CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 8-8-2008 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 8-8-2008 09:46 AM


RM 19500 for how many pax?

or RM 19500 for 1 pax...


Untuk seorang aje..
Penginapan 2 orang sebilik..
Madinah -Anwar Movenpick
Mekah -Zam Zam Tower.
KL-Jedah-KL ..Flight MAS
Jedah-Madinah-Jedah..Saudi Air..
Jedah-Mekah-Jedah .GMC.
Pakej 13 Hari 11 Malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2008 10:02 AM | Show all posts
INFO HAJI

SIARAN AKHBAR
KEMUDAHAN CUTI KHAS MENUNAIKAN HAJI
BAGI PENJAWAT AWAM

Mutakhir ini terdapat cadangan supaya pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam diberi kemudahan cuti khas
untuk mengerjakan fardhu haji.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin menjelaskan bahawa peraturan berkaitan
pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam yang ingin mengerjakan ibadah haji telah lama wujud dan masih berkuat kuasa.
Perintah Am 34 Bab 擟
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 10:10 AM | Show all posts
Friday August 8, 2008
MAS inks deal with Tabung Haji
By YVONNE TAN


SUBANG: Malaysia Airlines (MAS) yesterday formalised a deal with Lembaga Tabung Haji
to operate the latter抯 haj charter flights over a two-month period starting November.

This will include 54 flights involving 13,000 passengers between Malaysia and Saudi Arabia.

MAS assistant general manager, haj and charter services Captain Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain
said the airline projected sales of about RM1.5bil from its haj operations starting from 2003 until 2013.

揟his is our 10-year projection,
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 03:45 PM | Show all posts

Reply #1417 aziefa's post

peraturan membenarkan kakitangan awam menunaikan haji bergaji selama 40 hari ni dah lama...sepatutnya ada penambahbaikan seperti dibenarkan pergi haji bergaji sebanyak 15 hari jika pergi haji kali kedua. macam win-win situation gitu..Tapi perkara ini tidak dibuat atas  sebab-sebab yg tidak diketahui.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 03:46 PM | Show all posts

Reply #1416 aziefa's post

loadednya sampai tak terkata.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 9-8-2008 03:45 PM
peraturan membenarkan kakitangan awam menunaikan haji bergaji selama 40 hari ni dah lama...sepatutnya ada penambahbaikan seperti dibenarkan pergi haji bergaji sebanyak 15 hari jika pergi haji kal ...


Salam semua

Betul tu IDB. Kalau kerajaan buat penambahbaikan seperti yang IDB cadangkan alangkah bagus nya. Kami yang berkerja swasta pun mungkin dapat manfaat. Pasal firma akak cuma kasi cuti bergaji mengerjakan Haji 30 hari je (itu pun selepas servis 10tahun). Yang lebih ambik cuti tahunan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2008 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 8-8-2008 10:45 PM


Untuk seorang aje..
Penginapan 2 orang sebilik..
Madinah -Anwar Movenpick
Mekah -Zam Zam Tower.
KL-Jedah-KL ..Flight MAS
Jedah-Madinah-Jedah..Saudi Air..
Jedah-Mekah-Jedah .GMC.
Pakej  ...


Salam Azie, seronoknya dapat pergi lagi. Kenaikan harga pakej ni jauh beza dari harga asal ya. Naik terlalu tinggi. Tapi kalau ikutkan apa yang Azie catitkan ni mungkin memang berbaloi dengan harga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 09:21 PM | Show all posts

Reply #1421 aily's post

itu-lah aily...banyak boleh dibuat untuk kebaikan semua tapi tak tahu di mana silapnya hingga peraturan archaic macam ni masih dianggap relevan dalam dunia masa kini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2008 10:44 PM | Show all posts
Salam untuk semua.....

ibu ryna akan menunaikan haji pada tahun ni....
sebenarnya kami tak pernah bincang akan hal ni...

cuma dalam bulan 5 suami menggunakan kuoata dia dan berikan kepada ibu...
buka akaun tabung haji......daftar haji.......bayaran semuanya suami lakukan dalam bulan 5...
ibu memilih untuk menggunakan Muasasah....

jadi minta pandangan apa yang perlu di bawa ke sana......?
Muasassah ni....pergi secara kumpulan kan?

