Khairy ambil maklumat dari pasar borong, dakwa Exco Sukan Selangor
Exco Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Khairi (gambar) hari ini menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar berhubung kenyataannya tentang stadium hoki di Selangor dan menyifatkan menteri itu mengambil makumat daripada pasar borong. Ini berikutan tindakan Khairy yang menegur kerajaan Selangor sebagai tidak prihatin terhadap masalah pembaiki stadium hoki di dalam Selangor semasa sidang akhbar beliau baru-baru ini. "Saya ingin mengingatkan kepada YB Khairy supaya tidak mengambil maklumat daripada ‘sembang gebang kedai kopi’ ataupun daripada ‘hiruk pikuk pasar borong’ dan kemudian terus menyalahkan kerajaan negeri Selangor kerana tidak melakukan usaha memulihkan keadaan stadium hoki yang ada di negeri Selangor terutamanya Stadium Hoki Pandamaran, Klang dan Stadium Hoki MBPJ, Petaling Jaya," kata Dr Yunus dalam kenyataannya. http://www.themalaysianinsider.com/
|