CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 16-1-2026 09:58 AM | Show all posts
Mayat lelaki reput dan berulat ditemukan di cerun
Januari 16, 2026, Jumaat - 9:26am

SIASAT: Pihak polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat.

KENINGAU: Mayat lelaki dalam keadaan reput dan berulat ditemukan di kawasan cerun pada kilometer 67.7, Jalan Tulid–Tongod berhampiran kawasan estet Kampung Nontodon, Sook Rabu lalu.

Penemuan mayat terbabit pada jam 8.16 pagi selepas disedari orang awam sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Keningau, Supritenden Yampil Anak Garai mengesahkan penemuan berkenaan dan memaklumkan pemeriksaan awal mengenal pasti mangsa sebagai seorang warga asing berumur 45 tahun.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan lengkap berpakaian di kawasan semak samun dalam cerun sedalam kira-kira 10 kaki.

“Hasil siasatan awal tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau senjata termasuk kayu dan besi di lokasi penemuan mayat.

“Kawasan itu juga terpencil, kira-kira tiga kilometer dari penempatan penduduk paling hampir,” katanya ketika dihubungi.

Yampil berkata, pemeriksaan lanjut menemukan sebuah beg pinggang mengandungi wang tunai Filipina dan syiling Malaysia yang dipercayai milik mangsa.

Katanya, anggaran awal tempoh kematian dianggarkan sekitar seminggu berdasarkan keadaan mayat.

Sementara itu, beliau memaklumkan bedah siasat di Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu mendapati terdapat kesan luka di bahagian belakang kepala mangsa yang dipercayai akibat gigitan ulat semasa proses pereputan.

“Hasil forensik mengesahkan punca kematian disebabkan faktor penyakit dalaman dan tidak melibatkan sebarang unsur serangan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2026 09:59 AM | Show all posts
Pusat komunikasi korporat UMS perkukuh kerjasama strategik bersama SJA
Januari 16, 2026, Jumaat - 9:28am



CENDERAHATI: Rizal menyampaikan cederahati kepada Maria semasa kunjungan terbabit.

KOTA KINABALU: Pusat Komunikasi Korporat (PKK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kunjungan mesra ke Persatuan Wartawan Sabah (SJA) sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik dalam bidang komunikasi, media dan pembangunan profesional di negeri ini.

Kunjungan berkenaan diketuai Pengarah PKK UMS, Dr Rizal Zamani Idris dan disambut Presiden SJA, Mariah Doksil bersama barisan kepimpinan persatuan berkenaan.

Pertemuan itu memberi fokus kepada perbincangan potensi kolaborasi jangka panjang melibatkan perkongsian kepakaran, pembangunan bakat komunikasi dan kewartawanan, pelaksanaan latihan profesional, penghasilan kandungan berimpak tinggi serta pengukuhan jaringan strategik antara institusi akademik dan organisasi media di Sabah.

Rizal berkata, PKK UMS komited membina hubungan sinergi dengan organisasi profesional sebagai sebahagian usaha memperkasa ekosistem komunikasi korporat dan kewartawanan yang lebih dinamik.

“Peranan SJA amat penting dalam membentuk landskap media yang beretika, berwibawa dan berteraskan kepentingan masyarakat.

“Kunjungan ini membuka ruang kerjasama yang lebih tersusun dan berimpak, khususnya dalam aspek latihan, pemindahan ilmu serta penghasilan naratif positif berkaitan institusi pendidikan tinggi dan pembangunan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama strategik antara universiti dan persatuan wartawan mampu memastikan amalan komunikasi kekal relevan dengan keperluan semasa industri media serta menyokong agenda pembangunan negeri secara menyeluruh.

Sementara itu, Mariah menyambut baik inisiatif PKK UMS dan menyifatkan kunjungan berkenaan sebagai langkah proaktif ke arah memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, SJA sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan institusi akademik dalam usaha memperkasa bidang komunikasi dan kewartawanan, khususnya di Sabah.

“Gabungan kekuatan akademik UMS dan pengalaman profesional wartawan diyakini memberi manfaat besar kepada industri media serta masyarakat secara keseluruhan.

“Pertemuan ini juga membuka ruang perancangan beberapa bentuk kerjasama yang berpotensi dilaksanakan dalam masa terdekat melibatkan latihan, pembangunan profesional serta penghasilan kandungan berkualiti tinggi,” katanya.

Turut hadir pada kunjungan itu, Timbalan Pengarah PKK UMS, Mohd Ezni Hezri Mohd Yusop; Ketua Sektor Hal Ehwal Korporat, Che Hasruddin Che Hasan; Ketua Pentadbiran, Norliza Abdullah serta Ketua Unit Perhubungan Media PKK, Salbinous Saribun.

Delegasi PKK UMS turut disertai Ketua Unit Pengurusan Majlis dan Unit Perhubungan Awam, Mohammad Norazmi Harris; Ketua Unit Video, Johaidi Ismail serta kakitangan Unit Perhubungan Media, Mohd Affzanizam Mohd Amin dan Faezah Mohamad Dun.

Hadir sama dari pihak SJA, Setiausaha SJA, Siti Aisyah Narudin serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Mohd Nazlie Zainul, Vivi Olviana Najurus dan Fardy Bungga.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 10:00 AM | Show all posts
Pembangkang disaran hentikan politikkan isu integriti
Januari 16, 2026, Jumaat - 9:49am



AKSYAH

KOTA KINABALU: Pembangkang disaran supaya tidak terus mempolitikkan isu lantikan Pengerusi Sabah Development Berhad (SDB) yang baharu, Datuk Dr Yusof Yakob, selagi tiada sebarang keputusan mahkamah yang mensabitkan beliau dengan kesalahan jenayah.

Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah, berkata kritikan berterusan pembangkang terhadap lantikan itu adalah tidak relevan dari sudut perundangan dan bersifat pramatang.

Menurutnya, dakwaan bahawa Yusof berdepan kes rasuah memang benar dari segi naratif, namun perkara itu masih dalam proses perbicaraan dan belum ada sebarang keputusan mahkamah.

“Dalam negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang, prinsip asas yang perlu dihormati ialah seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Selagi tiada sabitan dan hukuman, adalah tidak wajar pembangkang menghukum beliau lebih awal,” katanya dalam kenyataan.

Aksyah menegaskan pembangkang seharusnya bersikap lebih terbuka apabila isu melibatkan pemimpin GRS, khususnya dalam pelantikan ke jawatan strategik kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau turut merujuk rekod prestasi Yusof ketika menerajui Qhazanah Sabah, yang menurutnya menunjukkan keupayaan kepimpinan serta tahap integriti yang baik.

“Sepanjang beliau menjadi Pengerusi Qhazanah, tiada isu pecah amanah atau salah guna kuasa yang menjejaskan operasi syarikat itu. Malah, Qhazanah masih beroperasi dengan baik sehingga hari ini,” katanya.

Sehubungan itu, Aksyah menyifatkan tuduhan pembangkang sebagai cacat logik, memandangkan individu yang dituduh sendiri telah mengaku tidak bersalah pada hari pertama perbicaraan.

“Adalah terlalu awal untuk menghukum beliau sedangkan kerusi Pengerusi SDB yang didudukinya masih belum ‘panas’. Pelantikan ini tidak wajar dianggap satu kesilapan, apatah lagi berdasarkan rekod perkhidmatan beliau sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aksyah mengingatkan pembangkang supaya memainkan peranan sebenar sebagai ejen semak dan imbang, bukannya menafikan setiap keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan GRS Plus masih berada pada fasa awal pentadbiran, memandangkan Januari 2026 menandakan tahun pertama kerajaan itu memerintah.

“Berilah peluang kepada Yusof untuk membuktikan keupayaannya sebagai Pengerusi SDB. Apa yang rakyat Sabah harapkan ialah prestasi, sumbangan dan hasil yang memberi manfaat kepada negeri, bukannya polemik politik yang tidak berkesudahan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 10:04 AM | Show all posts
Kira-kira 300 pelajar sertai aktiviti STEM dan Sesi Perkongsian Perkhidmatan Pustaka Sibu
Januari 16, 2026, Jumaat - 9:54am



Sekitar aktiviti STEM dan Sesi Perkongsian Perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu yang berlangsung di SJK (C) Tiong Hin.

SIBU: Kira-kira 300 pelajar menyertai Aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Sesi Perkongsian Perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu yang berlangsung di SJK (C) Tiong Hin, pada Rabu.

Program sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2026 tersebut dianjurkan bagi memupuk minat, kreativiti serta pemikiran kritis dalam kalangan pelajar melalui pendekatan pembelajaran secara "hands-on" dan interaktif.

Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan aktiviti "Makers" yang mengintegrasikan elemen mata pelajaran STEM dalam kaedah pembelajaran berkonsepkan belajar sambil bermain.



Sekitar aktiviti STEM dan Sesi Perkongsian Perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu yang berlangsung di SJK (C) Tiong Hin.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk orientasi perkhidmatan perpustakaan dan literasi maklumat, serta pelbagai permainan STEM seperti boardgames, realiti maya (VR), PlayStation 5, MBot dan aktiviti seni kraf.

Program seumpama ini dilihat mampu memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kepentingan pembelajaran berasaskan STEM, sekali gus membantu membentuk generasi muda yang lebih kreatif, inovatif dan berfikiran kritis.



Sekitar aktiviti STEM dan Sesi Perkongsian Perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu yang berlangsung di SJK (C) Tiong Hin.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 10:05 AM | Show all posts
Sebuah rumah di Rumah Empi, Jalan Sebakong musnah terbakar
Januari 16, 2026, Jumaat - 9:59am

Anggota bomba meninjau sekitar kawasan kejadian bagi memastikan api telah padam sepenuhnya

MUKAH: Sebuah rumah berstruktur tidak kekal yang beralamat di Rumah Empi, Jalan Sebakong, di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.46 pagi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah kemudian digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

Menurut laporan, laluan darat menuju ke lokasi kebakaran didapati dinaiki air sepenuhnya dan tidak dapat dilalui.

