CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: inaez

All about Langkawi (by inaez, lina_lim79 & zul_khaleeda)

 Close [Copy link]
Post time 2-5-2007 10:38 PM | Show all posts

Meh aku nak citer pengalaman di Langkawi

hari pertama perjalanan dari Penang ke Kuala Kedah amik masa hampir 2 jam. Sampai di Kuala Kedah, cari tempat parking n terus ke jeti.

Naik feri dari Kuala Kedah ke Langkawi amik masa 1 jam setengah.. memang ramai orang, walaupun awan mendung macam nak hujan.. Sampai ajer kat jeti, agen sewa keta (Brahim) dah tunggu dengan Nissan Sentra.

Drive sendiri ke Sandy Beach Resort (SBR). Kitaorang dapat banglo, dengan 2 katil queen.. Bilik biasa ajer. Kelengkapan asas (tv, cerek elektrik) ada. Tapi takdak water heaterlah..



Keta yg kami sewa park depan banglo kat Sandy Beach Resort

Bilik :dia:





Lepas check-in, kami terus ke Telaga Cafe yg terletak bertentangan SBR. Okaylah makanan dia (lapaqq giler time tuh). Kenalah dalam RM20++ gitu (utk nasik ayam +teh ais limau utk 4 orang)



Lepas pekena nasik ayam, gi jalan2 ke Telaga Harbour. Singgah kat Airport nak pekena laksa, rojak buah n cendul.. Laksa dia sedap, tapi abah aku cakap , depa ni tambah sardin dalam laksa. Sebab tu merah semacam kaler laksa dia.





Sempat pergi The Loaf kat Telaga Harbour, bakeri ni Dr M yg punya.. Chef kat sana citer yg Dr M selalu mai kedai ni 2x seminggu. Dia akan berjoging dari Petronas Quay sampai ke bakeri ni 2 round. Dia jugak selalu pi kampung2 bertemu penduduk kat sana.

Sayang tak jumpa Dr M sebab time kami sampai, dia dah bertolak ke Jepun menziarahi rakan yg meninggal dunia kat sana. Sempat beli roti kat The Loaf..err.. mahaiii.. tapi sedappp.. (padanlah dengan rega)







ok, dah banyak ni aku uploadkan. nanti aku sambung pengalaman aku kat Kg Beras Terbakar, bakal menarik minat penggemar kristal

Tungguuuuu my stori abt The return to Kg Beras Terbakar!!

[ Last edited by  tsunade_sama at 2-5-2007 10:40 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2007 09:54 AM | Show all posts
tsunade,

cepat la update citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 10:11 AM | Show all posts
manalah tsunade ni.....
kata nak samb cerita.....
aku tgh excited nih.....
nak g langkawi weken ni jer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 10:37 AM | Show all posts

Reply #1381 tsunade_sama's post

tsunade..
sentra tu ko dpt sewa sehari bape ingit?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 12:10 PM | Show all posts
sushi akan ke langkawi 10-12/5/07 ni tgh cari hotel murah ni dan kereta sewa murah ada sapa2 tau? budget kereta RM50 sehari ada x agak2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 12:43 PM | Show all posts

Reply #1385 sushiqueen's post

hotel banyak murah2 area pantai cenang..kat pekan kuah pun ade..kereta sewa pun ade kaunter kt airport or jeti..kt sane boleh nego lah..RM50 tu boleh lah dpt wira ke ape..pandai2 lah cari and nego nanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2007 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by sushiqueen at 7-5-2007 12:10 PM
sushi akan ke langkawi 10-12/5/07 ni tgh cari hotel murah ni dan kereta sewa murah ada sapa2 tau? budget kereta RM50 sehari ada x agak2.


sushi.... ko balik 12hb... aku 13hb baru nak g....
o/w blh meet kat airport...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 12:56 PM | Show all posts

Reply #1386 gicks79's post

thank you gicks 79. ni sushi tgh surf web ni cari hotel murah. server slow giler. kereta tadi dah call dapat le kancil RM50. dapat no pun dari forum ni gak. ok lah kot pakai kancil minyak murah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2007 12:58 PM | Show all posts

Reply #1387 anj2208's post

anj2208 flight pkul bbp? sushi balik 12/5/07 dijangka sampai LCCT pukul 8.00mlm. selamat bercuti
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by sushiqueen at 7-5-2007 12:58 PM
anj2208 flight pkul bbp? sushi balik 12/5/07 dijangka sampai LCCT pukul 8.00mlm. selamat bercuti


g langkawi on 13 flight kul 4.10pm.....
return plak on 19 flight kul 5.35 kot....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 01:05 PM | Show all posts

