CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 17-6-2015 01:54 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 17-6-2015 07:28 AM

Impian bulan madu mereka hancur. Kalau mengikut perancangan sebenar, hari ini sepatutnya mereka berlepas untuk ke Maldives. Kertas tempahan penginapan dan tiket penerbangan renyuk digenggaman. Hidup kosong.

Segera telefon bimbit dicapai. Rindu untuk mendengar suara isterinya walhal mereka baru sahaja selesai skype berdua. Satu idea yang dirasakan  bernas datang difikiran.

Skrin telefon disentuh untuk mendail. Tak sabar menanti panggilan  berjawab.




Senyum mekar terukir dibibir melihat wajah yang dikasihi. Zack bingkas bangun mendapatkan Jie. Rindu dikalbu serasa berlalu.

"You dah makan, Bie?" Jie menatap wajah kacak Zack.

Suaminya tampak kusut. Hati Jie sayu. Baru 2 hari berpisah bumbung rasa seperti bertahun lama tidak bersua.

"You tak ada, I tak selera makan.. Tidur pun tak tentu. Bantal peluk I hilang.." Terbiasa memeluk isterinya sewaktu tidur. Mengadu kesengsaraan yang ditanggung. Janggal hidup tanpa Jie bersama.

"I pun sama.." Itulah jua kepedihan dirasakan Jie. Menoleh ke sisi. Tiada bayangan Zack.

"Baby.. Mahkamah cuma tak benarkan kita hidup serumah sebagai suami isteri..  Tapi kita still boleh jumpa hari hari, kan? Betul tak?" Zack sudah tidak peduli lagi kekusutan yang melanda. Asal saja Jie berada depan mata.

"I guess so.." Jie tidak pasti. " Tapi ..." Terdiam sejenak.

"Macam kita tak biasa break the rule, kan?" Jie malas ambil kisah sekatan yang dikenakan mahkamah.

"Temankan I makan, Bie ! I mengidam mac and cheese, lah.." Memaut erat lengan suaminya menuju ke arah Kenny Rogers yang terletak disebelah kanan mereka.

Zack senyum. " Tekak mat salleh lah anak Daddy ni.." Sambil menyentuh perut Jie.

Berjalan berpimpin tangan sambil berbual mesra. Segala permasalahan hilang dibawa angin lalu.




Zeeta terpempan seketika sebelum senyum. Puas hati. Ternyata Rayyan memang bijak. Opportunist. Pintar mencari peluang yang bermanfaat untuk kepentingan diri.

"So, sekarang ini adik you dengan Jie dah tak duduk sekali lah?" Terbayang diminda wajah Zack. Pasti Zack tidak betah sendirian tanpa Jie.

Rayyan hanya angguk. Segala sudah diatur rapi. Termasuklah saksi penting untuk menyokong tuntutan Rayyan. Yakin bakal memenangi perbicaraan dan Jie akan kembali ke pangkuannya.

"Kalau you nak dapatkan balik Zack, inilah masanya.." Sengaja menyemarak keinginan Zeeta untuk mendapatkan Zack. Rayyan tahu Zeeta masih cintakan Zack. Cuma sehingga kini Rayyan tak faham bagaimana Zeeta boleh mengahwini Zulkarnain.

"I tahu nak buat apa..." Zeeta senyum lebar. Ada satu rencana bermain diminda.

"By the way Ray, Fiha tak kisah ke dengan rancangan you? Yelah kalau you menang kes, indirectly Jie masih isteri you yang sah.."Zeeta sekadar ingin tahu.

"Dia tak kisah hidup bermadu.. Asalkan I tak ceraikan dia.." Rayyan yakin Safihah akan tunduk dengan kemahuannya. Tak mungkin Safihah membantah kehendak Rayyan.

"Oklah kalau macam itu.. Wish you all the best.. For you and Jie ! " Zeeta yakin rancangan mereka untuk memisahkan Jie dan Zack akan berjaya.

"Thanks Zeeta !" Rayyan senyum gembira. "I cintakan Jie dan dia hak I !" Atas alasan itu Rayyan sanggup merampas Jie dari Zack.

