|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
bestla citer ni...sambung lg ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah zek penyelamat dan diselamatkan..antara zek dan amy..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 18-11-2013 03:27 PM
kak zue, mcm tak best plak zack & amy, memula dulu usu cam ok, nak zack-amy...
now mcm bondin ...
Hehe..klu cerpen leh kot tp dh jd cerpan so kne byk kn watak..zek ngn awek nasi lemak ok kowt... |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 18-11-2013 03:27 PM
kak zue, mcm tak best plak zack & amy, memula dulu usu cam ok, nak zack-amy...
now mcm bondin ...
Tp kn usu,tjuk ni 4ever alone..ohhh tidak adakah zek akn sendiri selamanya..smpai ke tua... |
|
|
|
|
|
|
|
kakZue posted on 18-11-2013 06:16 PM
Tp kn usu,tjuk ni 4ever alone..ohhh tidak adakah zek akn sendiri selamanya..smpai ke tua...
janganlah kak zue....
sedih bebenor hero dibiarkan sendiri kesepian...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 18-11-2013 12:14 PM
Haruslah Kaka Hana...nak bagi vasss....
akak percaya nicki akan ada idea utk melengkapkan citer ni
klu cerpen tu mmg pendek sgt nicki
harap mmg jdlah cerpan, panjang sikit
banyak sikit watak berkembang
|
|
|
|
|
|
|
|
errrr hr ni xde new entry ke nicki
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 18-11-2013 03:27 PM
kak zue, mcm tak best plak zack & amy, memula dulu usu cam ok, nak zack-amy...
now mcm bondin ... haih..sian nicki..cerpen dia dah terpanjang kerana kita-kita ni...
tapi mmg nak nicki memanjangkan pun...ok kan nicki..
Iols pun baru nampak 'Nur' dan arah tuju nak sambung panjang . Harap-harap tak mengarut - merepek - meraban ke laut.. kihkihkih.
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 19-11-2013 10:37 AM
akak percaya nicki akan ada idea utk melengkapkan citer ni
klu cerpen tu mmg pendek sgt nicki
ha ...
InShaAllah...
Tapi, since jalan cerita dah bertukar...ambik masa sikitlah nak hapdet entry. Tak boleh nak hapdet hari2....
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 7
Dear Graphic,
Please note the changes on the backdrop.
Dear Graphic,
Attached is the job request for function on 15 January.
Dear Graphic,
Attached is the new Job Request for the wedding of Leonard Tan and Jocelyn Fong.
Dear Graphic,
Dear Graphic,
Dear Graphic,
Zack terasa macam nak muntah membaca email yang dimulai dengan 'Dear Graphic' itu. Tekanan kerja. Hotel Mayang Sari menerima banyak tempahan untuk pelbagai majlis. Dan itu bermakna, kerja dia dan Joe Zulkifli sentiasa membukit. Tak pernah habis. Itu belum lagi dengan arahan yang diterima dari Cik Reen. Maklumlah, pengurus baru. Macam-macam yang dimahukan. Rasa rimas dan bengang pun ada. Tapi nak buat macam mana, takkan nak melawan pula. Dah Cik Reen tu boss…
Zack, makan jom. Lapar.
Email dari Joe Zulkifli dibaca dengan kening terangkat. Joe Zulkifli itu juga pastinya sedang tensi. Bila Joe Zulkifli sedang tensi, maka pelbagai perangai tak semenggah dan mengarut akan keluar. Contohnya, mengajak Zack makan tengahari melalui email. Sedangkan, tempat kerja mereka tidaklah jauh mana. Cuma sebelah menyebelah, hanya dipisahkan oleh kubikel. Tak perlu pun nak menghantar email seolah-olah Zack duduk jauh beribu batu.
Tapi sebab Joe Zulkifli memang sedang tensi, maka terjadilah perkara sebegitu.
Itu belum lagi dengar Joe Zulkifli menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu sekuat hati. Joe Zulkifli memang suka menyanyi lagu itu kalau di dalam keadaan tertekan. Tak tahulah sebab apa.
Ajakan Joe Zulkifli melalui email itu diterima Zack dengan senang hati lantaran perutnya juga sudah berbunyi minta diisi.
"Jom." Zack berkata agak kuat, mahu memastikan suaranya didengari. Tak perlu buang masa nak membalas email dari Joe Zulkifli.
Zack mengemaskan sedikit mejanya lalu bangun. Dia dan Joe Zulkifli berjalan bersama-sama menuju ke Café Suria, café yang dikhaskan untuk pekerja.
