CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: beldandy

Mengejar akhirat...

[Copy link]
Post time 3-10-2013 03:49 PM | Show all posts
hantukiller posted on 3-10-2013 02:07 PM
Apakah ciri ciri seorang yang telah mencapai makam ikhlas, sapa boleh terangkan?
Apakah ciri ciri seorang yang telah mencapai makam ikhlas, sapa boleh terangkan?
Contoh terbaik;
Ciri-cirinya ada pada para nabi-nabi dan para sahabat nabi. Diantara yang pernah saya dengar, sahabat nabi tetap menjalankan perintah Allah dan Rasul samada beresiko atau tak ada resiko. Samada waktu senang atau susah, ketika bersendirian atau ramai, tidak bertangguh dan sebagainya. Nabi dan sahabat adalah contoh terbaik, telah diiktiraf dalam Al-Quran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 04:07 PM | Show all posts
pendapat peribadi sayalah, ikhlas itu adalah perkara kemudian. Perkara terawal ialah patuh dan taat pada semua perintah tanpa perlu ada suka ataupun ada rasa ikhlas.

Sebagai contoh, seseorang anak apabila telah cukup syarat umurnya, ia mesti melaksanakan solat. Dalam peringkat ini, si anak hanya perlu tahu asas hukum dan rukun2 solat. Kenapa bacaan itu mesti begini, apa rahsia sujud, apa rahsia perbuatan tumakninah itu akan dipelajarinya dalam perjalanan hidupnya.

Kalau dia tak solat, si ayah perlu menyebatnya. Maka dia pun solat sebab mengikut perintah ayahnya. Dalam pada menjalankan amanah tersebut, si ayah perlu menerangkan secara berperingkat dan continuous kepada anaknya bahawa:

- perbuatan si ayah menyebat itu hanya menjalankan amanah Allah untuk menanamkan pengertian bahawa solat itu adalah wajib tanpa toleransi (kecuali atas sebab syarak) hatta sakit yang hanya mampu mata untuk bergerak
- anaknya yang terpaksa mentaati perintah ayahnya adalah kesinambungan daripada ayahnya pada mentaati perintah Allah
- apabila nanti sampai syarat umurnya, si anak perlu tahu bahawa solat itu adalah perintah ALLAH yang harus ditaati dan dipatuhi semata-mata tanpa perlu ada lagi pengawasan atau sebatan ayahnya
- apa2 tambahan ilmu atau kefahaman akan didapatnya dalam perjalanan hidupnya atas anugerah rahmat ALLAH jua.

Rujukan adalah atas pengalaman dalam hidup termasuk pengajaran formal dan informal dari guru2, buku2 dan sumber2 dari media baru. Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 05:21 PM | Show all posts
beldandy posted on 3-10-2013 02:40 PM
makam ikhlas tu apa HK?

Entah, aku pun tak reti nak huraikan.. hehe


cuba seach google, ada la jawapannya tu, boleh diterimapakai


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 05:23 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 3-10-2013 03:48 PM
HT, adakah ciri2 itu khusus seperti rukun islam & rukun iman? Atau mengikut tafsiran agamawan yang ...

Aku rasa la, ciri ciri tu bukan khusus kat rukun iman dan islam saja, tapi menyeluruh pada segala perkara terutama peribadatan pada yang maha esa.


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 05:26 PM | Show all posts
zamkumis posted on 3-10-2013 03:49 PM
Contoh terbaik;
Ciri-cirinya ada pada para nabi-nabi dan para sahabat nabi. Diantara yang pernah  ...

Betul sangat apa yg ko nyatakan ini..... dan Allah kan dah beritau, hanya orang orang yang ikhlas(mukhlis) saja iblis dan segala penyokongnya tidak mampu menewaskan.


Maksudnya, kalau kita kita nih masih kene kacau jin syaitan, maknanya masih jauh dari ikhlas(makam ikhlas), betul tak???

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
hantukiller posted on 3-10-2013 05:23 PM
Aku rasa la, ciri ciri tu bukan khusus kat rukun iman dan islam saja, tapi menyeluruh pada segala  ...

Maksud saya khusus ialah diterima-pakai umum seperti rukun islam ada 5 & rukun iman ada 6. Apabila ada Q tentang 2 rukun itu, mostly kat nusantara ni bagi jawapan sama. Adakah ciri2 yg dimaksudkan begitu atau ia subjektif pada yg menerangkannya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2013 05:38 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 3-10-2013 05:34 PM
Maksud saya khusus ialah diterima-pakai umum seperti rukun islam ada 5 & rukun iman ada 6. Apabila ...

ooo, subjektif la, sebab ianya macam taqwa, macam iman, bertingkat tingkat.....boleh menambah dan berkurang


Waulohua'lam

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
hantukiller posted on 3-10-2013 05:38 PM
ooo, subjektif la, sebab ianya macam taqwa, macam iman, bertingkat tingkat.....boleh menambah dan  ...

Ok, bermakna, tertakluk dmana kita belajar ciri2 ikhlas tu yer. Mengikut ilmu yg HT dah perolehi, apa ciri2nya? Kongsi2ler. Kalau kaedah menZAS makhluk halus mungkin susah sikit nak share sebab guna makrifat, tentang ikhlas ni boleh share2 kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 09:59 PM | Show all posts
hantukiller posted on 3-10-2013 05:26 PM
Betul sangat apa yg ko nyatakan ini..... dan Allah kan dah beritau, hanya orang orang yang ikhlas( ...

Ikhlas ni diklasifikasikan dalam ilmu tasauf. Iaitu jurusan khusus menghalusi bab ikhlas dan sifat2 . Mari kita cari dari huraian guru tasauf iaitu imam al ghazali rah.
Last edited by zamkumis on 3-10-2013 10:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:09 PM | Show all posts
Sesungguhnya solat ku, ibadah ku : ini amalan
Hidpku dan matiku : ini penyerahan diri dan nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:56 AM | Show all posts
Apa yang perlu kita buat adalah kita kena betulkan salah faham kita, "bahawa diri dan harta kita sebenarnya milik Allah, kita perlu gunakan diri dan harta kita sebagaimana yang Allah perintahkan(amalan wajib) dan sebagaimana yang Allah suka(amalan sunat)".  

Kita perlu merenung semula akan matlamat penciptaan manusia, kita dihantar ke dunia ini untuk diuji. Kita diuji dengan perintahnya dan segala keadaan dan situasi yang sentiasa mendatang saat demi saat, cukup masa kita akan kembali semula kepada Allah swt. Disana nanti(akhirat) kita lihat sendiri keputusan/perhitungan markah ujian kehidupan didunia ini. Semuanya dihitung, bahkan seulas nasi yang masuk kemulut kita juga akan ditanya. Dari mana rezeki itu kita ambil. Segalanya akan ditanya. Ketakutan dan kekhuatiran inilah menghasilkan takwa, iaitu berhati-hati menjalani kehidupan agar tidak berlaku kesilapan. Oleh itu kesedaran ini amat perlu ada. Dasarnya adalah iman, iaitu keyakinan tentang perkara ghaib, perkara yang kita tak nampak tetapi ia ada, dan merupakan hakikat dari kehidupan kita ini. Inilah iman. Lagi kuat iman, lagi bertambah kesedaran kita tentang alam akhirat. Kebimbangan dan kerisauan kita makin bertambah. Adakah kita boleh selamat diakhirat nanti.

Jika kita lupakan akhirat, datanglah kelalaian, kelalaian inilah yang akan mengheret kita untuk memuaskan hawa nafsu kita yang mengajak kepada arus bertentangan.

Para sahabat nabi daripada zaman jahiliah, masuk islam dan mengusahakan keimanan/keyakinan mereka. Sehingga keimanan mereka untuk memahami perkara ghaib lebih jelas dari perkara nyata. Dikatakan kalau di angkat tabir alam ghaib maka iman mereka sudah tidak bertambah lagi, sebab iman mereka sudah sampai tahap penuh, padat, memenuhi. Mereka sudah beriman kepada alam ghaib secara nyata. Alam nyata bertukar menjadi ghaib, hasilnya hilanglah kecintaan mereka kepada dunia. Kerana cinta mereka adalah akhirat. Segenap fikiran, perasaan, keyakinan dan kebesaran alam akhirat memenuhi hati mereka, semua mereka seperti itu, sehingga ujud suasana iman dikota madinah. Dimana-mana mereka berjumpa mereka akan bercerita berkisar tentang agama, kebesaran Allah swt, belajar sunnah nabi saw, dan apa sahaja yang menaikkan iman. Bila mereka bersendirian mereka memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah swt dan ibadah-ibadah sunat. Aktiviti/pekerjaan mereka adalah dakwah dan kerja agama yang tiap hari dibentangkan oleh baginda saw, mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tugas. Kerana inilah Madinah digelar dengan Madinah Al-Munawwarah iaitu Madinah yang bercahaya, bercahaya dengan cahaya iman.

Inilah yang dimahukan oleh Allah swt, dan mereka inilah orang yang berjaya. Maka kita dituntut untuk mengikuti jejak langkah mereka. Last edited by zamkumis on 4-10-2013 10:53 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 11:41 AM | Show all posts
Ikhlas adalah satu keputusan dari perbuatan dan amalan yang dilakukan

Jika kita jujur sejujurnya dalam amalan dan perbuatan yang dilakukan tersebut, inshaAllah ikhlas lah dapatnya.



Kalau amalan dan perbuatan yang dilakukan tidak jujur, menipu Allah, menipu orang sekeliling, menipu diri, takkan mungkin boleh dapat keputusan ikhlas tu.


Kita boleh kata kita ikhlas, tapi benarkah kita ikhlas? susah nak ikhlas ni, susah sangat....


Contohnya kita nak ingat Allah, nak puji Allah dengan berzikir, bolehkah kita sejujurnya memuji dan mengingatiNYA masa melakukan zikir tu???? boleh memang boleh, tapi biasanya setakat bawah 10 peratus dari zikir yg kita lakukan tu yg jujur, yang bakinya susah nak jujur, tapi kalau jujur masa tu, tapi ada pulak sikap dan penyakit hati yang lain seperti riak sombong ujub, habis jugak ikhlasnya tu.... maknanya 100% tak ikhlas langsung.... tu belum zikir yg diniatkan untuk diri sendiri ganjarannya, lagilah dari awal tak jujur dahhhhhhhh......


Jangan kondem aku dengan tulisan ni ye, fikir fikirkan jek.... tapi nak kondem pun tak pe... ikhlas lah mengkondem aku....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 09:43 AM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -
(Ar-Ra'd 13:21

صدق الله العظيم
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 09:45 AM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
(Ar-Ra'd 13:26)

صدق الله العظيم


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 09:57 AM | Show all posts
pertanyaan sy tentang ikhlas.....

selalu digambarkan orang yang ikhlas adalah orang yg gembira beramal......

bagaimana dgn orang yang tidak gembira, tetapi dia benar2 harapkan redha Allah...?

contoh, seorang memberikan duit 100 ringgit dan dia tersenyum...

seorang lagi memberikan 10 ringgit tapi dia berat hati sebab mungkin dai tak dapat makan satu hari, tapi dia gagahi jua.....bagi dan harap Allah redha....dia mungkin tak mampu gembira dgn tindakan nya itu, tapi dia nak jugak bagi....

maka, antara dua dia atas....dapatkah kita letakkan siapa yg lebih ikhlas?

atau kita jawap, kita tak tahu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 09:59 AM | Show all posts
hantukiller posted on 7-10-2013 11:41 AM
Ikhlas adalah satu keputusan dari perbuatan dan amalan yang dilakukan

Jika kita jujur sejujurnya  ...