Reply #1388 sushiqueen's post

ok no problem..janji boleh bergerak kat sane..tk kisah lah naik ape2 pun..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 03:29 PM | Show all posts
mahal nye keta kancil 50 hengget..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 03:54 PM | Show all posts
nak tanya..sok saya bertolak pi langkawi..
flight tghari..
sewa innova rege rm100 per day..

soalannya ialah :
kalau nak ikut island hoping, mesti ikut under hotel atau
leh pi sendiri je..???
brp harga pakej tu ye..??
utk sehari je ke lawatan setiap tmpt..??
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 05:02 PM | Show all posts
:cry: :cry: :cry:

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 10:01 PM | Show all posts
guys.. sori sori.. aku TERbz masuk rumah lain la pulok.. okehh..

jomm sambung citerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 10:04 PM | Show all posts

Reply #1393 mama_ain's post

alahhh.. sedey lah pulok. meh aku tulong jawabkan soalan ko..

kalau pi island hopping masa weekdays, better cari sendiri.

ko boleh dapat rega RM30 utk seorang (sharing package)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2007 10:05 PM | Show all posts

Reply #1384 akmal's post

aku sewa sentra tu sekali dengan islan hopping n hotel.. sebab aku tambah sewa sehari laie, bayar RM70 extra.

kalau contact kak ros (# contact ada dalam page 55), maybe ko leh dapat murah laie..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 11:07 PM | Show all posts

sambung...The return to Kg Beras Terbakar!!

petang tu jugak kami sampai kat kampung beras terbakar.. kalau korang ingat post aku di page2 terdahulu pasai kedai jual kristal kat kg beras terbakar, kat bawah ni ada pix yg aku sempat snap:





pic 1: aku beli 2 item ni dengan rega RM113. dibandingkan dengan rega kat kuah (RM89 utk item sebelah kiri pix. belah kanan aku tak tau).

satu info yg berguna utk sesaper nak pi langkawi.. corningware akan menaikkan rega sehingga 25% pada bulan ogos ni.. kakak kg beras terbakar tu yg cakap kat aku. dia jugak yg ajar macam mana nak compare item ori dan bukan ori.

bagi sesapa yg nak beli corningware, correlle dan seangkatan dengannya (tersusun indah di atas rak), kedai ni memang tak jual murah dan tak akan kurangkan rega. tanyalah 1000x pun (macam mak aku) rega dia camtu jugak.

malam tu kami makan kat restoran haji jelani. TOBATTTT aku taknak makan laie kat situ. dah la lambat nak serve (dekat sejam), waiter (takpun manager) kat situ dok complaint2 kat customer sebab management (restoran) tak pandai buat kerja..

aku tak peduli pasal management hang, aku nak makannnnn!!!!!:@ :@

last2 kitaorang makan pukoi 10 malam..adess.. hari2 makan kat sini, gastrik aku dibuatnya.

=sambung laie ek=
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 11:12 PM | Show all posts

Hari ke-dua: Island Hopping

pada hari kedua kami pi island hopping. sebelum tu, pergi cari bekal utk bawak masa island hopping.. terjumpa rombongan cik kiah nak pi breakfast kat SBR



yummy... pilihan makanan kat gerai berbanding breakfast buffet kat SBR (di bawah)



makanan yg tinggal masa kami sampai pukul 8:30pagi.. tapi, aku salute SBR, walaupun makanan ala kadar ajer, depa cepat refill makanan bila makanan dah nak abes..





sekitar pukul 9 pagi, hujan mula turun renyai2.. time ni kami diberitahu trip akan ditangguhkan sampai pukul 10 pagi sementara nak tunggu hujan seriat (surut).. tapi sampai pukul 9:45pagi, hujan tak berhenti jugak..







balik dari trip, ujan semakin lebat.. kami lepak kat bilik ajer sampai asar..ZzzZzzz (letihh)

malam tu makan kat Hj Ramli Seafood.. memang berbeza layanan dan makanan depa pun sedap! ramai orang kat kedai tu, tapi servis cepat ajer.. rega pun berbaloii lah (siakap 3 rasa RM33..uhhh.. ).. tapi sedap punya pasai, takpa.

[ Last edited by  tsunade_sama at 8-5-2007 09:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 11:24 PM | Show all posts

hari ketiga: Shopping trip

HIG pada pukul 9:30 pagi.. ramai orang (termasuk kami) membeli belah kat sini.. alang2 kat Kuah, amik kesempatan bayar cukai sekali



Kat Idaman Suri (bangunan baru) kat Taman Berlian:



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.349769 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list