Bila baca thread ni.........terasa sayu dan air mata mengalir..........
entah kenapa terasa sayu......

mungkin mengenangkan ibu yang akan ke sana..........
hati seperti teringin ke sana.....tapi suami kata tunggu anak besar sikit...pergi semua sekali

tak pernah berjauhan dengan ibu selama ni.....semoga sentiasa di lindungi dan di rahmati....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 07:47 AM | Show all posts
Originally posted by ryeena at 10-8-2008 10:44 PM
Salam untuk semua.....

ibu ryna akan menunaikan haji pada tahun ni....
sebenarnya kami tak pernah bincang akan hal ni...

cuma dalam bulan 5 suami menggunakan kuoata dia dan berikan kepada  ...

Waalaikumsalam,
MMg sedih pabila ada keluarga kta g Haji. Tp kita kena ingat. setiap org yg kesana adalah org2 yg terpilih oleh ALLAH SWT.X kira cara macamna  your mother g,  pakej ke muaassah ke amalan mereka tetap sama .Tapi dia mistilah  bersedia dari segi mental dan fizikal. INSYAALLAH dia akan menjalan ibadah hajinya dgn tenangdan berdolah agar ibu u mendapat haji mabrur
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by ryeena at 10-8-2008 10:44 PM
Salam untuk semua.....

ibu ryna akan menunaikan haji pada tahun ni....
sebenarnya kami tak pernah bincang akan hal ni...

cuma dalam bulan 5 suami menggunakan kuoata dia dan berikan kepada  ...




salam ryeenaa...

betul sekali kata haziq tuh...
bersyukurlah ibu ryeena
diberikan kesempatan dan terpilih untuk
menjadi tetamuNya.....


okeh dibawah ni, mama append apa yg mama bawa dan sediakan sewaktu mengerjakan haji tempohari
dan alhamdulillah amat bermenafaat sekali.....

Senarai Barang-Barang Yg Berguna untuk semasa pergi Haji/Umrah


1. Beg Plastik

Bawa beg plastik - Giant/Jaya Jusco/Metro dll
Untuk merendam kain tak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast boleh basuh.



2. Serbuk Pencuci

Beli di Mekah/Madinah kerana air di sana ialah 'hard water/treated water' (air laut yang telah diproses) dan mencuci pakaian dgn sabun buatan Msia tidak akan mengeluarkan buih.


3. Hangers - bulat & kecil

Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering.


4. Penyangkut Baju

Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekong, tuala dan juga untuk mengeringkan pakaian di dalam bilik air.



5 Penyangkut Berpelekat

Di dalam bilik hotel,sekiranya tiada tempat untuk menyangkut pakaian selain dari belakang pintu, lekatkan penyangkut ini di dinding.


6. Jubah

Apabila menempah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, buat poket yang agak dalam dan jahitkan zip (conceal zip). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket. Sediakan
2-3 helai jubah berwarna putih untuk pakai semasa ihram di Arafah/Mina.Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang.
Ada dikalangan jemaah wanita yang hanya memakai baju baju paras punggung (baju kedah ataupun T-shirt) semasa sembahyang dan sungguh tak elok sekali dipandang dari belakang semasa sujud. Hormatkan mereka di saf belakang.


7. Stokin

Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarong stokin, apabila sampai di masjid, buka sarong ini dan pakai yang putih sahaja


8. Ubat Batuk

Bawa Stepsils, Fisherman's Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sore throat) Vicks,minyak cap kapak.,dll dari Msia. Di Mekah/Madinah harga mahal semasa musim haji. Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (dry cough dan batuk berkahak) dari doktor di Msia. Bawa juga asam jawa untuk di minum sekiranya tekak gatal. Sekiranya ada ubat-ubatan yang lebih, eloklah sedekah kepada rakan-rakan haji yang lain.



9. Botol Spray

Bawa apabila ke masjid ataupun miqat untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Longgarkan telekong dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang terlalu ramai ataupun tiada air langsung dalam bilik air. Di Arafah amat berguna lebih-lebih lagi di waktu tengah hari. Semburkan air di dalam khemah melegakan rasa bahang panas.


