CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chekshu

TBB V67 Tema : 2014 ~ MH370 Please Come Back

[Copy link]
 Author| Post time 22-5-2014 08:23 AM | Show all posts
morning

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2014 08:23 AM | Show all posts
niy.. posted on 22-5-2014 07:48 AM
assalamualaikum semua

w'salam my laling
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 08:47 AM | Show all posts
niy.. posted on 22-5-2014 07:48 AM








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 08:50 AM | Show all posts
niy.. posted on 22-5-2014 07:50 AM
haiyo

panda bertuah

ntah le... buang duit betul lah....

ada syarat lain tu
kalo panda tu beranak - anaknya hanya boleh kita jaga 2 tahun aje
then setiap tahun kena bayor RM2juta pada China

adehhhhhhhhh!~ beban sungguh kekdahnya

baik lah upgrade mana yg patut - tempat2 awam / kenderaan awam or public facilities
atau jugak bantu rakyat miskin tegar kat negara ni

berjuta2 habis gitu aje
ilang akal ke hapa ntah lah gomen skang ni

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 02:00 PM | Show all posts
chekshu posted on 22-5-2014 08:47 AM

sabar
jumaat dah dekat sgt dah

ada yg special ke weekend ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 02:07 PM | Show all posts
chekshu posted on 22-5-2014 08:50 AM
ntah le... buang duit betul lah....

ada syarat lain tu

apa tujuan sebenarnya
nak kasi rakyat malaysia tengok panda face to face ??
kalau betul  .. berbaloi ke

pening kepala dibuatnya
skrang ni panda dua ekor tu dok zoo mana ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2014 02:08 PM | Show all posts
kalau panda tu tak beranak
tapi .. mati

apa jadi?

kena bayar ganti rugi ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 02:53 PM | Show all posts
niy.. posted on 22-5-2014 02:00 PM
sabar
jumaat dah dekat sgt dah

nothing special
duduk umah - rehat2kan badan and also pegi library - jamu mata dengan buku2



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2014 03:08 PM | Show all posts
niy.. posted on 22-5-2014 02:07 PM
apa tujuan sebenarnya
nak kasi rakyat malaysia tengok panda face to face ??
kalau betul  ...

ekceli - masa aku gugel info pasal giant panda ni semalam
lupa dah - zoo san diego ka... zoo edinburgh ka
(tapi memang banyaklah giant panda dari china ni di hantar ke negara2 lain)

ada jugak baiknya utk negara tu
it will be profitable for the zoo

san diego kot - zoo tu dulu katanya menanggung kerugian
bila depa bawak giant panda ni dari china
pengunjung meningkat = jualan tiket pun sama
so they manage utk dapat untung yg tinggi

may be tu jugak salah satu sebabnya malaysia pun gigih nak bawak jugak giant panda ni
ye lah - zoo negara kita pun dah macam hidup segan mati tak mau
bukannya ramai pengunjung pun






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 03:12 PM | Show all posts
ekceli.... pemeliharaan panda ni bagus
kalo di buat dengan cara yg betul dan bersungguh-sungguh
will be educational for the children and adults too
tak payah dah nak beli tiket kapalterbang pi china nak tengok panda ni

tapi kena lah buat betul2
jangan sebulan-dua aje segala2nya dia jaga tip-top
lepas pengunjung berkurang - mula lah sana-sini terabai

macam badak kat wetland dulu
apa citer???? idup ke lagi badak tu????

one thing malaysian - government lah kan sebab mende under their jurisdiction
suka sangat mengabaikan mende2 yang dah lama
buat2 tak nampak - buat2 lupa

dulu beria-2 buat wetlands
kalo boleh segala macam mak-nenek haiwan nak letak kat paya saya nun
nasib lah takat letak badak
kalo bantainya letak buaya - rimau - cipan - tenok
tak tau lah kan - harus mati kering dah skang ni haiwan2 tu semua....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 03:16 PM | Show all posts
niy.. posted on 22-5-2014 02:08 PM
kalau panda tu tak beranak
tapi .. mati

what do you think???
you think China will just let it go???
aku yakin kerajaan kena bayar ganti rugi ye

pasal kos - 15juta 1Malaysia Development Berhad tanggung
balance gomen ye....

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.

http://www.astroawani.com/news/s ... da-dari-china-36225





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 03:18 PM | Show all posts
ok - ni news pasal keuntungan tu
terjumpa - kat astro awani jugak lah :


Bakal tarik pelancong

Namun jika dilihat skop lebih luas dahulunya Zoo Negara sepi sahaja kini dengan kehadiran panda, ia bakal menarik lebih ramai lagi pelancong.

