|
Jodoh Liat, Anuar Zain Sedia Tinggal Di Rumah Orang Tua
[Copy link]
|
|
masa segar bugar, popular, kaya raya boleh lah cakap gini..
nanti dah tua2...baru sedor diri...betapa ruginya..xde isteri sbgai peneman..
anak2 sebagai penyambut zuriat & keturunan...
serta anak2 jugak lah yg akan mendoakan ibubapa di alam sana nanti..
cara dia cakap...hmm...sungguh annoying... |
|
|
|
|
|
|
|
stars83 posted on 18-9-2013 11:11 PM
ni petua nye,kalo nak cari yg seksi meksi sampai nampak lurah dendam,sila pg ke club..kalo nak yg ...
wah terbaik wok!! hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
kat area aq ni banyak 'karok'..mantap beb..babat terlebey own ade.t aq tolong adjust kan kat nuar zeng..
|
|
|
|
|
|
|
|
muka nmpak sgt dh diubahsuai |
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup ke rumah orang tua
Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar ASWAD YAHYA
Di mata wanita dia kelihatan cukup sempurna. Malah dengan populariti yang dimiliki menjadikan penyanyi ini antara dambaan wanita untuk dijadikan suami. Tetapi jodoh bukan sesuatu yang boleh dikawal manusia. Sehingga kini dia masih selesa sendiri tanpa wanita bergelar isteri mahupun kekasih.
Bagaimanapun, bercakap soal kehidupan yang penuh rahsia, Anuar Zain akui dia tidak pernah takut sekiranya suatu hari nanti dia ditakdirkan untuk menjadi penghuni rumah kebajikan orang tua.
Melihat keterbukaan itu timbul persoalan, adakah Anuar benar-benar reda jikalau dia tidak akan melalui fasa perkahwinan?
Cukup awal sebenarnya untuk bercakap soal reda memandangkan Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain baru berusia 43 tahun.
Menyelami hati Anuar dengan status lelaki pilihan ramai ini, Hits diberikan jawapan olehnya mengenai jodoh.
"Belum sampai jodoh lagi, nak buat macam mana? Ini urusan Allah. Saya akui memang ada fikir soal memiliki keluarga sendiri. Tetapi ia bukan sesuatu yang merisaukan saya," katanya.
Melihat jauh ke masa hadapan, Anuar akui bukan sesuatu yang 'malang' jika benar hari tuanya nanti dilalui di rumah orang tua.
"Itulah persepsi orang kita. Apabila seseorang itu dimasukkan di rumah orang tua akan wujud rasa kasihan. Walhal ia sesuatu yang biasa di luar negara. Tinggal di rumah orang tua juga adalah sesuatu yang tidak perlu kita takuti.
"Kalau betul pun ada anak, kita tidak boleh harapkan anak untuk menjaga kita waktu tua. Mereka juga mempunyai kehidupan sendiri," jelasnya.
Jelasnya, pilihan untuk tinggal di rumah orang tua memang pernah difikirkan. Bagi Anuar sudah sampai masanya dia berfikiran realistik dalam membuat keputusan.
"Jika duduk di rumah orang tua ada rakan-rakan dan lebih selesa. Jadi, kenapa saya tidak mahu? Saya juga bersedia kalau itu takdir saya.
"Tetapi saya tidak nafikan memang kasihan apabila melihat ada warga tua yang dihantar anak-anak mereka dalam keadaan terpaksa," katanya.
Tiada resah
Jika ada sebahagian selebriti kini mengambil anak angkat sebagai langkah mendapatkan kehidupan berkeluarga dengan lebih cepat, Anuar mempunyai idea yang berbeza.
Baginya, jika rakan sebaya sudah selesa dengan isteri dan anak-anak dia pula sangat bertuah mempunyai keluarga besar yang dikongsi bersama ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain.
"Saya sudah ada banyak anak buah. Saya rasa itu sudah cukup. Saya tidak pernah terfikir untuk mendapatkan anak angkat.
"Saya sangat bersyukur untuk dikurniakan keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain.
"Saya tidak pernah rasa sunyi. Kehidupan saya sempurna," katanya tersenyum.
Antara 'orang lama' dalam dunia seni, Anuar agak tegas dalam membuat keputusan.
Jika selebriti lain kini menjadikan kegilaan laman sosial sebagai jambatan buat mereka berhubung dengan peminat, Anuar mempunyai cara yang cukup berbeza.
"Saya tidak mempunyai sebarang laman sosial secara peribadi. Saya tidak fikir saya memerlukannya.
