CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Laura Ashley

Datuk Malek Noor akan bernikah

  [Copy link]
Post time 14-2-2012 07:53 AM | Show all posts
yup, he was.. my friend dapat invitation berbual dengan dia and his bf (orang jepun) yang s ...
hanakikan Post at 13-2-2012 14:11



    teruk sgt ke dia nie dulu???  tader link ke kisah2 zmn jahiliyah dia dulu2.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 08:10 AM | Show all posts
selepas dia clash ngan BF hongkong dia ni 15tahun...dia mmg dah kembali ke pangkal jalan dan banyak mengamalkan islam sekarang. Bile dah tua baru terasa nak kawin mcmtulah ...yelah...tua2 kene la ada teman hidup... kalo dgn BF HK tak kemana...takkan Malaysia boleh terima.

cume harap dia boleh pupuk perasaan minat dia kepada kaum hawa kembali. yelah..dah berdekad2 diulit perasaan dengan lelaki..bukan senang jgk nak diulit dgn perasaan dgn kaum hawa. takper..Allah Maha mengetahui.

Semoga dia tabah dalam menghadapi hidup ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:29 AM | Show all posts
semoga bahagia dan dirahmatiNYA..amin....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:30 AM | Show all posts
Reply 122# muktafi


    kau biar betul...
x kan mcm tu kot tp kalau betul berubah alhamdulilah
tp frustlah sbb aku br nak cuba nasib dgn dia
tidakakkk aku kecewaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:53 AM | Show all posts
i thought he was gay..
sayang_mulut Post at 12-2-2012 16:47



   i dont think it is a was!..once a gay, always a gayian.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:54 AM | Show all posts
selepas dia clash ngan BF hongkong dia ni 15tahun...dia mmg dah kembali ke pangkal jalan dan banyak  ...
muktafi Post at 14-2-2012 08:10



   itulah..org bina bdn ni byk kwn gay kan...apakah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2012 08:56 AM | Show all posts
Ni dr wan asma yg dulu suami nya org german? dah janda dlm 6 tahun lepas tak silap then rasa nya dr  ...
kekbelacan Post at 13-2-2012 22:10



   duda?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 09:04 AM | Show all posts
selepas dia clash ngan BF hongkong dia ni 15tahun...dia mmg dah kembali ke pangkal jalan dan banyak  ...
muktafi Post at 14-2-2012 00:10



    bakal wife dia nie dpt yg tak virgin la kan....i mean virgin lorong blkg....15 thn tu ...bukan kecik anak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 10:55 AM | Show all posts
penangan binabadan susah lupakan ooooo.... berpuluh tahun rasa otot2...la ni kena rasa buahdada apam dan tubuh lembut ..... so kene hati hati lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:26 AM | Show all posts
alhamdulillah...bakal ikut jejak sorang kwn dia yg nak kenduri sabtu ni...kwn dia pun umo dah nak ma ...
KIM.mafia Post at 13-2-2012 22:07



   masing2 baharu insaf sebegitu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:29 AM | Show all posts
teruk sgt ke dia nie dulu???  tader link ke kisah2 zmn jahiliyah dia dulu2.......
ladida Post at 14-2-2012 07:53



   beliau sendiri pernah mengaku selepas insaf mmg beliau agak terus sebelum ini. sila korek cerita2 beliau insaf dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:31 AM | Show all posts
bakal wife dia nie dpt yg tak virgin la kan....i mean virgin lorong blkg....15 thn tu ...b ...
ladida Post at 14-2-2012 09:04



   malek noor pernah kahwen wanita kokesen di US masa beliau jahiliyah, entah convert atau tidak mungkin kahwen style kokesen sahaja sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:48 AM | Show all posts
br tau si pok cik ni gayesssssss tegar. sian kat dia dah ditebuk tupai. jgn suruh si istri menebuk udah lerrr.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:51 AM | Show all posts
orang tu dah berubah x perlu la nak bukak2 lagi kisah silam die...masing2 nak berperangai dajjal kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:53 AM | Show all posts
alhamdulillah DMN dah merubah sepenuhnye, seronok tgk dia...next step dia nak kawin plk...tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:59 AM | Show all posts
alhamdulillah dah berubah
tahniah dah nak kawin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 12:02 PM | Show all posts
Tahniah.... dah nk kawin pun. moga berkekalan hingga ke akhir hayat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 12:06 PM | Show all posts
past is past... setiap org berhak dapat peluang kedua
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 12:07 PM | Show all posts
selepas dia clash ngan BF hongkong dia ni 15tahun...dia mmg dah kembali ke pangkal jalan dan banyak  ...
muktafi Post at 14-2-2012 08:10



   


Artikel kali nie panjang sikit tapi kami mintak-mintak sangat anda baca. Memang tersentuh jiwa raga baca cerita Malek Noor dan kisah insaf dia.
Patut lebih banyak selebriti-selebriti tampil dan ceritakan seperti apa yang Malek Noor cerita nie. Barulah boleh bagi role model sikit kat rakyat Malaysia.
Baca artikel ini selengkapnya untuk ketahui kisah Malek Noor dan cerita insafnya.


SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.
Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.
Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.
Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.
“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.
“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.
Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.
Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.
“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.
Zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.
Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.
“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.
“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.
“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.
Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.
“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.
“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.
“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.
“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.
“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.
Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.
Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.
Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.
“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.
“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 12:08 PM | Show all posts
orang tu dah berubah x perlu la nak bukak2 lagi kisah silam die...masing2 nak berperangai dajjal kat ...
maxim Post at 14-2-2012 11:51



   beliau sendiri pun bercerita pasal kisah jahiliyah beliau semasa beliau baharu insaf dahulu.aman sahaja beliau bercerita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.138556 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list