Kejayaan zoo lain yang mempunyai panda membuktikan haiwan itu merupakan daya tarikan yang cukup memberangsangkan.

Daripada 300 ekor panda gergasi di dalam kurungan, lebih kurang 250 ekor di China manakala 47 ekor di negara-negara lain.

Menurut laporan The Guardian, Zoo Edinburgh berjaya memecah rekod pengunjung dengan kehadiran panda Tian Tian dan Yang Guang.

Pemiliknya Royal Zoological Society Of Scotland mendedahkan pulangan keuntungan zoo telah meningkat lebih daripada RM27 juta kepada RM81 juta pada tahun 2012.

Kedatangan pengunjung meningkat mendadak 51% dengan kehadiran panda pada 2011.

Zoo berkenaan yang mengalami defisit RM6.5 juta mencatatkan pulangan lebihan RM13 juta tahun lepas selepas ketibaan panda.

Menurut laporan itu, penjualan tiket dan barangan cenderamata sahaja mampu menampung kos menyimpan panda.

Selain itu, orang ramai juga dapat memahami hidupan liar dan belajar untuk memulihara mereka.


-----
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 03:29 PM | Show all posts
lupa plak nak khabo kat @niy..

skang ni panda2 ni dah selamat depa letak kat mana tak tau lah
may be jugak kat zoo negara - dah siap kot tempat tinggal yg mahal tu

kena kuarantin sebulan baru bleh di pertontonkan kepada pengunjung



Feng Yi, salah seekor daripada dua beruang panda gergasi yang tiba dari China melihat keluar sangkarnya ketika tiba di Kompleks MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Mei, 2014.


Pasangan panda gergasi dari China, Fengyi dan Fuwa, simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di Kuala Lumpur hari ini bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun.

Menjadi simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Pasangan panda yang diberi nama Fuwa (jantan) dan Fengyi ( betina) itu dibawa ke Zoo Negara hari ini dan bakal dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 03:32 PM | Show all posts
gigih plak carik gambo ni
semalam dah tengok
lupa nak letak sini

pasal panda lah
aku suker panda
nak2 yg dijaga dengan baik menggunakan duit rakyat ni


Bangunan yang menempatkan Panda gergasi di Zoo Negara


Keadaan sebenar ruang pameran Panda gergasi di Zoo Negara

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 03:34 PM | Show all posts
lupa jugak satu gambo ni

yg ni penting -
kalo tak letak - kangan kata menderhaka kepada negara la plak kan???



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 03:46 PM | Show all posts
kopi&pes dari fb kawan kita :

Rehat seketika dgn Panda supaya lebih pandai peribahasa
Pepatah-pepitih moden, selepas sempena kdtgn panda


"Tuntutlah panda, walau ke negeri China"

"Sepandai-pandai Panda melompat, akhirnya jatuh ke Malaysia jua".

"Carik-carik bulu panda, akhirnya habis duit rakyat"

"Dua tiga panda berlari, mana nak sama si panda gergasi.."

"Di mana ada zoo, di situ ada panda"

"Yang merah itu saga, yang hitam putih itu panda"

" Panda dari China disusukan, anak dari rumah mati kelaparan"

"Harapkan panda, panda makan padi"

" Pucuk dicita, panda mendatang"

"Yang kurik itu kundi, yang hitam putih itu panda. Yang indah itu budi, yang 72 juta itu panda"

"Besar badan panda, Zoo Negara kami tadahkan"

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah panda nampak di Malaysia"

" Panda di zoo ada insuran, anak di rumah tiada takaful"

"Buah cempedak di luar pagar, amik panda tolong jolokkan..panda lah mung"

"Jika tiada panda, masakan pokok bergoyang"

"Terbakar kampung nampak asap, terbakar zoo panda pun mati"

Last edited by chekshu on 22-5-2014 03:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2014 05:00 PM | Show all posts
cheksu ... terima kasih byk2
letak semua info pasal panda gergasi Fengyi dan fuwa
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 05:01 PM | Show all posts
chekshu posted on 22-5-2014 03:34 PM
lupa jugak satu gambo ni

yg ni penting -

ya ya sangat penting
tak ada najib
tak jejaklah kaki panda ke malaysia


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 05:02 PM | Show all posts
chekshu posted on 22-5-2014 03:46 PM
kopi&pes dari fb kawan kita :

Rehat seketika dgn Panda supaya lebih pandai peribahasa



siapalah yg kreatif ni
laju aje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 05:22 PM | Show all posts
niy.. posted on 22-5-2014 05:00 PM
cheksu ... terima kasih byk2
letak semua info pasal panda gergasi Fengyi da ...

sama-sama my dear....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.068727 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list