CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 18-9-2012 10:52 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2012 10:48 AM
Got it from Bod LMS - Gang & triad, Mr. Wiki and few blogs...

Letak printscreen? letak ajelah. ...

contohnya mcm ni...

iqbal terima email dari bro amin.

lepas tu iqbal balas email bro amin. Perlukan 2 account kan? Unless lady pandai fotoshop... tepek je atas sender and receiver name tu


forget it. lady tak rajin pun nak buat   


sila NEXT!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2012 10:52 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 18-9-2012 10:44 AM
Ye lah... tapi maksudnya apa? I mean apa fungsinya?

Serius, cheq pun tak tau... takpelah. Maybe karang adalah sesapa yg boleh tolong explain...

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 10:53 AM | Show all posts
xpaham kite...cam baca  sejarah citer sejarah plak... hehhhee... ape2 pun best...
nak n3 lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 10:55 AM | Show all posts
“Ini pula Loong Gan Fai. My grandfather. The third generation of Loong. Di bawah Loong Gan Fai, pengaruh Loong telah meluas hingga ke beberapa kawasan. Mereka menggelarkan kumpulan mereka Naga Timur” Eddie menyambung bicara.

Eddie berterusan bercerita mengenai Naga Timur. Kegiatan, urusan perniagaan dan lain-lain lagi. Bagaimana Loong Gan Fai bijak memanipulasikan pelbagai pihak untuk mendapatkan pengaruh. Bagaimana Naga Timur mengaburi masyarakat dengan perniagaan yang mengikut lunas undang-undang sedangkan sebaliknya, kumpulan itu terlibat dengan sindiket pelacuran dan ceti haram selain menawarkan perlindungan kepada mereka yang sanggup membayar. Bagaimana jatuh bangun kumpulan Naga Timur melawan pihak polis dan kumpulan samseng yang lain. Eddie bagai tenggelam dalam dunianya sendiri. Langsung tidak mengambil kisah seandainya Bella memberi perhatian atau tidak. Ayat yang terbit dari mulutnya amat lancar, bagai telah di hafal tanpa perlu merujuk teks atau buku. Bella masih lagi mendiamkan diri, hanya menjadi pendengar yang setia. Memang dia telah di bayar untuk itu…

“Keluarga Loong di takdirkan mempunyai satu waris dari setiap keturunan. Loong Gan Thye hanya mempunyai seorang anak lelaki, Loong Gan Thien. Loong Gan Fai pula dapat seorang anak perempuan, Loong Wai Kim. Loong Wai Kim adalah…”

“Your mother” Bella menyampuk secara tak sengaja. Kemudian, dia cepat-cepat menutup mulut dengan tangan.

“Loong Wai Kim sepatutnya berkahwin dengan salah seorang ahli Naga Timur, orang kanan Loong Gan Fai” Eddie menarik nafas lagi lalu menyambung kata.

“Tapi Loong Wai Kim jatuh cinta dengan lelaki belanda. They were secretly together until Loong Wai Kim got pregnant. Bila datuk I dapat tahu, dia buat ugutan. Kalau lelaki tu tak mahu tinggalkan Loong Wai Kim, dia akan bunuh anak dia sendiri. That guy chose to leave for the sake of his loves one”

“Dan lelaki itu…”

“My father” Eddie pantas menjawab. Bella menelan air liur.

“My grandfather passed away when I was 30. And since then, Naga Timur become my precious”

“Kumpulan Naga Timur adalah warisan keluarga. Warisan keluarga tak boleh di kongsi dengan bangsa lain. Itu pegangan Loong Gan Fai dan itu juga pegangan kebanyakan ahli Naga Timur. Di sebabkan bapa I bukan orang cina, Loong Gan Fai terpaksa sembunyikan cucu dia dari pengetahuan orang lain. Tapi, hanya I saja waris darah Loong Gan Fai yang ada. Jadi, sebagai menghormati Loong Gan Fai, ahli tertinggi Naga Timur membuat keputusan untuk menerima I sebagai Ketua Naga Timur dengan syarat, I perlu merahsiakan identiti untuk mengelakkan perbalahan. Hanya keluarga terdekat dan ahli teratas yang tahu macam mana rupa I yang sebenarnya” Eddie mengambil nafas seketika.     

“Loong Chen Long adalah nama yang di pilih oleh datuk I. Maksudnya anak naga. Tapi itu bukan nama I yang sebenar, ianya cuma nama untuk warisan keturunan Loong” Bella mengangkat kening.

“What about Jedi?”

“Since I have to hide my identity, I’ve decided to use another name and become unknown. Jedi adalah Chen Long, Chen Long adalah Jedi. I gunakan nama Chen Long bila bersama dengan Naga Timur dan Jedi dengan orang-orang tertentu. Just to you know… make it more intresting” Eddie membalas.

“What about Shark? Dia tahu siapa you?” Last edited by Nicki_Meow on 18-9-2012 08:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 10:59 AM | Show all posts
cokolat posted on 18-9-2012 10:53 AM
xpaham kite...cam baca  sejarah citer sejarah plak... hehhhee... ape2 pun best...
nak n3 lg...

