jiwakacau06 posted on 8-8-2014 11:50 PM
kartini.ke kartina aziz?gduh knpa
kartina ker?...kartini kan?...aku rasa kartini...
die citer mase die shoting kat mane tah,share bilik ngan kartini nih..
pastu 1 hari die tido,terngaga, mungkin sbb letih kot..si kartini g ambik gambar n share ngan krew2 kat situ
mungkin sbb asal nyer nak gurau kot..terus la bermasam muke..sampai skrg kekdahnyer..
klu uols perasan,mane ade dieorg blakon skali dah..
PETALING JAYA: Pelakon Sheera Iskandar memberitahu selepas membuat keputusan untuk bertudung pada Ramadan lalu, ada segelintir pengikutnya di Instagram memberi komen-komen berbau negatif.
Sheera, 29, berkata, dia juga dianggap riak kerana dilihat seperti sengaja ingin menunjukkan penghijrahannya itu kepada umum walaupun dia sebenarnya tidak pernah membuat pengumuman sudah berubah imej.
"Sebenarnya saya nak bagi komen kepada awak (mStar Online) pun takut kerana risau dengan pelbagai tanggapan masyarakat. Rasa kurang manislah bila orang memberi persepsi negatif pada kita.
"Lagipun saya tidak pernah membuat sebarang pengumuman (untuk bertudung), sekadar memuat naik foto saya seperti biasa di Instagram. Ada yang memberi komen buruk kononnya saya riak.
"Ada juga memberi komen bersifat sindiran dengan kata-kata seperti 'nak pakai tudung, pakai betul-betul. Jangan nak gembar-gembur'. Rasa tak senang hati pula bila orang komen begitu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Sheera Iskandar
Bagaimanapun, tambah Sheera, kebanyakan peminatnya menyokong perubahan itu dan dia berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan dirinya.
Sementara itu, Sheera menganggap perubahan itu adalah perkara wajib untuk dia bertudung kerana peranannya sebagai wanita beragama Islam.
"Diakui terdapat beberapa dugaan selepas saya memakai tudung tetapi saya percaya semua ini ada hikmahnya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Sheera kini muncul menerusi drama Jalan Kembali, di saluran TV2, setiap Isnin, pukul 9 malam.
"Ketika penggambaran drama itu, saya masih belum bertudung. Diharap peminat tidak terkejut apabila melihat saya tidak bertudung dalam drama itu,"
wartwan tu yang "riak" bajet bagus ..... suka nak buat cite sampah ....
sangat sadis soalan wartawan2 ni
boleh tgk kualiti wanwancara n soalan kat rancangan hiburan
"saya dengar dr bla ... bka .. bla"
"sebenarnya saya tak nak tany soalan ini tapi ...."
"mulu2 puaka kat luar sana2 bla2 ....... betul ke"
"ada org suruh saya tanya ........."
pastu suka bawak kisah silam artis tu
cthnya: kes shila amzah ... selalu jer bawak chanazz iterframe .... kes aidil ... mesti nak suruh rita komen ....
hampeh sgt!!
tapi ... yang ummah malaysia ni pun apa kurangnya
suka amik benda dr segi negatif ... ada jer nak dilaharnya ....
sadis sangat perangai ... Last edited by damian_lee on 13-8-2014 07:53 AM
kesian nya golongan artis ni
buat apa pun serba x kena..
ada jerk yg nak melahar..
padahal kat luar ni pun, yg bukan artis...lebih teruk dr artis..
tp da org x kenal..org buat bodoh je la..