10. Cermin Muka Kecil

Bawa di dalam beg TH cermin ini untuk periksa anak rambut/telekong semasa di masjid.


11. Mug dengan penutup

Air masak dan bahan utk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah. Eloklah bawa mug/tupperware dengan tutup untuk menggelakan air tertumpah di dalam lift. Banyak insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa air milo/kopi utk minum di bilik tertumpah dan kena pada jemaah yang lain.


12. Moisturiser/lip balm

Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elak drpd beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!)



13. Skin Repair/Vaseline

Untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah.


14. Sunglasses

Kalau masjid penuh waktu zohor/asar, dan kena sembahyang di luar masjid mesti pakai sunglasses, kalau tidak mata tak boleh buka langsung.


15. Bantal Kecil (Cushion)

Ini untuk di gunakan apabila di Mina dan Arafah. Pihak TH/ejen hanya sediakan tilam. Air Pillow (SR8/=)
boleh dibeli di Mekah.



16. Snek

Sebelum berangkat dari rumah, bawa sedikit makan seperti biskut atau snek untuk alas perut
apabila sampai di airport Jeddah, mungkin kena tunggu lama bas untuk ke Mekah/Madinah.Pihak muasassah ada juga menyediakan makanan (nasi/lauk,air,buah) di airport Jeddah.



17. Lauk sampingan

Bawa juga serunding daging, sambal ikan,sambal jambi, acar, ikan kering (seeloknya ikan kering kurau yang telah di potong kecil-kecil dan digoreng), telor masin yang telah di rebus.
Sebelum berangkat, bungkus lauk-lauk ini lebih kurang 3-4 sudu besar ke dalam plastik. Ini untuk menyenangkan apabila hendak turun makan di dewan makan, ambil plastik lauk yang kita rasa perlu sahaja bawa turun. Jangan lupa beri pada suami sekiranya jemaah lelaki dan wanita makan berasingan. BAWA KE MINA/ARAFAH juga lauk ini, untuk mempelbagaikan lagi lauk yang disediakan oleh pihak muassasah.


Lauk pauk sampingan ni, seperti serunding dan bagai2 lagi tu, sila pack pack dalam plastik kecil2...
Senang, nak makan, buka satu, dan boleh berikan pd orang lain jugak dalam bentuk packet....

(Mama packed all my lauk sampingan in small packets....mama pun dibekalkan sambal lada cuka...by my nebor, dia pun packed for me in a small packaging....hehehh,she knows, cos ive told her)



18 Tuala Kecil

Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk dengan spray. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 1-2 helai. Semasa di Arafah, khemah sempit dan terhad, sekiranya bawa beg besar dan banyak, mungkin tiada tempat untuk tidur/sembahyang. Untuk memuatkan dalam beg pakaian untuk 4-5 hari di sana, gulung semua pakaian/telekong. (mama guna back pack)


19. Buku Sembahyang Sunat

Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk waktu subuh - sembahyang sunat tasbih, tahajjud, taubat, hajat, witir.(Quran memang sedia ada dalam masjid) dan bagi jemaah wanita semak kembali untuk sembahyang jenazah dan juga sembahyang Jumaat kerana semasa musim haji kita akan berada di Madinah sekiranya disana 7-8 hari, dan hendak dapatkan 40 waktu di Masjid Nabawi. (Dapatkan buku-buku panduan Haji/Umrah dari Hj. Johari Alias kerana ianya pratikal, boleh digantung dileher dan mudah untuk digunakan untuk tawaf dan saie)



20. Kasut (tanda nama - initials)

Untuk wanita dinasihatkan memakai kasut semasa pergi melontar - utk elakan dipijak selipar dari belakang. Beli di Msia kasut Bata yg murah atau kasut kung fu berwarna hitam, boleh jugak kasut sukan...
Untuk lelaki, elok pakai sandal (selipar bertali)