Safihah yang mencuri dengar perbualan Zeeta dan Rayyan mengalirkan air mata. Suami yang dicintai sepenuh jiwa tega melukakan hati. Kecewa kerana Zeeta juga terlibat. Sahabat yang dipercayai. Diri rasa dikhianati.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejahatan depa ni tak habis lagi rupanya... Haishh teruklah mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 08:12 AM | Show all posts
alu x sangka cter ni blum hbih. ayooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Zulkarnain terkejut menerima kunjungan Safihah. Niat awal untuk keluar makan tergendala. Tertanya tanya tujuan sebenar kemunculan wanita ayu bertudung didepan mata.

"I tahu you sayangkan Jie...  I cuba contact Zafrey tak dapat.. Hanya you boleh halang Zeeta..." Safihah rasa wajib untuk menghentikan pakatan jahat Zeeta dan Rayyan.

"Kejap I tak faham.." Zulkarnain buntu. "May be kita boleh discuss further dalam bilik I."

Menggamit Safihah supaya menurut langkahnya ke bilik yang dikhususkan untuk Zulkarnain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 04:15 PM | Show all posts
ggrrrrrrr........ huhuhuhuhuhu.. cepatla ending cerita yg penuh tragis yg best nie.. too much to handle emotionally la... aiyakk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 09:50 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 17-6-2015 09:59 PM

Shahrul meneliti senarai bukti dan saksi yang berpotensi memberi keterangan bagi menyokong Rayyan. Ustaz Hamdi seorang pengamal perubatan alternatif yang terkemuka. Laporan psikiatri menunjukkan Rayyan pernah mengalami tekanan yang teruk dan hampir disahkan sakit jiwa.

Nampaknya, kes menjadi semakin rumit. Ternyata peguam Syarie yang dilantik Rayyan berjaya menimbulkan keraguan tentang tahap kewarasan Rayyan sewaktu mentalakkan Jie.

Gigih mengkaji fail kes perceraian Jie dan Rayyan dulu. Cuba mencari petunjuk yang mungkin berguna. Telefon bimbit berbunyi. Tumpuan Shahrul terganggu. Segera menjawab.

Suara garau Azim kedengaran ditalian. Memberi maklumat yang diminta Shahrul. Senyuman mekar dibibir.

"You call Najiha dengan Zack. Kita discuss dengan mereka.. Jumpa dekat Souled Out dalam pukul 6 petang.." Selesai berkata begitu panggilan dimatikan.

Shahrul segera menyiapkan hujah yang akan dibentang dalam perbicaraan esok. Berharap agar segala urusan dipermudahkan. Insya Allah.




Zulkarnain terpinga mendengar kata kata Safihah. Sedih kerana tidak menyangka Rayyan sanggup mempermainkan hidup Jie dan Zack sebegitu rupa. Kalau dulu Rayyan pernah menggunakan cara kotor untuk merampas Jie dari Ku Iz, kini lelaki itu masih lagi menggunakan taktik busuk bagi memiliki Jie semula. Simpati pada Jie yang menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia durjana.

"I tak tahu kenapa Jie atau Zafrey tak cerita apa apa pada you." Safihah lega setelah meluahkan segala yang terbuku dihati.

"Tak apa. I boleh tanya Jiha sendiri nanti.." Memang sejak Zulkarnain dibenarkan keluar hospital, Jie dilihat menjarakkan diri. Ada juga sekali sekala Jie bertanya khabar melalui whatsapp. Jarang mendapat peluang berborak kosong seperti dulu.

"By the way, buat sementara waktu ini I nak you bagitahu I pergerakan Rayyan.. Kalau ada yang mencurigakan , you contact I terus..Pasal Zeeta I tahulah macam mana nak handle.." Kad nama dihulur oleh Zulkarnain. Tertera nombor telefon bimbit dan talian hospital yang bersambung ke biliknya. Safihah menyambut.