Waktu tengahari.
Seperti biasa, pada waktu ini, Café Suria dipenuhi dengan para pekerja yang bertugas di pelbagai department. Ada yang menunggu masa untuk memulakan shift, ada yang sudah tamat waktu bekerja. Bagi pekerja yang dikategorikan sebagai bekerja waktu pejabat iaitu 9 – 5, memang waktu begini adalah masa makan tengahari mereka.
Hidangan di Café Suria dihidangkan secara buffet. Selalunya, menu yang dihidangkan adalah mengikut tema. Hari ini, makanan yang disajikan adalah bertemakan makanan India.
Selepas beratur mengambil makanan, Zack dan Joe Zulkifli mencari tempat duduk yang sesuai. Kebanyakan meja telah dipenuhi dengan pekerja. Tidak kisah untuk berkongsi meja dengan pekerja Hotel Mayang Sari yang lain, mata Zack melilau memilih tempat.
Gadis-gadis waitress dari Aksara Coffeehouse sedang rancak berbual sesama sendiri. Niat nak berkongsi meja tu ada, tapi tak boleh. Meja penuh.
Dua orang 'brother' gym merangkap trainer yang berotot kekar dan berbadan sasa sedang makan dengan senyap. Tak mahu. Terasa agak rendah diri secara tiba-tiba, membandingkan tubuh-badan sendiri yang sekeping dan hanya ada satu pack di bahagian perut. Walhal, brother gym itu tak ambil kisah pun. Zack yang terasa sendiri.
Jay duduk makan seorang diri. Oh Tidak!
Cik Reen sedang duduk berbual dengan Jessy – setiausaha kepada General Manager sambil minum teh tarik. Tak makan. Mungkin Cik Reen jaga badan. Seperti biasa, Zack ‘ter’ perhatikan si boss baru dalam diam. Lama.
Last edited by Nicki_Meow on 24-11-2013 05:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Oi…Zack!” Terdengar namanya di panggil. Joe Zulkifli rupanya sudah duduk dan makan bersama seorang lagi Joe. Chef Joe. Atau kadang-kadang dipanggil Abang Joe. Nama sebenarnya, Johan Salihin. Chef Joe adalah Chef De Parte (CDP) di bahagian kek dan pastri.
“Chef.” Sapa Zack. Chef Joe menganggukkan sedikit kepala kepada Zack. Zack memilih untuk duduk di sebelah Chef Joe. Kalau dia duduk di sebelah Joe Zulkifli, bermakna Zack akan membelakangkan Cik Reen. Jadi, kerusi di sebelah Chef Joe adalah pilihan yang paling sesuai. Sesuai nak perhatikan boss baru senyap-senyap.
Umur Cik Reen, 31 tahun. Tua empat tahun dari Zack. Tinggal di Taman Melawati. Anak jati Kuala Lumpur tapi baru berpindah semula ke Kuala Lumpur. Sebelum ini, Cik Reen bekerja di Terengganu, di Pulau Perhentian. Semua maklumat ini Zack perolehi dari Joe Zulkifli kerana Joe Zulkifli lebih mesra berbual dengan Cik Reen. Kalau nak harap Zack sendiri yang tanya, memang tidaklah. Sudah dua minggu, lidah Zack masih kelu. Tak tahulah kelu sebab peristiwa yang memalukan itu ataupun kelu sebab hatinya telah diusik sesuatu.
Dah kahwin? Joe Zulkifli tiada kepastian tentang itu. Cik Reen bergurau dengan mengatakan ‘Single but not available’ . Itu mungkin bermakna, Cik Reen sudah ada teman lelaki.
Cuba sedar diri sikit, Zack! Lupakan ajelah...
Zack terus menumpukan perhatian kepada makanan tengaharinya.
“Chef nak pergi ke…staff audition tu nanti?”
Zack memasang telinga mendengar perbualan Joe Zulkifli dan Chef Joe, berkenaan dengan Annual Dinner untuk pekerja Hotel Mayang Sari. Majlis itu diadakan setiap tahun sebagai menghargai para pekerja Hotel Mayang Sari.
“Bila ha? Aku malas betullah nak join benda-benda gini. Nak gi meeting la, audition la. Letih!” Rungut Chef Joe.
