(Gambar fail) Foto hiasan - NSTP/FAIZ ANUAR
PUTRAJAYA: Angka harian kes COVID-19 di negara ini kembali turun kepada bawah 30,000, dengan 26,250 jangkitan baharu direkodkan, semalam.
Perkembangan itu menyumbang kepada jumlah kumulatif 3,801,036 kes wabak berkenaan di Malaysia, setakat ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan 25,089 kes sembuh, semalam, menjadikan jumlahnya kini mencecah 3,443,532.
Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 323,784 kes masih aktif, termasuk 311,946 yang menjalani isolasi di kediaman masing-masing.
Selain itu, seramai 2,780 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), manakala 8,691 menerima rawatan di hospital.
https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases