Kalau lagu cindai tu dia nak mengusik aku faham la. Tapi lagu yg ada lirik "walaupun lenaku panjang" pun makhluk2 ni nak melawak gak. Yg tu aku xpaham. Adeiii
Aku pernah dengar cerita nenek loker nyanyi lagu Tanya Sama Pokok nak mengusik budak asrama xtido lagi. Lepas tu ada la 3 minggu aku mesti seriau kalau teringat lagu tu huhuhuuu
lagu cindai tu hanya la lagu merintih nasib diri..
tentang nasib yg tak berapa baik dan dugaan yg mendatang.
tapi dihadapi dgn pura-pura bahagia.
begitu pada pandangan aku. aku sgt suka lagu cindai. walaupun irama meriah dan rancak, sebenarnya tersirat kesedihan.
Lagu Ulik Mayang tue.. baek takyahla dok wat relax jah nyanyi sesuka hati.. Haku masa gi kursus induksi dlu.. Ada group yg pilih wat lakonan ulik mayang.. Amek kau jahh... malamtue kerasukan..
Lagu cindai lak.. pas haku tau mksud dia apa.. mmg takder nak gegatai nyanyi sesajer.. mmg tak lahhh even gi karoks ngan kengkawan..
macam tarian main puteri je ...
tengah menari, ada kerasukan makhluk halus...
tujuannya nak ubat penyakit jugak...
siap dengan pelepah kelapa yang ada putik buah kelapa kecik2 tuh..dipukul merata tempat..
ni lagu dari filem Nightmare on Elm Street..seram jugak...
kazen aku yang kat terengganu pernah cerita, tapi aku tak ingat sangat la... kalau tak silap, sekolah dia buat persembahan lagu ulik mayang... memang macam naik sheikh bebudak ni menari. yg penari lelaki hentak2 stage dgn daun kelapa, semua menari tak berhenti mcm tak tau penat. last skali setiap sorang dari penari2 yang represent 7 orang puteri tu pengsan satu persatu.
satu lagi version yg pernah dengar. ada budak2 perempuan berdiri atas bumbung seolah2 mcm nak bunuh diri sebab berkenan kat sorang mamat ni. dorang mengaku dorang tujuh puteri tu. pun sama berlaku di terengganu tapi tak ingat kat sekolah atau kolej.
difahamkan, rangkap paling berpuaka adalah part ni:
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
yang peliknya, dah tau lagu tu memang lagu untuk puja memuja, kenapa nak buat jugak persembahan kan? tp bila fikir balik, lagu tu la jugak identiti orang terengganu.
Waktu orientasi+ragging mmg hakak senior dah gtau do & dont's kat asra ...
cakap pasal walkman ni ingat dulu masa asrama,
cat duk dorm paling luas kat asrama. rasanya bilik tu adalah dalam 20 ke 24 pelajar, tak ingat sangat dah.
dorm cat paling tengah dan hanya satu, macam kubikel besar la,
kemudian kat tepi kiri kanann, ada dorm lagi, kecil2. dalam 12 pelajar satu dorm.
katil cat sebelah kiri bilik... 3 katil je, dan cat katil tengah atas.
kejadian masa form 1, malam minggu,
cat baca buku, sebab letih sangat tertidur, (dalam keadaan meniarap).
kemudian terjaga, tak tahu jam berapa, sebab tak tengok jam.
tetapi masa terjaga tu, memang rasa semacam je, rasa macam sunyi.
tiba2 dengar macam ada bunyi anjing selongkar tong sampah, dan makan dengan lahapnya....
hajat hati nak menjenguk, sebab dorm tu dinding dia tak sampai atas, mcm ada ruangan udara yg panjang, tetapi dihadang besi (untuk elak pencerobohan).
tetapi masa tu tak dapat gerak, sebab takut, baca ayat kursi pun tak lepas2... ulang tak lepas, ntah berapa kali ulang...
macam kene tindih ada juga rasa....
dalam 'anjing' tu melahap, tiba2 cat macam dengar ada org jalan,
bukan bunyi tapak kaki, tapi lebih kepada baju terheret kot.... ntah tak reti nak eksplain..
anjing tu stop melahap, then dia menyalak sekali dan lari...
tk lama lepas tu catdengar semua radio terbuka serentak,
radio budak2 dorm belah kiri... (budak2 sekolah kadang2 tido dengan radio terpasang).
terbuka serentak, dari volum slow, sampai sederhana...
dalam masa yg sama, baru cat dapat habiskan baca ayat kursi.
pas tu lari mencicit kat katil akak senior, sbb perasan dia pun terjaga..
dan akak tu kata, ala jangan takut anjing je tu....
maaf off topik jap... sebab teringatkan dunia elektrostatik 'makhluk ni
edisi edited, lupa da, untuk dijadikan cerita.... katil cat belah kiri tu 3 buah je, dan cat dah bg tau katil tengah, sebagai penamabh perasa cerita, malam minggu tu, jiran2 cat dua tu tak de, sebb tido dengan kawan,
malam minggu pelajar asrama cat ada kelonggaran tido berdua dengan kawan/adik angkat/kakak angkat/adik beradik sendiri jika ada...
p/s bila ingat2 balik, rasanya kedudukan tengah ni mmg soi kot
asrama cat ni tak banya kemudahan sangat, dhaif sikit,
pengawal pun ta de,
memang harapkan cikgu2 je 100% tuk jaga keselamatan kami,
kesian kan....
bagusnya la kalau ada jaga yang tolong halau anjing liar,
dorng ni mmg suka sepahkan sampah.
masa say form 3 lagi teruk, monyet pun datang kacau, sebb kawasan berdekatan kena majukan,
so dorng p lari ke asrama kami....
memang cat rasa yg sesuatu tu....
sebab bunyi gelojoh tu mmg semacam,
macam dua tiga ekor , tapi yg menyalak satu, bunyi lari pun mcm tak dua tiga ekor....
Rata2 yg aku baca pasal Ulek Mayang ni, kalau perform mesti akan at least tetiba ada angin menderu/guruh petir/ rasa seram sejuk or lain macam. Kalau siang akan ada awan hitam/langit mendung tetiba. Kalau nasib xbaik dapatlah histeria atau lagi hardcore penampakan2 yang tak diingini.
Aku kekadang tempted gak nak nyanyi atau bukak kat mp3 sebab melodi dia sedap. Tapi aku tak nak la berkenalan ngan puteri bunian. Saiyaa taaa kuwaadd