Zack tersengih. Dia memahami perasaan Chef Joe dan Joe Zulkifli yang terpaksa-rela menjadi komiti. Setiap department memerlukan seorang wakil komiti. Chef Joe, wakil dari bahagian kitchen. Joe Zulkifli, wakil dari Marcom. Sepatutnya, tahun ini, pengurus bahagian Marcom menerima giliran menjadi komiti. Tetapi, Cik Reen baru saja berkerja di sini. Jadi, Joe Zulkifli dengan pasrah menerima tugas itu. Zack pula, sudah menjadi komiti tahun tahun lepas. Tahun ini, dia terlepas.
“Minggu depanlah Chef. Hari Rabu kot…” Jawab Joe Zulkifli.
“Tahun ni ramai rasanya nak masuk, Chef. First Prize, sepuluh ribu tu...” Sambung Joe Zulkifli. Antara aktiviti di majlis Annual Dinner adalah, persembahan dari pekerja hotel, sama ada berkumpulan atau individu. Persembahan adalah bebas. Menyanyi, menari atau apa saja. Tapi, mereka yang berminat untuk menyertai persembahan itu, perlu melalui uji bakat. Hanya 12 orang atau kumpulan yang akan terpilih untuk saringan pertama. Dan kemudian, saringan terakhir akan dilakukan untuk menentukan enam tempat ke malam Annual Dinner itu nanti.
“Mewah sponsor kali ni…” Zack menyampuk. Last edited by Nicki_Meow on 27-11-2013 09:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Jessy beritahu aku, kali ni..owner ada bagi sponsor sekali….” Terang Joe Zulkifli. Pemilik Hotel Mayang Sari adalah Tan Sri Yusuf. Antara tokoh korporat ternama di Malaysia. Hotel Mayang Sari adalah satu-satunya hotel bertaraf lima bintang dibawah YUSHAR Corporation.
“Patutlah mewah…” Balas Zack, terangguk-angguk.
“Apa theme tahun ni?” Soal Zack lagi.
“Belum decide lagi. Ada yang bagi cadangan nak buat theme Rock & Roll lah, Glamour lah, Colours of Rangolli, Hawaii…”
“Hawaii?” Secara tiba-tiba, mata Zack memandang ke arah Jay, lalu terbayangkan Jay dengan skirt tutu ala Hawaii dan tempurung kelapa menutupi bahagian dada….
Nyaris terkeluar kembali makanan yang Zack telan tadi.
“Rugilah tahun ni jadi komiti. Sepuluh ribu, bai! Lepas buat bayar duit motor.” Ada sedikit nada kesal melalui suara Joe Zulkifli. Ini kerana, wakil komiti tak boleh turut menjadi peserta.
“Bukan rezeki kaulah tu.” Balas Chef Joe, selamba. Chef Joe seperti tidak terkesan dengan wang sepuluh ribu itu.
“Kau taknak masuk, Zack?” Soal Joe Zulkifli.
“Aku? Tak kot….”
“Rugi bai…sepuluh ribu tu…” Hanya itu yang diulang Joe Zulkifli. Macamlah kalau masuk pertandingan tu, terus confirm menang. Zack hanya tersengih.
Habis menjamu selera, mereka bangun untuk kembali meneruskan tugas. Sambil bangun, Zack mahu mencuri pandang lagi ke arah Cik Reen. Curi pandang aje pun, bukan curi duit. Kalau dapat curi hati...lagi okay rasanya...
Zack memandang ke depan. Zareen juga sedang memandang ke arahnya. Lima saat, mata mereka bersatu dalam renungan.
Kemudian, Zareen pantas mengalihkan matanya lalu terus mengangkat gelas teh tarik, pura-pura tidak menghiraukan Zack. Namun, Zack sedari, air muka Zareen berubah sedikit.
Mungkin…Zack yang terlebih perasan. Tapi Zack merasakan, yang dia juga sedang diperhatikan. Last edited by Nicki_Meow on 24-11-2013 06:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sudah dua minggu, lidah Zack masih kelu. Tak tahulah kelu sebab peristiwa yang memalukan itu ataupun kelu sebab hatinya telah diusik sesuatu.
wah dah banyak clue yg mengatakan zack tertarik pd cik reen
dan adakah cik reen yg tua 4 tahun dr zack akan terpikat pd zack jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-11-2013 08:40 AM
InShaAllah...
Tapi, since jalan cerita dah bertukar...ambik masa sikitlah nak hapdet entry. Ta ...
kalau x leh hapdet hari2
then kenalah buh entry banyak2 bila menghapdet yea nicki
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|