Keadaan itu menyebabkan jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan berkenaan.

“Pusat Kawalan Operasi terpaksa mendapatkan bantuan bot persendirian untuk membawa pasukan bomba ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba dibawa menggunakan bot persendirian milik penduduk rumah panjang berhampiran.

Perjalanan ke lokasi mengambil jarak kira-kira 42 kilometer sebelum pasukan tiba pada jam 6.30 pagi.

Setibanya di lokasi, didapati sebuah rumah berstruktur tidak kekal telah terbakar sepenuhnya.

“Kebakaran melibatkan keluasan kira-kira 30 x 40 kaki persegi dan pemilik rumah sempat menyelamatkan diri,” kata kenyataan itu.

Tiada operasi pemadaman dijalankan kerana kebakaran telah padam sepenuhnya sebelum ketibaan pihak bomba.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 02:46 PM | Show all posts
Lelaki mengaku salah edar 1,009.47 gram dadah
Januari 16, 2026, Jumaat - 11:37am

TAWAU: Seorang lelaki mengaku salah di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 1,009.47 gram, namun prosiding ditangguhkan sementara menunggu keputusan ujian kimia.

Tertuduh, Yusri Amsar, 19, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Mohd Afiz Huzairi Ayob dengan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendant Nur Intan Jamrin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya pada 1 Januari 2026 kira-kira jam 10.15 malam di hadapan di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta, jika tidak dijatuhi hukuman mati, sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Mahkamah menetapkan 16 Februari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan ujian kimia ke atas bahan yang dirampas.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2026 02:47 PM | Show all posts
Sebarkan pencapaian kerajaan GRS, PPM digesa laksana amanah dengan penuh integriti
Januari 16, 2026, Jumaat - 11:47am



YAZID MOHD HASNAN TAWIK

KENINGAU: Ketua Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Keningau Station Bingkor, Yazid Mohd Hasnan Tawik, menyatakan sokongan penuh terhadap saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, agar semua Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) memainkan peranan lebih proaktif dalam menyampaikan pencapaian, dasar serta inisiatif Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada rakyat di kawasan masing-masing.


Katanya, PPM merupakan antara jentera paling penting kerajaan di peringkat akar umbi kerana mereka berfungsi sebagai penghubung langsung antara pentadbiran kerajaan dengan masyarakat, khususnya dalam menyampaikan maklumat tepat berkaitan dasar, program serta bantuan yang dilaksanakan kerajaan negeri.


“PPM bukan sekadar penyampai maklumat, sebaliknya mereka adalah suara kerajaan di peringkat komuniti. Justeru, setiap PPM perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh kejujuran, ketulusan dan keikhlasan demi memastikan rakyat benar-benar memahami hala tuju serta usaha kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, kefahaman rakyat terhadap dasar dan pencapaian kerajaan amat penting bagi menangkis sebarang salah faham, fitnah atau maklumat tidak tepat yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap kerajaan sedia ada.


Yazid berkata, pelantikan PPM juga bukan satu keistimewaan atau jawatan simbolik, sebaliknya satu amanah besar yang menuntut komitmen tinggi, disiplin serta integriti dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri Sabah.


“PPM perlu turun padang, mendengar denyut nadi rakyat, memahami masalah sebenar di peringkat akar umbi dan seterusnya menyalurkan maklumat serta maklum balas kepada pihak kerajaan agar setiap dasar yang dirangka benar-benar memenuhi keperluan rakyat,” katanya.


Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua PPM yang telah dilantik oleh Ketua Menteri dan berharap mereka dapat memainkan peranan secara berkesan serta bertanggungjawab dalam menyokong agenda pembangunan negeri selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.


Dalam pada itu, Yazid menegaskan bahawa semua PPM yang dilantik perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri, serta Kerajaan GRS bagi memastikan kestabilan politik dan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.


Menurutnya, kestabilan politik adalah prasyarat utama kepada kejayaan pelaksanaan dasar dan program pembangunan, khususnya dalam memperkukuhkan ekonomi negeri, mempercepatkan pembangunan infrastruktur serta meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutama di kawasan luar bandar.


Tambahnya, dengan kerjasama padu antara PPM, kepimpinan kerajaan dan seluruh jentera GRS, usaha memperkasa pembangunan negeri akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh, sekali gus memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat di Sabah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 02:48 PM | Show all posts
Gagasan Rakyat Likas pertahan pelantikan Yusof Yacob
Januari 16, 2026, Jumaat - 12:18pm



MOHD BAHRIN ABDUL KARIM

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas mengambil maklum kebimbangan yang disuarakan DAPSY Sabah, parti-parti pembangkang serta sebahagian orang awam berhubung pelantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob sebagai Pengerusi baharu Sabah Development Berhad (SDB).


Ketua Bahagiannya, Mohd Bahrin Abdul Karim, berkata walaupun Dr.Yusof berdepan pertuduhan berkaitan kes rasuah melibatkan dakwaan suapan berhubung lesen carigali mineral di Sabah, perkara itu masih berada dalam proses perundangan dan belum diputuskan oleh mahkamah.


