dewan Rakyat pada Jun ini.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, DAP juga akan melobi 46 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bukan Islam untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Sementara itu Mohd. Amar berkata, tentangan daripada Ahli Parlimen DAP ketika usul undang-undang tersebut dibentangkan tidak lama lagi sama sekali tidak akan mengugat Pas yang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah.

“Sebelum ini DAP merasakan Pas memerlukan majoriti dua pertiga, sebaliknya kita hanya memerlukan sokongan majoriti mudah.

“DAP tidak faham, dia (DAP) tidak tahu apa dia cakap. Kita yakin akan mendapat sokongan itu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang merupakan Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 berkata, beliau yakin semua Ahli Parlimen yang beragama Islam akan menyokong penuh usul rang undang-undang persendirian tersebut.

“Kita harap semua wakil rakyat Islam tanpa mengira parti akan boleh bersama-sama kita demi kebaikan umat Islam dan memenuhi tuntutan agama," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ksana#ixzz2zBB1p3Sa
© Utusan Melayu (M) Bhd

p/s:- Sat kata yakin...sat lagi kita harap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 05:00 AM | Show all posts
Kesian macai umno perampas rumah hak org meskin... tread org mati dia meroyan pasal hudud... bagus ajaran umno skarang pada pengikutnya...hahahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 05:02 AM | Show all posts
Tahniah, Hadi tegakkan huhud

KUALA LUMPUR 16 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya menunjukkan keberanian politik dalam isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan apabila tidak tunduk kepada desakan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, hukum hudud adalah antara teras perjuangan parti Pas dan pendirian itu perlu ditegakkan secara tegas dan jelas.

“Apa yang ditegaskan oleh Abdul Hadi bukan suatu perkara baharu, saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana menyatakan pendirian secara tegas, jelas dan terang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai delegasi Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) dalam pertemuan dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak serta barisan pengarang kanan di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi me­ne­gaskan tiada sebarang perjanjian dalam pakatan pembangkang yang boleh menghalang Pas daripada mengemukakan undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Menurut Nasharudin yang merupakan Pengerusi Yayasan Nassar, Pas tidak perlu tunduk kepada tekanan politik daripada PKR dan DAP, sebaliknya, terus berjuang melaksanakan syariat Islam serta merealisasikannya dalam bentuk praktikal.

“Seruan saya kepada setiap ahli Yang Berhormat (Ahli Parlimen) kita yang beragama Islam adalah nyatakan komitmen dan istiqamah kepada agama Islam, dalam keada­an Islam dicabar dari pelbagai sudut termasuk dalam isu Gabu­ngan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) dan hak asasi manusia, kita buktikan pendirian kita adalah bersama syariat Islam," katanya.

Dalam pada itu, Nasharudin yang juga Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo memuji komitmen akhbar Utusan Malaysia dalam membantu MuslimUPRo untuk menyanggah Comango yang membuat pelbagai tuntutan khususnya berkaitan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semasa sesi proses semakan berkala sejagat (UPR) di Geneva bulan lalu.

Yang turut hadir sama dalam pertemuan hari ini adalah Pengerusi MuslimUPRo, Azril Mohd. Amin; Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad, Ketua Operasi Yayasan Nassar, Aris Zawadi Ahmad dan Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo, Dr. Amran Muhammad.

Turut menyertai pertemuan itu adalah Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... huhud#ixzz2zBCdGZlm
© Utusan Melayu (M) Bhd


wah..dah muji melambung dah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-4-2014 05:04 AM | Show all posts
Macam nih ropanya bila kita banyak makan duit haram yer... rosak jiwa semakin tua menjelma...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 05:10 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 18-4-2014 04:52 AM
sori bro..UMNO bukan macam PAS..semberono je...tengok apa dah jadi?..

MB Kelantan kata paling a ...

aku tk tau la plak takde roadshow ke apa ke...
sebab aku tk baca harakah nk tengok ada roadshow ke tak...
kalau utusan lagi la tk mungkin dia nk bagitau..
tapi menda ni aku dh paham lama dah..dan menda ni pun dh lama ada...
cuba ko tanya pakcik google "hudud apa yang nak ditakutkan"...
secara ringkasannya begitu la...
cuma mungkin menda tu ada totok2 yang tanak paham ataupun buat2 tk paham...tak pun salah faham...
tk tau la aku...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 05:16 AM | Show all posts
apex posted on 18-4-2014 05:10 AM
aku tk tau la plak takde roadshow ke apa ke...
sebab aku tk baca harakah nk tengok ada roadshow k ...