"Tak payah you datang hospital cari I..  Takut I ada appointment ke.. Kesian you tunggu lama.." Zulkarnain tidak mahu Safihah bersusah payah datang menemuinya lagi. Berhubung melalui telefon lebih mudah.

Safihah hanya senyum. "Kebetulan I ada check up dengan Dr Amar dekat sini. I singgahlah sekejap.." Memandangkan sudah berada disini, pantas saja Safihah bertanyakan tentang Zulkarnain. Mujur ada jururawat bertugas yang membantu menunjukkan keberadaan Zulkarnain.

"Dr Amar?" Zulkarnain kaget. " You pregnant ke?" Melihat susuk tubuh Safihah senang untuk Zulkarnain meneka.

Tambahan pula Dr Amar yang dimaksudkan adalah rakan sejawatnya. Antara pakar obstetrik dan ginekologi disini.

Safihah angguk, membenarkan telahan Zulkarnain.  

"So, you datang check up seorang diri? Rayyan tak teman you?"

Sekali lagi Safihah hanya mengiyakan. Bukan tidak kepingin mengajak suaminya bersama akan tetapi Rayyan dilihat sibuk dengan urusan pejabat.

Sedar diri hanya sandaran Rayyan, Safihah merelakan saja walau terluka. Rayyan tidak pernah mengucapkan kata kata cinta atau memanggilnya dengan panggilan manja.

Namun, sehingga kini, Safihah tahu Rayyan tetap menggelarkan Jie sebagai 'sayang'. Jelas di situ Rayyan masih mencintai Jie. Sedih tetapi Safihah terpaksa akur. Hanya Rayyan yang dicintai sejak dulu. Takkan mungkin ada pengganti.






Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2015 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 18-6-2015 12:45 AM

Berpuas hati dengan butir butir penting yang diberikan Zack serta Jie. Shahrul beralih ke Azim pula. Meminta maklumat yang diinginkan.

"Ini senarai projek ICB masa Rayyan dikatakan bawah pengaruh Juwita. Kebanyakannya bernilai jutaan ringgit.." Mengerti maksud pandangan abangnya.

Azim menghulurkan seberkas dokumen kepada Shahrul. Shahrul membelek setiap helaian. Berguna untuknya kelak.

"Macam mana dengan Juwita? You dah jumpa dia?" Ingin kepastian dari Azim.

Azim hanya geleng. "Tak sempat. May be esok." Kesibukan mengumpul maklumat membuatkan Azim terlupa langsung pasal Juwita.

"I ikut you jumpa Juwita esok... Lepas trial.." Jie menawarkan diri. Segan menyusahkan Azim yang telah bertungkus lumus hari ini.

"I tak kisah , Najiha, tapi...." Azim takut Zack akan salah sangka lagi dan tercetus perbalahan antara mereka. Beralih pandang ke arah Zack yang duduk berhadapan.

"Aku ok saja. Asalkan kau jaga Najiha elok elok." Zack yakin Azim sudah berubah dan takkan menyakiti Jie lagi.

Lagipula Zack ada perkara penting lain untuk diselesaikan dengan Shahrul usai urusan mahkamah esok.

"Jangan risau, bro !" Shahrul memberi jaminan.

"Kalau Azim kacau wife kau lagi, aku orang pertama yang akan ketuk kepala dia.. Bagi 'center' sikit otak dia..Macam tak ada perempuan lain.."  Berlawak santai untuk menceriakan suasana.

Gelak tawa berderai. Terlupa sejenak motif utama perjumpaan mereka.

Azim tak ambil hati. Masak dengan perangai Shahrul yang gila gila.

"By the way Najiha, you kenal Mohd Rizal? Project Manager ICB?" Shahrul baru teringat mengenai saksi yang merupakan kakitangan syarikat diterajui Rayyan.

"Rizal?!" Jie pelik. " Kenal lah.. Malam you culik I, dialah yang tewaskan 2 orang suruhan you dekat highway.." Serentak itu terbayang wajah Rizal. Bertubuh tegap dan tinggi.

"La dia ke?" Shahrul dapat satu idea.