Menurutnya, Dr. Yusof yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin serta bekas ADUN Sindumin selama dua penggal, telah menafikan sebarang salah laku, memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengaku tidak bersalah di mahkamah.


“Gagasan Rakyat Bahagian Likas menyokong pelantikan yang dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, selaras dengan prinsip asas kedaulatan undang-undang iaitu seseorang individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd Bahrin menegaskan, kewujudan kes mahkamah yang masih berjalan tidak boleh dianggap sebagai satu sabitan kesalahan dan juga tidak secara automatik melucutkan kelayakan seseorang individu untuk memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


Beliau berkata, pelantikan berkenaan mencerminkan pendirian Kerajaan GRS yang menolak sebarang cubaan mempolitikkan proses pelantikan atau membentuk persepsi awam seolah-olah individu terbabit telah bersalah sebelum keputusan muktamad mahkamah dibuat.


“Tindakan sedemikian bukan sahaja tidak adil, malah berpotensi menjejaskan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara serta tadbir urus institusi awam,” katanya.


Sehubungan itu, Mohd Bahrin menggesa sayap pemuda DAPSY Sabah agar tidak bertindak dengan pendekatan yang dilihat bermotifkan kepentingan politik semata-mata sebaliknya mereka harus lah menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.


“Semua pihak wajar bersikap matang, berpegang kepada fakta serta memberi ruang kepada institusi kehakiman menjalankan tanggungjawabnya tanpa tekanan atau persepsi negatif yang boleh mengelirukan rakyat,” katanya.


sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2026 02:49 PM | Show all posts
Hajiji bertemu dengan Ahli Parlimen Sabah
Januari 16, 2026, Jumaat - 12:46pm


.
PERTEMUAN: Hajiji (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Ahli-ahli Parlimen semasa dalam pertemuan itu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen (MP) Sabah untuk membincangkan isu-isu semasa di Sri Gaya pada malam Khamis.

“Saya telah mengambil maklum pandangan, maklum balas serta cadangan mereka mengenai perkara-perkara yang memberi kesan kepada akar umbi di bawah bidang kuasa Negeri dan Persekutuan.

"Kami juga membincangkan perkara-perkara pentadbiran yang berkaitan dengan pihak berkuasa daerah dan tempatan," katanya.

Antara Ahli Parlimen yang bertemu dengan Ketua Menteri ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Persekutuan, Datuk Shahelmey Yahya (Putatan), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Lo Su Fui (Tawau), yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Riduan Rubin (Tenom).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 02:50 PM | Show all posts
Kerjasama, kesepakatan asas keharmonian Sabah
Januari 16, 2026, Jumaat - 2:12pm



RASMI: Joachim bersama tetamu kehormat lain bersama-sama menyempurnakan majlis itu.

TELUPID: Kerajaan negeri akan terus komited menyokong penganjuran dan sambutan pelbagai perayaan di negeri ini sebagai platform memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama.

Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, rakyat Sabah amat bertuah kerana setiap perayaan yang diraikan sentiasa disambut bersama tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun fahaman politik.

Menurutnya, perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Hari Natal bukan sekadar acara keagamaan atau kebudayaan, sebaliknya menjadi simbol kesatuan rakyat Sabah.

“Walaupun berbeza dari segi fahaman politik, agama dan kaum, kita masih dapat duduk semeja untuk meraikan perayaan-perayaan ini bersama-sama. Inilah kekuatan dan keistimewaan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Natal 2025 dan Tahun Baharu 2026 Peringkat DUN Telupid yang berlangsung di Dewan IPS Telupid, hari ini.

Joachim turut menegaskan bahawa kesatuan merupakan kunci utama dalam memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

“Jangan kerana perbezaan yang wujud, kita hidup dalam keadaan yang tidak harmoni. Sebaliknya, perbezaan inilah yang perlu diraikan dan dijadikan asas untuk saling memahami serta menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur merangkap Wakil Rakyat Telupid, Datuk Dr Jonnybone Kurum berkata, rakyat Sabah telah membuktikan kemampuan hidup dalam suasana aman dan harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.

“Keadaan aman dan harmoni ini merupakan keunikan Sabah, di mana masyarakatnya mampu hidup saling bertoleransi di sebalik perbezaan yang ada,” katanya.

Beliau turut mengajak semua pihak agar mengetepikan perbezaan politik selepas pilihan raya dan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan daerah Telupid.

“Pilihan raya telah selesai. Marilah kita buang segala perbezaan ideologi politik sepanjang kempen lalu dan bersama-sama bekerjasama membangunkan daerah Telupid demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tempatan, wakil jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat yang hadir di samping persembahan-persembahan pentas, bagi memeriahkan sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu dalam suasana penuh muhibah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 02:51 PM | Show all posts
Sebuah rumah di Rumah Empi, Jalan Sebakong musnah terbakar
Januari 16, 2026, Jumaat - 9:59am

MUKAH: Sebuah rumah berstruktur tidak kekal yang beralamat di Rumah Empi, Jalan Sebakong, di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.46 pagi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah kemudian digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

Menurut laporan, laluan darat menuju ke lokasi kebakaran didapati dinaiki air sepenuhnya dan tidak dapat dilalui.

