CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Muhammad Firdaus Dulla (adik OKU, Nilai) Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 15-10-2015 11:27 AM | Show all posts
supaya menjadi pengajaran untuk kita semua
dan semoga kita sentiasa berpesan2 akan hal yang membawa kebaikan ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 12:05 PM | Show all posts
Innalillahinailaihirajiun. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disyurga nan indah. Keadaan adik lebih baik di 'sana' dari di sini yg dipenuhi manusia lahanat dan durjana spt ibu mu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 12:06 PM | Show all posts
Al Fatihah utk arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 12:11 PM | Show all posts
sapp73 replied at 15-10-2015 10:05 AM
kenapalah maknya...masa hayatnya, dia diabaikan,...dipenghujung hayatnya pun maknya masih tak mahu m ...

kat kg aku dl ada gak org kurang waras..duk meroyan kata semua org duk menyewa kat tanah dia..tiap2 bulan nak kutip duit sewa..tp org2 kg pandai sebab masing2 duk kata kalo dia kaya mesti ada yg jd manager leh manage dia nye harta..lps tu kn ada akauntan tuk audit duit dia..ada yg jd lawyer...kelakar kan org2 tua duk layan dia..tak lm lps tu dia eksiden meninggal kene langgar gan hilux...nak tau tak ms org sampai kan ke mak bapak dia berita anak dia yg nie kn langgar n meniggal kat tempat kejadian..mak dia boleh tepuk tangan gembira,adik beradik dia semua gembira...kami semua terkejut sgt2...n mmg jenazah hospital yg uruskan...kebumi je abg dia dr perlis yg uruskan...bayangkan sampai mcm tu sekali..mak dia leh ckp "biar la dia mati lg senang...idup pun buat malu je dah la otak tak betul" tp duit pampasan ratusan ribu ambik lak...siap buat renovate umah sebeso2nye

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 12:17 PM | Show all posts
Gambar terbaru Lola...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 12:19 PM | Show all posts
Edited by Syd at 15-10-2015 12:24 PM

Muhammad Firdaus dikebumikan selepas solat Zohor



Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus dibawa ke luar dari HTJ di Seremban, pagi tadi. Foto TRP/ Siti Syahirah

SEREMBAN, 15 Oktober:
Perkarangan Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), dekat sini dipenuhi kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan kematian Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, 16, semalam.

Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkefli Ramli, berkata jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Negeri, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Mohd Said.

Menurutnya, mayat Allahyarham kini sedang dibedah siasat di HTJ dan akan dibawa ke Masjid Negeri sejurus selepas itu.

Zukfefli dikerumini media ketika menjelaskan proses pengkebumian Allahyarham Muhammad Firdaus pagi tadi. Foto TRP/ Siti Syahirah

“Kami (JKM) mendapat kebenaran daripada ibu remaja kurang upaya itu, Lolanopita Sadi, 41, untuk menguruskan jenazah anaknya.
“Majlis tahlil telah diadakan malam tadi di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah,” katanya ketika ditemui di HTJ, pagi tadi.
Bagaimanapun, ibu Muhammad Firdaus yang turut kelihatan di Jabatan Forensik HTJ, masih sedih dengan kehilangan anaknya dan enggan ditemu bual media.

Lolanopita yang kelihatan bersedih enggan ditemu bual pemberita. Foto Bernama
Muhammad Firdaus yang menghidap palsi serebral, ditemui dalam keadaan tidak terurus, kotor dan kurus kering, dengan berat badan kurang daripada 15 kilogram, ketika Jabatan Imigresen Negeri Sembilan melakukan serbuan pada jam 2.30 pagi 21 Jun tahun lalu.

Susulan itu, ibunya, Lolanopita Sadi, 40, dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan didenda RM10,000 mengikut Sekyen 31 (1) (a) dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001, pada November 2014, selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam satu kenyataannya semalam berkata, Muhammad Firdaus tidak menunjukkan sebarang tanda kurang stabil pada awal pagi sebelum diserang sawan yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Remaja itu kini ditempatkan di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah sejak 21 Ogos tahun lalu.
Rohani semalam berkata, Muhammad Firdaus menunjukkan perkembangan sangat baik, dengan mencatatkan berat terakhir sebanyak 27 kilogram.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2015 12:23 PM | Show all posts
so lps ni acik lola bleh la henjut laki baru, dpt anak baru ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 12:40 PM | Show all posts

Sinar Harian
Just now ·

Ujian bedah siasat mendapati Firdaus meninggal kerana tersedak makanan ketika diserang sawan. ‪#‎SHInfo‬ ‪#‎SHOnline‬
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 01:30 PM | Show all posts
Innalillahinailaihirajiun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:37 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-10-2015 12:23 PM
so lps ni acik lola bleh la henjut laki baru, dpt anak baru ye

tolongla mandulkan acik lola
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:18 PM | Show all posts
innalillah... terasa nak menitik air mata dengar berita ni. Allah sangat-sangat sayangkan kamu adik. Kembalilah dengan tenang dan damai di sisi-NYa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:28 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun.. takziah..syurga tempatmu adik..insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:40 PM | Show all posts
Hadirnya Adik Firdaus hanyalah utk menguji org di sekeliling beliau.. semoga beliau tenang di sana..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 07:36 PM | Show all posts
Jenazah Remaja OKU Selamat Dikebumi
Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 5:45 PM



Lolanopita (tengah) turut berada di Makam Tuan Haji Said.

