|
[Tempatan]
Lima beradik yatim piatu sekelip mata, ibu bapa maut digilis lori
[Copy link]
|
|
Kesiannya ya Allah. besarnya dugaan hidup adik beradik ni. naik motor lerni risiko tinggi yg amat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihirojiun. Al fatihah dan takziah buat anak2 mangsa dan keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x leh tahan air mata bila yg si kakak ckp andai dapat diputar masa dia nk peluk cium ibu dia...huhuhuuhu sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih bg alamat mereka |
|
|
|
|
|
|
|
kumbang7 posted on 23-5-2014 08:17 PM
anak2 arwah
sedihnya
malam2 misti yg kecik2 lagi tu dok cari mak kan
sob sob
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai...sayunya tgk muka abang n kakak...
yg kecik2 tu comel je senyum simpul...
blom faham apa yang terjadi...orang nak amek gamba....ready aje nak senyum...sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
yang kecik 2orang senyum je..ingat orang nak tangkap gambar macam selalu..depa faham bila ambik gambar mesti senyum....siannya...malam ni mesti menangis melalak cari ibu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada sesiapa nak beri bantuan
ini alamat theyols
tapi sekarang derang masih dengan makcik derang rasanya
3-2-18 Block 3
Jalan 7/154d
Taman Desa Cheras,
Cheras KL |
|
|
|
|
|
|
|
--abang yg sulung dan kakak yg sulung kesian. diorang dah faham segala-galanya lepastu kena terangkan adik adik kecik.
--semoga bila depa dah besar hidup derang sangat bahagia sbb kecik kecik dah diuji dengan dugaan besar macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..
kesiannya.. anak2 kecik lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah... kesiannya..
comel betul anak2 dia..
semoga nasib anak2 ni terbela... |
|
|
|
|
|
|
|
kumbang7 posted on 23-5-2014 08:17 PM
anak2 arwah
kesiannyer..
smoga hidup & nasib mreka terbela..
smoga Allah permudahkan segalanya..
amin..
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga anak anak ini membesar tanpa dipisahkan adik beradik dan mengecap kasih syg dr org sekeliling |
|
|
|
|
|
|
|
sabar ye dik......kuatkan semangat... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 23-5-2014 09:42 PM
ya Allah...kesiannya tgk depa semua...
Sedih tengok kan Noor. Apatah lagi dua anak perempuan kecil tu tersenyum. Mereka masih tak mengerti apa itu kematian.
Mesti mereka rindu dan akan tanya pada abang dan kakak mereka kenapa mak dan ayah mereka tak balik2 lagi.
Semoga mereka tidak dipisahkan dan menjadi anak2 soleh yang dapat membekalkan doa untuk kedua arwah di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Lima Beradik Yatim Piatu Dapat Bantuan Bulanan JKM
Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 3:30 PM
KUALA LUMPUR: Lima beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan ngeri di Cheras, Jumaat lepas akan menerima bantuan kolektif RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban kewangan mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan lanjut daripada JKM mengenai kelima-lima beradik itu sebelum bantuan berkenaan disalurkan.
"Bantuan itu akan diberi sehingga mereka berusia 18 tahun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan acara 'Purple Walk 2014' dan Persatuan Wanita (Perwani) Siswi di Dataran Merdeka di sini, Ahad.
Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, Juruteknik Jefri Mohd Zain, 46, dan isterinya Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal setelah digilis sebuah lori dalam kejadiaan langgar lari berhampiran susur ke Cheras, di Jalan Loke Yew.
Pasangan itu meninggalkan lima anak - Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3.
http://www.mstar.com.my/berita/b ... ntuan-lima-beradik/
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelah kawasan perumahan mak mertua ABAM KEROSS, bapak dia orang panggil YEOP, Insyallah bila pulang dari sungkai nanti, kami akan menziarah..AL FATIHAH. Adik beradik arwah lelaki dan arwah perempuan bukan orang senang, Insyallah bantuan dpt meringankan beban mereka. itulah yg diberitahu oleh rakan rakan setempat arwah. HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN......
