CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 7-3-2013 08:54 AM | Show all posts
Apa yang saya tau (sekira salah tolong teman teman lain perbetulkan) selepas tawaf wida kita cuma selain berdoa, solat sunat tawaf minum zam zam kita kena cepat2 keluar dari Masjid tak boleh buat apa2 solat sunat dah samada taubat atau sebagainya juga mengambil gambar apa ke. Jadi kat sini saya sedikit keliru sebab Kakpah kata buat 2 kali solat taubat.


aha...setuju jugak...itulah pemahaman sy terhadap tawaf wida' spt yg diceramahkan oleh ketua mutawif Andalusia kt hotel
yg. dibenarkan spt. elok je habis tawaf wida' bunyi orang azan fardhu...maka, kenalah solat fardhu
or nak balik hotel tetiba kasut hilang, so tpaksa singgah kedai membeli kasut
bergambar memang tak boleh buat dah lepas tawaf wida'
same goes to sedeqah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 09:26 AM | Show all posts
aily posted on 6-3-2013 10:51 PM
Assalam Kakpah

Baca tulisan Kakpah, saya sikit keliru kalau saya kurang paham tulisan Kakpah mi ...

wsalam..

Sesampai je di Masjidil Haram..akak dan suami buat solat jamak zohor dan asar...lepas tu baru buat tawaf wida... kemudian disebabkan semasa habis pusingan tawaf kebetulan ketika itu sudah masuk waktu asar dan ada ruang kosong di depan Pancoran Emas, suami kata lebih baik kita buat solat sunat tawaf dan  solat asar walaupun kami sebelum itu sudah buat jamak zohor dan asar....Memandangkan ketika itu suasana begitu kelam kabut dengan ribuan manusia yang melakukan tawaf dan solat fardhu asar, akak tinggalkan suami di depan Pancoran Emas dan terus ke dalam masjid untuk solat sunat tawaf dan solat asar.... Selepas habis solat, akak turun ke tempat yang dijanjikan... Sejam akak tunggu suami ...sampai sempat buat solat tobat untuk memohon pertolongan Allah untuk ketemukan akak dengan suami... akak ada bagi tahu pada mutawif apa yang terjadi tetapi takde pulak dia orang komen apa apa....tolong bagi pencerahan sekiranya akak tersilap dalam melakukakan tertib tawaf wida..

Akak ada bertanyakan ustaz tentang solat yang kami buat ( solat jamak zohor dan asar) kemudian solat asar lagi... Beliau maklumkan kepada akak bahawa solat tu diterima Allah dan paling disukai Allah... Tak tahu lah kalau silap pulak..kalau ustaz tu silap, akak pun silap lah jugak..

Mohon pencerahan berkaitan perkara ini...

Terima kasih kawan kawan kerana perihatin dan moga menjadi tauladan pada yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 09:42 AM | Show all posts
Oh ya bab titik permulaan dan terakhir di dalam melakukan tawaf.... Tentulah kat Penjuru Hajar Aswad dan pengakhirannya di situ atau selepas Lampu hijau.. Dalam cerita akak, selepas melepasi Lampu Hijau, kami berjalan kedepan sedikit dan nampak terdapat ruang kosong betul betul di depan Pancoran Emas dan disitulah bermulanya........

Sorrylah kawan kawan, kadang kadang bila menaip disini berselang seli dengan buat kerja dipejabat makan jadilah `apa yang tersirat di fikiran tapi lain yang tersurat disini '.... Bila akak baca balik apa yang akak tulis, memang nampak confius... sorry sekali lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 09:57 AM | Show all posts
KakpahMan posted on 7-3-2013 09:26 AM
wsalam..

Sesampai je di Masjidil Haram..akak dan suami buat solat jamak zohor dan asar...lepas  ...
  1. Sejam akak tunggu suami ...sampai sempat buat solat tobat untuk memohon pertolongan Allah untuk ketemukan akak dengan suami... akak ada bagi tahu pada mutawif apa yang terjadi tetapi takde pulak dia orang komen apa apa....tolong bagi pencerahan sekiranya akak tersilap dalam melakukakan tertib tawaf wida..
Copy the Code
Assalam Kakpah

Bab bab ini biarlah teman teman yang sangat arif jawabkan. Calling untuk Hj/Hjh yang ariff he he. Mana yang kita tau kita kongsi sama sama ya.