"Dia salah seorang saksi Rayyan. You tahu tak berapa rapat dia dengan Rayyan?" Penting untuk Shahrul tahu sejauh mana hubungan Rayyan dan Rizal.

Jie hanya geleng, tak tahu. Setakat yang diketahui Rizal memang terhutang budi dengan Rayyan.

"Rizal dengan Rayyan memang rapat. Adalah satu hal dulu buat diaorang tak ngam.. Tapi sekarang dah ok kot.." Azim merenung sekilas ke arah Jie. Rizal pernah memusuhi Jie kerana dendamkan Rayyan Hardy.

"Panjang ceritanya kalau you nak tahu.. Nantilah I cerita.." Jenuh mahu mengungkit kisah yang bertahun berlalu. Azim meringkaskan fakta.

Shahrul hanya angguk faham. Memandangkan Azim juga mengenali Rizal, senang untuk bertanyakan nanti.

"Tapi tak jadi isu ke Shah.." Zack musykil. "Rizal mesti cam kau. Tak ke dia terkejut tengok 'penculik' Najiha tiba tiba jadi peguam Najiha.." Entah kenapa Zack dilanda kerisauan. Bimbang berlaku konflik.

"Well bro, Rayyan pun tak cam siapa aku.. Tak mungkin Rizal tu ingat lah.."Shahrul memang gemar 'bertukar wajah'.

Imej 'nakal' ketika diluar dan berperwatakan 'nerd' ketika berada dimahkamah. Umpama sesumpah. Berubah mengikut keadaan persekitaran.

"Esok masa prosiding, kita tengok dulu pernyataan saksi dan bukti pihak Rayyan.. Ada maklumat terbaru aku akan kongsi dengan kau.. Kau rileks ok.." Shahrul menepuk bahu Zack.

Zack hanya akur. Berdebar menanti perbicaraan esok.

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 07:21 AM | Show all posts
dup dab dup dab... hurmm so hari nie la prosiding kan.. )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 11:47 AM | Show all posts
x sabar huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2015 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 19-6-2015 01:23 PM

Perbicaraan bermula. Rizal melafazkan sumpah sebelum mengambil tempat dikandang saksi. Wajah nampak tenang.

Zharif, peguam yang mewakili Rayyan memulakan sesi soal jawab.

"Sudah berapa lama kamu kenal dengan plainitif ?" Merujuk kepada Rayyan.

"Lebih 10 tahun.." Begitulah mengikut perkiraan Rizal.

"Boleh terangkan hubungan kamu dengan plainitif?"

"Rayyan Hardy merupakan majikan tempat saya bekerja."

"Memandangkan kamu mengenali plaintif dalam tempoh masa yang agak lama.. Boleh jelaskan keperibadian beliau?" Riak wajah serius.

Rizal mengulas seringkas boleh. Perwatakan Rayyan yang disenangi para pekerja dan bertimbang rasa. Malah mereka juga rapat diluar waktu bekerja.

"Bila dan bagaimana kamu sedar plainitif disihir?" Zharif menyoal lagi.

Rizal memberi keterangan saat menyedari Rayyan sudah menceraikan Jie,  diri merasakan ada yang tidak kena. Tambah pula, apabila mengetahui Rayyan bakal mengahwini Juwita.

Hal ini kerana, pada pandangan Rizal, Rayyan hanya mencintai Jie dan tak mungkin jatuh cinta pada Juwita.

Maka, Rizal bertemu Ustaz Hamdi dan dari situlah Rizal mendapat tahu Rayyan dibawah pengaruh sihir yang dikenakan Juwita.

Rizal juga menegaskan pernah memberitahu Jie tentang kemungkinan Rayyan disihir namun Jie hanya menidakkan dan beranggapan cinta Rayyan sudah beralih arah.

Semua soalan yang dikemukakan dijawab penuh yakin oleh Rizal. Membenarkan kenyataan bahawa Rayyan sememangnya disihir dan hampir hilang pedoman. Juga memgakui dirinyalah yang membawa Rayyan berubat dengan Ustaz Hamdi secara alternatif setelah perubatan moden tidak mampu menyembuhkan Rayyan.

