KL, 30 JUN 2014: Meskipun hubungan cinta antara mereka sudah berakhir, namun pelakon Luna Maya akui yang masih mempunyai rasa sayang di hatinya terhadap bekas kekasih, Ariel.
Luna Maya berkata Ariel masih bertakhta di hatinya walaupun vokalis Noah itu dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang aktres Indonesia, Sophia Mueller.
“Ya, sejujurnya saya masih sangat sayangkan Ariel. Sayang sekali dia meninggalkan saya sendirian,” katanya kepada media di Indonesia menerusi laporan Harian Metro hari ini.
Luna Maya ditanya ketika menyertai rancangan bual bicara Dahsyat semalam.
Nama Luna Maya dan Ariel menjadi perhatian sebelum ini selepas aksi asmara mereka tersebar di Internet.
Pendedahan itu menyebabkan Ariel dipenjara kbeberapa bulan atas tuduhan menghasilkan dan memiliki bahan lucah.
Namun ketika di penjara hubungan cinta Ariel dan Luna tidak dapat bertahan lama dan akhirnya berakhir begitu sahaja.