|
(TAKZIAH) Kandungan isteri Pierre Andre terpaksa digugurkan: pg 10
[Copy link]
|
|
dlm penghijrahan dia...dia mencari hidayah....
zup zappppp kebabaommmmmmmmmmm....terus tunang dgn Hidayah.
|
|
|
|
|
|
|
|
perang_saudara posted on 13-2-2013 11:13 PM
dah asyik merantau ajer berbulan-bulan time bila nak balik rumah nak mengeseksnya?
pandai2 lah dorang adjust
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah....maybe pas kawin pierre akn soh bini dia pkai tudung...diakn dh berhijrah... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... |
|
|
|
|
|
|
|
laaa....dah tunang ke....aku tetinggal ketapi lagi la ni.....apepun...lawo tunang piere ni.....tahniah ye... |
|
|
|
|
|
|
|
congrates ! |
|
|
|
|
|
|
|
Pierre Andre Sah Bernikah Jun Ini!
Dalam diam-diam anak teruna kepada pelakon hebat, Khatijah Tan iaitu Pierre Andre kini dalam rangka persiapan menyambut hari bahagianya tidak lama lagi. Pierre atau nama penuhnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, memberitahu bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini.
Kisah peribadi pelakon dan juga pengarah yang disifatkan low-profile ini mula menjadi hangat apabila majlis pertunangan yang dibuat secara tertutup pada bulan lalu dapat dihidu pihak media dan menyebabkannya dia diburu untuk mendapatkan penjelasan.
Portal Murai berkesempatan menemui Pierre Andre di sebuah sesi penggambaran yang melibatkannya dengan aktor-aktor hebat lain untuk sebuah majalah di sekitar Cheras tengahari tadi. Dia mengakui sangat teruja menantikan hari bahagianya itu tidak lama lagi.
"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim,25, atau Yaya pada bulan Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami.
tahniah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Pierre Andre temui hidayah
PELAKON dan pengarah Pierre Andre mengakui kehidupan kini lebih bermakna selepas melakukan penghijrahan pada penghujung tahun lalu.
Menyifatkan penghijrahan itu yang dicari selama ini, Pierre merasakan urusan harian menjadi semakin mudah sejak mendekatkan diri kepada-Nya.
Malah Pierre turut memanjatkan rasa kesyukuran kerana dia tidak terlambat untuk mendapat hidayah ketika usianya masih muda.
Masa lapangnya diisi dengan pencarian ilmu agama secara bacaan atau mengikut kumpulan pendakwah andai tidak terlibat dengan jadual karya seni.
"Memang saya berdepan dengan saat cemas di peringkat awal sewaktu mahu berubah apabila ada yang mempertikaikan keikhlasan saya. Tapi ada juga menyokong.
"Mungkin mereka tidak percaya yang saya boleh berubah. Ikut kumpulan tabligh pula... Kalau diikutkan agak tertekan. Tapi saya membulatkan hati dan tidak peduli dengan kata-kata orang.
"Nikmat paling hebat sepanjang siri penghijrahan saya itu adalah apabila saya temui apa yang diingini dalam kehidupan selama ini.
"Saya bersyukur sebab saya seolah-olah diberkati dan urusan karier dan kehidupan harian berlangsung lancar," ujarnya yang berharap penghijrahan itu mampu dibuat secara beristiqamah.
Sibuk persiapan kahwinPada saat dia semakin tenang dengan kehidupannya hari ini, Pierre juga bertuah apabila ditemukan dengan Siti Nurhidayah Hashim, 25, yang bakal menjadi suri hatinya, Jun depan.
Menyifatkan Siti Nurhidayah sebagai seorang wanita yang memahami keinginan diri selepas beberapa kali gagal bercinta, dia juga pendengar setia setiap kali Pierre berdepan masalah.
Sikap keterbukaan Siti Nurhidayah juga menjadi penyebab utama anak seni yang memulakan karier sebagai pengarah sejak berumur 21 tahun itu tertawan kepadanya.
