Edited by rukiaichigo at 20-10-2015 01:23 PM
1. CERITA (7/10) Menurut Wikipedia:
“Kim Tae-hyun is a talentedsurgeon. Desperate for money to pay for his sister's medical bills, he adoptsthe code name Yong-pal and offers his medical skills to those in need ofmedical attention but who cannot do so publicly, dealing with criminals andcorrupt plutocrats. Joining a team of corrupt physicians Kimrescues "sleeping beauty" Han Yeo-jin, a chaebol heiress, from a medicallyinduced coma, leading tounintended consequences.”
Sebelum ni kiter dh tgk Joowon as a doctor dalam Good Doctor, dlm citer ni dia pun jadik doctor jugak cuma ada kelainan sikit apabila dia melanggar etika sebagai seorang doctor dgn terpaksa buat house-call demi menampung perbelanjaan perubatan adik dia. Kalo dah namanyer Joowon, memang takboleh disangkal la kehebatan dia dalam lakonan, memang berkesan giler dia asKim Tae-hyun. Walaupun dia nmpk mcm sanggup buat apa sahaja demi wang, tapi perikemanusiaan dia masih lg kekal utuh dalam diri. Disebabkan sifat perikemanusiaan dia tu la, Ketua Gangster Doo-Chul, assistant dia & Chief Lee pun berubah jadi baik! Dari situ la wujud nyer nickname buat Kim Tae-hyun – YONGPAL! Well, walaupun lepas half citer ni dah payahhhhh sgt nmpk yongpalnyer, dh lebih kepada “Mari Selamatkan Empayar Hanshin Daripada Jatuh ke Tangan Orang Lain!” tetapi demi Joowon, ku gagahkan & gigihkan diri jugak untuk tgk sampai habis. Rating pun boleh tahan tinggi jugak even selepas storyline drama ni flop!
Han Yeojin yang pada mulanya hanyalah “sleeping beauty”kemudian berubah kepada seorang yg pendendam. Memang mengimbau kembali sejarah silam biler tgk dia dlm Stairway To Heaven di mana Kim tae-hee membawa watak antagonis yg suka membesar kecik kan mata dia dan dengan style rambut yg tidak berubah dlm drama tu! Han Yeojin yang selama tiga tahun menjadi tahanan dengan ditidurkan oleh abang tiri nya sendiri, Han Dojoon, demi merebut harta yg diwarisi oleh Yeojin. Bukan hanya Dojoon dalam misi nak mengambil alih syarikat, pengarah2 lain pun mempunyai plan utk merampas Empayar Hanshin! Memang payah nak determine mana satu puak yg berpihak kepada Yeojin / Dojoon. Nak2 ada je yang beralih arah biler kuasa lebih kepada siapa. Kira nyer, mereka2 ni memang sanggup berpaling tadah demi kuasa & wang! Setelah Yeojin tahu yang teman lelaki dia, Sung-hoon, yang telah mati dibunuh oleh Dojoon tiga tahun lepas sebenar nyer telah berpakat dengan Dojoon untuk merampas empayar Hanshin,misi membalas dendam Yeojin telah bermula! Sanggup la KTH potong rambut untukmenampakkan perubahan diri dia yang tidak akan lagi menurut kata orang lain! Dan demi membalas dendam, Yeojin sanggup melepaskan orang yang dicintai.
Suka tengok interaksi antara Taehyun & Yeojin. Walaupun pada mulanya Yeojin dah bg amaran supaya mereka berinteraksi secara formal,tetapi Taehyun bijak menerangkan kepada Yeojin mengapa formal itu tidak perlu,kerana mereka adalah kawan. Dan Yeojin dengan senang hati menurut kata. Secret code antara mereka, pasal tingkat 1-12-13 yang hanya mereka berdua shj yg tahun,memang menarik! Kira pengolahan yang digunakan untuk merubah keadaan di Hanshin adalah sgt unik! Selain hubungan antara Taehyun-Yeojin, suka jugak tgk hubunganTaehyun dgn bodyguard dia, Sangchul! Boleh jugak nmpk bromance dlm citer ni! Hihihihi…
Aku bagi cerita ni 7 shj disebabkan lepas separuh cerita,citer pasal YONGPAL dah hilang. Plus aku sgt la tidak berpuas hati mcmaner begitu senang dorg mematikan watak Han Dojoon, memang mati katak sesia je. Nmpk sgt la Han Dojoon ni agak bodoh,no wonder la bapak dia langsung tidak mewariskan harta kat dia. Kalo tidak, mmg dari awal2 lagi syarikat dh lingkup! Atleast untuk kematian Pengarah Go tu, dia sanggup la bunuh diri demi selamatkan anak dia kan. Ini mmg bikin stress je tgk, padahal Chaeyoung sanggup je terima Dojoon balik!!