Semoga Umrah yang KakPah dan suami tunaikan mendapat Umrah Maqbullah.

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:37 AM | Show all posts
aily posted on 7-3-2013 09:57 AM
Assalam Kakpah

Bab bab ini biarlah teman teman yang sangat arif jawabkan. Calling untuk Hj/Hj ...

Wsalam aily...

Risaulah akak aily...kalau tak sempurna tertib Tawaf Wida akak...diterima kah Allah umrah kami berdua....  Dah lah terdapat banyak kekurangan di dalam melakukan ibadah disana...dah pulak masalah yang ini...

Kalau yang disarankan oleh Mutawif, kami disuroh melakukan tawaf masa waktu zohor dan balik kehotel tunggu bas yang hanya sampai selepas asar... akak rasa mungkin ada jemaah yang buat begitu dan balik ke hotel duduk dibilik...dan pemahaman akak memang tak boleh buat begitu..patutnya lepas je tawaf, balik kehotel tanpa singgah dimana mana melainkan untuk solat (sekiranya dah masuk waktu) membeli bekalan makanan untuk perjalanan dan terus naik bas...  akak yang tak berapa cerdikni pun tahu ..tapi dalam masalah akak...akak pergi secukup waktu, lepas buat semua, terinsiden pulak bab tak jumpa husband... kalau akak tak buat solat taubat mohon pertolongan Allah (mungkin ada silap akak atau husband sampai jadi macam tu) mungkin akak ketinggalan bas atau memberi masalah pada jemaah lain menunggu akak berdua.  Akak dibagitau sekiranya terjadi sesuatu yang negatif disana, hendaklah buat solat sunat /taubat mohon Allah bantu kita... Itulah yang akak lakukan pada hari terakhir itu... Tapi yang menjadi tandatanya akak sekarang ni, patutkah akak ulang balik Tawaf Wida tu selepas berjumpa husband.... Risau akak memikirkan masalah ni....

Bantu akak .......
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:13 AM | Show all posts
KakpahMan posted on 7-3-2013 10:37 AM
Wsalam aily...

Risaulah akak aily...kalau tak sempurna tertib Tawaf Wida akak...diterima kah Al ...

tunggu pencerahan dari pakar2 kita kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2013 12:10 PM | Show all posts
KakpahMan posted on 7-3-2013 10:37 AM
Wsalam aily...

Risaulah akak aily...kalau tak sempurna tertib Tawaf Wida akak...diterima kah Al ...

As salam KakpahMan,

insyaAllah...moga2 ibadat umrah kakpah diterima Allah swt.  2 minggu lepas saya prgi kursus Haji, penceramah tu bgtau ada seorang jemaah tanya berkait ibadat haji dia yg 4  thn lps di mana dia takut ada ibadat yg dia buat tak sempurna.  ustaz bgtau...ibadat yg kita buat utk thn2 sebelumnya yg kita yakini... ibadat tu tak kan rosak kalau kita was2 pd masa sekarang sbb was2 tu sebenarnya adalah dr syaitan. hanya kita yg tahu apa yg brlaku pd ketika itu dan cara kita menangani masalah pd masa itu adalah dlm jangkauan ilmu yg kita pelajari.  kita mohon agar Allah terima ibadat itu.

brkenaan balik dr tawaf selamat tinggal, masa saya ikut muassasah haji tahun 2007, semua jemaah diminta menurunkan beg di lobi hotel dan menyerahkan kunci blik,  terus prgi tawaf. balik dr tawaf hendaklah menunggu bas setakat di lobi sahaja, jemaah dah tak kemana2 dah, cuma menunggu bas shj. tp tak tahulah cara TA, mungkin berbeza2 antara TA.

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:10 PM | Show all posts
KakpahMan posted on 7-3-2013 10:37 AM
Wsalam aily...

