|
[Tempatan]
driver cikki langgar atok tengah isi minyak
[Copy link]
|
|
yg jantan banyak mati eksiden. apa kes? akal letak kat testikel ker
|
|
|
|
|
|
|
|
jantan ramai jugak tak reti bawak keta. tak bg signal, laju kat kwsn perumahan, terlanggar budak sekolah etc *pengalaman dari bijik mata sendirik |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 24-8-2015 07:06 PM
yg jantan banyak mati eksiden. apa kes? akal letak kat testikel ker
Biasanya y eksiden driver laki sbb salah perempuan jgk..
Laki sibuk tgh drive pmpuan gi makan aiskrim daging..mcm mana laki nk fokus
Bodo |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pacit... sampai patah riuk... semoga cepat sembuh. ai harap driver tu disaman kaw2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ohh... Yang eksiden sorang2 tu, penumpang sebelah hantu la ya.
btw gersangnya post awak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Redskin replied at 24-8-2015 08:12 PM
Haaa....ada jugak rupernya lelaki yg jenis tengkuk panjang driving
badan melekat kat steering ni ...
Tq u atas peringatan..hb me pon pesan gtu gak...skrg me dah x hon dah..iyerlah betul cam u cakap tu..bahaya..tambah plak drive sorg2... biar jerlah... asal selamat dahla..try buka mata luas2... n byk berdoa... tq ya... |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu pernah masa berenti di lampu merah trafik light, ada la dlm 5 buah kereta lain di depan. tetiba, ada kereta hentam dari belakang. yg langgar tu LAKI. dia kata tak prasan, sdgkan 3 lanes smua kereta tengah berenti. so nak kata semua laki bodoh ke?
it's not the gender, it's the attitude.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik ni dah ok dah.. Dah siap operate dah. Dok Kluang Utama sana, bkn Hospital Enche' Kalsom. |
|
|
|
|
|
|
|
bianglala replied at 24-8-2015 12:02 PM
pakcik tu pun mesti terpempan tengok Kancil meluru, takpun tengah pandang ke lain.
nasib ada t ...
Kalau lajak lg, bebetul kat simpang 3! |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ciki tu masuk minyak RON7.65...terlebih laju lah pula.... |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknye komen yang bias dlm ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalau seorang ppuan yg buat salah .bodoh piang tak berakal jgn lah semua ppuan kau sapu rata..adik kau mak kau pun ppuan juga ada kah mereka melangar org?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pasal2 atok tu jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..
Semoga cepat sembuh!
|
|
|
|
|
|
|
|
kuat pak cik ni
KLUANG: “Sebaik digilis, saya terus bangun tanpa menyedari paha kanan saya patah,” kata warga emas
Mohamad Nasir Manas, 70, yang parah dirempuh kereta Perodua Kancil yang hilang kawalan di stesen minyak di Jalan Besar, di sini, tengah hari kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohamad Nasir mengisi petrol ke dalam kereta Proton Iswara di stesen minyak terbabit. Katanya, sebelum itu dia dan isteri Saerah Hassan, 58, baru menghantar pulang tiga cucu ke rumah di Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin, di sini, selepas mengambil mereka di sekolah.
“Selepas menghantar mereka pulang, saya dan isteri keluar semula ke bandar Kluang untuk membeli barang dapur.
“Ketika dalam perjalanan saya menyedari minyak kereta hampir habis dan berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisinya,” katanya.
Mohammad Nasir berkata, ketika menutup tangki minyak dan bersedia masuk ke dalam kereta, tiba- tiba Perodua Kancil merempuh belakang keretanya.
“Akibat rempuhan itu, kereta saya bergerak 10 meter ke hadapan dan saya terjatuh sebelum digilis dan diseret kira-kira dua meter menyebabkan patah tulang paha, tulang siku terkeluar dan cedera di rusuk kiri.
“Ketika digilis saya ingat akan mati, tetapi sejurus kejadian saya terus bangun tanpa menyedari paha kanan patah,” katanya yang dibawa seorang lelaki ke Hospital Pakar Kluang Utama, di sini, untuk rawatan.
Sementara itu, Saerah yang berada di dalam kereta pada mulanya tidak mengetahui kejadian sebelum mendengar suami menjerit menyebabkannya terkejut.
“Pada mulanya saya ingat dia menjerit selepas kereta dirempuh menyebabkan ia bergerak ke hadapan, tetapi sebaik keluar dari kenderaan saya lihat dia terbaring berlumuran darah,” katanya.
Kejadian dirakam kamera litar tertutup stesen minyak itu memaparkan wanita berumur 40 tahun gagal mengawal kenderaan selepas selipar dipakainya tersekat pada pedal minyak.
Berdasarkan rakaman video yang viral di Facebook, wanita itu masuk ke dalam kenderaan sejurus selesai mengisi minyak, namun gagal mengawalnya ketika kenderaan mula bergerak.
Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
| |
|