Edited by Leafumi at 2-3-2015 04:01 PM
Bab 26
Adira duduk termenung. Sesekali dia menghirup air Laici Ais di hadapannya. Pelajar-pelajar yang lalu lalang di tepi meja tidak bagitu diendahkan. Ketibaan Sofia masih ditunggu. Hanya beberapa kali saja Adira tergamam sendiri apabila ternampak kelibat lelaki-lelaki yang mirip Hadif.
Hatinya lega. Mereka bukan Hadif. Sejujurnya dia tak bersedia untuk bertemu Hadif lagi. Tidak betah mahu berhadapan dengan Hadif setelah apa yang lelaki itu lakukan. Jadi selama ini Hadif menaruh hati terhadapnya ? Itukah motif Hadif baik dengannya ? Dulu Faiz memeningkan kepalanya. Kini Hadif pula cari masalah. Apa sudah jadi dengan mereka ini ? Adira bingung. Paling dia hairan, apa kaitan dengan Faiz seperti yang dikatakan oleh Hadif ?
“Oi !”sapaan Sofia mengejutkan Adira dari lamunan. Dia duduk di tempat duduk bertentangan dengan Adira.
“Kelas macamana ?“ soal Adira.
“1 kelas rindukan kau.” Sofia cuba bercanda walaupun ia menghambarkan.
“Serious lah. Kelas macamana ?”
“Kelas okay aje. Tadi Sir Azmir tanya jugak kenapa kau tak datang. Aku cakap lah kau tak sihat.”
“Aku ingat dia tak perasan aku. Ingat jugak dia kat aku rupanya.”
“Ada jumpa Hadif ke ?” Sofia membuka topik Hadif. Semalam Adira telah menceritakan apa yangtelah berlaku kepadanya. Cuma mereka tidak sempat membincangkannya.
“Tak. Aku tak nak jumpa dia lagi buat masa ni,” Adira menggeleng-gelengkan kepala.
“Tak sangka aku. Hadif tu nampak macam baik aje,” Sofia memberi komen.
“Dia memang baik.Tapi.. entah lah. Mungkin peluk-peluk tu biasa bagi dia.” Adira kesal.
“Betul ke dia tak buat apa-apa kat kau ? Motif dia bawak kau balik rumah dia ?” Sofia curiga.
“Aku tak tau, Sofia. Dia ubatkan aku aje masa pengsan tu. Tak tau lah kalau dia ada niat jahat kat aku. Tapi sebenarnya aku takut jugak. Tiba-tiba dia peluk aku. Lepas tu dia mengaku suka kat aku.”
“Kau kena jaga-jaga dengan dia.”
“Kenapa Hadif buat macam ni..” Adira mempamerkan kehibaan.
“Kau tak rasa pelik ke ? Kenapa Hadif mention Faiz pulak ?”
“Pelik lah. Tapi aku tak tau apa sebabnya..”
“Setahu aku, Faiz tak kenal Hadif kan ? Kalau kenal pun, dia tak kawan pun dengan Hadif kan ?”
“Aku tak tau..”jawab Adira sambil melepaskan keluhan.
“Kau kena tanya Hadif pasal ni. Kalau kau nak tanya Faiz, aku tak sure okay ke tak..” Sofia berkira-kira sendiri.
“Kalau boleh aku tak nak kacau Faiz dah. Aku tak nak. Faiz pun bukan tau.”
“Kalau macam tu,Hadif aje lah kau boleh tanya. He knows everything.”
Adira buntu. Pasti Hadif menyorokkan sesuatu sebelum ini. Namun Adira tak tahu apa bendanya. Dia juga tidak perasan selama dia berkawan dengan Hadif.
“Kau relax dulu. Jangan terburu-buru. Take time,” pujuk Sofia.
Adira menghirup lagi Laici Ais. Seketika bisu di antara mereka. Handphone yang berdering menarik perhatian Adira. Sofia juga begitu. Adira menjawab panggilan setelahmelihat nama Junaidi.
“Dira, buat apa tu? Okay ke ?” soal Junaidi kalut.
“Saya okay aje. Tengah duduk minum. Dengan Sofia.”
“Oh, kalau macam tu tak apalah. Jun risau kat Dira ni.”
“Saya okay aje.”
“Kalau ada apa-apa, bagitau lah ya !”
Perbualan berhenti setelah masing-masing berbalas ucapan salam. Sofia sudah menghadiahkan Adira dengan senyuman mengusik. Adira buat-buat bodoh.
“See ? Dia care kat kau, Ira,” Sofia meyakinkan Adira.
“Tau..”
“Maksudnya.. he’s into you !”