Risaulah akak aily...kalau tak sempurna tertib Tawaf Wida akak...diterima kah Al ...

Ini saya dapat dari soal jawab

1)
Soalan
Assalamualaikum.. Ustaz, semasa mengerjakan tawaf wada' saya terpisah
sebentar dengan isteri selepas solat di belakang maqam Ibrahim. saya
menunggu bucu/tiang lampu hijau yang menandakan garis mula/tamat tawaf
sebagaimana dijanjikan sebelum tawaf.sekitar 10 - 15 minit sebelum bertemu
kembali dengan isteri saya., Adakah tawaf itu sah atau batal. Perkara ini
berlaku pada tahun 1996. Jika batal apakah yang perlu saya lakukan
sekarang. Terima kasih

JawapanTuan hendaklah membayar dam.
[aily: Tapi Ustaz ni tak huraikan samada sah tawaf wada tersebut]

Soalan
2) Apakah larangan2 kepada seseorang yang telah selesai tawaf wada?

Jawapan: Orang yang melakukan tawaf wada tidak boleh melewat lewatkan perjalanannya dan melakukan perkara perkara yang menunjukkan dia tidak mahu bermusafir, jika selepas tawaf wada dia melakukan perkara perkara lain [aily: tak diterangkan apakah perkara perkara lain tersebut] dan melewatikan perjalananya tanpa uzur, maka hendaklah diulangi tawaf wada ketika dia benar benar mahu bermusafir.

Untuk KakPah seeloknya tanya balik pada Ustaz dan sentiasa yakin yang Tawaf wada tersebut sah dan Umrah (tawaf, saie & tahlul) Kakpah lakukan bersama suami diterima Allah swt.
Last edited by aily on 7-3-2013 12:12 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 12:52 PM | Show all posts
Salam Wawin salam Aily..

Terima kasih kerana banyak membantu akak dalam bab ini... Insyaalah petang nanti akak akan luangkan masa berjumpa dengan ustaz ... Alhamdulillah ..rasanya setakat ini akak yakin yang tawaf akak lakukan itu sah tapi akak dalam masa yang sama juga akan cuba berjumpa ustaz untuk mendalami masalah ini, kalau ditakdirkan akak kena bayar dam, akak akan tunaikan sebagaimana hukomnya... Semuanya akak serahkan pada Allah, hanya Dia Yang Maha Mengetahui keadaan akak ketika itu...

Insyaalah akak dan suami pun sedang berbincang untuk buat umrah lagi pada bulan Ramadhan ini...Tengah berkira kira  sebab pemergian hari tu terasa banyak kekurangannya...rasa tak puashati ..rasa terkilan..... Doakan lah akak dan husband agar niat untuk pergi lagi bulan Ramadhan ni diterima Allah dan diperbanyakkan rezeki ke arah itu.... Ameen

Terima kasih sekali lagi pada semua yang sudi membantu.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 01:28 PM | Show all posts
Untuk menghilangkan rindu pada Haramain

Photo credit to skyscrapercity







Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 01:30 PM | Show all posts
Mataf expansion progress



Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 02:11 PM | Show all posts
aily posted on 7-3-2013 01:28 PM
Untuk menghilangkan rindu pada Haramain

Photo credit to skyscrapercity

seolah2 berada di depan mata sendiri rinduuuuuuuu

p/s banyaknya awan ye...time sy pegi musim panas Jun last year
langit membiru tanpa awan

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 02:28 PM | Show all posts
mistyQue posted on 6-3-2013 08:44 AM
saya nak tanya, untuk lelaki....adakah mereka memakai selipar semasa tawaf?adakah dibenarkan untuk ...

ada masanya saya tawaf sambil pakai selipar croc yang bersih. Jadi bila dalam masjid saya kena bawa 2 uncang kasut. Satu uncang kasut bersih dan satu uncang kasut yang dipakai diluar (kotor).