Keadaan itu menyebabkan jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan berkenaan.

“Pusat Kawalan Operasi terpaksa mendapatkan bantuan bot persendirian untuk membawa pasukan bomba ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba dibawa menggunakan bot persendirian milik penduduk rumah panjang berhampiran.

Perjalanan ke lokasi mengambil jarak kira-kira 42 kilometer sebelum pasukan tiba pada jam 6.30 pagi.

Setibanya di lokasi, didapati sebuah rumah berstruktur tidak kekal telah terbakar sepenuhnya.

“Kebakaran melibatkan keluasan kira-kira 30 x 40 kaki persegi dan pemilik rumah sempat menyelamatkan diri,” kata kenyataan itu.

Tiada operasi pemadaman dijalankan kerana kebakaran telah padam sepenuhnya sebelum ketibaan pihak bomba.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 02:52 PM | Show all posts
Tiga selamat, lori dinaiki terbakar di Jalan Paradom, Sibu
Januari 16, 2026, Jumaat - 10:07am

SIBU: Pemandu serta dua kelindan sebuah lori yang membawa muatan baja berdepan detik cemas apabila lori berkenaan terbakar dalam satu kejadian di Jalan Paradom, di sini, petang Khamis.

Ketua Bomba Zon Sibu Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.17 petang daripada orang awam.

Menurut beliau, loceng kecemasan dibunyikan pada jam 6.17 petang sebelum jentera digerakkan seminit kemudian dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6.35 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah lori sedang terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Andy berkata, operasi pemadaman dimulakan pada jam 6.36 petang dengan menggunakan satu aliran saluran bantu mula.

Katanya, kebakaran melibatkan bahagian tayar belakang sebelah kiri lori berkenaan yang terbakar sepenuhnya.

“Lori tersebut membawa muatan baja jenis limestone (GML) seberat kira-kira 20 tan,” jelas beliau.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.05 malam dan tiada mangsa dilaporkan mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, operasi melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dengan kekuatan anggota mencukupi.

Menurut Andy, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi membantu mengawal keadaan serta memastikan keselamatan lalu lintas.

Pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai pada jam 7.11 malam dan tiba semula pada jam 7.34 malam selepas memastikan keadaan di lokasi selamat.

Keseluruhan operasi melibatkan jarak perjalanan jentera sejauh kira-kira 17 kilometer dan berjalan lancar tanpa sebarang insiden lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 02:57 PM | Show all posts
Dua maut, dua lagi cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo
Januari 16, 2026, Jumaat - 11:54am

KUCHING: Dua orang disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo, Kampung Karu, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakal Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.40 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi sejauh kira-kira 35 kilometer.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat empat orang mangsa terlibat dalam kemalangan berkenaan.

“Dua mangsa, masing-masing seorang lelaki dan wanita, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, anggota bomba bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Seorang daripada mangsa (wanita) berjaya dikeluarkan dalam keadaan cedera dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak oleh EMRS Siburan.

“Manakala seorang lagi mangsa (lelaki) yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa lelaki dewasa yang memandu kenderaan lain dilaporkan keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba dan mengalami kecederaan luka serta patah pada bahagian kaki.

Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh ambulans KKM Sentosa.

Seorang lagi mangsa wanita yang tidak tersepit dari kenderaan lain turut disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans KKM.

Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang melibatkan lapan anggota serta dua jentera bomba tamat sepenuhnya pada jam 8.44 pagi.

Punca kemalangan masih dalam siasatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Padawan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 02:58 PM | Show all posts
Sistem perparitan di Rh Mering Eba siap sepenuhnya
Januari 16, 2026, Jumaat - 1:47pm



Iskandar meninjau perkembangan projek naik taraf sistem perparitan di Rumah Mering Eba yang telah siap semalam.

BINTULU: Projek naik taraf sistem perparitan di Rumah Mering Eba, Sungai Sebemban, Jalan Bintulu-Tatau telah siap sepenuhnya sebagai langkah penting untuk mengurangkan risiko banjir kilat apabila hujan berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, projek yang menelan belanja RM200,000 itu melibatkan pembinaan sistem perparitan sepanjang 432 meter yang berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan bertujuan untuk mengurangkan risiko banjir kilat.

Katanya, rumah panjang 28 pintu ini terletak di laluan Lebuh Raya Pan Borneo Bintulu–Tatau sebelum ini sering menghadapi masalah aliran air.

"Saya menyeru ketua kaum dan penduduk setempat untuk terus menjaga dan menyelenggara sistem perparitan ini supaya berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan banjir kilat pada masa akan datang," katanya semasa mengadakan lawatan tinjauan projek tersebut di rumah panjang terbabit semalam.