ah..kalau ko tak baca tu..susah lah nak tanya..sebab ditanya lagi kang bukan ko tahu pun.

nanti aku tanya pakcik google jelah...mungkin pakcik google tahu kot pasal tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:09 AM | Show all posts
Si Anak Nogori ni kalau nko tak suka Islam dan undang2 Islam tertegak di bumi Malaysia ni cakap jer terus terang jangan lah nak konar sana sini....jangan malu dan jangan segan dengan totok tu....cakap berbelit2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:11 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 18-4-2014 05:16 AM
ah..kalau ko tak baca tu..susah lah nak tanya..sebab ditanya lagi kang bukan ko tahu pun.

nanti ...

hehehe..sori bro..
aku suruh ko google tu bukan sebab nk bgtau isi buku tu..
tapi aku nk bagitau yang menda tu dh lama cuba untuk disampaikan pada rakyat...
tapi silap pas la tanak all out..jadi menda tu mungkin tk sampai pada yang sepatutnya...
mungkin bajet tk cukup kot...kekeke...

ye la kalau pas buat roadshow sekalipun..ada ke totok2 umno nk datang dengar..
ni aku cerita pasal totok2 ye...jgn terasa pulak...begitula sebaliknya, totok2 pas pun sama juga...
blum tentu diorang nk datang kalau umno yang buat roadshow kan...
jadinya dimana ada kekurangan cuba la buat penambahbaikan dalam untuk melaksanakannya...
bukan tolak mentah2 atas dasar politik...

Last edited by apex on 18-4-2014 06:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:13 AM | Show all posts
petola posted on 17-4-2014 05:03 PM
Ameno sebenarnya takda beza pun dgn karpal pasal hudud.. cuma ameno pandai main wayang dan bersila ...

Betul,betul,betul...tidang disangsikan lagi...kedua2 nya memang anti hukum Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:58 AM | Show all posts
totokreturn posted on 18-4-2014 12:21 AM
Taraf akal pemimpin tertinggi UMNO yg ada.....

bongoknya statement bongkak dia....dan bongkaknya statment bongok dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:07 AM | Show all posts
Orange1 posted on 18-4-2014 04:40 AM
Skit hari tu aku tgk acong ala2 duk kaco noor, tp maybe dia takut kena convert tambah2 bila tgk  ...

....

orang melayu kan kaum paling tinggi kat dunia terutama kat malaysia...kita mati nanti masuk syurga..walau kita langkah mayat karpal sekalipun dan pijak2 kaum lain sekali pun...tetap kita masuk syurga dan depa semua masuk neraka..


sekian dari posting jijik angkuh.


yang benar
penganut islam sejati.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:52 AM | Show all posts
Takziah buat keluarga mendiang, suatu kehilangan yg besar kepada negara, walaupun kadang2 ada masa tak setuju dengan beliau tetapi pendapat dan pandangan beliau sangat penting diambil kira demi untuk mencapai titik keseimbangan keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang latar...

----

Apa pun dalam saat bersedih mcm ni, rasa nak tergelak pulak tengok statement konpius budak kat bawah ni...





Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:26 AM | Show all posts
dani-rox posted on 17-4-2014 07:15 PM
Karpal pledges his pro bono tudung case won't smell of politics
Maintains that Singapore tudung b ...

ha...kes ni la......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Laksana hudud amik punishment paling minimum ajee... Igt ISLAM is justice.. ISLAM never mean to havoc n wAr... But never sacrifice ur religion onto being tooooo tolerant.. Kompleks la gak nie.. Kalo masuk parliment kena ada org yg pandai hukum comparative study on ISLAMiC law v modern law.. Kalo main inmpose aje kebarangkalian jadik taliban... Lama lama X jadik islamic law but it is patriachy law.. Patriachy law is total bull.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kat fb ...dorang dok share pasai karam sigh walia plak yg meninggal..apa ke bahalol karpal singh pun  x kenal...buta sejarah betuk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:49 AM | Show all posts
obelisk posted on 18-4-2014 07:52 AM
Takziah buat keluarga mendiang, suatu kehilangan yg besar kepada negara, walaupun kadang2 ada masa t ...

dia konpius ngan Karam Singh Walia.......

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
fizamn posted on 18-4-2014 08:39 AM
Laksana hudud amik punishment paling minimum ajee... Igt ISLAM is justice.. ISLAM never mean to havo ...

this is not an Islamic country, if u wish to have hudud  pls go thru prooer process via Parliament.

Dun treat it if muslim want to do anything sesuka hati as u like
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.338343 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list