CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aily

UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 10-5-2010 06:18 PM | Show all posts
hehe setuju anak bawah umur..alamak tak bleh ikut ke..haha kena nangis dulu..susahni ...
HUSSAINTAHIR Post at 10-5-2010 07:03


Klau ABU dan nangis tapi masih belum masuk jawi .... lagi tak leh gi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2010 06:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by transporter at 10-5-2010 19:24
transporter,     Salam. Gamabar-gambar yg nak di upload kena masuk dalam my album dulu ...
tia1960 Post at 10-5-2010 08:16


Yes. boleh upload ke album dalam forum Cari atau guna
imageshack, photobucket dll.

Tutorial saya dulu kat sini:
http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=441871&extra=&page=70

Tapi step 12a, b & c dah tak leh guna.
Nak upload ikut tutorial baru kat page 56 post #1382

Print version kat sini :
http://www.tanah-haram.com/docs/CaraUploadGambar.pdf
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:16 AM | Show all posts
Reply 1408# Mas916

Pada pandangan saya (secara peribadi), saya amat tidak menggalakkan membaca buku doa semasa tawaf. Ini adalah kerana membaca doa adalah sunat MANAKALA antara syarat SAH TAWAF adalah "Hendaklah sentiasa mengirikan Kaabah"adalah WAJIB. Pada pendapat peribadi saya dan hasil pengamatan pengalaman, saya mendapati kebanyakkan jemaah lebih fokus dan khusuk membaca doa di dalam buku sambil kaki melangkah tawaf. Akibatnya jemaah lebih memberi sepenuh perhatian kpd membaca doa dlm buku (SUNAT) dan terabai perkara yg WAJIB iaitu mengirikan Kaabah. Sekiranya perkara begini berlaku, maka tawaf jemaah tersebut adalah tidak sah....dan seterusnya....Saeinya.....Tahalulnya. Ini bermakna jemaah tersebut masih di dalam IHRAM...perkara nilah yg paling dirisaukan dan ditakuti.Walau bagaimanapun,Pada pandangan saya (secara peribadi),saya amat menggalakkan membaca buku doa semasa saei. Ini adalah kerana semasa saei, kita tidak diwajibkan mengirikan Kaabah ataupun sebagainya. Antara sebab lain,semasa saei kita perlu berjalan kaki dari Bukit Safa ke Bukit Marwah (Marwah ke Safa). Jarak di antara kedua2 bukit tersebut hampir 400meter. Oleh itu sekiranya sepanjang perjalanan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah tersebut kita penuhi dengan membaca doa2 panjang yang terdapat didlm buku2 doa tersebut, maka jarak perjalanan yg hampir 400m tersebut  kuranglah difikirkan kerana fikiran kita ditumpukan kpd buku doa tersebut. Sebaik habis baca doa2 panjang tersebut kita pun sampai ke Bukit Safa/Marwah.

Wallahuaklam
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:46 AM | Show all posts
Reply 1408# Mas916

"lipat m/s buku tu utk nak kira bilangan pusingan tawaf...."

Pada pendapat saya (secara peribadi),  Memandangkan keadaan ribuan manusia jemaah mengerjakan tawaf bersama-sama kita, ada yang kecil, ada yang besar, ada yang muda, ada yang tua, ada lelaki ada wanita dan bermacam ada ada....lagi. Maka mahu tidak mahu kita terpaksa mengaku bahawa suasana sebenar sewaktu tawaf adalah tidak selancar (smooth) sepertimana lancarnya/smoothnya putaran yang dilihat dikaca-kaca TV. Kita harus mengakui hakikat sebenar sewaktu tawaf, bahawa sememangnya ada tolak-menolak, tarik-menarik, raba-meraba, malah saya pernah menyaksikan kejadian tumbuk-menumbuk. Oleh itu saya berpendapat penggunaan TASBIH TAWAF adalah salah satu cara yg paling praktikal untuk kita mengira jumlah pusingan tawaf. Tasbih Tawaf ini boleh dibuat sendiri dengan menggunakan biji-biji tasbih yang lama yg sudah tdk digunakan lagi.

Wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 08:39 AM | Show all posts
terimakasih qurato..

tak penah terpk...nk buat tasbih mcm tuh....
s'rang dh ada idea.....tq yaa....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 08:55 AM | Show all posts
Reply 1422# transporter


    Salam

    Saya dah buat ikut tutorial tu... cuma bila nak masuk dlm thread bila klik kat pokok cuma keluar img je tak ada plak Internet picture ----------- My Album. Macam mana ye? Maaf la ... byk tanya plak. Maklumla tak mahir lagi.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2010 09:42 AM | Show all posts
Reply  Mas916

Pada pandangan saya (secara peribadi), saya amat tidak menggalakkan membaca buku d ...
qurota Post at 11-5-2010 01:16


yes saya setuju

kalau nak baca doa juga masukkan dlm mp3...

then play masa tawaf..

we have the collection of dua in mp3 form..

so play jer...dengar then ikut..

kalau tak nak baca doa..zikir

kalau tak pun onkan bacaan quraan surah2 lazim lagi mudah..

itulah cara saya masa umrah last year...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 10:41 AM | Show all posts
Sejarah Pintu Kaabah,pintu ni orang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja iaitu keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi telah menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi telah menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan merampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali. Walau bagaimanapun apabila pintu Kaabah hendak di buka, tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”


Nabi terus bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila nabi bagi balik kunci Kaabah tersebut, Bani Syaibah telah berkata mestilah Muhammad itu seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik,  ketua Bani Syaibah telah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya telah memeluk Islam sehingga hari ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 10:43 AM | Show all posts
Pintu Kaabah - closer

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 10:49 AM | Show all posts
Pintu Kaabah - closest


Alhamdulillah, syukur kerana telah di izinkan oleh Allah SWT untuk menghampiri sehampir mungkin ke Multazam dan Pintu Kaabah untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:01 PM | Show all posts
Reply 1428# qurota

qurato.....kisah kat atas tu awak amik dr mana?

kalau x salah saya, saya baru ja baca buku pasal sejarah kota mekah...tulisan Abu Anas (terbitan Telaga biru)....ceritanya x mcm kisah yg awak taip tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:25 PM | Show all posts
Reply 1403# HUSSAINTAHIR

Nak bagi nasi tambah sikit. Keadaan cuaca di Mekah&Madinah adalah jenis kering berbanding lembap di tempat kita. Musim sejuk ke, musim panas ke, ianya tetap kering. Akibatnya, anggota kita akan menjadi kekeringan,terutamanya bahagian kulit muka, bibir dan tapak kaki. Kebanyakkan jemaah akan menggunakan Vaseline@petroleum jelly based products untuk merawat masalah tersebut. Pada pengalaman & pendapat peribadi, penggunaan Vaseline@petroleum jelly based products adalah tidak digalakkan kerana sifat bahan berminyak bahan-bahan tersebut. Adalah sukar untuk menghilangkan sifat bahan berminyak tersebut walaupun dibasuh berkali2. Penggunaan sabun basuh baju yg banyak dan berkali2 perlu digunakan untuk menghilangkan kesan berminyak di anggota kita. Penggunaan sabun mandi tidak berkesan lansung. Jemaah perlulah berhati-hati sewaktu membasuh untuk menghilangkan kesan minyak tersebut, terutamanya di anggota WUDUK kerana bahan berminyak tersebut mempunyai sifat menghalang air daripada menembusi kulit anggota wuduk dan mungkin mengakibatkan wuduk kita tdk sah. BERWASPADALAH. 
Sekiranya Wuduk kita tidak sah maka solat kita, tawaf kita,....???? Dalam Ihram????
WALLAHUAKLAM
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:12 PM | Show all posts
Reply 1431# Mas916

Wallahuaklam

Daripada buku Prof. Dato’ Dr. Harun Din

WALLAHUAKLAM
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:19 PM | Show all posts
Sesudah selesai tawaf Umrah - Solat Sunat
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:22 PM | Show all posts
Sesudah selesai tawaf Umrah - Solat Sunat

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:26 PM | Show all posts
Sesudah Tawaf Sunat - Solat Sunat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 01:31 PM | Show all posts
Reply  HUSSAINTAHIR

Musim sejuk ke, musim panas ke, ianya tetap kering. Akibatnya, anggota kita akan menjadi kekeringan,terutamanya bahagian kulit muka, bibir dan tapak kaki. Kebanyakkan jemaah akan menggunakan Vaseline@petroleum jelly based products untuk merawat masalah tersebut
qurota Post at 11-5-2010 12:25

zam zam kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:39 PM | Show all posts
MIZAB (Pancur Emas) adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa. WALLAHUAKLAM


Alhamdulillah, Syukur diizinkanNya untuk memasukki ke dalam Kaabah (Hijr Ismail) & solat di bawah Mizab.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:49 PM | Show all posts
Reply 1437# mlsnklyn

Setuju sangat....Air Zam-Zam adalah penawar kepada segala penyakit.

Walau pun begitu kita digalakkan berikhtiar dan bertawakal kpd Allah SWT.

Wallahuaklam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.705084 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list