Tiada apa yang mahu diucap oleh Adira. Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata Sofia. Seronok? Mungkin. Sudah lama dia tak punya perasaan seronok begini. Inikah cinta ?
Sudah lebih 5 kali panggilan dari Hadif dibiarkan tidak berjawab oleh Adira. Sengaja dibiarkan. Bercampur baur rasa di hatinya. Takut dan suspen. Akhirnya dia menjawab juga panggilan lelaki itu.
Beberapa hari yang lepas sejak kejadian di rumah Hadif, Adira langsung tidak menghubungi Hadif. Dia juga cuba mengelak dari bertembung dengan Hadif. Hadif juga tidak cuba menghubunginya. Mungkin lelaki itu sedar tindakan salahnya.
“Adira, we need totalk,”ujar Hadif.
“Talk about what?”
“Hadif nak bagitau benda penting.”
“Benda apa ? Kalau nak cakap soal hati, maaf saya tak boleh.”
“Everything, Dira. Everything yang awak mungkin patut tau. Especially pasal Faiz, awak patut taukan.”
“Cakap aje sekarang.”
“Better kita jumpa.”
“Jumpa ? Saya taknak nanti..”
“Tak, Hadif takkan buat apa-apa kat Dira. Trust me. Hadif mintak maaf. Hadif tak boleh control diri time tu. I just wanted to tell you how much my feeling towards you.”
“So.. bila nak jumpa ?”
“Hujung minggu ni. Kat taman. Please ?”
“Okay.”
Adira tertanya-tanya. Entah apalah yang akan diberitahu oleh Hadif kepadanya. Suspen mula terasa. Lebih-lebih lagi tentang Faiz. Apa kaitan Hadif dengan Faiz ? Hujung minggu ni ! Noted ! Desis hatinya.
Tiba pada hariyang dijanjikan, Adira pergi ke taman yang biasa dikunjungi itu untuk bertemu Hadif. Dia mahu meleraikan persoalan yang menganggu mindanya. Menganggu jiwanya. Di situlah juga terjadinya peristiwa dia hampir diserang anjing. Hadif yang menyelamatkannya. Hadif turut bantu mengubati lukanya. Kenapa lelaki itu yang tampak baik tiba-tiba menampakkan sisi yang mencurigakan buat Adira ? Kenapa perlu Hadif mencacatkan persahabatan mereka ?
Adira dan Hadif duduk di meja dengan saling bertentangan. Sama sepertimana Adira bertemu dengan Faiz dulu. Jarak diperlukan untuk mengelak dari perkara yang tak dijangka. Adira tak mahu lagi dipeluk, dirapati dan sebagainya yang menakutkannya. Bukan amalannya berpegang-pegang dan berpeluk-peluk tanpa batas dengan lelaki ajnabi. Tak mahu terleka lagi.
Duduk berhadapan dengan Hadif membuatkan Adira ditenung lama oleh lelaki itu. Sejak tadi lagi Hadif tetap bersahaja. Adira pelik. Kenapa lelaki itu tetap bersahaja ? Geram pula Adira melihatnya. Namun tak dinafikan Hadif memang begitu. Sebab itulah Adira selesa selama berkawan dengannya.
“Saya datang bukan untuk ditenung,” tegur Adira. Memecah keheningan di antara mereka.
“Saya tau..” balasHadif.
“Apa yang Hadif nak bagitau ?”
“Hadif tau lepas ni Dira dah takkan kawan dengan Hadif lagi,” Hadif memulakan bicara.
Adira tidakmenyampuk.
“Tapi, Hadif nak bagitau jugak. I just.. I don’t know.. I can’t hold it anymore. Sebenarnya, Hadif dekat dengan Dira sebab.. Faiz,” Hadif mengatur ayat.
“Kenapa dengan Faiz ?”
“Faiz Haikal tu..cousin Hadif.”
Mata Adira membulat sambil menatap Hadif. Terkejut. Biar betul ? Selama ini dia tak pernah tahu menahu yang Hadif dan Faiz adalah sepupu. Hadif tak pernah mengaku. Kawan-kawan sekeliling pun tak pernah datang memberitahunya.
“Memang saya taknak beritahu awak. Kawan-kawan lain pun tak ramai yang tau. Beberapa orang aje yang tau. After all, they don’t need to know about it. Because I hate Faiz.
Faiz Haikal, dia tu memang dari dulu berlagak. Sejak kecik, Hadif tak suka dia. Bukan takat tu aje, he looked dwn on me. Dalam keluarga saya, dia yang selalu dipandang. But, I never respect him. So I distanced myself from him. Yes, I admit that he’shandsome, pandai and famous. Semua orang suka dia. Semua orang hanya nampak dia. Termasuk Aina.