SEREMBAN: Jenazah remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, selamat dikebumikan tengah hari tadi di Makam Tuan Haji Said di sini.

Remaja itu yang meninggal dunia pada Rabu, tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 1.20 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Negeri di sini.

Kira-kira 100 orang hadir ke majlis pengebumian pada 1.45 tengah hari itu termasuk ibu remaja tersebut, Lolanopita Sadi, 41, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah dan orang awam.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan turut menyertai solat jenazah bersama Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkefli Ramli dan Pengarah JKM Negeri, Mohamad Hapil.

Turut hadir isteri Mohamad, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin dan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Norhayati Omar.

Sebelum itu, pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Dr Ariffin Mohamad berkata keputusan bedah siasat mendapati punca kematian Muhammad Firdaus adalah disebabkan tersedak makanan ketika diserang sawan.

Beliau berkata Muhammad Firdaus tidak sedarkan diri disebabkan saluran pernafasan tersumbat ketika makan tengah hari.  

"Hasil bedah siasat mendapati Muhammad Firdaus tersedak makanan berbentuk pepejal.

"Buat masa ini kami sedang mengenal pasti sama ada makanan itu adalah nasi, lauk atau sebagainya," katanya pada sidang media di HTJS di sini selepas bedah siasat pada Khamis.

Arwah meninggal dunia pada 1.15 tengah hari (Rabu) dipercayai diserang sawan ketika makan tengah hari di Rumah Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah dekat sini.

Muhammad Firdaus sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia dijumpai pasukan Imigresen dalam keadaan terabai dengan tubuhnya yang kurus kering disebuah rumah flat di Nilai pada Jun tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 02:07 AM | Show all posts
inilah sebenar2 hukuman yang akan menghantui maknya...moga taubat beliau diterima dan mendapat ketenangan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 06:55 AM | Show all posts
Al-Fatihah...tenang lah adik Firdaus di sana..mungkin ini yang terbaik untuknya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 15-10-2015 07:36 PM
Jenazah Remaja OKU Selamat Dikebumi
Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 5:45 PM



Susah rasa nk percaya kesedihan dan airmata mak dia ni....mungkin sedih sebab kena hukum tu ja....kalau x dah lama adik firdaus ni mati ditangan mak.dia...



Innalillah buat adik firdaus.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 07:31 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 16-10-2015 06:55 AM
Al-Fatihah...tenang lah adik Firdaus di sana..mungkin ini yang terbaik untuknya....

setuju.. menyesal maybe.. tgklah.. menteri besar pu n join sembahyang kan dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 07:35 AM | Show all posts
Edited by Syd at 16-10-2015 07:36 AM
noor2 replied at 16-10-2015 07:01 AM
Susah rasa nk percaya kesedihan dan airmata mak dia ni....mungkin sedih sebab kena hukum tu ja.. ...

Syahril A. Kadir added 3 new photos.10 hrs ·


TANGISAN PERPISAHAN SEORANG IBU DAN ANAK..UNTUK SELAMA-LAMANYA

Alhamdulillah jenazah adik Muhammad Firdaus Dullah, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Hj. Mohd. Said, Seremban petang tadi
Ibu arwah, Lolanopita Sadi, 41, kelihatan sedih dan mengalirkan air mata sebaik sahaja jenazah Muhammad Firdaus dimasukkan ke dalam liang lahad.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menyertai solat jenazah bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Zulkefli Ramli.

Untuk rekod, ibu Allahyarham telah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan membiarkan anaknya itu tinggal tanpa pengawasan. Dia dah pun dibebaskan.

Aku nak berkongsi pengalaman peribadi aku sewaktu menziarahi Firdaus bulan puasa baru-baru ini. Pegawai JKM memberitahu aku, walaupun pernah dibiarkan sengsara, Firdaus cukup sayang pada ibunya itu. Firdaus akan tersenyum kalau Lolanopita datang melawatnya. Itulah bukti kasih sayang antara seorang ibu dan anak. Yelah, sembilan bulan Firdaus berada di dalam rahimnya.

Pada Lolanopita, semoga beliau insaf dengan apa yg dah berlaku. Firdaus takkan kembali lagi walau keluar airmata darah sekalipun. Kita juga janganlah terus menghukum si ibu ini. Dia telah menjalani hukuman dunia...bersamalah kita berdoa agar Allah ampunkan dosanya dan dapat bersama Firdaus di syurga Firdausi nanti. InshaAllah.










Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 16-10-2015 07:35 AM
Syahril A. Kadir added 3 new photos.10 hrs ·



Sedih betui baca perenggan yg ke4....

Sbb mak.dia la...adik ni derita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051668 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list