"Saya lihat laman sosial hanya sebagai ancaman buat saya. Tanpa mengenali saya segala kutukan boleh dimuat naik tanpa belas kasihan. Secara jujurnya ia memang mengganggu saya secara emosi," katanya.
Menjelaskan sebab utama dia menjalani kehidupan yang begitu rahsia tanpa melibatkan kegiatan di laman sosial, kerana dia percaya maklumat peribadinya tidak perlu diberikan kepada umum secara bertimpa-timpa.
Dia mahu masa yang diperuntukkan untuk dirinya tidak diganggu.
"Pernah terjadi saya sedang berada di sebuah kedai makanan. Seorang pelanggan di situ telah memuat naik di laman Twitter mengenai kedudukan saya.
"Ini, menyebabkan ada peminat yang hadir secara tiba-tiba. Saya tidak mempunyai masalah. Cuma kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
"Sebab itu saya akui agak fobia bila tiba-tiba orang halakan telefon ke arah saya, kerana bukan sahaja mereka bercakap mengenai saya tetapi orang di sekeliling saya juga," katanya.
Credits: utusan.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn posted on 19-9-2013 10:39 AM
Tapi dia kaco laki org... menteri lagik....wakakaka
masalahnye die yg jd victim ok, bottom katenye..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kira ok la dia sanggup ke rumah orang tua2 ..
kalau dia ckp sanggup upah anak ikan jaga dia bila tua2 sok ... baru nak terkedu ..
Tapi aku rasa dia nie jenis org bersolat .. so x sampai peringkat nak ber anak2 ikan lagi .. hopefully not la |
|
|
|
|
|
|
|
September14 posted on 18-9-2013 03:49 PM
wartawan pun xyah la duk tanya pasal kawen semua.. dah terang lg bsuluh nuar ni mcmner...
ala wartawan hiburan ni pun peponen yg banyak, tak tgk cemin ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
SiBOntot posted on 20-9-2013 09:04 PM
Kira ok la dia sanggup ke rumah orang tua2 ..
kalau dia ckp sanggup upah anak ikan jaga dia bila ...
Dik kalau dah lgbt tegar kau pergi lah haji tiap bulan pun tetap sama sahaja lgbt nya. Takde kaitan tak tinggal solat dengan kehidupan lgbt kak. |
|
|
|
|
|
|
|
OKlah tuuuuuuuuuuu.
Zaman sekarang ni, memang patot ada rumah orang tua-tua untuk mereka
yang berkemampuan. Kira macam duduk kat rumah peranginanla, gitu.
Kat US berlambak ada rumah macam ni. Hotel untuk orang tua-tua pencen
pun ada. Jangan ingat orang tak kawen je, perlukan rumah orang tua-tua.
Yang kawen dan ada anak berbelas orang pun, tak semestinya anak-anak nak
bela dia masa dia dah tua. Mak bapa boleh bela berbelas orang anak, tapi anak-anak
biasanya tak mampoo nak bela seorang mak atau seorang bapa. Sebabnya, anaka-anak
memang tanggungjawab ibubapa. Tapi, ibu bapa dianggap bukan tanggongjawab anak-anak.
Sebab, masa AWAK jadik ibu bapa, keutamaan awak ialah .....first laki, second anak-anak,
third cucu-cucu, fourth menantu dan ipar duai, mak bapak come last!!!!.
Roda ni ligat berpusing setiap masa. Sume orang akan merasanya bila dah tua........... |
|
|
|
|
|
|
|
haila tergolak bosa den baco komen kat porum ni...
jgn la berputus asa abg kua ku..terus kn mencari dn menanti..
den nk tanyo satu yo..
mlm tido bang kua pakai kain batik ko kain pelikat....
kain pelikat lalla lalla..kain pelikat lalla lalla... |
|
|
|
|
|
|
|
nekjah posted on 22-9-2013 06:01 PM
suke statement ko dik
kot jodoh bang nuar dgn kak halija misbun gaknye...mane tau. ...
Aah. Mgkn 2-2 tukar statement jadik nyesal tak kawen masa muda. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ce abg nuar usha dyg nurfaizah?dorg ni sgt seswai |
|
|
|
|
|
|
|
Dia cucuk botoks ke. Muka mcm bengkak je |
|
|
|
|
|
|
|
mcm lah kau cantik sgt nuar
pak zain letak mas kahwin ratusan ribu kot? |
|
|
|
|
|
|
|
x der ke org nak pinang nuar??? geng geng LGBT ker? andartu ke |
|
|
|
|
|
|
|
"Ladies.....sila la pinang saya.....isi borang dulu tawww!!"
|
|
|
|
|
|
|
|
apa je lagu baru die ye.. dah naik xtaw dah sejak lepas lagu merong tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|