|
mana cukup nih .... :@ :@
lagi lagi ....
NEEEEEXXXTTTT |
|
|
|
|
|
|
|
Cik Sari,
Sudilah kiranya Cik Sari melipat gandakan usaha untuk menambah entry. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 3-9-2012 09:16 AM
Cik Sari,
Sudilah kiranya Cik Sari melipat gandakan usaha untuk menambah entry.
Salam.
Sungguh bersopan-santun dan amat puitis sekali ayat Cik Puan Nicki di pagi Isnin ini....
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 3-9-2012 09:26 AM
Salam.
Sungguh bersopan-santun dan amat puitis sekali ayat Cik Puan Nicki di pagi Isnin ini.... ...
Salam auntie...
Itu sebagai pendorong kepada Cik Sari supaya menyegerakan entry. Dan supaya benang Liana di upagradekan dari slot Lestary menjadi slot Akasia
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 3-9-2012 09:46 AM
Salam auntie...
Itu sebagai pendorong kepada Cik Sari supaya menyegerakan entry. Dan supaya ben ...
Nicki.... apalah sudi kiranya cik puan nicki berangkat mencemar duli pulang ke mahligai nicki utk menyambung karya SAK.... Para dayang2 sekelian penat menunggu hikayat 1002 mlm tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
nhid_tam posted on 1-9-2012 10:30 AM
nak lg...huhu
ok, tmbh sket lg eh
|
|
|
|
|
|
|
|
hotmum posted on 3-9-2012 09:11 AM
mana cukup nih ....
lagi lagi ....
org pntg mn bleh bg byk2
bg ckup2 jah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 3-9-2012 09:16 AM
Cik Sari,
Sudilah kiranya Cik Sari melipat gandakan usaha untuk menambah entry.
cik puan Nicki,
Cik Sari telah berusaha, tetapi tidaklah berlipat ganda, kerana cik Sari tahu cik Sari tak mampu jugak nak menghasilkan entry yang panjang2...nampaknya cik Sari lebih suka jika boleh melepak-lepak di rumah kekawan yang lain seperti rumah cik puan Nicki sendiri, rumah Lady, rumah Herb, dan mana2 rumah yang mengupdatekan dirinya...wallahua'lam...
panjangnya dah macam entry dah ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 3-9-2012 09:26 AM
Salam.
Sungguh bersopan-santun dan amat puitis sekali ayat Cik Puan Nicki di pagi Isnin ini.... ...
sudilah kiranya auntie terus melayan Cik Puan Nicki ini kiranya beliau terus berpuitis sebegini kerana hamba memang tak reti banget dengan bahasa yang sangat bertata tertib ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Episod 14
Bulat mata Sara memandang, apatah lagi aku yang hampir-hampir terduduk di situ. Akram tersenyum lebar disisi keretaku.
“Saya nak ikut balik kampung,” itulah muqaddimahnya.
Aku terbius bisu. Tidak tahu jawapan bagaimana harus aku berikan. Akhirnya aku mengangguk saja.
Senak perut rasanya. Bagaikan memula-mulas. Mahu saja berlari ke bilik air. Memang kejutan diluar jangkauan akal, tidak pernah Akram lakunya sebegini.
“Kereta awak mana? Nak Sara sekali dengan awak?” aku berbasa basi.
“Kita balik satu kereta, kereta saya. Sara kata Mila ikut balik sekali, jomlah sama-sama,” Akram mengatur rancangan.
Aku berpaling memandang Sara, dia tersenyum. Sahlah Sara yang menceritakan segala-galanya. Tidak aku salahkan Sara kerana sememangnya memberikan kebebasan sepenuhnya untuk dia berhubung dengan ayahnya selama ini.
Akram memberi isyarat tangan untuk kami bergerak ke keretanya. Sara sudah berpegangan tangan dengan ayahnya. Aku berpaling kepada Mila sekeluarga yang berada tidak jauh dari kami, perlahan aku menapak ke arah mereka.
“Akram, ayah Sara...dia pun nak ikut balik kampung.”
“Oklah macam tu...jomlah,” Mak Pah tersenyum mesra memandangku sambil tangannya menghulurkan Mila kepadaku. “Mila boleh temankan Sara dalam kereta tu.”
“Terima kasih, Mak Pah,” aku sedikit lega.
“Kami ikut dari belakang. Jangan tinggal kami sudahlah.”
Aku tersenyum dan mengangguk. Aku pandang ahli keluarganya yang lain, kelihatan semacam sahaja. Pastinya Kamal sudah berlalu menghidupkan enjin kereta.
“Kalau ada apa-apa call Liana ya. Rasa nak singgah mana-mana pun boleh kita berhenti sama-sama.”
Aku berpegangan tangan dengan Mila menuju ke kereta Akram. Sara pula kelihatannya berlari-lari anak datang mendapatkannya.
“Pon! Pon!” Secara refleknya aku berpaling. “Jangan buat drama!” Kurang asam punya Kamal! Kuat sungguh dia melaung.
Aku cepat-cepat masuk ke kereta, memang segan berada di sebelah Akram. Sara dan Mila sudah kecoh di belakang, langsung tidak menghiraukan kami yang larut dalam perasaan masing-masing.
Kami memulakan perjalanan dengan membaca doa, semoga selamatlah menuju destinasi. Akram tenang-tenang saja memandu, tidak berbicara. Aku apatah lagi, turut diam. Nasib baiklah ada Anjung Seri terbaru di poket pintu kereta sebelahku. Dapatlah juga membuang pandang.
“Memang saya belikan untuk awak,” begitulah hakikatnya. Akram masih ingat majalah kesukaanku. Aku pandangnya sekilas, dia membalas seketika dan tersenyum mengangguk.
“Terima kasih,” itulah sepatutnya yang aku ucapkan.
“Kamal sukakan awak?”
Memang aku terkejut.
“Awak sukakan Kamal?”
Demi kejutan.
Aku mengeluh berat. Membetulkan posisi tubuh. Menutup mata. Moga selamatlah. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan2 Liana sekalian,
Liana 'menutup mata' sehingga next week ya!
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 5-9-2012 07:51 AM
kawan2 Liana sekalian,
Liana 'menutup mata' sehingga next week ya!
Salam.
Apasal pendek sgt entry dan lepas tu Liana nak tutup mata lak? Tak sempat nak berfeeling, dah tersekat....
|
|
|
|
|
|
|
|
lamenye liana totop mateee... jgn tak bangun sudah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|