|
Dari Heathrow ke Batang Ai @ Jika Kutulis Di Sini (antologi novella Jemari Seni
[Copy link]
|
|
Ada nampak kat FB JS, meriah je JS hari Sabtu lepas . Comel-comel je cover buku JS yang baru, suke tengok.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 15-4-2015 01:53 PM
Bab 4:
“KAMU TENTU TAHU, sebagai seorang guru, penampilan mesti kemas dan bersesuaian dengan profesion keguruan kamu,” kata Encik Mahmud Ali selepas selesai memberi tugasan kepada pelajar-pelajarnya.
Matanya dari tadi sesekali melihat sepasang kaki yang memakai kasut but berwarna merah manggis yang sengaja digoyang-goyangkan di bawah meja di barisan hadapan sekali. Siapa nama dia ini ya? Yang ini yang datang lewat tadi.
Kamilah Mustafa, Encik Mahmud Ali membaca tag nama guru pelatih yang mejanya di hadapan sekali itu. Tak serupa cikgu lain dia ini, detiknya dalam hati. Pakai baju kurung merah jambu, tudung hitam, tapi bawa beg sukan dan helmet motosikal. Dia ini pakai motosikal ke datang kampus ini? Kasut pula kasut but. Kalau warna hitam mungkin boleh dimaafkan, tapi ini warna merah manggis.
“Jadi cikgu, pakaian mesti kemas. Ikut pekeliling. Kasut pula warna gelap, hitam atau coklat gelap. Perempuan mesti guna court shoes, yang bertumit tinggi,” terang Encik Mahmud Ali sambil berjalan dari satu meja ke meja yang lain.
Kaki Kamilah yang bergoyang-goyang di bawah meja itu sudah terhenti. Alamak, dia kan pakai kasut but warna merah manggis. Encik Mahmud ini perasan ke? Ada dress code ke cikgu-cikgu ni?
“Court shoes itu supaya kamu nampak segak kalau berjalan. Biar ada bunyi ketak ketuk ketak ketuk. Ini pergi mengajar pakai sandallah, pakai selipar Jepunlah, selekeh je. Stoking pun begitu, samada warna kulit atau warna gelap. Stoking kuning hijau pink semua tak boleh,” sambung Encik Mahmud lagi. Guru-guru baru ini senang hendak dibentuk, kalau guru yang sudah senior, memang ramailah yang berpakaian tidak ikut pekeliling terutamanya bab kasut.
Kamilah sudah telan air liur. Teringat dengan stoking yang dia pakai sekarang, warna hijau dengan polka dot merah jambu. Aduh, manalah dia tahu guru-guru ada etika berpakaian khusus. Yang dia tahu cikgu perempuan selalunya pakai baju kurung saja atau baju kebangsaan, yang cikgu lelaki pakai kemeja dan seluar panjang gelap. Abah tidak pernah pula cakap padanya.
Di sekolah pula, dia tidak nampak pula cikgu-cikgu perempuan pakai kasut tumit tinggi. Kalau pakai kasut tumit tajam yang tinggi itu, sah-sah masuk celah-celah lantai papan.
Kamilah, Kamilah, lain kali jangan rajin update blog saja ya, intai juga pekeliling KPM itu, Kamilah cepat-cepat tarik kakinya masuk ke bawah meja semula. Kakinya sudah diam-diam saja di bawah meja itu, tidak lagi digoyang-goyangkannya.