Biasanya saya hanya akan pakai selipar bersih bila dah sampai di dataran kaabah hampir sangat dengan kawasan orang bertawaf untuk mengelakkan ditegur oleh sesiapa.

cuma saya hati2 sikit bila bertawaf.... selalunya saya elakkan dari berada dalam keadaan yang sesak. Maklumlah kita berkasut.. pijak kaki orang lain kita tak terasa apa-apa .... kesian kalau terpijak kaki orang lain...

sebaik saja tamat tawaf, saya akan simpan semula selipar bersih di dalam uncang dan berjalan di kawasan lain  masjid dengan memakai stokin yang tebal je.

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 02:55 PM | Show all posts
linaz81 posted on 7-3-2013 02:28 PM
ada masanya saya tawaf sambil pakai selipar croc yang bersih. Jadi bila dalam masjid saya kena baw ...

sy pulak pakai 2 lapis socks
memula pakai stokin biasa/stokin wuduk
then sebelum tawaf sy sarungkan non-slip socks nih
memang sangat membantu untuk grip di lantai tawaf yg sangat licin tuh
my SIL yg pakai stokin biasa 2-3 kali jugak nak tergelincir

sample mcm stokin ni tapi ada corak2 sket (byk dijual di Madinah)


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 03:37 PM | Show all posts
aily posted on 7-3-2013 12:10 PM
Ini saya dapat dari soal jawab

1)

saya sependapat ngn jawapan ustaz. kena bayar dam...sebab nya tawaf wida td terbatal, sebab melengah2 perjalanan wp bukan sengaja.

wallahualam..

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 03:53 PM | Show all posts
linaz81 posted on 7-3-2013 02:28 PM
ada masanya saya tawaf sambil pakai selipar croc yang bersih. Jadi bila dalam masjid saya kena baw ...

salam Linaz81..]
sj nak tanya, kenapa kena pakai slipar??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 04:51 PM | Show all posts
tuliphitam posted on 7-3-2013 03:53 PM
salam Linaz81..]
sj nak tanya, kenapa kena pakai slipar??

Tuliphitam

Soalan diatas biar lah Linaz81 yang menjawap ya.

Pada pandangan akak memadai dengan berstokin je atau berstokin disarung sekali dengan sarung kaki lembut (macam mana nak explain ya mcm kasut balet) yang byk dijual di Madinah/Makkah dalam 2Riyal je. Sebabnya nak dikatakan majority cuma berstokin dan berkaki ayam masa tawaf [Refer pada gambar akak post kat atas]. Keadaan masa tawaf lebih lebih lagi sekarang sesak dengan jemaah, terpijak kaki jemaah lain tu agak tinggi jadi apa perasaan kita jika kaki kita dipijak walaupun bukan dgn sengaja. Jadi elok lah kita lebih perihatin dan bertimbangrasa.
Last edited by aily on 8-3-2013 07:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:22 AM | Show all posts
as salam...

maklang n hubby dlm plan utk mengerjakan umrah pd 26 mei - 6 jun 2013 ni..  diharap semuanya berjalan spt yg dirancang.. inshaAllah..
terima kasih kpd org2 kuat TH @ TA n forumer2 yg mberi pdpt/nasihat n share pgalaman masing2 sbg panduan bersama...   
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:49 AM | Show all posts
tuliphitam posted on 7-3-2013 03:53 PM
salam Linaz81..]
sj nak tanya, kenapa kena pakai slipar??

oh.... ni penyakit orang2 tua... bila dah tua... kaki saya cepat sakit bila berjalan kaki tanpa selipar terutamanya bila berjalan laju di kawasan tawaf. kalau jalan dalam masjid tu boleh la lenggang kangkung... kalau penat boleh berenti....

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:56 AM | Show all posts
KakpahMan posted on 6-3-2013 12:47 PM
Akak pulak kalau masa di Madinah, kalau lepas sembahyang, akak tunggu husband di Gate 16.. tapi kala ...

saya kena pesan kat suami ni...dia selalu risau saya sesat...sebab saya ni mmg jenis sesat w/pun dlm shopping mall he he...ini lagi masjidil haram yg besar tu...takut juga detik hati/pesanan dia menjadi kenyataan di sana, terutama sekali lepas tawaf wada' tu....kita kena terus balik kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.325943 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list