Tiada lagi soalan ingin diutarakan oleh Zharif. Giliran Shahrul pula untuk menyoal balas Rizal.

"Kamu baru saja mengakui mengenali Rayyan Hardy selama lebih 10 tahun. Pernah terjadi salah faham antara kalian?" Ada tujuan disebalik soalan yang ditanya.

Rizal terpinga sebelum menjawab. "Ada dan saya anggap ia lumrah. "

"Boleh kamu terangkan depan mahkamah, salah faham yang berlaku di antara kamu dan plainitif?"

"Bantahan Yang Arif ! Soalan menjurus ke arah peribadi.." Zharif segera bangkit membantah soalan yang dibentang Shahrul.

"Maaf, Yang Arif ! Tujuan disebalik soalan tadi adalah untuk mengetahui sejauh mana hubungan saksi dan plainitif." Shahrul mempertahankan tindakannya.

"Baiklah teruskan dengan soalan !" Hakim membuat keputusan.

"Terima kasih , Yang Arif !" Shahrul berpaling ke arah Rizal yang berada dikandang saksi.

"Salah faham apakah yang berlaku antara kamu dengan Rayyan Hardy?" Soalan sama diulang.

"Saya... " Rizal terperangkap. "Saya telah melakukan kesalahan dipejabat." Terpaksa berterus terang.

"Tindakan yang diambil plainitif di atas kesalahan kamu?" Shahrul ingin tahu.

"Saya telah dipecat." Rizal segan sendiri mengingat khilaf dulu.

"Kamu mengatakan kamu dipecat oleh plainitif, tetapi bagaimana kamu masih lagi bergelar pekerja Isa Corporation Berhad sehingga ke hari ini?"

"Rayyan Hardy memberi saya peluang kedua." Ringkas saja jawapan Rizal.

"Pasti kamu berterima kasih dan sangat terhutang budi kepada plainitif sehingga kamu sanggup melakukan apa saja untuk membalas jasa yang ditabur Rayyan Hardy." Shahrul menghela nafas.

"Disebabkan itu kamu sanggup bersusah payah untuk membawa plainitif berubat secara alternatif apabila kamu menyedari plainitif disihir." Menyambung kemudiannya.

"Bersetuju kalau saya katakan begitu?" Shahrul inginkan kepastian.

Rizal cuma mengiyakan.

"Termasuklah sanggup menjadi saksi untuk menyokong tuntutan plainitif hari ini?" Shahrul cuba menangkis kesaksian Rizal.

Rizal terpinga mendengar kata kata Shahrul.

"Bantahan, Yang Arif !" Zharif kurang senang dengan cara Shahrul.

"Peguambela membuat andaian sendiri ! Spekulasi !" Riak wajah marah.

"Yang Arif.. Saksi Mohd Rizal mungkin berat sebelah dalam keterangan beliau kerana terhutang budi dengan plainitif. Kesaksian beliau boleh dipertikai.." Shahrul tetap dengan pendiriannya. Pernyataan Rizal mudah diragukan.





Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 06:19 AM | Show all posts


yesssza... drama bermula
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 10:06 AM | Show all posts
Laaaaaaaaaaaaa.... sikitnye..... tak puas bace....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 konflik dlm citer nih...klu btul mau gile jie huhu  
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Konflik yg tak ada penghujung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 27-6-2015 10:39 PM

Saksi kedua Rayyan adalah Ustaz Hamdi yang pakar dalam dalil dan hadis. Agak sukar juga untuk Shahrul menyoal balas. Keterangan yang diberikan  tersusun dan teliti. Menghuraikan secara terperinci keadaan Rayyan yang meracau racau ketika bertemu dengannya. Menyeru nama Juwita. Dari situlah Ustaz Hamdi merasakan ada 'sesuatu' yang membelengu Rayyan.  

Alhamdulillah berkat kekuatan Rayyan sendiri dan izin dari Allah,  Rayyan sembuh dari pengaruh sihir.

Berpuas hati dengan penjelasan Ustaz Hamdi, Zharif membentangkan hujah.