Malah kisah cinta silam Pierre seolah-olah sudah terpadam setelah Siti Nurhidayah menerima rombongan meminang daripada pihak Pierre pada Februari lalu.
Sengaja merahsiakan tarikh pernikahan, Pierre sekadar berkongsi bahawa majlis tersebut akan berlangsung di rumahnya di Kuala Lumpur.
"Tiada apa yang boleh dikongsi pada waktu ini melainkan kesibukan menguruskan persiapan sebelum menjelang hari besar itu nanti," kata penerima Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 ini.
Dia wanita istimewaMengulas tentang apa yang membuatkan pemilik nama Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre, 28, memilih Siti Nurhidayah, lelaki ini mengakui terpikat pada kesederhanaan wanita tersebut.
Dan sebagai bakal ketua keluarga, Pierre kini memperlengkapkan ilmu sebagai suami agar dapat membimbing isteri dan memastikan keseimbangan beramal untuk dunia dan akhirat.
"Sememang tugas sebagai suami bukan satu kerja yang mudah. Tanggungjawab kita untuk membimbing isteri amat berat dan tidak boleh ambil mudah.
"Perkahwinan memerlukan persefahaman antara dua pihak. Perlu ada matlamat hidup dan pegangan agama. Saya percaya perkahwinan dengan reda Ilahi pasti berkekalan sehingga ke hujung nyawa.
"Dan saya seperti kebanyakan pasangan suami isteri lain juga mahu keluarga yang bakal dibina itu bahagia sehingga ke hujung nyawa," katanya yang kini lebih selesa bergerak sebagai pengarah berbanding pelakon.
Mengulas tanggapan negatif segelintir pihak yang menuduh Pierre kononnya tidak bertegas kepada tunang untuk memakai tudung pada majlis pertunangan sendiri, dia ada pandangan tersendiri.
Pierre menegaskan bahawa setiap perubahan seseorang perlulah dengan keikhlasan. Cara paksaan menghalang niat untuk berubah itu direalisasikan.
"Orang boleh bercakap apa sahaja. Saya terasa juga apabila orang bercakap tentang tunang saya. Tapi itulah manusia. Penampilan seseorang itu sentiasa dijadikan penilaian utama.
"Sedangkan ada banyak perkara yang mereka tidak nampak daripada mata kasar. Hati kena bersih dahulu sebelum menilai seseorang," katanya penuh makna.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kembali dalami agama selepas nikah
2013/05/31 - 06:22:55 AM Oleh Rozdan Mazalan
Hampir setahun lalu, ramai yang terkejut dengan perubahan penampilan anak bujang pelakon Khatijah Tan, Pierre Andre, apabila jejaka itu memilih untuk berhijrah.
Ketika usianya yang mencecah 28 tahun, Pierre bertindak untuk lebih mendekati agama kerana baginya, masa sudah tiba untuk dia melakukan perubahan.
Sejak itu, Pierre mula menyimpan janggut dan jambang apabila mengikuti aktiviti keagamaan bersama jemaah tabligh.
Begitupun, sejak akhir-akhir ini penampilan Pierre kembali seperti sebelumnya, tanpa janggut dan jambang. Pierre juga kerap kelihatan bersama gadis cantik, Siti Nurhidayah Hashim, 25.
Pengarah dan pelakon yang ditemui pada malam pratonton filem Bro, Nampak Motor Gua? baru-baru ini juga tidak berselindung, malah sedia memperkenalkan wanita itu sebagai tunangnya, yang akan dinikahi bulan depan.
“Saya baru saja mencukur janggut dan jambang sebagai persediaan untuk bernikah, Jun ini. Dulu saya terlalu ghairah untuk melakukan perubahan. Apabila kita bercerita mengenai agama, ia tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat.
Soal agama adalah untuk jangka masa panjang.
“Memang menyimpan janggut dan jambang sunnah Nabi SAW, namun dalam saya mendalami agama, ia harus datang daripada hati yang ikhlas, bukannya untuk menunujuk-nunjuk.
Penampilan bukan ukurannya, tetapi kita harus tanya diri sendiri, ia dilakukan untuk siapa?” katanya yang masih mengikuti kelas agama.