21. Selipar Jepun (tanda nama - initials)

Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan lebih penting semasa di Mina/Arafah untuk pergi ke bilik air. Bilik Air Mina/Arafah. Bilik air terhad di Mina/Arafah, kena banyak bersabar semasa beratur untuk ke bilik air. Setiap kali hendak mandi, saya akan masukkan pakaian
bersih ke dalam beg plastik, dan gantikan dengan pakaian kotor apabila selesai mandi. Mandi pun harus ala kadar kerana ramai lagi jemaah yang sedang beratur di luar.Paling kesian sekiranya salah seorang dari mereka hendak buang air kecil/air besar. Jadi perasaan timbangrasa mestilah ada. Mama sekiranya hendak buang air besar, I would tell orang yang belakang mama, takut sekiranya dia terpaksa menunggu lama, sedangkan dia da tak tahan nak uang air kecil dan sebagainya.....


22. Selipar ke masjid

Beli yang murah sahaja dari Bata. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat sendiri dan tanda nama - initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari poket jubah atau beg sandang TH dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa sembahyang letakan uncang ini di hadapan sejadah sebelah kiri ataupun kanan.


23 Payung Lipat

Elok di sediakan. Kalau ada rezeki anda di Mekah/Madinah mungkin dapat merasa kena hujan.


24 Disposable Panties - Lelaki/Wanita

Beli banyak sedikit. 1 packet ada 6 helai - boleh dibeli di Guardian Pharmacy RM6/=/paket. Bila ke Mina/Arafah elok bawa supaya tak perlu membasuh atau membawa pulang ke Mekah seluar dalam kotor. Sebelum membuang, bilas dahulu dan balut dengan plastik.


25. Panty Liner/Facial Cotton/Tampon/Pad

Untuk dipakai sekiranya batuk terkencing. Sekiranya memakai facial cotton, lipat dua dan selitkan di faraj. Sekiranya batuk, seluar tak kotor....
Preferable gunakan, tampon dan pad, setiap waktu....panty liner, terlalu kecik...dan tak dpt menampung sepenuhnya...again, terpulang pada kesukaan masing-masing...


26. Uncang untuk melontar

Buat dua uncang (satu utk suami) untuk menyimpan batu melontar.


27. Kamera/Digicam/Digicamera

Bawa filem sekali lebih kurang 3 roll (36 exposure). Kamera tidak boleh dibawa ke dalam masjid di Mekah/Madinah, polis akan periksa kita dipintu masuk kedua-dua masjid ini.



28 Surah Yassin/Quran Kecil / Almathurat /

Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan semasa wuquf .
Quran kecil senang utk dibawa kemana-mana....
Mathurat jugak...
Dalam flight boleh baca quran kecik, boleh baca almathurat....


29
Sejadah

MULA-MULA SAMPAI DI MEKAH BELI SEJADAH. Ini kerana pada musim haji di masjidil haram tidak membentangkan carpet. Amat berguna sekiranya terpaksa sembahyang di luar masjid.



30. Sejadah kecil

Guna semasa pergi ziarah dan singgah sembahyang di Masjid Quba', Masjid Qiblatan dan juga di Jatranah, kerana carpet di sana kotor dan berdebu. Sekira tiada, pakai sahaja tuala kecil.




31. Cadar katil bujang


Dibuat selimut semasa di Arafah/Mina dan boleh digunakan di hotel untuk alas tilam (sekiranya tidak mahu memakai yg hotel sediakan)


32. Batik Lepas

Bawa sehelai untuk 'apa-apa' kecemasan?


33
Buku Nota/Kalender

Bawa dairi kecil ataupun beli buku nota kecil dan tampalkan kalender di muka dalam. Semasa di Mekah/Madinah, kita jarang jumpa surat khabar dan boleh buat catitan dan 'countdown' untuk ke Mina/Arafah ataupun ke Mekah/Madinah.Catitkan dalam buku ini pesanan
keluarga/kawan selalunya pesanan doa di Arafah antara Asar-Maghrib (berdoa diluar khemah), kirim salam semasa di makam Nabi di Madinah dan lain-lain.


34. Business Card

Bawa card untuk bertukar-tukar alamat dengan jemaah haji yang lain. Digalakan juga buat personalized card beralamat rumah, email dll.