Perang Larut, kumpulan Ghee Hin dan Hai San memang ada dalam sejarah.

Tapi Naga Timur takde dalam sejarah ye.. Yang itu rekaan cheq semata-mata....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 11:03 AM | Show all posts
“Tak” Sekali lagi kening Bella berkerut.  

“Tapi Shark selalu sebut nama Jedi. It seems like he knows you very well”

“Shark tak layak untuk tahu siapa I. Shark tak pernah tahu yang dia berurusan dengan kumpulan Naga Timur. Selama ini dia cuma tahu yang dia berurusan dengan Jedi. I tak pernah tunjukkan muka pada setiap perjumpaan kami”

“You terlalu berahsia nampaknya”

“I have to. Hidup I tak macam orang lain. And I don’t want to get caught. I have to do everything to survive”

“Macam mana dengan I?”

“Macam mana dengan you…what?”

“You dah ceritakan semuanya pada I. I tahu siapa you sebenarnya. What does that mean?”

“It means that you have to keep the secret, even if you have to die” Bella terdiam.

“A smart girl like you should figure out easily what I mean…” Berkerut kening Bella. Apakah Eddie mengugutnya?  

Bella dan Eddie saling merenung antara satu sama lain, berpandangan lama. Secara perlahan-lahan, Eddie mengalihkan pandangan lalu keluar meninggalkan Bella. Bella terpinga-pinga. Dia juga menuruti langkah Eddie keluar dari bilik itu.

“Eddie…” Eddie yang ketika itu hanya berdiri di beranda rumahnya tidak menoleh. Pandangannya di tebarkan terus ke hadapan. Langkah Bella terhenti beberapa tapak di belakangnya.

“Eddie…” Bella memanggil sekali lagi.

“You should be afraid of me by now, don’t you?” Nada suara Eddie sudah bertukar, tidak lagi menggerunkan seperti tadi. Bella menarik nafas dalam-dalam.

“Why should I?” Eddie terdiam lagi. Seketika kemudian dia berpaling. Sekali lagi pandangan mata mereka bertaut.

“Eddie…”

“You dah tahu siapa I sebenarnyakan?

“Siapa you sebenarnya?” Sengaja Bella bermain kata.

“ I…penjenayah…” Eddie tertawa kecil apabila berkata begitu. Perkataan penjenayah agak lucu padanya. Lucu kerana selama ini, dia tidak pernah berfikir seperti itu. Dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang penjenayah. Apa yang di lakukan selama ini adalah sebagai satu tanggujawab kepada warisan keluarga. Dia sudah di didik dengan cara itu.

Bella tetap mendiamkan diri. Wajah Eddie di renung sepuas hati. Mengikut logik akal, sewajarnya dia lari meninggalkan lelaki itu sekarang. Mungkin ke mana-mana balai polis paling dekat. Tetapi, kala ini, akal logiknya seperti tidak berfungsi. Hatinya mahu terus berada di sini. Misteri yang ada pada naga ini membuat hatinya berdebar. Bukan kerana takut, tetapi teruja. Bella mengatur langkah mendekati Eddie.

“Bella…” Eddie memanggil apabila Bella sudah berada rapat di hadapannya.

“I’m sorry if I’ve put your life in trouble. I tak patut buat macam ni pada you. You have the right to choose a better life. But…” Bella menanti kata-kata Eddie. Tapi Eddie tidak pula meneruskan kata-katanya.

“But what?” Tanpa amaran, Bella di tarik dalam pelukan. Berderau hatinya kerana di perlakukan begitu secara mendadak.

“There is something about you that I cannot resist. I want you…” Suara Eddie seperti berbisik di telinga. Kata-kata Eddie, walaupun di ucapkan dengan mendatar, masih mampu menyebabkan hati wanitanya bergetaran. Bella mengangkat muka, mata Eddie di renung dalam-dalam.

Perlahan-lahan, Bella meletakkan kedua belah tangannya di atas dada Eddie. Tangannya terhenti di situ.  

“It beats for me right?” Eddie tidak berkata apa-apa hanya dadanya kelihatan mula berombak, semakin lama semakin laju. Mata Bella tidak lepas memandang mata lelaki di hadapannya. Tangannya mula mencapai butang baju kemeja yang di pakai oleh Eddie, membukanya satu demi satu.

“Bella..stop” Eddie segera memegang tangan Bella apabila butang bajunya yang ketiga terbuka.

“You said you want me…” Eddie terkaku mendengar kata-kata Bella. Tangan Bella di lepaskan. Membiarkan saja jari-jari runcing itu membuat apa yang di mahukan hingga semua butang bajunya terbuka. Last edited by Nicki_Meow on 18-9-2012 11:25 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2012 11:04 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2012 10:59 AM
Perang Larut, kumpulan Ghee Hin dan Hai San memang ada dalam sejarah.

Tapi Naga Timur takde da ...

tak cukup tak cukup .. lagi lagik ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:07 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2012 11:03 AM
“Tak” Sekali lagi kening Bella berkerut.  