Sudah tiga bulan bertunang Kehadiran bersama tunangnya yang seksi pada majlis itu membuka mata ramai tetamu, terutama wakil media.
Bagaimanapun, seakan sudah bersedia, Pierre tiada masalah menjawab setiap pertanyaan.
“Janganlah kita menilai seseorang itu dari segi penampilan, tetapi pandanglah dari segi akhlak. Sudah dua tahun saya mengenali tunang saya dan hubungan kami semakin rapat sejak setahun lalu. Kami juga memilih untuk bertunang pada 9 Februari lalu.
“Buat masa ini dia masih di bawah tanggungjawab keluarganya. Dari segi hukum, memanglah salah bagi saya yang tidak mempunyai apa-apa hubungan membawanya ke sini, tetapi, saya manusia biasa yang ada kalanya terlepas pandang.
“Insya-Allah, sebaik saya menjadi suami yang sah, maka bermulalah tanggungjawab saya untuk mendidik dan mendorongnya ke jalan kebaikan,” katanya yang mengakui terlalu berdebar menanti hari bahagia.
Siapkan empat filem MIG Kata Pierre, disebabkan terlalu sibuk sejak kebelakangan ini, dia sudah meninggalkan jemaah tabligh itu hampir tiga bulan lalu.
“Bukannya saya meninggalkan terus jemaah itu, tetapi terpaksa memberikan komitmen dengan tawaran pengarahan filem. Insya-Allah, selepas kami bernikah, saya akan kembali mengikuti kelas agama bersama isteri seperti biasa,” katanya.
Dalam diam, Pierre sudah menyempurnakan empat filem bersama MIG Pictures Sdn Bhd. Keempat-empatnya ialah hasil tulisan dan arahannya sendiri. Karyanya juga terdiri daripada genre berbeza seperti Islamik, komedi, seram, cinta dan aksi.
Filem pertama yang bakal menyusul bulan depan, iaitu seminggu selepas bergelar suami ialah 1 Lawan 1, diikuti Highlands Tower, Ustaz... Mu Tunggu Aku Datang (yang menyaksikan kemunculan Ustaz Azhar Idrus) dan Perempuan Muka Surat Tujuh.
Bermula Julai depan pula, Pierre akan memulakan penggambaran filem aksi berjudul Sniper. |
|
|
|
|
|
|
|
byk nyer filem cacamerba MIG... |
|
|
|
|
|
|
|
setiap manusia yang hidup perlu sentiasa mempersiapkan diri untuk berubah ke arah kebaikan. jangan sama sekali di cerca atau di salah anggap niat baik orang lain yang ingin berubah sekiranya kita sendiri belum tentu bersedia untuk berubah. tidak penting apa yang berlaku pada permulaan episod kehidupan kita, tapi pengakhiran hidup tu yang perlu di perbetulkan. tapi alangkah baiknya jika permulaan hingga pengakhir hidup sentiasa dalam keadaan yang diredhai dan dirahmati oleh Allah Taala. |
|
|
|
|
|
|
|
tunang dia berhijrah jugak ke tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 posted on 31-5-2013 11:20 PM
tunang dia berhijrah jugak ke tak..
hijrah pi mana?? zimbabwe??
|
|
|
|
|
|
|
|
nw111 posted on 31-5-2013 11:20 PM
tunang dia berhijrah jugak ke tak..
kemungkinn berhijrah tu tinggilh..mungkin seksi nya sblm kawen.dh kawen nnti lainlh pmbwakanny..
|
|
|
|
|
|
|
|
noell posted on 31-5-2013 11:24 PM
hijrah pi mana?? zimbabwe??
berhijrah dr rambut karatz pakai tudun labuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
harap dpt membimbing isteri ngan baik la yer |
|
|
|
|
|
|
|
skrg rsenye die cm dh kurang hidayah kn? |
|
|
|
|
|
|
|
hijrah ke baru last month aku jumpa kat Times Square dgn awek ni siap pegang pegang tangan lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|