|
Reply 120# ciksurie
Ecah.... hmmmm siapa ye? kena yg gila2 sikit. Faris mixed blood. siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 120# ciksurie
Ciksurie, orang buat film cari hero dan heroine dulu, kita cari pelawak dulu..... memang hancus film kita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 122# mamiayu
tue ah...watak hero n heroin tak leh pikir...nak suh si zain saidin tue mcm jambu n pendekler pulak
kalu bukak company casting nie
bankrup dulu before dpt job |
|
|
|
|
|
|
|
watak Ecah kita kasi Siti Saleha..agak2 ok tak?
watak dol dgn abu...kasi dekat jozan...hehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 124# nallepooh
Siti Saleha tu lady like sangat, lemah lembut gitew macam mana nak jadi ala-ala pencolek 'nyah' |
|
|
|
|
|
|
|
zain saidin to tak approve lah.... tak cukup height nak jadi hero macam faris |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 125# mamiayu
ciksurie suka lisa surihani yg jadi......
ala2 yg mcm tudung express tue
hero tue...
kiter mintak tlg serap sinclair balik sat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 127# ciksurie
lisa ok gak. ashraf....... kita kena tanya peminat2 faris kat bod ni dulu |
|
|
|
|
|
|
|
walau siapa pun hero dan heroine, watak dol atau abu tetap jatuh ke tangan Harun Salim Bacik. Menang tanpa bertanding |
|
|
|
|
|
|
|
walau siapa pun hero dan heroine, watak dol atau abu tetap jatuh ke tangan Harun Salim Bacik. Menang ...
mamiayu Post at 25-5-2011 22:52
setuju..setuju....chaiyook...chaiyook.... |
|
|
|
|
|
|
|
x ada bekalan ke hari nie??? |
|
|
|
|
|
|
|
Faris dan ecah tak jumpa jalan keluar lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
dah jauh sesatnya tu..tak muncul2 lagi nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Silau matahari yang memancar membuatkan Faris membuka matanya. Perlahan2 dia melihat sekelilingnya yang dipenuhi hutan tebal. Terasa kebas bahunya dihempap sesuatu. Matanya dibuka seluas2nya lantas dia menoleh ke kanannya.
Gadis semalam sedang nyenyak tidur bersandar dibahunya. CEh!!! Bukan main sedap kau landing kat bahu aku!!! Pantas ditolaknya tubuh gadis itu ketepi hingga membuatkan gadis itu terjaga. Terpisat2 dia bangun kerana terkejut.
Matanya juga meliar memandang sekelilingnya, namun matanya terhenti sebaik terpandangkan Faris disebelahnya. Berkerut dahinya memandang Faris. Faris juga begitu. Ada rasa dengkel di dalam hatinya memandang gadis itu. Rasa menyampah.
“Bangun! Aku nak, hari ni kau cari jalan keluar jugak! Kalau sampai petang ni, kita masih tak keluar dari hutan ni….kau tahulah nasib kau!” ugut Faris. Lantas, tali ditangannya ditarik kuat hingga membuatkan gadis itu terpaksa bangun berdiri.
Aishah bangun jua. Pergelangan tangannya terasa perit. Kali in, baru dia memahami apa perasaan lelaki dihadapannya sewaktu diikat dahulu.
“Jalan!” tubuh Aishah ditolak dari belakang. Satu langkah, dua langkah, Aishah berhenti, kemudian berpaling memandang Faris.
“Kenapa berhenti?” soal Faris tegas. Aishah menarik nafas geram. |
|
|
|
|
|
|
|
“Macammana aku nak tunjuk jalan keluar kat kau, sedangkan aku sendiri tak tahu??!! Kau pun dah tengok sendiri dengan mata kepala kau sejak semalam, makin kita berjalan dalam hutan ni, makin kita sesat! Takkan kau nak ulangi perkara yang sama hari ni?” bentak Aishah geram. Rasanya, lelaki ini masih belum faham bahawa dia sebenarnya pun tidak arif tentang hutan itu.
Faris terdiam. Nafasnya turun naik. Sudahlah perut pun sudah berkeroncong. Angin pun sudah masuk ke kepala hingga terasa hendak pening dan muntah. Dia memandang Aishah didepannya.
“Sumpah kau tak tahu?” soal Faris lagi.
“Sumpah!” akur Aishah geram. Buat apa dia nak menipu…dia sendiri pun tidak mahu terus sesat di dalam hutan itu. Lebih2 lagi bersama lelaki sombong itu.
