CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 6-3-2013 10:41 AM | Show all posts
mistyQue posted on 6-3-2013 08:44 AM
saya nak tanya, untuk lelaki....adakah mereka memakai selipar semasa tawaf?adakah dibenarkan untuk ...

tak pakai selipar masa tawaf dan saei.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 10:49 AM | Show all posts
ummi_ina posted on 6-3-2013 10:09 AM
jangan terkejut kat sana macam2 pesen tudung ada
mazhab masing2 tak sama--kena ingat tu
ada yang ...

Yup..sy selalu sematkan dalam hati mengenai perkara ni.
bila tengok jemaah negara lain solat dan tak sama mcm kita kat Malaysia solat, terus bersangka baik
mazhab masing2 tak sama.
yg solat pakai selendang dan nampak rambut tu sokmo nampak.
jemaah sri langka@pakistan rasanya.

ummi penah nampak tak jemaah Indonesia pakai sarung tangan yg menutup bahagian atas tapak tangan sahaja. bila solat sebelah diorang mcm nak kenapa pakai sarung tangan tu.




Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 11:00 AM | Show all posts
alisya05 posted on 6-3-2013 10:49 AM
Yup..sy selalu sematkan dalam hati mengenai perkara ni.
bila tengok jemaah negara lain solat dan  ...

aha selalu nampak sarung tangan sebelah tu
tak pasti diorang mazhab apa ye?
mungkin juga sbb pemahaman terhadap aurat yg menutup seluruh bahagian badan
kecuali muka dan tapak tangan
maka sebab itulah sarung tangan itu dipakai
dengan hanya menampakkan tapak tangan


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 11:16 AM | Show all posts
ummi_ina posted on 6-3-2013 11:00 AM
aha selalu nampak sarung tangan sebelah tu
tak pasti diorang mazhab apa ye?
mungkin juga sbb pem ...

Penah borak dengan   jemaah Indonesia..dia ckp di Indonesia pakai mazhab Shafie.
mungkinla pasal pemahaman Aurat seluruh badan kecuali tapak tangan.

Borak dgn jemaah Indon sbb dia tengok sy baca Buku panduan Umrah.
dia nak pinjam buku tu nak baca pasal Dam
sbb katanya ada sorang kawan masih dlm Ihram tapi mandi gunakan sabun Wangi sbb tak selesa badan melekit.
kawan dia tu mcm berat hati nak kuarkan Dam.

dia tanya saya camni:

" Ibu Fikir yer buk, kawan saya baru lepas beli gelang tangan harga 11 Juta, tapi enggak mau dia bayar dam yg hanya 60 rial, apa pendapat ibu?'

sy cakap dam tu wajib dibayar sebab dia dah langgar larangan dlm Ihram. jemaah Indonesia tu siap pinjam buku tu utk ditunjukkan kepada suaminya dgn harapan kawan dia dengar ckp suaminya dan seterusnya bayar Dam.

bila dikira 11 juta Rupiah lebih kurang RM 3.6++..Byknya duit orang Indon beli Emas kat mekah.






Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 11:17 AM | Show all posts
Assalam...
suka thread ni...  byk info maklang dpt...
tqvm pd yg bkongsi idea/nasihat/cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 11:26 AM | Show all posts
Salam semua.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2013 11:32 AM | Show all posts
alisya05 posted on 6-3-2013 11:16 AM
Penah borak dengan   jemaah Indonesia..dia ckp di Indonesia pakai mazhab Shafie.
mungkinla pasal  ...

alisya (eh macam nama my doter pulok )

Indonesians mmg suka beli emas....tambah2 lak kat Mekah jual emas open gitu je
sambil balik dari MasjidilHaram pun leh cuci mata dgn silauan emas kat kedai2 tepi jalan tuh
dan diorang ang pergi ke sana pun kebanyakannya mmg kaya raya belaka


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 12:00 PM | Show all posts
alisya05 posted on 6-3-2013 10:28 AM
masa balik sy dan hubby pun terpisah seat.bukan kami suami isteri saja...ramai lagi pasangan yg te ...


Alisya,

Meeting point kami depan kfc ... dari jauh dah tercari2 kelibat.
Ehem suka sembahyang merata soo takleh janji kat pintu, tunggu kat kfc jerk.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 12:00 PM | Show all posts
ummi_ina posted on 6-3-2013 11:32 AM
alisya (eh macam nama my doter pulok )

Indonesians mmg suka beli emas....tambah2 lak kat Meka ...

sayapun suka masuk kedai Emas Kat Mekah
cuci2 mata jer sbb tak berkenan dgn design brg kemas kat sana.

ketulenan emas kurang tapi harga lagi mahal
bila pekedai tu bagitau harga,
sy terus pinjam calculator dan convert kpd RM.

