|
[Tempatan]
PM umum harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter. RON97 pun naik 15 sen
[Copy link]
|
|
Sasar golongan pertengahan
Oleh AZMAN IBRAHIM
[email protected]
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Kerajaan akan mengumumkan beberapa pendekatan atau inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan kelas pertengahan dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan bulan depan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, langkah itu diambil berikutan golongan kelas pertengahan sehingga kini masih belum menerima apa-apa manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan, berbanding kelas bawahan.
Beliau berkata, kelas bawahan misalnya akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang lebih tinggi pada tahun ini, yang jumlahnya akan diumumkan dalam Bajet 2014 itu nanti.
"Kerajaan mahu menyasarkan bantuan kepada golongan yang tepat (bawahan dan pertengahan), berbanding golongan yang tidak layak menerimanya seperti orang kaya dan warga asing (yang menerima subsidi minyak),'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis 1Malaysia Enterpreneurs (1Met) Bootcamp 2013 di sini hari ini.
1Met Bootcamp 2013 akan dijalankan sebanyak 21 siri di seluruh negara bagi menghimpunkan 5,000 usahawan muda.
Mohd. Irwan Serigar berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bahawa kelas pertengahan tidak menerima apa-apa manfaat di sebalik kenaikan harga minyak.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan mengambil keputusan mengurangkan subsidi petrol yang seterusnya menyebabkan kenaikan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata, langkah mengurangkan subsidi itu perlu dibuat kerajaan bagi memastikan kedudukan ekonomi negara tetap kukuh dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu.
Ditanya mengenai pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Mohd. Irwan Serigar berkata, pelaksanaan sistem itu akan dibuat selepas setahun pengumumannya.
Katanya, GST akan melibatkan setiap individu di negara ini.
"Beberapa barangan keperluan dan kegunaan harian mungkin tidak dikenakan cukai GST bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat,'' ujarnya.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dala ... gahan#ixzz2duVCFYKN
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
peachRose posted on 4-9-2013 02:16 PM 
baca ni teringat projek istana negara yg bakal dijalankan.....
|
|
|
|
|
|
|
|
'Ubah suai' perbelanjaan, sedia hadapi pelarasan subsidi
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Rakyat Malaysia mulai sekarang harus menanam di fikiran dan bersedia bahawa subsidi kerajaan akan berkurangan dan langkah pengurangan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dari masa ke masa.
Kerajaan yang kini memperuntukkan subsidi kira-kira RM30 bilion bagi tahun ini meliputi barangan asas, pada semalam telah mengurangkan subsidi bermula dengan petrol RON95 dan disel sebanyak RM1.1 bilion.
Subsidi bahan api merupakan komponen terbesar dengan peruntukan kira-kira RM24 bilion setahun.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata penyelarasan subsidi sudah lama diuar-uarkan oleh kerajaan dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.
Bercakap kepada Bernama hari ini Mohd Yusof berkata pengguna sewajarnya sudah bersedia menerima kesan ekoran penurunan subsidi ketika ini dan di masa hadapan.
Namun katanya, penerangan berkaitan kewajaran subsidi itu diturunkan dan dasar-dasar kerajaan bagi meningkatkan ekonomi haruslah sampai hingga mencecah ke peringkat akar umbi.
Seorang pemerhati pasaran pula berkata rakyat Malaysia harus mula "mengubah suai" perbelanjaan mereka dengan mengandaikan harga petrol RON95 seolah-olah kini "benar-benar" berada pada harga pasaran iaitu harga tanpa subsidi.
Tambahan pula harga petrol bersubsidi ketika ini sudah menghampiri harga pasaran sebenar, hanya kurang 63 sen seliter, kata pemerhati itu yang enggan dikenali.
Dengan perbelanjaan "ke hadapan" sebegini, katanya pengguna tidak akan merasa terjejas setiap kali peningkatan harga petrol berlaku berikutan pengurangan subsidi secara berperingkat. — BERNAMA
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dala ... bsidi#ixzz2duVpCgyf
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak macai umno duk pertahankan benda2 terang bodoh ni, adehlaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 4-9-2013 03:57 PM 
Hehehehehehehe...tu yg saya gelak tu..satu masa dulu mereka jugak tak suka pada tongkat2 ni...bila ...
Anak GAMPUNK mana la aritu yang dok kata berita minyak naik harga tu tak betul?
Sekor pun anak GAMPUNK tak berani mengaku ada buat statement camtu. Semua lari gulung ekor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 4-9-2013 04:28 PM 
Anak GAMPUNK mana la aritu yang dok kata berita minyak naik harga tu tak betul?
Sekor pun anak ...
Sapa anak gampunk tu agaknya?.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahahahahahahahahahhahaha
subsidi dikurangkan sbb kerajaan skang mengalami defisit..tu je..xyah kona...
katanya ekonomi stabil..tapi defisit tinggi..
dah la RM value turun |
|
|
|
|
|
|
|
farouk21 posted on 4-9-2013 04:16 PM
pada org yg menyokong "PENGURANGAN SUBSIDI DIESEL/PETROL " tu....macam la korang tak terasa kesan ke ...