35. Tag Nama utk Baggasi

Tulis/type dengan terang (bold) di sekeping kertas A4 alamat hotel, No penerbangan, No. KT, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan buat serupa juga di sebelah belakang utk alamat di Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Msia utk digunakan digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh ditampal di kotak yang hendak di pos dari
Mekah/Madinah ke Msia. Yang lebih boleh ditampal di beg-beg (yang mungkin akan 'beranak' di
sana nanti) semasa balik ke Msia nanti.


36
Bawa masking tape, permanent marker dan tali untuk kegunaan di No. 35


37. Toiletry


Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Dove, Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/Madinah ialah 'treated sea water' untuk kegunaan harian selain dari untuk minum. Ada jemaah yang tak tahan air disana, maka elok lah mandi tidak menggunakan sabun, mandi air sahaja...



38
Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari
Malaysia.

Harganya lebih murah berbanding dengan yang dijual di Mekah/Madinah.


39. Bekas untuk buah tangan dari Mekah

Sebelum berangkat menunaikan haji/umrah, elok beli bekas untuk mengisi buah kurma dan air zam-zam apabila pulang nanti. Itulah barang pertama sekali kita buka, jadi delegate seorang (anak/kakak/mak) untuk membahagi-bahagi ke dalam bekas tersebut. Jadi apabila tetamu nak pulang ambil 1 set (kurma/air zam-zam) dan berikan kepada mereka.


40. Kasut untuk melontar

Beli kasut kain hitam yang murah (Bata ada jual) untuk dipakai semasa melontar, boleh juga beli kasut sukan, seperti POWER, Reebok etc...terpulang pada kesukaan masing-masing..JANGAN PAKAI SELIPAR ATAU SANDAL BAGI JEMAAH WANITA. Ini untuk menggelakkan daripada dipijak tumit selipar/sandal dari belakang semasa melontar. Bagi JEMAAH LELAKI MESTI PAKAI SANDAL BERTALI DAN JANGAN PAKAI KASUT YANG BERTUTUP (KERANA MASIH DALAM IHRAM)



41
Beg Sandang TH

Bawa beg ini setiap kali ke masjid dan juga ziarah. Barang-barang yang perlu dibawa
ialah:

a) Buku sembahyang sunat

b) Tasbih


c) Spray Air (size kecil) - untuk ambil air wuduk

d) Tuala Kecil - untuk melapik jubah semasa air wuduk

e) Uncang Selipar - untuk simpan selipar

f) Kad Kesihatan - untuk kecemasan


g) Kad Pengenalan TH - untuk pengesahan diri sekiranya tersesat

h) Kad Address Hotel - sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel



Senarai ini di edarkan oleh pihak Tabung Haji
semasa
kursus haji

-
jangan ambil/beli kain kelambu Kaabah

-
jangan potong tali khemah di Arafah

-
jangan ambil sijil dari orang Mekah dengan tujuan menukar nama asal ke nama lain selepas selesai haji

-
jangan ambil/potong kain putih khemah di Arafah

-
jangan ambil kerak nasi di Mekah/Arafah dengan tujuan buat tangkal penerang hati

-
jangan peluk tiang jin di Masjidil Haram


-
jangan ambil 7 biji batu di Arafah untuk dibawa balik

-
jangan letakkan duit di bawah kelambu Kaabah

-
jangan membawa kismis untuk tawaf

-
jangan tinggalkan separuh sebutan ayat syahadah di rumah (disebut oleh keluarga yang tidak pergi) dan separuh lagi disebut oleh bakal jemaah haji yang akan berangkat ke Mekah
-
jangan pakai/bawa tangkal/azimat

-
jangan suruh bomoh buat tolak bala dirumah (buat kenduri doa selamat sahaja)



Footnotes:

1) Just to add, maybe you should have a notebook to be your journal - i
made plans and made lists for my doas and zikirs for Arafah...don't want to miss anything would you....and it is really rewarding to be able to read your journal of what you did & achieved when you were on
your pilgrimage....


