CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: apple_Unggu

PEMPUAN KNE PANDAI MASAK..KLU X, X LAYAK UTK KAWEN!? Blh trima lg x zaman skg ??

[Copy link]
Post time 30-5-2013 10:40 PM | Show all posts
phongsakorn posted on 28-5-2013 01:00 AM
sekarang ni orang laki pun dah pandai masak.. pada kaum perempuan yang berjawatan tinggi.. tak sal ...

iya lah, kawan aku cikgu sekolah, setiap pagi, suami dia kerja Syabas, buatkan sarapan, terus masak lauk utk tengahari sekali. lps tu siapkan anak2 & antar gi sekolah. kawan aku memasak kalau hujung minggu aje..
nanti, tengahari, lps ambik anak balik dari sekolah, suami dia bwk balik ikan & terus siang & bersihkan, simpan dlm freezer.. petang baru masak utk makan malam.
org lain selalu ingat, kawan aku tu bertuah dpt suami mcm tu. tp aku berpendapat, suami kawan aku tu yg bertuah sebab dpt isteri yg tak banyak songeh. makan apa aje yg dihidangkan oleh suami. tak pernah merungut, sedap ke tidak.

skill memasak ni tak de ikut gender pun. kalau nak makan sedap, masak lah sendiri. kalau org dah hidangkan, makan aje laa..
perempuan kalau berjawatan tinggi, ada gaji, jgn demand mcm2.. kalau ndak apa2, cari/beli/buat  sendiri.
yg boleh demand ni, suri rumahtangga sepenuh masa. sebab dia byk berkorban utk rumahtangga nya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2013 09:12 PM | Show all posts
maaflah ye kalau aku tegur orang yg pandai masak ni. makcik2 aku ramai yg pandai masak. siap bukak gerai bukak katering lg tu. hosmet aku pun rajin masak...tapppiiiiii.....

ni yg pandai masak ni ngapelah tak reti nk kemas dapur, nak basuh pinggan mangkuk??? especially my aunts, kalau dh masak-masak tu hidang cantik2 tp pehtu pinggan mangkuk periuk belanga tinggal je mcm tu. yg tukang basuh nye... mereka2 yg tak pakar masak mcm diorg tu lah. eh menyampah la aku. ape dulu mak masing2 ni ajar masak je ke, tak sempat nk khatam ilmu basuh pinggan mangkuk??? masak sedap tp dapur berkecah. harapkan org lain lak yg tlg kemaskan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 08:28 PM | Show all posts
ni pendapat personal aku,terbuka untuk dibantah, takde masalah,

aku rasa zaman kita kecik2 dulu jarang sangat dengar ade mak2 yang tak reti masak dan anak2 kena makan luar atau makan air tangan pembantu rumah hari. mesti kita semua ade setidaknya satu makanan faveret mak kita yang sampai sekarang terngiang2 lebih2 kalau balik kampung atau jumpa mak. wanita dulu2 pun tak kurang hebat jugak. banyak yang berkerjaya dan berpendidikan tinggi. bagi aku ni semua bergantung pada didikan dan lifestyle masing2 je. kalau dari kecik tak biasa masuk dapur so bila dah besar rasa asing la kalau bab2 masuk dapur ni. memasak tu tak susah. pandai masak tu yang susah. itu tak semua orang ade. tapi untuk sekadar TAHU memasak memang semua orang boleh termasuk lelaki. so bila ade orang cakap yang dia tidak tahu memasak bagi aku itu melampau. kalau tak pandai masak boleh terima lagi.

mungkin ade dari kita yang mampu untuk hire pembantu rumah untuk buat kerja2 dapur dan suami dan anak2 boleh menerima keadaan itu. itu takde masalah. tapi aku rasa tak semua orang mampu buat begitu. dan jika suami atau bakal suami datang dari keluarga yang sudah terbiasa makan air tangan mak sudah tentu bila kawen dia nak isteri yang meneruskan legacy tu.

tapi zaman sekarang ni bagi aku bukan sekadar perempuan je yang patut diberi beban untuk urusan didapur tetapi laki2 pun kena join gak sebab zaman sekarang ni kebanyakannya dua2 pasangan jenis bekerja. so bila sama2 penat bekerja, tugas2 dirumah kena lah bagi sama rata jugak. isteri bukan hamba. isteri adalah pendamping hidup dikala suka dan duka. aku bagi contoh ayah aku sendiri. walaupun dia tak reti masak, tapi dia ambil inisiatif untuk tolong mak aku kat dapur buat kerja seperti gunting cili, sayur, siang ikan, basuh beras dan benda2 kecik lainnya. so dua2 tak terasa penat dan masing2 terasa dihargai. sampai sekarang aku salute dengan parents aku yang saling menghargai dan melengkapkan antara satu sama lain.

so nasihat aku untuk perempuan - tiada istilah tak reti masak dalam kamus orang perempuan. tak kesian ke kat anak2 korang nanti bila orang tanya ape masakan faveret mak, nanti diorang jawab takde, pastu jawab masakan kedai pak ali yang diorang suka.

untuk laki plak - zaman sekarang bukan zaman dulu dimana laki kerja kat sawah dan pompuan kerja kat rumah. dua2 kerja. so jangan nak buat alasan kau cari rezeki untuk escape dari buat kerja2 rumah. bini bukan hamba. hargai mereka dengan buat kerja rumah sama2. bahagi2 kerja. baru masing2 tak penat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.045961 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list