Melalui entri berasingan yang dimuat naik di Instagram kira-kira sejam tadi, Neelofa sekali lagi meluahkan kasih sayangnya terhadap arwah yang banyak mengajarnya erti kehidupan.
"Terlalu banyak mengenai 'Abah' yang mahu ditulis tetapi saya sudah meluahkan semuanya ketika kita berjumpa dan saya harap 'Abah' dengar semuanya.
"Sekarang, rehatlah 'Abah', moga Allah kurniakan syurga yang tertinggi, terima segala perbuatan dan kebaikanmu serta dipermudahkan segala-galanya," katanya.
Sebelum ini, Neelofa pernah memuat naik status dan foto bapa kepada ibunya mengenai keadaan 'Abah' sambil mengucap syahadah dan berzikir tanpa henti.
Khabar menyedihkan itu turut dikongsi wakil pengurusan selebriti berkenaan yang memaklumkan hos program Meletop itu kehilangan insan tercinta.
“Salam takziah buat Neelofa dan seluruh ahli keluarga yang baru kehilangan datuk beliau yang tersayang. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah,” katanya.
Jenazah difahamkan sudah dibawa pulang ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan pagi ini.

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
[email protected]
PASIR MAS: “Terima kasih pada yang mendoakan sejak arwah datuk sakit hingga beliau meninggal dunia di hari yang mulia semalam.
“Saya berharap semua pihak akan terus mendoakan dan sedekah al-Fatihah kepada datuk. Saya bersyukur segala urusan pengebumian berjalan lancar,” kata pelakon dan pengacara, Neelofa Mohd Noor, 29, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemal, di sini, hari ini.
Terdahulu, datuk Neelofa, Noor Mohamed Mohammad Din, 83, yang meninggal dunia semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan berkenaan jam 2.10 petang.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Pasir Mas sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang dihadiri lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, penduduk kampung dan rakan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, tujuh anak serta lebih 40 cucu.
Neelofa berkata, datuknya menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Perdana Kota Bharu jam 11.20 malam akibat komplikasi kencing manis yang dihidapinya.
Katanya, dia sekeluarga reda dengan pemergian beliau.
“Diharap semua pihak memberi ruang kepada keluarga kami untuk bertenang kerana masih lagi bersedih,” katanya.
Turut hadir, pelakon Sharnaaz Ahmad yang juga abang ipar Neelofa.