2) Penyangkut baju - bawak yang bahagian hanger tu boleh di pusing-pusingkan - more convenient to selit-selit., stokin kita, sarung tangan kita, undies kita..dan anak tudung kita....

3) It is highly advisable to pack your arafah things in a separate bag/plastic and not to use it until you are actually leaving for Arafah -
ie have
a mini telekung, tudung for the toilet, baju for ihram, undergarments, socks and all - in case what you have already worn lambat kering in the damp weather. I brought a large wool pashmina - to become my cover & my selimut...very convenient. Also useful for men in ihram....


4) Use a camisole in your jubah or clothes to avoid having to wash your outer garments too often.

5. There are socket outlets on the beams that hold the pillars of the fireproof tents in Mina.  They are a bit high up but I'm sure you ladies can find a way to connect your handphone chargers there.  Or easier, just ask your spouses to charge your batteries in their tents. The swiches for the aircond in the tents are on the pillars.

6.  If your niche in the tent at Mina is right next to the gate/boundary/fence, please make sure your bags are kept away from the fences.  There were cases where people stole things from the bags by putting in their hands into the tents through the fences.

7.  Most of the time, you'll be getting more food than you can eat at Mina.  Do bring them along with you for jamarat.  You can sedekah them to the many needy persons along the way from your tent to the jamarat. (rather then let the food go to waste)

8. Please pack a sweater/thermal underwear or two because it can be freezing when you mabit in Muzdalifah.

9. Please pack extra change of clothes when you go to Arafah. While it can be freezing when you mabit (at Muzdalifah i.e. after proceeding from Arafah), you can also perspire profusely should you need to walk to Mina.

10. Please bring extra Ring Ring cards if you want to call home from a fixed line. Alternatively, you can get your loved ones to call you at your hotel using Nasioncall or iTalk ?these have the best rates for M抯ia to Saudi calls the last time the rates are checked. The prepaid Al Jawal rate is SR5.40/minute, sms SR0.60/message Saudi to Malaysia

11. Be extra careful if you are bringing camera phones ?I would advise ladies not to bring them into the Masjid in Medinah. Based on experience, the female guards are more strict in Medinah.

[ Last edited by  Sweetmama at 11-8-2008 09:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 09:35 AM | Show all posts

Ubat & Supplement recommended for Hajj

1-PANADOL (Dosage is 2 tablet every 4 to 6 hrly after food bila demam) so bawaklah dalam  3-5 strips for a couple

2-Ubat batuk (in tablet form) & tak ngantuk COPASTIN- 1 biji 3x sehari aft food bila batuk

3-CLARITYNE for flu or allergy & tak ngantuk - 1 biji 1x sehari after food kalau ada flu/allergy

4-MUCOLATOR in sachet form in case ada kahak-can take up to 3 sachets per day (mix with water) kalau kahak byk sgt.

5-ERHYTROMYCIN (antibiotic) kena ada prescription, can ask from your family doc to prescribe. Normal dose 1 tab twice daily but during hajj kalau kahak jadi warna kuning or hijau must start with 2tab twice daily(recommended by Hajj doc). Finish the whole course.

6- For diarhea or food poisoning- Bawak ULTRACARBON -to absorp the bad toxin (1 tab 3x daily jk still berak cair or muntah2), LACTO-5 -friendly bacteria (2 capsule per day till dah ok but must gap from ULTRACARBON at least 1 hr), ORS in sachet form, mix with water to tambah balik electrolyte dlm bdn ( take bila terlalu byk muntah or berak2 ) - All these 3 ambik bila perlu. Do not take any other medicine within 1 hr of taking ultracarbon nnati takde effect coz dia akan serap semua benda.

7- A must daily intake Supplement - REVICON (multivitamin or any other MVT yg you used to take) 1 daily aft food, CALCIUM 600mg tab 1 before sleep at night, SPIRULINA or BIO ANTI-FR (For extra added energy& anti-oksidan) 1 daily, COD LIVER OIL CAPSULE (to protect from cough & cold) 1 twice a day, VIT C 1000mg (ambik slow release or buffered type kalau ada gastric) 1 daily to protect from cough & cold,

8-STREPSIL - mesti bawak byk, or any lozenges yg you like sbb selalu kena gatal2 tekak bila habuk masuk. Kat pharmacy sana very expensive. Bawak mask especially masa jalan2 coz byk sgt habuk.

