|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: EVERGREENS CROWNED IN GOLD
[Copy link]
|
|
|
|
Khianat ialah menyimpang ertinya seseorang yang mendapat kepercayaan dari orang lain tetapi ia tidak memenuhi amanat yang diberikan kepadanya. Amanat itu wajib dipelihara dan disampaikan oleh orang yang memperoleh kepercayaan daripada orang lain kepadanya. Orang yang dikatakan khianat ialah apabila dia tidak memenuhi kepercayaan yang diberikan kepadanya… Perbuatan khianat ini termasuk perbuatan yang terlarang di dalam Islam dan akan mendapat kemurkaan Allah S.W.T. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah S.W.T. :Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat –amanat yang dipercayakan kepadamu,sedang kamu mengetahui.(Al-Anfal : 27) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah S.A.W. bersabda :Maksudnya: Tunaikanlah amanat kepada orang yang kamu percaya dan janganlah sekali-kali kamu berkhianat kepada orang yang mengkhianatimu.
Dari ayat dan hadis di atas dapat diambil pengertian bahawa sifat khianat itu merupakan sifat yang tercela di dalam Islam dan sesiapa yang melakukannya akan mendapat ancaman di akhirat kelak. Pengkhianat juga sebagai orang yang keluar dari agama Islam yakni menjadi orang yang munafik berdasarkan keterangan dari hadis Rasulullah S.A.W. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka menyangka bahawa khianat mereka akan ditelan masa tetapi ianya akan tersebar juga di hadapan manusia. Sepanduknya diangkat sendiri oleh tangan mereka di atas kepala manusia lain pada hari kiamat.Mereka bertambah malu dan sengsara lagi pada hari kiamat apabila mereka dapati Rasulullah S.A.W. juga menentang mereka walhal di kala itu bagindalah satu-satunya yang diharapkan untuk memberi syafaat di hari yang menggerunkan itu. Mengapakah mereka jadi demikian? Kerana mereka telah melakukan dosa besar dan inilah yang menghalang mereka dari menerima rahmat Allah, mengharamkannya dari syafaat Rasulullah S.A.W. yang mulia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana itu apabila seseorang yang tekun solatnya, puasanya, banyak beramal soleh tetapi tidak dapat menunaikan amanat nescaya akan menjadi sia-sialah amal ibadat mereka serta tidak mendapat pahala di sisi Allah S.W.T.Demikianlah ancaman Allah S.W.T. terhadap orang-orang yang berkhianat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berbohong atau berdusta ialah mengatakan sesuatu yang berlawanan dengan kenyataan yang diketahuinya. Allah S.W.T. murka dan melaknat orang yang berbohong . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah S.W.T.:
Maka Kami meminta agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang bohong (berdusta). Ali Imran 61 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Islam melarang umatnya berbohong dalam percakapan sekalipun dalam senda gurau seharian dengan rakan-rakan. Ia adalah perangai yang sangat buruk dan dibenci oleh manusia juga Allah S.W.T. Sekiranya kita suka berbohong dan menipu , segala kejujuran dan perbuatan baik yang kita lakukan selamanya akan disangka sebagai suatu pembohongan walaupun perkara yang hendak kita sampaikan itu adalah benar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berbohong di samping haram hukumnya ia menodai nilai kemanusiaan , menggugat sifat amanah dan merosakkan kemuliaan. Oleh kerana itulah ia tidak mungkin menjadi sifat seorang mukmin. Lantaran itu , Allah S.W.T. menafikan sifat ini dari dimiliki oleh hamba-hambaNya . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang kita bohongi tentu akan merasa sakit hati dan benci pada kita. Orang yang menipu lidahnya akan diseksa di akhirat kelak. Di akhirat nanti mulut tidak boleh menipu lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sifat jujur mendapat keredhaan Allah S.W.T. dan sesiapa yang berdusta ia akan menghancurkan dirinya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah ia berkata benar atau lebih baik berdiam diri.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dusta yang dibenarkan dalam Islam hanya bila kita hendak mendamaikan dua pihak yang sedang bermusuhan. Sunat bagi kita berbohong tetapi mestilah kita mempunyai niat untuk mendamaikan mereka. Ikatan persaudaraan adalah perkara yang utama untuk dipertahankan.Selain dari itu berdusta sangatlah ditegah di dalam Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Page 70
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MANUSIA PERTAMA CIPTAAN ALLAH SWT
Nabi Adam AS merupakan manusia pertama di dunia. Adam AS dijadikan oleh Allah SWT daripada tanah, lalu dibentuk berupa manusia dan kemudian ditiupkan roh ke dalamnya lalu hidup menjadi manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semasa Nabi Adam dicipta, terdapat juga makhluk makhluk lain yang telah sedia ada di dalam syurga. Nabi Adam AS dijadikan di dalam syurga. Pada ketika itu, telah ada Malaikat yang dijadikan daripada cahaya dan Jin yang dijadikan daripada api yang sangat panas. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja Allah menjadikan Nabi Adam AS dengan bentuk dan rupa paras yang elok, maka menghadaplah para Malaikat di syurga bersujud (hormat) atas perintah Allah kecuali Iblis. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iblis enggan mematuhi perintah Allah itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada mulanya, Nabi Adam AS tinggal bersendirian di Syurga Allah. Meskipun Nabi Adam AS dapat menikmati pelbagai keindahan dan kelazatan Syurga, Baginda tetap merasa kesepian kerana tidak ada makhluk lain yang serupa kejadiannya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh sebab itu, Allah SWT telah menciptakan Siti Hawa sebagai pasangan kepada Nabi Adam AS. Firman Allah di dalam Surah ar-Rum yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|