Iskandar berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut.

"Diharapkan penduduk setempat dapat bersama-sama menjaga kemudahan ini demi kesejahteraan bersama," tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 02:59 PM | Show all posts
Kerja-kerja pembaikan cerun di Gereja Methodist Ming Ong dimulakan
Januari 16, 2026, Jumaat - 1:49pm



Pasukan Khidmat N.68 Tanjong Batu dan JKR semasa melakukan tinjauan ke kawasan runtuhan serta mendapan di Gereja Methodist Ming Ong semalam.

BINTULU: Setelah melalui pelbagai usaha penyelarasan dan tindakan susulan, kerja-kerja pembaikan cerun di Gereja Methodist Ming Ong akhirnya dimulakan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong, projek ini merupakan projek penting kerana melibatkan keselamatan awam khususnya penganut Kristian yang beribadat di gereja berkenaan.

"Saya amat bersyukur dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh permohonan hingga kerja-kerja penyelenggaraannya dimulakan sekarang," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, semasa kejadian banjir besar tahun lalu, kejadian tanah runtuh telah berlaku di kawasan gereja sehingga menyebabkan berlaku hakisan tanah.

Perkara tersebut jelas Pang, menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan terutamanya kediaman pastor yang terletak berhampiran kawasan mendapan.

Beliau berkata, sekiranya langkah pembaikan tidak diambil segera, dikhuatiri membawa kepada musibah yang lebih besar sekiranya berlakunya hujan lebat dan banjir.

"Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan sikar diramalkan pada masa sekarang, adalah satu keperluan mendesak runtuhan serta mendapan yang berlaku diperbaiki segera bagi mengelakkan insiden runtuhan yang lebih serius," ujarnya.

Justeru itu katanya, lawatan pihak Pusat Khidmat N.68 Tanjong Batu dan pegawai berkaitan Jabatan Kerja Raya (JKR) ke tapak runtuhan akan melihat sendiri akan tahap kerosakan serta keperluan bagi mempercepat proses pembaikannya demi keselesaan serta keselamatan semua pihak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 02:59 PM | Show all posts
Video Muzik TBC Kuching Selatan sarat mesej keharmonian, perpaduan
Januari 16, 2026, Jumaat - 1:52pm



Wee dan Zaiedi bersama para kaunselor dan media dipertontonkan dengan Video Muzik Tahun Baharu Cina Kuching Selatan selepas sidang media di Bangunan MBKS di Kuching, hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) secara rasmi melancarkan Video Muzik Tahun Baharu Cina (TBC) Kuching Selatan yang sarat mesej kukuh tentang keharmonian, perpaduan dan kebersamaan dalam masyarakat majmuk.

Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng pada sidang media berkata, video muzik itu bukan sahaja tentang meraikan TBC, malah turut mencerminkan semangat sebenar Kuching Selatan sebagai sebuah bandar yang pelbagai, inklusif dan bersatu padu.

"Tahun ini menandakan tahun ketiga berturut-turut kami menerbitkan video muzik Tahun Baharu Cina dan sepanjang tiga tahun itu, inisiatif ini telah berkembang menjadi tradisi istimewa untuk MBKS.

"Ia menunjukkan usaha berterusan kami untuk menggunakan kreativiti dan budaya sebagai platform memupuk perpaduan, persefahaman dan nilai-nilai positif dalam komuniti," ujarnya pada sidang media di Bangunan MBKS hari ini yang dihadiri timbalan beliau Dato Dr Zaiedi Suhaili dan para kaunselor MBKS.

Wee berkata, antara objektif utama video muzik itu adalah untuk mempamerkan keharmonian dalam kalangan rakyat dengan TBC merupakan salah satu perayaan yang penuh dengan kegembiraan dan harapan serta sambutan yang dikongsi oleh semua orang.

"Produksi ini menyampaikan mesej yang jelas bahawa tanpa mengira bangsa, latar belakang atau budaya, kita bersatu sebagai satu komuniti untuk meraikan, menyokong dan menghormati antara satu sama lain," kata Wee sambil menambah lirik lagu akan disertakan dengan dwibahasa Cina dan Bahasa Malaysia.

"Kami amat berbangga kerana semua bakat yang dipaparkan dalam video muzik ini adalah anak Sarawak.

"Ia turut menonjolkan bakat kreatif kaya yang dimiliki oleh Sarawak.

"Apa yang menjadikan video muzik ini lebih istimewa ialah penglibatan bukan sahaja masyarakat Cina tetapi juga orang Melayu dan Bumiputera dan ia simbol keharmonian yang utuh," katanya.

Lebih menarik kata Wee, video muzik itu adalah simbol perpaduan di Kuching Selatan bukan sekadar slogan tetapi sesuatu yang diamalkan dan dihayati setiap hari.