Emas 20k (850), bila convert jadi RM185/gram lau tak silap.
Kat Mesia emas 22K( 916), harga kat Pohkong/habib RM 185/gram
lau beli Online emas 916 leh dpt +-RM160/gm.

bila bagitau harga lagi mahal dari Malaysia, dia ckp 'can diskaun'..pandai betul nak ambik hati pelanggan.






Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 12:01 PM | Show all posts
mistyQue posted on 6-3-2013 08:44 AM
saya nak tanya, untuk lelaki....adakah mereka memakai selipar semasa tawaf?adakah dibenarkan untuk ...

Mereka berkaki ayam ...
Kita boleh berstokin tebal ...

So far kaki hubby tak melecet atau merekah,
Kaki ehem yang merekah.


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 12:03 PM | Show all posts
ummi_ina posted on 6-3-2013 11:00 AM
aha selalu nampak sarung tangan sebelah tu
tak pasti diorang mazhab apa ye?
mungkin juga sbb pem ...


Nieza pulak kak terpikir, dia takut air wuduk terbatal kot.
Sbb tu la tutup atas jerk, takut tersentuh.


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 12:05 PM | Show all posts
ummi_ina posted on 6-3-2013 11:32 AM
alisya (eh macam nama my doter pulok )

Indonesians mmg suka beli emas....tambah2 lak kat Meka ...

Kak ina,

Indonesian ada yang beli emas celup hihihihi.
Nieza pasang telinga .. dengar derang cerita 20riyal saja .. tak mahal .. hihihi
Macam2 pesyen derang pakai hihihi.

Nieza tak terpk pun nak masuk kedai emas hihihi.


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 12:47 PM | Show all posts
Akak pulak kalau masa di Madinah, kalau lepas sembahyang, akak tunggu husband di Gate 16.. tapi kalau di Mekah pulak akak tunggu kat tangga kutbah (sebelum turun tangga yang mengadap kaabah, ada tangga kutbah yang akak dimaklumkan kalau hari jumaat akan bergerak dan diletakkan di tengah bulatan kaabah dimana iman memberi kutbah jumaat).  Selalu janji dengan suami, tak pernah gagal pasti jumpa disitu.  Tetapi nak dijadikan cerita, pada hari terakhir kami disana, terdapat insiden tunggu menunggu antara akak dan suami..Ceritanya, kami diminta untuk buat tawaf wida sebelum zohor walaupun akan bergerak meninggalkan mekah selepas asar.. Akak ni bercakap dengan husband kenapa nak buat cepat padahal waktu nak meninggalkan mekah lambat lagi, akak cakap biarlah lambat sikit... Akak cakap lagi dengan husband, kita pergi lewat sikit supaya kami dapat buat jamak zohor dan asar... Jam 3 kami bergerak masuk ke Masjidil Haram, sesampai disana, Subhanallah, ramainya manusia sebab kebetulan hari tu hari khamis...cuti umum disana... Setelah kami jamak, kami mula buat tawaf wida ..hampir sejam jugaklah, tiba di kiraan terakhir, husband akak nampak ada ruang betul betul didepan Pancoran Emas untuk  buat sembahyang sunat disitu... Pada masa yang sama, sembahyang fardhu asar dah masuk, memang tak sempat kalau akak nak sembahyang kat situ, akak bagi tahu husband suroh dia sembahyang disitu dan akak berlari naik ke dalam masjid..sambil berlari akak cakap kat husband tunggu akak di tangga kutbah...husband pun cakap macam tu jugak... Lepas sembahyang, akak tunggu husband akak, hampir sejam..akak menangis sebab tak nampak dia... Dua kali akak buat sembahyang tobat memohon pada Allah kalau kalau ada perbuatan akak yang salah..mohon dia tunjukkan pada akak suami akak... Ketika itu hanya Allah saja yang tahu perasaan akak....perasaan takut menguasai diri.  Mungkin Allah menguji akak dan husband, setelah hampir sejam baru akak nampak dia..rupanya dia pun tunggu akak di tangga tu tapi tak tahu lah di mana salahnya dia tak nampak akak dan akak tak nampak dia..padahal kami sama sama berada disitu. Balik dari situ, salah seorang jemaah bertanya akak kenapa akak lambat, kebetulan dia seorng Professor di salah sebuah Universiti kita, akak bagi tahu dia, akak lambat sebab tak jumpa husband.  Dia kata macamana boleh jadi macam tu..akak pun cerita pada dia, yang akak dan husband bersetuju lepas solat tunggu di tangga kutbah.. Dia kata patutlah tak jumpa , sebab suroh tunggu, memang tunggu lah...patut cakap jumpa di tangga kutbah... dan lepas tu, akak sendiri kata biarlah lambat sikit buat tawaf wida dan lambat balik kehotel ..memang Allah kabulkan.... hehehehee..So pada adik adik yang nak pergi, janganlah terdetik atau terlepas cakap..disana segalanya berlaku seperti yang terdetik dihati, kalau terdetik sekalipun cepat cepatlah istighfar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 02:10 PM | Show all posts
KakpahMan posted on 6-3-2013 12:47 PM
Akak pulak kalau masa di Madinah, kalau lepas sembahyang, akak tunggu husband di Gate 16.. tapi kala ...