"Yang Arif, dengan keterangan ini jelas menunjukkan plaintif berada dibawah pengaruh sihir oleh gadis ingin menagih cinta plaintif. Tiada lagi soalan lanjut.."

Zhariff kembali ke tempat duduknya. Shahrul bangkit untuk bertanyakan soalan.

"Ustaz telah merawat plaintif yang ketika itu dibawah pengaruh sihir.. Selain dari meracau menyeru nama Juwita, apakah simptom lain ditunjukkan oleh plaintif?"

"Tidak mahu makan minum, tak mengendahkan keadaan sekeliling dan nampak tertekan.." Ustaz Hamdi menjawab yakin.

"Ustaz tahu sudah berapa lama plaintif berkeadaan begitu sebelum berjumpa Ustaz?"

Ustaz Hamdi dilihat menung sebentar.  "Lebih kurang 3 bulan."

"Berdasarkan keterangan Ustaz sebentar tadi, mula merawat plaintif pada tarikh... "Shahrul mengulang semula tarikh yang disebut oleh Ustaz Hamdi tadi.

"Ustaz setuju dengan tarikh itu adalah kali pertama merawat plaintif?"

"Ya." Ustaz Hamdi tidak membantah.

"Yang Arif.." Shahrul beralih ke arah Hakim yang bertugas.

" Saksi kedua mengatakan kali pertama merawat plaintif adalah pada...." Shahrul mengulang lagi tarikh yang disebut tadi.

"Dan beliau juga mengatakan plaintif sudah tiga bulan berkeadaan begitu sebelum dirawat oleh beliau." Shahrul diam sejenak.

"Berdasarkan rekod mahkamah rendah, plaintif melafazkan talak terhadap responden pertama.." Shahrul menunjuk ke arah Jie yang sedang duduk...  "Pada bulan Mac tahun yang sama, 6 bulan dari tarikh plaintif bertemu saksi kedua untuk berubat."

"Bermakna, sewaktu melafazkan talak terhadap responden pertama ada kemungkinan plaintif masih dalam keadaan normal."

"Tiada lagi soalan lanjut.." Shahrul berpaling melangkah semula ke bangku yang diduduki tadi.






Jie tak betah berada lama didalam kamar mahkamah. Tekaknya dari tadi terasa mual. Perbicaraan masih lagi berlangsung dengan saksi ketiga dari pihak Rayyan. Perlukan udara segar. Nafas sesak mendengar pertikaman lidah dan pertukaran fakta. Mahu mencari sedikit ketenangan.

"Anak inilah yang Rayyan ceritakan pada pakcik.." Ustaz Hamdi menyapa Jie yang sedang merenung jauh.

"Patutlah Rayyan jatuh cinta pada kamu sampai tak boleh lupa bertahun tahun.. Masya Allah. Kamu memang cantik ! " Sungguh sewaktu ternampak kelibat Jie tadi fahamlah Ustaz Hamdi kenapa sehingga kini Rayyan masih gila bayang.

"Satu saja pesanan pakcik pada kamu.. Perceraian yang didalangi ilmu sihir tidak sah disisi syara.. Kamu boleh menafikan, kamu boleh mengupah peguam hebat untuk membela diri.. Tapi hukum tetap hukum.." Ustaz Hamdi rasa terpanggil memberi nasihat.

"Maksud pak cik?" Jie kurang faham.

"Tentang kamu dan Rayyan.. Kamu sendiri lebih tahu cerita sebenar disebalik perceraian kalian.. Pak cik harap kamu berbalik kepada hukum Allah.."

Jie tambah buntu. Tekak makin loya. Pantas meminta diri untuk berlalu meninggalkan Ustaz Hamdi sendirian.






Saksi ketiga yang merupakan pakar psikiatri terkenal menguatkan lagi dakwaan bahawa Rayyan mengalami depresi hebat sehingga hampir disahkan sakit jiwa. Tarikh Rayyan dirawat dan prosedur yang digunakan untuk memulihkan Rayyan tercatat lengkap dalam laporan.

