PROLOG
Bumi Amariya seolah-olah bergegar. Ratusan tentera yang merempuh masuk bagai tak mampu dikalahkan. Namun keras semangat mereka yang bergelar pahlawan masih jitu. Tak akan gentar biarpun hingga ke titisan darah yang terakhir. Pilihan mereka cuma satu.
Berjuang.
Hidup atau mati selepas ini sudah tidak difikirkan lagi.
Biarlah langit Amariya melihat, keringat yang mengalir adalah demi mempertahankan Negara. Biarlah bumi Amariya menjadi saksi, tumpahnya darah mereka adalah untuk tanah air tercinta.
Perjuangan mereka adalah untuk Amariya. Mereka bersungguh-sungguh demi Amariya. Perang ini perang terakhir. Perang yang akan menentukan pemilik ketuanan sebenar bumi ini. Andai kalah, maka lenyaplah Amariya.
Lenyaplah mereka.
Yang datang itu musuh. Mereka tidak diundang malah langsung tidak layak menjejakkan kaki ke tanah ini. Mereka tak berhak untuk memiliki bumi Amariya.
Keadaan semakin getir. Satu demi satu Pahlawan Amariya gugur. Dia melihat jelas tubuh para pejuang itu rebah ke tanah. Dia yang turut bergelar pahlawan Amariya, tidak mampu berbuat apa-apa kerana saat ini, dia sendiri turut berjuang. Sungguhpun tanah Amariya bukan tanah kelahirannya, namun mereka yang gugur itu sudah dia anggap saudara.Mereka yang rebah itu adalah sahabatnya. Tubuh-tubuh yang bergelimpangan itu adalah tubuh mereka yang telah berjuang untuk mempertahankan Negara.
Demi Amariya, kuatkan semangatmu!
Kata-kata itu dijadikan azimat agar terus bertahan.Pedang terus dihayun kiri dan kanan. Tiada belas kasihan pada musuh. Akan ditentangnya habis-habisan walau nyawa menjadi taruhan.
Satu jeritan nyaring menggendala tumpuan. Jeritan dari Srikandi Amariya itu membuatkan jantungnya hilang rentak.
“Bertahan!”
Dengan segala asa, dia berlari ke arah sana.
Namun, segalanya berlaku dengan pantas. Mungkin kerana sudah lelah. Mungkin kudratnya semakin lemah lalu Srikandi Amariya itu melutut jatuh di hadapan musuh yang ditentang.
Dia berlari semakin laju. Mahu menyelamatkan Srikandi itu. Apa-apa saja halangan dihadapan terus dicantas dengan pedang. Dalam cemas, sempat dia melihat Sang Musuh menyeringai.
"Tidak." Dia menjerit
Pedang terangkat tinggi.
PROLOG
Bumi Amariya seolah-olah bergegar. Ratusan tentera yang merempuh masuk bagai tidak mampu untuk dikekang apatah lagi dikalahkan. Namun semangat keras yang masih tertanam di dalam jiwa mereka yang bergelar pahlawan masih utuh hingga tidak mampu digugat walau datanglah sehebat mana badai yang melanda. Mereka tidak akan gentar biarpun hingga ke titisan darah yang terakhir. Hidup atau mati, tidak wujud dalam pemikiran mereka lagi. Pilihan mereka hanya satu... BERJUANG!
Biarlah langit Amariya melihat, keringat yang mengalir adalah demi mempertahankan negara. Biarlah bumi Amariya menjadi saksi, tumpahnya darah mereka adalah untuk tanah air tercinta. Tanah Amariya akan bermandi darah. Perjuangan mereka adalah semata-mata untuk Amariya hingga sanggup menggadai nyawa. Mereka bersungguh-sungguh demi mempertahankan Amariya. Perang ini adalah perang yang terakhir. Perang yang akan menentukan pemilik ketuanan sebenar bumi ini. Andai kalah, maka lenyaplah Amariya. Lenyaplah mereka sepenuhnya kelak andai itu yang berlaku. Yang datang itu adalah pihak yang sengaja menceroboh. Kedatangan mereka sama sekali tidak diundang malah mereka juga tidak layak menjejakan kaki ke tanah bertuah ini. Mereka tidak berhak untuk memiliki bumi Amariya kerana mereka adalah MUSUH.
Keadaan semakin getir. Satu demi satu pahlawan Amariya gugur. Dia, melihat jelas tubuh para pejuang itu rebah ke tanah. Dia yang turut bergelar pahlawan Amariya, tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia juga sedang berjuang. Sungguhpun tanah Amariya bukan tanah kelahirannya namun mereka yang gugur itu sudah dianggap sebagai saudara. Mereka yang rebah itu adalah sahabat-sahabatnya. Tubuh-tubuh yang bergelimpangan itu adalah tubuh mereka yang telah berjuang demi mempertahankan negara Amariya ini.
"Demi Amariya, kuatkan semangatmu!" Kata-kata itu dijadikan azimat untuk terus bertahan. Pedang terus dihayun kiri dan kanan. Tiada langsung rasa belas kasihan terhadap musuh. Mereka perlu diajar kerana berani menceroboh Amariya. Akan ditentang habis-habisan walau nyawa menjadi taruhan. Dia nekad.
Satu jeritan nyaring menggendala tumpuan. Jeritan dari Srikandi Amariya itu membuatkan jantungnya hilang rentak.
“Bertahan!”
Dengan segala asa, dia berlari ke arah sana. Namun segala-galanya berlaku dengan pantas. Kerana diasak dengan rasa lelah kudratnya semakin lemah lalu Srikandi Amariya itu melutut di hadapan musuh yang sedang ditentang. (yang ni Nicki cerita tentang srikandi or pahlawan tu?)
Dia mula berlari dan kini semakin laju. Niat hanya satu, mahu menyelamatkan Srikandi itu. Apa-apa saja halangan di hadapan terus dicantas dengan pedang yang semakin dahagakan darah. Dia sudah tidak peduli lagi. Dalam saat cemas, sempat lagi dia melihat Sang Musuh menyeringai kesakitan. Ternyata ketajaman pedangnya masih ampuh.
"Tidak!" Dia menjerit. Pedangnya sudah terangkat tinggi.
Okey Nicki. Cuba tengok yang ni pula. Tak banyak salah pun.
Last edited by wipers81 on 17-9-2014 12:09 AM
|