seriaunya baca citer kakPah
nasib baik dpt jumpa husband n sempat balik dan x tertinggal bas
ada jugak kejadian yg sampai tertinggal bas
Allahuakbar.....boleh dibuat iktibar semua

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 02:29 PM | Show all posts
KakpahMan posted on 6-3-2013 12:47 PM
Akak pulak kalau masa di Madinah, kalau lepas sembahyang, akak tunggu husband di Gate 16.. tapi kala ...

buat jamak zohor dan asar?? brpa hari dah kat mekah sblm bertolak balik???

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 03:14 PM | Show all posts
tuliphitam posted on 6-3-2013 02:29 PM
buat jamak zohor dan asar?? brpa hari dah kat mekah sblm bertolak balik???

Salam tulip...kami di mekah selama 3 hari walaupun dijanjikan 6 hari... Mungkin tempoh itu saja yang diluluskan oleh Allah untuk kami semua.. Itulah pengalaman yang sukar dilupakan, terasa ralat sangat kerana terlalu pendek tempohnya kami disana... Semoga Allah perkenankan lagi doa kami untuk kesana dalam tempoh terdekat ini...Ameen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 03:25 PM | Show all posts
KakpahMan posted on 6-3-2013 03:14 PM
Salam tulip...kami di mekah selama 3 hari walaupun dijanjikan 6 hari... Mungkin tempoh itu saja ya ...

wsalam kakpah..

ooo..patut la, selalunya kat mekah seminggu.
tak pa la kak pah, nanti2 ada rezeki, kalau buat haji, sebulan kat mekah..insyaallah..


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 07:15 PM | Show all posts
Salam abang kakak adik pak cik mak cik

Macam mana nak kata ek ... sembang-sembang dalam thread umrah ni sangatlah baik kalau kita kurangkan "mengayam ketupat". hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 07:55 PM | Show all posts
MrsKobis posted on 5-3-2013 10:43 PM
kawan2.. boleh tak cadangkan sy travel agensi yang bagus untuk umrah? rasenye nak pegi bulan 6 nih.. ...

Assalamu'alaikum wbt

Selamat menunaikan umrah dan jika sudah sampai di sana, jangan lupa doakan untuk kami semua agar dapat kembali ke Haram, insyaAllah.

Bukan nak tolong promote. Ada lihat dalam surat khabar harakah, Andalusia ada pakej untuk tinggal di hotel Hilton, tetapi harga RM6699 (kalau tidak silap) - maksudnya mahal lah sikit tetapi hotel depan masjid.  Lagi satu, cuba Rayhar - hotel MASSA juga dekat dengan masjid dan harga lebih kurang dengan Andalusia. Dan ada 2-3 syarikat lagi yang tawarkan umrah idaman dengan hotel depan Haram.



Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:51 PM | Show all posts
KakpahMan posted on 6-3-2013 12:47 PM
Akak pulak kalau masa di Madinah, kalau lepas sembahyang, akak tunggu husband di Gate 16.. tapi kala ...

Assalam Kakpah

Baca tulisan Kakpah, saya sikit keliru kalau saya kurang paham tulisan Kakpah minta maaf banyak2.

Kakpah kata dah buat solat jamak zohor & asar, lepas tu buat tawaf wida, diperkiraan terakhir nampak ruang di Hijir Ismail untuk buat solat sunat (kalau ikutkan pusingan Hijir Ismail belum habis perkiraan tawaf, habis perkiraan tawaf betul betul penjuru Hajar Aswad atau selepas lampu hijau adakah masa tu telah habis perkiraannya?). Lepas tu masuk fardu asar (ada kah suami Kakpah buat solat asar lagi? atau cuma solat sunat tawaf).

Apa yang saya tau (sekira salah tolong teman teman lain perbetulkan) selepas tawaf wida kita cuma selain berdoa, solat sunat tawaf minum zam zam kita kena cepat2 keluar dari Masjid tak boleh buat apa2 solat sunat dah samada taubat atau sebagainya juga mengambil gambar apa ke. Jadi kat sini saya sedikit keliru sebab Kakpah kata buat 2 kali solat taubat.



Last edited by aily on 6-3-2013 10:54 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.231087 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list