"Sambil kita menyambut Tahun Kuda yang melambangkan kekuatan, ketabahan dan kemajuan, marilah kita terus maju bersama-sama dengan semangat kerjasama dan perpaduan," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2026 03:00 PM | Show all posts
Beberapa projek RTP di DUN Tamin dijangka siap sebelum April
Januari 16, 2026, Jumaat - 1:57pm



Sekitar lawatan ke tapak projek RTP di DUN Tamin baru-baru ini. - Gambar Facebook DUN N.59 Tamin

SELANGAU: Beberapa projek pembangunan luar bandar di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin kini memasuki fasa pelaksanaan selepas tapak projek diserahkan kepada kontraktor yang dilantik dan dijangka siap sebelum April ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang memaklumkan penyerahan tapak projek telah disaksikan wakil Pusat Khidmat ADUN Tamin Kaunselor Ajan Dau di lokasi projek masing-masing, manakala pelaksanaan kerja akan dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR).

Antara projek yang bakal dilaksanakan adalah kerja meratakan kawasan di Rumah (Rh) Ait Siong Ili, naik taraf jalan kebun di Rh Nyambong Siong Tengah, pembinaan gelanggang futsal di Siong Ulu serta pembinaan kemudahan tempat letak kenderaan di h Liam, Batu 25, Jalan Sibu-Selangau.

Kesemua projek ini dijadualkan bermula pada 12 Januari lalu dan disasarkan siap sepenuhnya menjelang 30 Mac ini.

Menurut Gira, pelaksanaan projek RTP tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh kemudahan asas dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

Beliau berkata, pembangunan infrastruktur seperti jalan kebun serta kemudahan rekreasi bukan sahaja memudahkan aktiviti harian penduduk, malah berpotensi merangsang kegiatan ekonomi di peringkat setempat.

"Penglibatan dan kerjasama berterusan antara JKR, kontraktor serta komuniti setempat amat penting bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan mengikut tempoh yang ditetapkan," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi DUN Tamin.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 03:03 PM | Show all posts
Cenderung alihkan tanggungjawab, Lau terkejut dengan kenyataan Lam
Januari 16, 2026, Jumaat - 2:02pm



SIBU: Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kaunselor Kevin Lau (gambar) menyuarakan rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Setiausaha Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak George Lam yang disifatkannya lebih cenderung mengalihkan tanggungjawab berbanding memberi fokus kepada usaha mempertahankan hak Sarawak.

Menurutnya, seruan agar semua Ahli Parlimen Sarawak khususnya daripada DAP yang merupakan komponen utama Kerajaan Persekutuan, memainkan peranan lebih proaktif dalam mempertahankan hak negeri bukanlah satu serangan politik, sebaliknya tuntutan terhadap akauntabiliti dan tanggungjawab wakil rakyat.

"Secara ironinya, kenyataan DAPSY sendiri mengakui bahawa 23 Ahli Parlimen Sarawak daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal sebagai tonggak utama dalam memajukan dan mempertahankan hak Sarawak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lau berkata, isu sebenar yang seharusnya menjadi perhatian semua pihak adalah tindakan terkini PETRONAS  yang memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan penjelasan berhubung rangka kerja kawal selia operasinya di Sarawak.

Beliau berpandangan, langkah tersebut boleh ditafsirkan sebagai satu cabaran terselindung terhadap undang-undang negeri dan kuasa Sarawak, sekali gus memerlukan pendirian tegas daripada semua pemimpin yang benar-benar komited mempertahankan hak negeri.

"Ini adalah isu yang serius dan mendesak, bukannya perkara yang boleh dialihkan dengan polemik politik," katanya.

Mengulas mengenai pendirian SUPP dan GPS, Lau menegaskan GPS tidak pernah berkompromi dalam mempertahankan hak Sarawak khususnya berkaitan pemilikan dan kuasa kawal selia sumber negeri selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Sarawak.

Beliau turut mengimbas peranan Ahli Parlimen GPS yang menghalang Rang Undang-Undang pindaan Perlembagaan pada 2019 daripada diluluskan secara tergesa-gesa, sebaliknya menuntut penelitian melalui Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

Katanya, usaha tersebut akhirnya membawa kepada kelulusan pindaan Perlembagaan pada 2021 bagi memulihkan kedudukan MA63, yang diterajui Menteri Undang-Undang ketika itu Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang kini merupakan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Selain itu, Lau menegaskan bahawa Kerajaan GPS di bawah kepimpinan Premier Sarawak telah mengambil tindakan konkrit dengan menguatkuasakan Ordinan Pengagihan Gas (GDO) 2016 sebagai langkah menegaskan kuasa Sarawak terhadap pengagihan gas dalam negeri.

"Ordinan ini mewajibkan semua syarikat mendapatkan lesen daripada Kerajaan Sarawak dan PETROS telah ditetapkan sebagai pengagregat gas negeri.

"Ini adalah tindakan sebenar, bukan sekadar retorik politik," kata Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan itu.

Beliau turut mengingatkan, selepas perubahan Kerajaan Persekutuan pada 2018, PETRONAS  pernah membawa Kerajaan Sarawak ke mahkamah berhubung kuasa kawal selia dan Cukai Jualan Negeri (SST), ketika kerajaan Persekutuan ketika itu menentang pembayaran SST kepada Sarawak.