If ada penyakit check with yr doc first & ask him to write & endorse all this medicine/supplement on his prescription. Bawa dlm handluggage & show to the Saudi custom. Kalau takde sakit apa2 can buy in pharmacy except ERYTHROMYCIN, ambik prescription doc dulu. The pharmacist can write the rest & endorse for custom checking. Jgn letak ubat dlm beg baju nanti kena panas or sakit apa2 on the way susah nak ambik.

Another thing is PRIMOLUT-N (OC used to delay menses masa Hajj), you can ask yr family doc or any pharmacist regarding this. But recommended to start 2wks - 1 month before pergi but have to ensure tak pregnant ya..Time ambik must be before food (the best) & kena betul2 ikut masa. Normally I will put an alarm to my hp. Stop when you reach Malaysia so that insyaallah semua ibadah dapat dijalankan dgn sempurna. Masa M'sia & Saudi berbeza 5 hrs so kira betul2. Kalau ambik 6 pg masa Malaysia kat sana pon kena ambik 6pg masa M'sia. 1 tab 3x sehari. Some ppl tak nak guna or cuma guna doa. Sometimes ok sometimes not. Some ppl guna Primolut-N tapi still period. Maybe cara guna salah. Have to be careful.

As for me, I didn抰 take any tablet
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by aily at 9-8-2008 05:40 PM


Salam semua

Betul tu IDB. Kalau kerajaan buat penambahbaikan seperti yang IDB cadangkan alangkah bagus nya. Kami yang berkerja swasta pun mungkin dapat manfaat. Pasal firma akak cuma kasi  ...


betul sgt tu kak aily
cos ada gak privet co
yg tak recognised cuti haji 40 hari ini
derang suh kita simpan n kumpul cuti tahunan sendiri...


thanx god,my co belum lagi
buat cam tu
ari tu ada jugak ura ura nak buat cam tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by Sweetmama at 11-8-2008 11:42 AM


betul sgt tu kak aily
cos ada gak privet co
yg tak recognised cuti haji 40 hari ini
derang suh kita simpan n kumpul cuti tahunan sendiri...


thanx god,my co belum lagi
buat cam ...

It happened to me.. myself  berkerja d sektor swasta...acctualy mmg boleh kumpul your cuti tahunan at least 6-7days per year  budgetlah bila na k g menunaikan ibadah haji.Tapi myself x sangka plak menjadi tetamu ALLAH SWT dlm waktu yg terdekat x sempat nak kumpul cuti..disbbkan saya under  standby so harapan kami amat tipis sekali walaupun semua kelas ibadah haji x pernah ditinggalkan...sehinggalah habis krusus.Lgi 2 minggu penerbangan baru kami diberi tau. Waktu itu hanya ALLAH saja yg tau bagaimana perasaan kami .waktu  terlalu suntuk..so terpaksalah mengambil cuti tanpa gaji selama 1 bln.Alhamdulilallah semua berjalan lancar lansung x ada gangguan kami pergi dgn tenang dan semua urus kami di permudahkan ..
Setelah  pulang menunaikan tanggungjawab kami, kehidupan kami sekeluarga makin di berkati..ambil sebulan tanpa gaji bila pulang ke Msia kami mendapat pulangan 2kali ganda...rezeki dari ALLAH....So sesiapa yg x ada cuti haji janganlah risau...rezeki ALLAH yng menentukan... jgn jdkan cuti sebagai alasan kita tidak menunaikan kewajipan kalau kita dah berkemampuan.renung2kanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:12 PM | Show all posts
Ubatan2 tu kalau anda ikut Muasassah, insyaAllah tak ada masalah kerana, klinik & farmasi adalah di bangunan yang sama. Akan tetapi, dinasihatkan bawak ubat batuk kuat sendiri. Di sana kebanyakkan jemaah mengalami batuk2 sehinggakan ubat batuk kehabisan. Dinasihatkan amalkan makan vitamin 3 bulan sebelum berangkat utk tingkatkan imunisasi anda.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 11-8-2008 02:12 PM
Ubatan2 tu kalau anda ikut Muasassah, insyaAllah tak ada masalah kerana, klinik & farmasi adalah di bangunan yang sama. Akan tetapi, dinasihatkan bawak ubat batuk kuat sendiri. Di sana kebanyakka ...