Dalam hati menghitung-hitung duit gajinya di dalam bank. Nampaknya petang ini tak boleh balik rumah dulu, kena pergi cari kasut hitam dan stoking hitam nampaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.. comel je milah..
jangan en. mahmud usha dengan niat lain sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Encik Mahmud tu spesies garang dengan misai melintang
|
|
|
|
|
|
|
|
cara dia assess milah macam comel je..
dari hujung tudung sampai ke hujung kasut
|
|
|
|
|
|
|
|
Milah oh milah....kasut merah manggis, stokin kaler ijau polkadot pulak tu >>> xle bayang, combination mcm kelaut jek
|
|
|
|
|
|
|
|
ada orgkan ain, dia x kisah psl penampilan...janji selesa katanya...
tp ada org jgn memain..sedondon dari kepala sampai kaki yo...kekeke..
|
|
|
|
|
|
|
|
memang ade...dulu iols mase belaja pakai stokin matching dgn baju
skrg..hmmmm malas dah...capai jek yg ade depan mata
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 16-4-2015 01:52 PM
“TAK DUDUK kolej kediaman?” Tanya Mastura pada kawan baru yang duduk di sebelahnya tadi. Pendiam saja Cikgu Kamilah ini, tanya sepatah jawab sepatah.
“Saya ulang-alik dari rumah,” jawab Kamilah sopan, senyum pada orang di sebelahnya. Sejak masuk ke bilik kuliah ini minggu lepas, dia sengaja cup tempat duduk di depan sekali sebab malas hendak bertegur sapa dengan guru-guru yang lain. Alah, bukan lama pun dia di sini. Dapat tawaran yang lebih baik di mana-mana, nanti dia angkat kakilah.
“Tapi kalau ada kelas malam, terpaksa juga bermalam di kolej,” sambung Kamilah sambil senyum pada Mastura. Dia bukannya kenal sangat dengan Mastura itu, tapi sebab duduk sebelah-menyebelah terpaksalah jadi kawan juga. Kawan-kawan lain yang duduk di belakang kelas dia masih belum kenal nama.
“Ohh… pergi sini naik motosikal ke?” Tanya Mastura sedikit berminat. Rata-rata cikgu lain termasuk dia sendiri berkereta ke kampus ini. Ada juga yang naik motosikal tapi cikgu lelakilah. Kamilah inilah cikgu perempuan pertama yang dia nampak usung helmet ke sana ke sini.
“Haah… naik moto. Senang sebab tak kena traffic jam. Best selit-selit celah-celah kereta orang,” sengih Kamilah. Dia mula rasa selesa berbual dengan Mastura ini. Wajah Mastura itu Nampak garang saja mula-mula dia tengok minggu lepas, tapi lama-lama macam ini, agak peramah juga orangnya.
“Borang dah habis isi ke?” Tanya Mastura lagi.
Kamilah angkat muka lagi. Mastura ini memang peramah agaknya. Sejak minggu lepas lagi Mastura ini sudah tegur semua orang dalam kelas ini. Seketika dia mengerutkan dahinya. Borang apa ya?
“Borang apa?” Tanya Kamilah polos. Ada borang ke yang dia kena isi?
“Eh, borang perjanjian KPLI kita. Kan kena submit sebelum hujung bulan ini?” Tanya Mastura lagi. Sambil sibuk menaip sesuatu di laptopnya, sambil itu mulutnya ramah mengajak Kamilah berbual.
“Hujung bulan ini ke?” Ya Allah, baru dia teringat. Perjanjian KPLI itu. Kena hantar hujung bulan ini. Aduh, macam manalah dia boleh terlupa pasal borang perjanjian itu. Tapi, kalau dia tandatangan perjanjian itu, maknanya memang kekallah ya dia jadi cikgu.
Ammaaaaaaaa…. Appaaaaaaaa… saya tidak mahu jadi cikgu!
“Baru saya ingat… saya selalu perasan awak lalu depan Jabatan Pengajian Melayu. Muka awak yang paling nampak sedih…” tiba-tiba Encik Mahmud terhenti di hadapan meja Kamilah.
Haa? Kamilah sudah angkat muka memandang Encik Mahmud. Mata Encik Mahmud tajam merenungnya.
“Selalu nampak awak jalan seorang diri. Saya selalu nampak awak dari cermin kaca Jabatan Pengajian Melayu,” sambung Encik Mahmud.
