|
UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
tikar yang boleh lipat2 tu kami dapat dari TH. Banyak kegunaannya. Bentang masa makan di bilik, ...
aily Post at 24-9-2011 20:03
oh TH kasi ke? ingatkan kena beli.. barang2 sponsor diberi ketika bila? Hari ni dah dapat beg dan beberapa barang sponsor seperti buku wirid tajaan bank islam, vitamin, makanan dalam tin, sos, poisse |
|
|
|
|
|
|
|
MashaAllah... cantik gambar2 Hj Rezeki. Membuat saya terasa seolah2 berada di sana pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah nampaknya ramai jugak yang berkobar2 menantikan pelepasan haji tahun ini.
Kalau boleh mari kita kongsikan tip2 kepada bakal2 di sini. Malam tadi semasa beraya pun sempat saya bagi tip2. Rasa seronok pulak bila dengar jemaah yg nak pergi haji ni.
Pertamanya, pergi dengan ilmu yang cukup dan sekiranya tidak yakin, cepat2lah bertanya kepada guru2 agama yang ada di sana. Memang ramai tempat rujuk disediakan. Apa2 pun setiap ibadah itu kita lakukan dgn yakin.
Keduanya, kesihatan kena jaga dari Malaysia lagi. Mulakan makan multi-vitamin atau sekurang2nya vitamin C hari utk bina daya tahanan badan kita. Biasakan berjalan petang2. Di sana kita akan tempuh jutaan manusia hari2. Ke sedia mental dan fizikal. Kalau ada ubat batuk yg serasi dgn kita, bawaklah 2 botol. Di sana memang disediakan ubat batuk percuma di klinik TH. Tapi memang ramai yg ambil ubat batuk dan ianya paling cepat habis. Beli topeng dan pakai selagi boleh. Bawak banyak2 pun tak apa, boleh sedekahkan. Saya dulu banyak bawak yg pakai buang punya, murah dah praktikal. Pastikan banyak minum air zam2 dan selalu berdoa.
Ketiganya, tetapkan target di minda kita yg kita hendak dapatkan haji mabrur. Kita buat haji insyaAllah sekali sahaja seumur hidup, jadi kita hendaklah lakukan yg terbaik. Haji adalah suatu perjalanan yg penuh dugaan dan kita kena laluinya dgn tabah. Jaga mulut, jaga hati. Hati orang lain pun kena jaga juga. Merendah diri dlm segala keadaan pun dan sentiasa bersyukur. Jadikan bantu membantu suatu amalan. Murahkan senyuman, tapi jgn sampai pak arab tergoda... bahaya. . Jaga keselematan dan pergi kemana2 hendaklah berteman.
Keempatnya, pastikan alat komunikasi sentiasa bersama anda. Beli kad pre-paid dan ambil no. keluarga, rakan sebilik dan satu no ustaz/ustazah TH di sana sekiranya berlaku kecemasan. Kalau ada smartphone, pastikan diisi dgn GPS Saudi. GPS penting utk mencari jalan2 alternatif. Saya dulu bawak walkie talkie kecik. Senang nak berhubung semasa di Arafah & Mina.
Keempatnya, bawa barang yang praktikal sahaja. Pergi dengan membawa baju yg sikit, kerana di sana pasti beli punya. Biasanya org yg di Malaysia kata tak nak beli apa2, dialah yg paling banyak belanja kat sana punya. Tali, sepit, baldi, sabun beli di sana saja. Di hotel nanti naik ke bumbung utk sidai pakaian. Di sana memang hari2 basuh baju.
Kelimanya, bawaklah makanan dari Malaysia seperti serunding, kicap, tempe goreng dan sebagainya. Di sana memang hari2 makan di bilik bersama rakan2 sebilik. Kongsikan apa yg kita ada, ianya mengeratkan hubungan kita lagi nanti, insyaAllah.
Keenamnya, hari2 keluar jangan bawa duit banyak, bawa yg perlu sahaja. Sana ada ramai penyeluk saku. Dia seolah2 meminta sedekah. Modus operandi dia, dia himpiri kita dekat2 sambil tangan sebelah menyeluk beg/baju kita.
Ketujuhnya, musim haji tiada karpet. Bawalah sejadah kecik utk alas sekiranya perlu. Bagi mereka yg tumit kaki tak tahan tu elok pakai stokin. Di sana ada banyak sarung kaki yg bawahnya ada getah agar tidak licin. Lantai masjidilharam sentiasa di cuci dengan ubat/sabun kuat dan dibilas lebih kurang saja. Ubat ni yg byk buat kaki merekah.
Kelapan, pastikan kita tahu 'survival skill' kita. Contohnya - kita tahu bagaimana ambil wuduk dengan air sedikit, kita tahu cara2 solat menghormati waktu atau solat dalam perjalanan.
Kesembilan, pastikan selipar kita ringan dan selesa. Uncang selipar kita kalau boleh letak tanda agar ianya lain dari yg lain dan kita senang camnya. Kebiasaan selipar hilang kerana org lain terambil selipas kita kerana ianya akan2 selipar dia juga. Bukan dia mencuri.
Kesepuluh, senaraikan doa2, ibadah2, zikir2, wirid2 dalam buku kecil. Kerana di sana kita ada terlampau banyak masa utk beribadah. Lebih2 lagi di Mina nanti. Buat perancangan jika kita hendak buat nafar awal atau nafar thani. Kaum ibu penting untuk selesaikan segala rukun haji cepat kerana bergantung kepada kitaran haid masing2. Ini berlaku lebih2 lagi kepada KT yg awal kerana mereka akan balik sebaik sahaja selesai haji. Jika tidak kena tunda penerbangan.
Ini sepuluh tip saya buat hari ini, insyaAllah kalau ada masa lagi kita sambungkan lagi senarai ini. Saya rasa pastinya ramai yg hendak kongsikan tip masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih ustaz atas tips yang diberikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|