2. KEBERKESANAN LAKONAN (9/10)
Excited jugak biler dapat tahu yang Joowon akan digandingkan dengan kim taehee dlm drama ni. Excited nak tgk kimia dorg mcmaner pun iye, naktgk mcmaner joown jd doctor yg buat house-call pun ye. Dah la house-call utk gangster kan!! Plus biler dpt tau yang jo hyunjae pun direcruit jugak untukdrama ni, lg bertmbh la ke’excited’an aku. Boleh tgk balik interaction between KTH & JHJ lepas drama tahun 2004 Forbidden Love. Almost 10 tahun kot kan,even dlm citer ni dorg jadik half sibling tapi kire ok la… dan biler dpt tau JHJ dpt watak antagonis, terkejut jugak la. Selalu dia kan dpt jadik hero, la ni dh la dpt 2nd lead, dengan watak jahat pulak tu! Kiranyer,production house bijak la dalam memilih barisan pelakon2 untuk cerita ni.
Walaupun terdapat jurang usia &seniority (serta jurang ketinggian) antara Joowon & KTH, tetapi kimia dorg boleh tahan jugak dalam drama ni. Boleh nmpk perkembangan hubungan dorg dari hanya sebagai doctor & pesakit kepada kawan. Kemudian beralih stage ke lover pulak dah seterus nyer kepada suami isteri. Aku rasa, susur galur hubungan dorg boleh diringkaskanbegini;
TAE-HYUN + YEO-JIN > DOCTOR + PESAKIT > KAWAN >ENYELAMAT + MANGSA > KEKASIH > SUAMI + ISTERI
i) JOOWON – BEST ACTOR [YONGPAL] ii) KIM TAE-HEE – BEST ACTRESS [YONGPAL] iii) JO HYUN-JAE – BEST SUPPORTING ACTOR [YONGPAL]
3. ASPEK TEKNIKAL (8/10)
Satu je nak komen: Agak-agak boleh masuk ke kat Wind Hill tu?? Cantik gilerrrrrrrrrrrr kot!! Kalo la boleh, aku sanggup je menapak naik ke atas tu!!!Huhuhu
4. SKOR MUZIK (4/5)
Mostly aku memang lebih senang jatuh cinta dgn lagu2 (selain lagu kpop) melalui ost dlm drama korea, di mana selalu nyer aku akan dgr lagu2 korea drpd artis2 yg hanya aku kenal & suka shj. So dari situ, dpt lameluaskan genre muzik yg aku suka selain kpop kan. Maybe sbb bagi aku dorgbijak dalam memilih lagu2 yg sesuai untuk dimuatkan sebagai runut bunyi drama2 tersebut. Ditambah lagi, selalu nyer lagu2 tersebut mmg lagu2 yg dikhaskan untuk drama2 yang berkenaan! Setiap lagu2 yang dimuatkan, lirik & lagu nyer memang sangat bersesuai dalam satu2 situasi itu! So untuk drama ni, bagi aku runut bunyi yang “outstanding” & “evergreen” adalah;
Yong Junhyung (용준형) [B2ST] & Heo Gayoon (허가윤) [4minute] - 악몽 (Nightmare)
Mungkin bagi korg lagu drpd The One atau K.Will lebih kuat drpd lagu ni, tapi bagi aku lagi ni mmg kena la dgn jiwa nak2 lepas baca translation dia!! Hmmmmmm, agak2 kan, biler la boleh dgr Joowon nyanyi utkost drama2! Suara dia sedap kot!! Huhuhuhu…
5. KEBARANGKALIAN UNTUK TONTON SEMULA (4/5)
80% akan ditonton semula drama ni kot, demi Joowon!! Tak pun kalo dah sampai masa onehd ulang balik kat tv nnt dan masa tu aku ada depan tv,for sure akan tgk balik!! Hihihihi….
nota kaki: 1) Masih lagi stress biler Joowon & yg jadik adik dia dlm drama ni tak singgah KL untuk promo citer ni. Boleh plak dorg terjah SG & INA je kan, apalah salah nyer kalo singgah sebentar kat KL ni, bukan jauh maner pun kan!! Huhuhu… 2) Sori la kalo aku lebih byk membebel merapus je dlm review ni! Gigih jugak nak recall aper yg aku nk selitkan dlm review ni! hahahaha
|