Baru dia teringat, sejak minggu lepas dia selalu perasankan Kamilah ini. Pejabat dia di Jabatan Pengajian Melayu itu bukankah mengadap jalan, jadi selalu saja dia nampak siswa-siswi kampus ini berjalan balik ke kolej kediaman. Tapi dalam ramai-ramai itu, wajah sedih Kamilah ini yang dia perasan.
Yalah, orang lain berjalan balik ke kolej kediaman berkawan-kawan, Kamilah saja yang berjalan seorang diri. Macam kera sumbang pun ada gadis ini dia nampak. Sudahlah usung helmet.
“Muka mesti banyak senyum ya… jadi cikgu tak boleh masam-masam. Nanti stress, terus strok, lepas itu kiok…” ujar Encik Mahmud separuh berlucu.
Kamilah mengetap bibir. Sedih? Sejak bila pula mukanya nampak sedih? Tiba-tiba dia meraba pipinya. Muka cantik macam ini Encik Mahmud kata berwajah sedih? Amboi, Encik Mahmud.
Tapi, mungkin benar agaknya dia nampak sedih. Jadi cikgu tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.
Ini semua sebab Abah. Dan janjinya pada Abah.
Kalau gagal di UK, janji dengan Abah, Ila mesti jadi cikgu.
Abahlah itu, sudahnya dia terdampar di institut perguruan ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan....time sekolah dulu ada classmate ni mak dia keja gomen..kemain..sedondon tiap hari hantar anak kesekolah..
dia kata mak dia mmg camtu.. mesti sama kaler satu badan..nasib tak disuruhnya satu kaler satu keluarga...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 16-4-2015 04:55 PM
“SAH INI GAMBAR INSTITUT PERGURUAN BATU LINTANG!” Tajuddin menepuk meja tiba-tiba.
Gambar-gambar yang tertera di blog Cikgu Melah itu dia pandang satu-satu. Sudah seminggu lebih dia ada kuliah di IPGM Batu Lintang itu, mustahil dia tidak kenal setiap inci tempat-tempat di situ.
Gambar perpustakaan, gambar bangunan Hal Ehwal Murid (HEM), gambar Dewan Brooke, wah, cantik-cantik gambar yang Cikgu Melah ini ambil. Maksudnya Cikgu Melah itu sekarang belajar satu kampus dengannyalah sekarang.
Hari ini sibuk sebab ada kuliah dari pagi sampai petang. Jadi awak semua layan sajalah gambar-gambar ini ya. Akak tak ada masa nak taip panjang-panjang hari ini. Nah, tengok gambar-gambar ini semua sampai lebam biji mata.
Tajuddin tersengih-sengih melihat blog Cikgu Melah. Tapi hatinya sudah terpikat dengan gambar-gambar milik Cikgu Melah itu. Pandai Cikgu Melah ambil gambar. Terang dan jelas semuanya. Kamera apa ya dia pakai?
Jadi, kita ini sekampuslah ya Cikgu Melah?
|
|
|
|
|
|
|
|
di suatu zaman dahulu.. zaman2 menengah rendah..
gi jalan2
kadang2 pakai..
seluar hijau, baju cokolat, tudung biru...
kadang-kadang..
seluar kuning, baju ijo, tudung cokolat..
kadang-kadang..
seluar merah, baju kuning, tudung cokolat..
kadang-kadang..
seluar kuning, baju merah, tudung putih..
masa tu tak rasa apa2 pon.. masa tu rasa macam semua matching jek...
20 thn kemudian, tengok balik gambar2 itu.. rasa mcm org buta warna pon ada
|
|
|
|
|
|
|
|
usu rasa, usu sampai skrg buta separuh warna...
takkan usu pakai yg sedondon...walopun sesi photo di pagi raye...
tp idok ler pakai kaler mcm clown tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian anak murid cikgu melah...cikgunya takder hati nak jadi chegu..
kerna terpaksa saja....
haish... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|