“Tapi Shark selalu sebut nama Jedi. It seems like h ...

keterujaan membaca .... ..

tapi terstop la plak!! .. sambung sambung ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2012 11:10 AM | Show all posts
Salam semua....

Wah... mula2 ingat baca buku sejarah pasal kongsi gelap and such....

Kemudian bermulalah adegan cintan-cintun Eddie@Jedi dgn Bella.... Sure hunk giler si Eddie tu, almaklumlah kacukan Cina-Belanda... Bertuah ler si Bella tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 11:18 AM | Show all posts
hotmum posted on 18-9-2012 11:07 AM
keterujaan membaca ....  ..

tapi terstop la plak!! .. sambung sambung ...

Amboiihhh... bila part ada bukak butang baju... teruja bukan main lagi ek?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 11:19 AM | Show all posts
auntieagony posted on 18-9-2012 11:10 AM
Salam semua....

Wah... mula2 ingat baca buku sejarah pasal kongsi gelap and such....

Salam Auntie....

Tapikan, kalau ikut taste Cik Sarizu... rupa eddie mcm Chindian -  bukan cainis + kokesen... camna tu?

Hahahahah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 11:21 AM | Show all posts
Mon Amour Toujours Sonia

Mata Bella tertancap pada tatu bertulisan perancis yang terletak di atas dada kiri Eddie. Terletak tepat di mana jantung berada. Setiap kali Eddie bernafas, setiap kali juga nama itu bergerak seiring dengan udara yang di hirup. Bella tersentak secara tiba-tiba. Tangannya di lepaskan lalu Bella bergerak ke belakang, menjauhi Eddie.

“Bella….” Terdengar suara Eddie memanggil setelah mereka terdiam agak lama.

“Sonia?”

“She’s my wife”

“And I’m just a rebound for you isn’t it? Tempat you nak luahkan perasaan. Tempat you nak lepaskan rasa sunyi you. You need somebody because you are lonely, and you found me. You paid me only to entertain you. Kenapalah I bodoh sangat?” Bella di serang rasa sakit hati tidak semena-mena. Sepatutnya dari awal lagi dia sudah menjangka yang Eddie tidak cintakan dia. Lelaki itu hanya bermain kata. Semua ini di lakukan semata-mata lelaki itu kesunyian akibat merindui isteri yang telah mati. Dan yang paling menyakitkan hati, kenapa perlu lelaki itu membuatkan dirinya jatuh cinta?

“Bella…why are you saying that?”

“Why you make me fall in love with you Eddie? Why?!”

“Are you?” Bella terdiam.  

“Bella…please. Don’t be mad…”

“I kan pelacur. Memang dah kerja I layan mana-mana lelaki yang bayar I. I’m sorry, I tak patut marah you” Bella masih beremosi. Nada suaranya masih tegang. Bodoh sungguh dia rasa saat ini. Mana ada lelaki yang mahukan pelacur sepertinya?

“Bella, Sonia is my wife. Of course I love her…”

“Okay…”

“But she’s dead. And she died because of me…” Bella mengangkat muka. Dia dan Eddie bersatu dalam renungan mata. Secara tiba-tiba, ada setitik air jernih turun di mata kiri lelaki itu lalu di lap dengan tangan secepat mungkin.

“Eddie…” Bella kehilangan kata-kata.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:21 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2012 11:18 AM
Amboiihhh... bila part ada bukak butang baju... teruja bukan main lagi ek?  

....

cam tak bese cik nicki nih ... hehehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 11:23 AM | Show all posts
Okay.. that's all for today...

Next episode baru cheq sambung part 'chenta agung' Eddie & Sonia.....

Ini aje yg mampu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:25 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2012 11:19 AM
Salam Auntie....

Tapikan, kalau ikut taste Cik Sarizu... rupa eddie mcm Chindian -  bukan caini ...

Chindian pun ok gak! Tapi kalau Chinlanda lagi gempak!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:27 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2012 11:21 AM
Mon Amour Toujours Sonia

Mata Bella tertancap pada tatu bertulisan perancis yang terletak di ata ...

Warrrgghhh... Menangis berjemaah bersama Eddie & Bella.... Empathy you..... serta menjiwai watak (bak kata Nicki)!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2012 11:31 AM | Show all posts
auntieagony posted on 18-9-2012 11:25 AM
Chindian pun ok gak! Tapi kalau Chinlanda lagi gempak!

ChinLanda....

Gua caya lu auntie......

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:34 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2012 11:23 AM
Okay.. that's all for today...

Next episode baru cheq sambung part 'chenta agung' Eddie & Sonia.. ...

alahhhhhhhh..tk cukup ( wat-wat tk paham bahasa ) ..ekekekkeek
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 12:32 PM | Show all posts
ade lagi Nicki..?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 01:20 PM | Show all posts


hmmmm.....

2nd hero/heroin selalu ober de sadow 1st hero/heroin...

errr...suka sebenarnya eddi/bella ni..watak lebih menonjol..mungkin sb gaya action pack tu..kekeke...  

eh..apala yg usu cakap ni..takpelah sendiri paham jelah..

tu sb malas nak munculkan diri..




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.269495 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list