"Hanya selepas Sarawak berjaya di mahkamah barulah PETRONAS  mematuhi keputusan tersebut.

"Persoalannya, di manakah pendirian tegas DAP ketika itu dan di manakah mereka sekarang apabila isu yang hampir sama berulang?" katanya.

Sehubungan itu, Lau menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan politik dan menunjukkan kepimpinan sebenar dengan memastikan hak, undang-undang dan kuasa Sarawak terus dipertahankan.

"Sarawak memerlukan perpaduan, ketegasan dan tindakan konkrit, bukannya pengalihan isu," tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 03:04 PM | Show all posts
Riang Ria Meriah DEKOMS di Matang Jaya pada 18 Januari ini
Januari 16, 2026, Jumaat - 2:14pm



Nurafidahtul (duduk, tiga kanan), Pengerusi Biro Wanita DEKOMS Dayang Norsiah Awang Mashor (empat kanan) serta ahli Biro Wanita DEKOMS merakamkan kenangan selepas mesyuarat terakhir persiapan untuk program tersebut.

KUCHING: Riang Ria Meriah DEKOMS akan dianjurkan pada 18 Januari ini bertempat di 7 on 7 Cafe, di Matang Jaya di sini bermula pada jam 9 pagi hingga malam.

Dianjurkan Biro Wanita, Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) dengan kerjasama Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia Cawangan Sarawak (PEBEKAM), ia merupakan acara tahunan yang bakal menjadi tumpuan orang ramai.

Acara tersebut sarat pengisian, antaranya pertandingan karaoke yang akan disertai oleh lebih 40 peserta, pertandingan dekorasi kek lapis dan pertandingan menyediakan kerabu pelbagai jenis.

​Menurut jurucakap DEKOMS, ini merupakan program pertama anjuran DEKOMS tahun ini dan buat pertama kalinya berkolabioratif dengan PEBEKAM.

Di samping sumbangan PEBEKAM, pihak penganjur juga mendapat tajaan utama daripada Semaju Bina Productions Sdn, Bhd, sebuah syarikat tempatan yang aktif dalam pengurusan artis dan penganjuran pelbagai kursus dan latihan dalam bidang seni dan persembahan.



Poster yang memaparkan acara Riang Ria Meriah DEKOMS pada 18 Januari ini.

​Datin Nurafidahtul Akmar, selaku Penasihat Biro Wanita DEKOMS dan turut mewakili penaja utama hadir pada mesyuarat terakhir jawatankuasa pengelola dengan menyampaikan taklimat penajaan dalam usaha memeriahkan lagi acara sepanjang hari itu.

​Turut memeriahkan acara ialah penyertaan ahli-ahli Biro Wanita dalam membuka gerai jualan pelbagai jenis barangan untuk pameran dan jualan sepanjang hari tersebut.

Sementara itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan hadiah cabutan bertuah sempena acara tersebut dengan cabutan bertuah akan diadakan pada sebelah malamnya, selain acara penyampaian hadiah kepada para pemenang karaoke, menghias kek lapis dan penyediaan kerabu.

​Sehubungan itu, pihak penganjur menjemput orang ramai agar hadir untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut kelak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 03:05 PM | Show all posts
Perasmian Tadika KEMAS Taman Sri Permai perkukuh pendidikan awal
Januari 16, 2026, Jumaat - 2:55pm



Lo (tiga kanan) merasmikan Tadika KEMAS Taman Sri Permai hari ini sambil disaksikan yang lain.

PADAWAN: Perasmian Tadika KEMAS Taman Sri Permai menjadi satu pencapaian penting dalam usaha berterusan memperkukuhkan pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan kemudahan komuniti di dalam kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia sekali gus mencerminkan komitmen jangka panjang kerajaan dalam meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak.

“Pada masa yang sama, memastikan pembangunan kemudahan komuniti selari dengan keperluan penduduk setempat.

“Usaha ini memberi manfaat menyeluruh kepada murid, pendidik, keluarga serta seluruh komuniti Taman Sri Permai, sekali gus memperkukuhkan jaringan sosial dan kesejahteraan penduduk,” katanya.

Tambahnya, sejak fasa awal pembangunan sejumlah RM200,000 telah diperuntukkan bagi pembinaan Dewan Komuniti untuk kegunaan penduduk setempat.

Pada tahun 2023, RM200,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah disalurkan untuk pembinaan bangunan Tadika KEMAS.

Diikuti dengan peruntukan tambahan RM175,000 pada tahun 2024 untuk penambahbaikan kemudahan di tadika tersebut.

“Bagi meneruskan komitmen pada tahun 2026, satu lagi peruntukkan sebanyak RM200,000 telah diluluskan untuk menaik taraf Dewan Komuniti.

“Kerja-kerja penambahbaikan merangkumi penyediaan bekalan elektrik, kipas, pentas, awning serta kemudahan asas lain, memastikan keselesaan dan fungsi lebih baik untuk aktiviti komuniti,” ujarnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 01:10 PM GMT+8 , Processed in 1.374336 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list