ismaha posted on 2-9-2013 04:27 PM 
Mana mana review ko....is xsabo nak baca neh....hihihi
simple jer...coz hero ending gitu kan... jd leh control emosi 
Rating KeseluruhanDrama: (9/10)
1.CERITA- SERIES TERBAIK (9/10)
Jalan cerita memang susah dijangka dan penulis skrip kreatif untuk kembangkan setiap watak dalamdrama ini. Cerita yang cukup plot dari cinta, konsipirasi dan misteri sangat memberi kesan emosi pada setiap penonton. Jalan cerita yang kuat untuk dimartabatkan cerita ini terbaikbagitahun2013.
2.MUZIK/INSTRUMENT/OST(9/10)
Lagu-lagu tema dalam cerita ini memang sesuai dengan setiap scene yang mampu membuatkan penonton lebih menjiwai watak setiap pelakon. Instrument seperti scene tertentu juga menambahkan lagi impak jalan cerita .
3.PELAKON:
Kim Nam Gil sebagaiHanYi Soo/Yoshimura Joon – PELAKON LELAKI TERBAIK (10/10)
Dia memang 100% dalam watak Han Yi Soo / Yoshimura Joon. Ekspresi muka,gerakan badan dan pandangan mata dia sangat memberi kesan pada watak yang dia jiwai.Yi Soo yang hidup penuh keperitan mampu menjadikan dia seperti mati hidup kembali untuk menuntut segalakebenaran.
Son Ye Jin sebagaiJoHaeWoo – (9/10)
Watak sebagai Jo Hae Woo yang agak emosi biarpun profesional sangat memberi kesan betapa dia belum puas untuk mencari kebenaran tentang kematian Han Yi Soo. Ekspresi muka,gerakan badan dansetiap tindakan dia menggambarkan betapa dia masih menyayangi Han Yi Soo dan ahli keluarganya sendiri biarpun dia tahu hakikat perkara sebenarnya yang terjadi.
Ha Soek In sebagaiOhJoonYoung – (8/10)
Dia sebagai suami kepada Jo Hae Woodan kawan baik kepada Yi Soo, Hae Woo dan Doong Soo menggambarkan dia seorang yang tenang dan sabar serta setia. Walaupon begitu dia tetap juga terasa tercabar apabila Yi Soo hidup kembali.
Sebagai Young Hee – (8/10)
Seorang setiausaha yang sangat bertanggungjawab walaupon terpaksa menjadi pengintip bos sendiri dan merahsiakan perasaan sendiri walaupon tiada luahan kata-kata dari ekspresi muka dan gaya badan penonton mampu membaca hati Young Hee
Sebagai Han I Hyeon – (7/10)
Seorang adik yang comel, bijak dan ceria - betapa dia rindu dan sayang sangat abangnya dan percaya YiSoo belum mati.
Sebagai Byeon Bang Jin– (8/10)
Penyiasat yang hebat dan bapa yangsangat menyentuh hati
Sebagai Kim Dong Soo– (7/10)
Dia sangat lucu tapi sensitif apabila menceritakan tentang Yi Soo
Sebagai Jo Sang Deuk– (9/10)
Memang mastermind dalam konspirasi SHARK. Watak yang pasti menyakitkan hati penonton.
4.TEKNIKAL (9/10) Pengarahan yang sangat bagus dan pasti storyboard yang telah di buat dengan teliti sebelum para pelakon memulakan lakonan
PPTX Form: http://www.mediafire.com/?lgq5d01ie642gdg
Last edited by dauswq on 2-9-2013 07:41 PM
|