I’ve known Aina since I was little. We went to same school. Hadif yang mula-mula kenal Aina. Guess what ? Dulu Hadif gemuk. Memang jauh beza dengan Faiz Haikal. I can’t compete with him. Aina baik dengan Hadif. But she admired him. Tapi Aina pun macam Hadif jugak. Berbadan besar. Tak menarik. Dia tau Hadif cousin Haikal. Tapi Hadif tak cerita pasal Haikal kat dia. Biarkan dia tak tau. Dia tak perlu pun tau pasal Haikal.
Hadif dah nasihatkan dia untuk lupakan aje Haikal tu. Fokus study. Masa depan lebih penting. Tapi Aina dalam diam, dia berusaha untuk kurus. Dia pun banyak belajar untuk jadi cantik dan bergaya. Hasilnya, dia berjaya. Bila dah masuk sekolah menengah, she tried to get Faiz’s attention. Tak tau macamana dia buat. Mungkin melalui bantuan kawan-kawan.
The saddest thingis, she forget about me. Dia jauhkan diri dari Hadif. She totally changed. Lepas dah mula rapat dengan Haikal, dia teruskan jadi Aina yang baru. Dia dah tak kenal Hadif, dah tak nampak Hadif. Damn it ! But it’s okay. I let her go.
Then, Hadif pun cuba berubah. Hadif berjaya jadi kurus macam ni. No, I didn’t do it for her. I did it for myself. So, Hadif pun banyak libatkan diri dengan aktiviti lain. But in the same time, Hadif perhatikan aje Aina dengan Haikal dari jauh. Biar diorang dengan dunia diorang. Sampailah diorang dah jadi couple. Faiz Haikal tu memang tak hairan langsung kat Hadif. Even cousins, but we act like strangers to each other. Same goes to Aina, she left me.
Iqbal, dia tu member Haikal. Dia pun pernah kawan dengan Hadif jugak dulu. So sejak dengar-dengar Faiz dan Aina couple, Hadif banyak bertanya dekat Iqbal. Hati Hadif makin sakit. Because I know that I never move on. Hadif still suka Aina.Tapi biar lah. Dia tak penting. She's just a girl who is obsessed with Haikal.
Bila dapat tau pasal kes potret yang Adira buat, Hadif tertarik nak ambik tau pasal tu. Interesting. Faiz Haikal pun suka dengan potret tu. So I’ve got an idea. I wanted to ruin their relationship. Biar Aina dengan Haikal tu bergaduh. Rasa puas hati tengok diorang macam tu.
You know what ? Hadif lah yang report kat Aina pasal Adira. Pasal potret tu. Seronok tengok dia mengamuk. That’s why dia pergi serang Dira kat sekolah. Dia tertipu dengan cerita Hadif. Hadif cakap Faiz bukan setakat suka potret tu, tapi suka dekat Dira sekali. Hadif cakap Aina dah tak boleh tawan Haikal tu. Dia panas. Stupid girl. Even more stupid when she slept with him.
Pasal gambar dengan emel tu. Memang Aina yang mintak Iqbal dapatkan gambar Dira. Tapi Iqbal bukan orang yang tangkap gambar Dira, tapi Mimi. Dia ada simpan gambar awak,Dira,” Hadif menceritakan hal yang sebenar.
Adira tergamam apabila mendapat tahu bahawa Mimi yang memberikan gambarnya kepada Iqbal. Tapi kenapa begitu mudah Mimi memberikannya kepada Iqbal ? Bukankah Mimi juga risaukan Adira ?
“Mimi suka Iqbal,”ujar Hadif seraya melenyapkan persoalan pada Adira.
Patutlah.. fikir Adira.
“Iqbal berjaya pujuk Mimi. Lepas Mimi bagi kat Iqbal. Iqbal tunjukkan kat Aina. Aina suruh Iqbal buang aje gambar tu tapi Hadif sempat mintak kat Iqbal. Ingat lagi tak novel-novel yang pernah Dira kasi Hadif pinjam dulu ?,” ujar Hadif.
Adira terus teringatkan pesanan Mimi meminta supaya Adira berhati-hati. rupa-rupanya berhati-hati dengan Hadif. Dahi Adira berkerut-kerut cuba mengingat kembali tentang novel yang diperkatakan oleh Hadif itu. Novel yang mana ? Yang diberi pinjam kepada Hadif ketika dia hampir dengan SPM kah ?
“Dalam novel tuada contact info Adira. Dira tulis nama penuh dengan emel. So Hadif copy then letak kat belakang gambar tu. Masa Haikal koma kat hospital, Hadif pernah pergi rumah dia. Hadif masuk bilik dia. Lepas tu Hadif letakkan gambar tu sekali dengan potret tu. Sebab tu dia boleh jejak Dira. My feelings masa tau Haikal tu accident dengan koma, rasa macam awesome sangat. He deserve it.” Hadif masih membongkar muslihatnya. Sesekali dia mempamerkan reaksi bangga dengan perbuatan sendiri.