betul ckp ustaz tuh, makan vit C and vits lain
3 months before goin..insya allah
body kita da used to vitamin tu
dan conditioned utk perubahan weather
semakin senang..
easier to adapt...


mama bawak ubat mmg byk ustaz...
finally mama mcm walkg pharmacist gitu...
hahhahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2008 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 11-8-2008 01:43 PM

It happened to me.. myself  berkerja d sektor swasta...acctualy mmg boleh kumpul your cuti tahunan at least 6-7days per year  budgetlah bila na k g menunaikan ibadah haji.Tapi myself x sangka p ...



yerl ah haziq...

mama sokong sepenuhnya......

jgn isauuu..insya allah...

gitu gak bagi yang isau nak ninggalkan anak2 kecik

jgnla isau...ninggalkan anak2 kecik kita tu

insya allah, mereka di bawah lindungan allah...

disinilah terletaknya pergantungan dan keyakinan kita kepada Nya...

(btw , dlm doa musafir @ doa seblum kita berangkat tu, semua dah disebutkan
dari sg harta benda dan kaum kuarga yer tak)....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:27 PM | Show all posts
Alhamdulillah mama kat sana tak batuk pun...
memang powerlah mama ni...
saya batuk sampai hilang suara seminggu lebih...
bilik saya yg sentiasa riuh rendah...
sekali bila masing2 hilang suara...
sunyi sepiiii... je...

bila tengok balik senarai mama tu...
teringat balik semasa nak berangkat dulu...
yang mana boleh beli kat sana, beli aje kat sana...
satu lagi... kalau boleh bawak sleeping bag, bawaklah...
nanti kat arafah & mina memang sejuk sangat...
semasa dalam ihram JANGAN zipkan sleeping bag tu...
tutup kaki dibolehkan, tapi jangan tutup kepala.
bila di mina dan sudah bebas ihram, tempat tidurnya sangat sempit....
terlalu sempit hingga tak boleh nak pusing2...
tidur tegak je...
kalau ada sleeping bag bukan saja jimat ruang, malah panas kerana kita dah jadi macam kepompong...
lagipun selamat...
mcm saya ni... kalau tidur secara automatik akan peluk org sebelah tanpa disedari...
jadinya apabila dah terbalut macam kepompong, maka tidak bolehlah peluk org sebelah...
jadinya saya selamat, orang sebelah... lagilah selamat... heheheheee
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:31 PM | Show all posts
Seperkara lagi, buat mereka2 yang tak pernah berpisah dgn anak2....
redhakan aje. Banyak berdoa di sana ada semua ok...
dari pengalaman, apabila di sana, tak terfikir sangat anak2...
kita sibuk beribadah, jadi tak terfikir langsung duniawi kita di Malaysia...
lepas tu sebulan setengah kita beribadah hari2...
bila nak start balik kerja kepala blank je....
maklumlah dah lama tak buat kerja... hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by Sweetmama at 11-8-2008 11:42 AM


betul sgt tu kak aily
cos ada gak privet co
yg tak recognised cuti haji 40 hari ini
derang suh kita simpan n kumpul cuti tahunan sendiri...


thanx god,my co belum lagi
buat cam ...



Salam semua

Itulah mama, akak masa pergi haji tu baru masuk 9+ tahun service dengan company. Dalam staff handbook kata nak dapat 1 month paid leave kena 10 years service. Sedih sangat masa tu kaum sendiri pun tak nak bertolak ansur tapi nasib baik immediate boss cina bagi recommendation letter kata kalalu nak tunggu service cukup 10 tahun entah sihat or ada rezeki lagi. Memang beruntung dapat boss cina ni pasal dia faham sangat bukan mudah nak dapat peluang ke sana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.138129 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list