Memang la semua orang terasa
Tapi tak perlulah nak mengeluh banyak banyak
Rezeki susah nak masuk tahu tak kalau kitani banyak mengeluh dan merungut
Yang penting, kena move on |
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 4-9-2013 04:28 PM 
Anak GAMPUNK mana la aritu yang dok kata berita minyak naik harga tu tak betul?
Sekor pun anak ...
hhahhhahahaha...anak GAMPUNK tu buat2 tak tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 4-9-2013 04:29 PM 
Sapa anak gampunk tu agaknya?..
Ce tanya totok. Aritu dia yang cerita kat aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 4-9-2013 04:27 PM 
'Ubah suai' perbelanjaan, sedia hadapi pelarasan subsidi
"pelarasan subsidi" tuh mmg elok...tapi pelarasan bengong wat haper?
xder priority & keutamaan dlm menentukan sektor2 yg mana patut diberi bantuan/subsidi yg lebih utk bantu rakyat..vangang nyer ah jib ngor.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan panik pengurangan subsidi
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Rakyat diminta tidak panik dan cepat melatah sebaliknya melihat dari konteks lebih luas berhubung pengurangan subsidi minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, pengurangan subsidi itu bukan bertujuan membebankan rakyat tetapi mengurangkan subsidi kepada golongan berkemampuan.
Menurutnya, wang penjimatan itu kemudian boleh disalurkan kerajaan membantu golongan miskin dalam pelbagai sektor lain.
''Kita menyambut baik pengurangan subsidi itu kerana selama ini golongan berpendapatan tinggi yang menggunakan petrol 500 liter sebulan turut menerima subsidi besar daripada penggunaan itu berbanding rakyat yang menggunakannya 100 liter sebulan.
''Pengurangan subsidi itu boleh membantu kerajaan menyimpan dan wang simpanan itu digunakan untuk membantu rakyat miskin untuk lain-lain sektor termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Hashim, pengurangan subsidi itu juga perlu dilihat dalam konteks kesejahteraan negara terutamanya dalam mengekang isu penyeludupan minyak ke negara jiran.
Katanya, pengurangan jurang harga minyak dengan negara jiran mampu membanteras 'perniagaan haram' melalui kegiatan penyeludupan.
''Kita perlu lihat pengurangan ini mampu mengekang isu penyeludupan minyak ke negara jiran.
''Terdapat pihak yang mengambil kesempatan mengenai perkara ini dan 'membuat'' duit daripada pemberian subsidi ke atas bahan api," katanya.
Hashim turut mengingatkan kerajaan supaya tidak mengurangkan subsidi ke atas bahan api secara mendadak sebaliknya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dala ... bsidi#ixzz2duYBDXUa
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Malam ni ron97 pulak naik...set-set ron97, pegilah isi minyak sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
ogre posted on 4-9-2013 04:30 PM 
Memang la semua orang terasa
Tapi tak perlulah nak mengeluh banyak banyak
Rezeki susah nak masuk ...
mengeluh sbb kecaca merbaan pemimpin..
dah move on la ni..tapi kalo asik2 move-on je dan buat buta tuli...sampai bila?
just melihat keegoan totok2 neh...terasa puiii je
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuai posted on 4-9-2013 04:34 PM 
"pelarasan subsidi" tuh mmg elok...tapi pelarasan bengong wat haper?
xder priority & keutamaan ...
Ko tahu tak...saya dulu lagi pernah membuat kenyaatan di CI ni bahawa saya mahukan kerajaan tarik semua subsidi yg diberikan dan biarkan pasaran yg menentukan turun naiknya...dan kerajaan seharusnya mengunakan penjimatan subsidi2 tersebut utk disalurkan kepada makanan2 asas supaya harga makanan jadi lebih murah dari sekarang krn ada org kg yg miskin dimana nak pakai motor pun susah tapi mereka terpaksa plak menanggung subsidi minyak ni pada org2 kaya yg ada memiliki sampai 10 kereta...saya rasa itu lagi benggong..yg miskin terpaksa menanggung yg kaya..benggong ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
month ago when im in hatyai...m'sian oil smuggle sell in rm3 per liter instead thai oil..rm4.++...now how they want make money....pity |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 4-9-2013 03:57 PM 
Hehehehehehehe...tu yg saya gelak tu..satu masa dulu mereka jugak tak suka pada tongkat2 ni...bila ...
berbillion ringgit jumlah
subsidi petrol je AN
jumlah subsidi minyak
untuk tahun 2013 sahaja
dah RM24.8 billion!!
belum subsidi lain lagi
benda tak nampak
memang sukar orang
nak paham
sebab tu gomen wajib buat sesuatu selain
paparan di bill board tepi hiway
dan sotkaba je supaya semua lapisan
manusia di malaysia paham
pasal subsidi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 4-9-2013 03:01 PM 
ahahha cai mmg suke seprais2 neh.. mcm satu hiburan gitu ekekek..
kumpul jgn tak kumpul.. nak i ...
minyak yg 500km lagi tu rega lama..pasni leh buh minyak rega baru extra 20sen...sure lancar perjalanan kannn
wehooooo sepraissssssssssssssssssssss....tunggu taw 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|