“Kenapa Hadif buat macam tu ?,” soal Adira. mula tak puas hati.
“Tak ada apa pun. Just nak rosakkan hubungan Aina dengan Faiz Haikal kesayangan korang,” jawab Hadif berserta sindiran.
“In the same time, Hadif cuba dekat dengan Dira. Just to get Haikal’s attention. Memandangkan dia dah mula kenal awak lepas dapat potret tu, Hadif cuba rapat dengan Adira. Just to make him jealous. Sebab apa yang Iqbal pernah bagitau, Haikal kadang-kadang ada jugak bercakap pasal awak,Dira,” jawab Hadif. Tanpa berselindung apa-apa lagi.
“Hadif.. tak sangka awak macam ni,” tutur Adira dengan rasa tak percaya.
“Masa Haikal koma tu pun, Aina ada datang jumpa Hadif. Biasalah. Perempuan bodoh tu mengamuk. Dia salahkan Hadif dengan Adira. Dia ingat saya dengan awak bersubahat. Lepas tu nak kacau dia dengan Faiz Haikal. Dia pun ada pergi report kat mama Haikal.
So, parent Haikal tu datang discuss dengan my parents. Masa tu pulak, parents Hadif baru bercerai. So Hadif ikut ayah pergi ke UK. Sesuai dengan kehendak mama dia, nak semua orang yang bawa masalah jauh dari dia. Do I care ? Hell no. Lagi puas hati adalah.
And one morething, pasal Dzul dengan Izwan tu, Hadif yang bayarkan diorang untuk kenakan awak. Semua tu lakonan aje. That’s why Hadif tak laporkan kat cikgu pun,”sambung Hadif lagi.
Adira banyak kali beristigfar dalam hati. Cuba mengawal rasa marah dan sedih yang mula mencanak-canak dalam diri. Dia merasa keji mendengar pengakuan Hadif. Siapa sangka lelaki itu yang nampak baik itu rupa-rupanya dalang kepada banyak perkara. Satu persatu kesemua yang ditempuhnya bermain di minda. Kalau dia tidak waras, silap-silap dia membelasah Hadif semahu-mahunya.
“How dare you,Hadif.. How could you..” ujar Adira.
“Hadif dah bagitau semua benda lama tu. After all, semua dah lepas pun. Faiz Haikal pun dah takingat apa. Dia pun dah berubah jadi someone else. Polos. Naif. That’s betterkan ?” ujar Hadif.
“Apa makna awak berkawan dengan saya ? Awak hanya mempergunakan saya. Hadif, awak.. tak ikhlas baik dengan saya. Awak memang teruk.. mungkin awak lebih teruk dari Faiz Haikal. Awak tau tak awak boleh membahayakan saya ?” ujar Adira sambil menahan emosinya.
Hadif tunduk dan menghela nafas. Dia mencapai tangan Adira yang diletakkan di atas meja. Adira terkesima. Berani pula lelaki itu menyentuh tangannya.
“Dira, sebenarnya selama saya berkawan dengan awak, I’ve developed my feeling for you. Mula-mula.. saya sendiri pun tak sedar. Tapi, lama-lama saya tertarik dengan awak, Dira. I don’t know what or why.. maybe sebab selalu lepak dengan awak dan mengenali diri awak. Saya selesa dengan awak. Sampai nak dekat SPM tu, Hadif sedar feeling ni dah ada untuk Dira.. tapi Hadif ada benda lain yang lebih penting nak buat. So Hadif biarkan aje feeling ni,” Hadif meluahkan isi hatinya.
Adira memandang Hadif tanpa berkedip mata. Namun pandangannya penuh rasa benci dan mual. Hadif benar-benar mengubah persepsinya terhadap Hadif sebelum ini. Hadif bukan seperti yang disangkakan !
“Dira..tak boleh..terima semua ni..” ujar Adira dengan kesal. Dia mengegeleng-gelengkan kepala. Dia menarik kembali tangannya dari dipegang Hadif.
“Hadif tau.. Hadif pun tak mintak Dira terima Hadif. Kalau Dira dah tau Hadif sayangkan Dira, tu dah cukup. Hadif takkan paksa Dira terima Hadif. I know I was wrong.”
“I’m sorry..” ucap Hadif.
“Enough..” ujar Adira. tak sanggup lagi mahu duduk di situ dengan Hadif.
Dia bangun dan beredar. Setelah semakin jauh, dia melepaskan air mata yang telah ditahan sejak tadi.
|