Last edited by crossfire on 26-5-2014 09:45 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Posted 2014/05/25 by Ana Ghoib in Berita Harian
Lima beradik yatim piatu tidak akan dipisahkan
Anak-anak Allahyarham Mohd. Jefri Mohd. Zain dan Noorsalawati Ibrahim dari kiri, Fatin Adlina, Norsyamini, Nur Auni Safia, Mohd. Aidil dan Mohd. Haikal di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak, semalam. – Gambar Utusan Online
TANJUNG MALIM 24 Mei – Wajah sayu lima beradik yang kematian ibu bapa mereka dalam nahas ngeri di ibu negara semalam cukup meruntun hati sesiapa sahaja yang menyaksikannya.
Mungkin anak bongsu pasangan itu yang baru berusia tiga tahun, Nur Auni Safia tidak mengerti apa-apa namun kakak dan abangnya sudah faham bahawa mereka kini tiada lagi tempat bermanja dan kasih sayang.
Ahli keluarga dan saudara mara terdekat yang mengunjungi rumah keluarga pasangan itu, Allahyarham Jefri Mohd. Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai dekat sini hari ini tidak dapat menahan sebak setiap kali menatap wajah kelima-lima anak mereka yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata.
Bagi memastikan hubungan lima beradik itu tidak terputus, ahli keluarga mangsa yang kini menjadi waris kanak-kanak itu bertekad untuk tidak memisahkan kesemua mereka.
Waris Allahyarham menyifatkan, walau apa cara sekali pun, mereka akan menjaga adik beradik berkenaan supaya dapat membesar bersama-sama.
Zainah Mohd. Zain, 44, adik kepada Allahyarham Jefri berkata, dia tidak rela melihat anak-anak arwah abangnya dipisahkan seperti dihantar ke rumah anak yatim atau rumah kebajikan.
Katanya, mereka akan berbincang untuk menentukan siapa yang akan menjaga adik-beradik itu, juga sama ada terus tinggal di Cheras atau berpindah ke kampung asal keluarga mereka di Sungkai.
“Buat masa ini kami belum membuat keputusan siapa yang akan menjaga mereka. Selepas selesai majlis kenduri dan tahlil arwah abang saya, baru kami akan berbincang mengenainya.
“Kami juga perlu berbincang dengan keluarga arwah kakak ipar saya yang tinggal di Tanjung Malim. Mungkin kelima-lima mereka akan terus menetap di Cheras kerana arwah bapa mereka sudah pun memiliki rumah di sana, lagipun mereka bersekolah di sana,” katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat hari ini.
Allahyarham Jefri, seorang juruteknik syarikat swasta bersama Noorsalawati maut setelah digilis sebuah lori yang membawa muatan pasir dalam nahas ngeri di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur semalam.
Selain Nur Auni Safia, pasangan suami isteri itu meninggalkan empat lagi anak iaitu Mohd. Haikal, 16; Fatin Adlina, 14; Mohd. Aidil, 10, dan Norshamini, 4.
Jenazah pasangan suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat selepas solat Isyak semalam.
Zainah memberitahu, arwah abangnya adalah anak sulung daripada tujuh beradik dan merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan adik beradiknya.
Menurutnya, hubungan arwah abangnya yang mesra dengan panggilan ‘Yob’ dengan adik-beradik begitu erat apatah lagi rumah mereka di Cheras terletak berdekatan.
“Hubungan saya dengan anak-anak arwah abang saya juga begitu erat. Saya tidak tergamak untuk memisahkan mereka. Mereka begitu rapat terutama Norshamini dan Nor Auni Safia yang tidak boleh berenggang.
“Selepas ketiadaan abang sulung kami, saya sebagai anak yang paling tua daripada enam beradik yang masih tinggal akan menjadi pengganti kepada arwah dalam urusan keluarga kami,” katanya.
http://malaysianreview.com/54964 ... ak-akan-dipisahkan/
|
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax posted on 25-5-2014 10:46 AM
kalau ada sesiapa nak beri bantuan
ini alamat theyols
tapi sekarang derang masih dengan makcik der ...
No bank a/c ada tak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|