Hakim meneliti salinan rekod laporan yang diberikan Zhariff.

"Yang Arif, saksi ketiga telah mengesahkan plaintif mengalami tekanan hebat sehingga hampir sakit jiwa. Namun, plaintif beransur pulih apabila diubati oleh saksi kedua. Ini bukti jelas menunjukkan kewujudan sihir terhadap plaintif yang menyebabkan plaintif hilang kesedaran dan melafazkan talak diluar kemahuannya terhadap responden pertama."

Itulah kesimpulan yang dibuat Zhariff.

Tiada soal balas dari Shahrul. Shahrul hanya bertindak menyerahkan seberkas dokumen.

"Yang Arif, saya tak nafikan kewujudan sihir yang diperkatakan terhadap plaintif. Cuma jikalau benar sihir itu boleh menyebabkan plaintif hilang kesedaran dan tidak waras bermakna plaintif tidak berupaya untuk menjalani hidup secara normal." Shahrul memulakan hujah.

"Akan tetapi beberapa hari selepas menjatuhkan talak terhadap responden pertama, plaintif berjaya mendapatkan projek besar untuk syarikat yang diterajuinya. Masih mampu menjalankan kerjanya dengan baik."

"Segala maklumat projek ada tercatat lengkap dengan tarikh .." Shahrul merujuk kepada dokumen yang diserahkan kepada hakim.

"Justeru boleh disimpulkan, sihir yang dikenakan terhadap plaintif tidak memudaratkan akal dan fikiran plaintif ketika itu. Plaintif sepatutnya masih boleh berfikir dengan baik sewaktu melafazkan talak.. " Shahrul mengakhiri hujahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 01:24 AM | Show all posts
Jie keliru dengan kata kata Ustaz Hamdi yang menjadi saksi Rayyan tadi. Jika benar seperti dikata, Jie takut berdepan kenyataan dirinya masih isteri Rayyan. Status si kembar dan anak dalam kandungannya. Minda berserabut.

Azim disebelah sedang leka memandu. Mereka sedang dalam perjalanan menemui Juwita.

"Najiha, you okay?" Azim perasan Jie tampak tak keruan sejak dari keluar perkarangan mahkamah tadi. Simpati pada wanita yang hingga kini masih mendapat tempat dihati. Cinta yang sampai mati khusus buat Jie.

"I confused..." Jie mengeluh. "I rasa berdosa !" Entah kenapa Jie asyik memikirkan kata kata Ustaz Hamdi tadi. Air mata berlinang.

"Wait Najiha.." Terkejut melihat titisan jernih yang membasahi pipi Jie, Azim memberi isyarat ke kiri sebelum memberhentikan kereta yang dipandu.

"Now tell me.. What's bothering you?" Prihatin dengan keadaan Jie. Azim mengesat air mata yang berjuraian.

Pantas saja Jie bercerita kata kata yang ditutur oleh Ustaz Hamdi tadi.

"I takut, Azim ! Bayangkan I hidup dengan Zack.. Lima tahun.. Kami dah ada anak... Semua akan hancur.." Tangisan makin lebat.

Azim buntu untuk memujuk. Mengusap lembut bahu Jie untuk menenangkan.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz tu tak betul jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 02:17 PM | Show all posts
ustad tu main cakap based on ape dia nak percaya.. ustad tu pun mcm jeles dgn rayyan sebab pernah dpt bini cantik... ustad gatal..... tapi tu la based on circumstances evidence mcm shahrul cakap la mcm mana si rayyan tu bley dapat tender juta juta kalo otak si rayyan tu x waras.. basically org yg terlibat dgn contract tue boleh aje cakpa masa rayyan sign document tue si rayyan x wars therefore contract void...  hehehe again teruk la rayyan nak buktikan dia masih waras masih dapat kan kontrak itu.. mmg la sivil n syariah x leh campur but in term of kewarasan bley dipertikaikan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 01:57 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-6-2015 08:59 PM

Tan Sri Isa tidak mengerti kenapa Khalid maupun Zack merahsiakan hal sebesar ini. Baru dapat tahu dari mulut besannya.