HK...
bel juga terasa akan kesusahan ikhlas ni
masih bertanya keihklasan diri sendiri
entahlah hati sedang bingung...
terasa ingin meminta2 denganNya, tapi malu di bilang tidak ikhlas dgnNya
sedangkan aku tersangat memerlukan bantuanNya...tiada sapa yg boleh tolong bel melain Dia...
tidakkah bel hilang ikhlas denganNya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 10:09 AM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya);
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(Ar-Ra'd 13:31)

صدق الله العظيم
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 11:30 AM | Show all posts
beldandy posted on 8-10-2013 09:59 AM
HK...
bel juga terasa akan kesusahan ikhlas ni
masih bertanya keihklasan diri sendiri

Meminta dan berdoa itu juga satu ibadah yg Allah arahkan, malah jika kita rajin meminta dan berdoa, biasanya kita meminta dan berdoa itu ikhlas semata mata berdoa pada Allah, masa itu kita direct dengan Allah, kita berbicara dengan Allah dengan bahasa hati kita, dan ketika berdoalah biasanya kita lebih fokus(khusyuk) pada Allah berbanding dengan ibadah yg lain.

Cuba bandingkan tatkala kita berdoa pada Allah berbanding ketika kita solat pada Allah, mana lebih fokus(khusyuk)? tentunya ketika berdoa kan?....


Disamping kita beramal dengan amalan wajib dan sunat, banyakkanlah berdoa, jangan malu berdoa, doa saja kerana doa lebih mendekatkan diri kita pada Allah, rasa Allah tu sangat hampir, ye, sememangnya Allah sangat hampir, dan Dia mendengar apapun bisikan dan rintihan hati kita.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 11:34 AM | Show all posts
hantukiller posted on 8-10-2013 11:30 AM
Meminta dan berdoa itu juga satu ibadah yg Allah arahkan, malah jika kita rajin meminta dan berdoa ...

betul ke HK?
walaupun selalunya bel rasa doa bel satu pun tiada berbalas...

biasanya kita meminta dan berdoa itu ikhlas semata mata berdoa pada Allah, masa itu kita direct dengan Allah, kita berbicara dengan Allah dengan bahasa hati kita, dan ketika berdoalah biasanya kita lebih fokus(khusyuk) pada Allah berbanding dengan ibadah yg lain.
apa maksud yg bel bold kan tu?
apa contoh tak ikhlas berdoa kepada allah?
mungkin ke allah tak dgr rintihan bel sbb bel tak ikhlas???
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 12:14 PM | Show all posts
beldandy posted on 8-10-2013 11:34 AM
betul ke HK?
walaupun selalunya bel rasa doa bel satu pun tiada berbalas...
apa maksud yg bel bold kan tu?
apa contoh tak ikhlas berdoa kepada allah?
mungkin ke allah tak dgr rintihan bel sbb bel tak ikhlas???
Contoh doa yang tak ikhlas ialah bila kita baca doa, kita hafal doa yg bukan dari bicara hati kita, malah kita tak fahampun makna bacaan doa yang kita baca tu terutama yang bukan bahasa kita. Malah kita kekadang lebih percaya sesuatu ungkapan doa tertentu tu lebih Allah dengar berbanding doa yg kita tuturkan dengan bahasa hati sendiri. Seolah Allah hanya memperkenankan sesuatu doa  dengan ungkapan tertentu, walhal Allah tidak begitu....


Allah mendengar rintihan bel, pasti Allah dengar, cuma mungkin belum masanya Allah makbulkan permintaan tersebut, atau mungkin juga jika Allah makbulkan doa tersebut, ianya tak sesuai pada Bel, kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui perkara yg nyata dan ghaib. Allah maha merancang segalanya....


Berdoa tanpa usaha sendiri payah, berdoalah sambil berusaha atas apapun yang kita hajati....


Contohnya kalau kita sakit, jika kita hanya doa doa doa tanpa satu usahapun dari kita, biasanya payah.... cuma biasanya Allah akan tunjukkan jalan untuk kita berusaha. Kalau sakit akibat gangguan jin, payah kalau setakat berdoa, kene usaha, kene hapuskan jin, kalau sakit akibat gangguan bacteria, virus dll, pun sama, kene usaha hapuskan  virus dan bacteria tersebut....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.374023 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list