Rayyan agak keterlaluan ! Mempergunakan mahkamah untuk memenuhi kehendak hati. Nyaris sakit jantung menyerang. Anak anak lelakinya bertelagah hanya semata mata berebutkan seorang perempuan. Sangat memalukan !

Abang yang tua patut lebih matang tetapi bertindak kebudak budakan. Adik bongsu pula enggan mengalah. Mahu menyalahkan menantunya, bukan salah Jie. Malah Tan Sri Isa bersimpati dengan keadaan Jie. Direbut seperti barangan sedangkan Jie juga ada harga diri.

Justeru, kesilapan nampak ketara disisi Rayyan. Rayyan yang memulakan tuntutan. Kesal dengan tingkah anak sulungnya.

Ligat memikir cara menamatkan segala sengketa ini. Tan Sri Isa tak mahu isu ini berlarutan dan menjejaskan keharmonian dalam keluarga mereka.

Baik Rayyan maupun Zack harus bersemuka untuk menyelesaikan semua kekusutan ini.

Segala tuntutan mahkamah harus dihentikan segera. Tan Sri Isa tidak sanggup menanggung malu jika ketahuan anak anak lelakinya berseteru gara gara hal kecil begini.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 22-6-2015 04:02 PM

Kali kedua menjejakkan kaki melawat tahanan dipenjara. Jie gementar. Walau dulu pernah melawat Julia namun perasaan gugup masih ada. Mitos tentang tempat hukuman yang menyeramkan ini berlegar difikiran. Lantas memegang erat bahu Azim untuk mendapatkan kekuatan.

Azim hampir tergelak melihat wajah Jie pucat lesi ketika melangkah masuk. Ternyata dalam keberanian Jie menangani keadaan bahaya, Jie juga wanita biasa. Lumrah merasa takut.

Seorang pegawai penjara mengiringi Juwita masuk ke dalam bilik khas dimana Jie dan Azim sedia menunggu. 10 minit masa ditetapkan untuk mereka berbicara.

Juwita segera memeluk Azim. Ternyata perkhabaran yang didengari benar. Azim berjaya bebas dari pertuduhan.

Memandangkan fokus Juwita hanya pada Azim, kehadiran Jie tidak disedari. Terjerit kecil melihat Jie.

"Hantu Puan Najiha !!"

Tubuh Juwita menggeletar. "Azim you nampak tak?"  Jari terketar menunjuk ke arah Jie.

"Rileks Juwita.." Azim menenangkan Juwita. " Ini Najiha.. Dia tak mati lagi.." Bahu Juwita diusap.

"Betul ke?" Juwita kurang percaya. Merenung takut takut ke arah Jie sebelum tunduk memerhati.

"Aah betullah.. Ada kaki.." Juwita senyum lega. "I ingat hantu Puan Najiha datang nak balas dendam.." Terkurung hampir bertahun membuatkan Juwita paranoid.

Saban malam hidupnya dihimpit penyesalan kerana bertindak terburu buru. Mujur Azim menunaikan janji.

Meski berada dalam tahanan tetapi Juwita diasingkan dari banduan biasa. Tak pasti bagaimana Azim melakukan semua sedangkan Azim sendiri berpura gila sehingga dipindahkan ke hospital sakit jiwa.

Sejak itu tiada khabar mengenai Azim. Dengar cerita abang Azim menggunakan pengaruh yang dimiliki Papa mereka untuk membebaskan Azim. Dan, Juwita yakin kedatangan Azim hari ini adalah untuk melepaskannya dari neraka dunia ini.

"I akan bebaskan you, Juwita.."Jie terus kepada agenda utama pertemuan mereka.

"Tapi ada syaratnya..." Nada suara tegas. Hanya keterangan Juwita mampu membuktikan sihir yang dikenakan terhadap Rayyan.

Juwita merenung ke arah Azim. Keliru. Azim hanya mengisyaratkan Juwita supaya mendengar setiap tutur kata Jie terlebih dahulu. Juwita akur.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.373254 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list