Faris diam.kali ini dia terpaksa akur dan percaya pada gadis itu. Ada benarnya juga kata2 gadis itu. Makin lama mereka berjalan, rasanya mereka semakin sesat. Tidak Nampak langsung tanda2 jalan besar akan mereka temui.
“Habis tu..apa kita nak buat ni….” Keluh Faris seakan buntu. Dia sudah terduduk memegang kepalanya yang pening. Aishah diam, memandang sekelilingnya.
“Kita cari sungai!” kata Aishah tiba2. Faris yang tunduk, terus mendongak.
“Nak buat apa dengan sungai?” soal Faris.
“Laa….apake bodoh sangat engkau ni!!!” marah Aishah. Pantas Faris terus bangun dan merapati Aishah.
“Eh!!! Cakap baik2 sikit! Aku bukan bodoh tau!” jerit Faris dimuka Aishah. Aishah pandang tepat ke muka Faris. Dia ingat aku takut dengan suara dia? Boleh blahhh….
Melihat Aishah yang menentang pandangan matanya, Faris menolak tubuh Aishah ke depan untuk berjalan.
“Cari sungai sekarang!!!” arahnya. Aishah mencebik geram. Kalaulah tangannya tidak diikat, sudah lama lelaki dibelakangnya makan penampar! |
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Khursiah, Tengku Fatimah dan Puan Emily mendengar penerangan dari Inspektor Amir yang tiba di villa Tengku Fatimah pagi tadi. Sebuah rakaman CCTV ditayangkan kepada mereka bertiga.
“Melihat rakaman ini, saya mengesyaki ada unsur jenayah disebalik kehilangan Tengku Faris. Tapi, hal ini masih belum disahkan memandangkan kes masalah teknikal pada CCTV ni Nampak bukan seperti dirancang kerana pada hari berlainan, terdapat juga masalah yang sama berlaku pada kamera yang sama…Cuma, sekarang, saya mohon jasa Tengku Khursiah untuk memberi sedikit maklumat tentang 2 orang suruhan Tengku yang menjemput Tengku Faris tempohari…” kata Inspektor Amir.
“Err…saya sedia bekerjasama dengan Inspektor. Saya akan berikan butir2 mengenai 2 orang suruhan saya tempohari nanti,” kata Tengku Khursiah.
“Bagaimana pula dengan kereta yang digunakan pada hari itu?” soal Inspektor Amir.
“Kereta Mercedes itu pun turut hilang sama. Sampai sekarang, pihak kami masih mencari kereta tersebut…” kata Tengku Khursiah. Inspektor Amir mengangguk2 faham.
“Sudah berapa lama pihak Tengku mencari kereta dan orang suruhan Tengku yang hilang tu?” soal Inspektor Amir.
“Emm…sudah 4 hari, sejak kehilangan Tengku Faris…” balas Tengku Khursiah lagi. Tengku Fatimah dan Puan Emily hanya menjadi pendengar.
“Sudah 4 hari? “ soal Inspektor Amir kehairanan. Rumit juga…4 hari mencari masih belum berjumpa…padahal Malaysia ni bukanlah besar sangat….
“Hmm..boleh saya tahu, kenapa Tengku Faris datang ke Malaysia?” soal Inspektor Amir lagi. Tengku Khursiah memandang kea rah Puan Emily.
“Arwah suami saya, Tengku Mansor telah meninggal 2 bulan yang lalu. Jadi, sepatutnya pada 5 hari yang lepas, Tengku Faris patut ada bersama kami bagi upacara mendengar wasiat. Kepulangannya ke Malaysia, hanya sebab itu yang saya tahu. ..” ujar Tengku Khursiah perlahan.
“Ada sebab lain lagikah?” kali ini, Inspektor Amir memandang kea rah Puan Emily pula. Wanita Inggeris yang fasih berbahasa Melayu dan berbaju kurung. Manis sekali bila dipandang. Puan Emily menarik nafas payah. Dia terdiam sejenak sebelum membalas soalan Inspektor Amir.
“Dia memang ramai kawan. Even he got friends in Malaysia as well. Kalaupun dia berjumpa kawan2nya, one thing that I can assure you is, he will pick up any phone call especially call from me. Tapi, kali ini, telefonnya tidak dapat dihubungi terus,” kata Puan Emily.
Inspektor Amir diam lama. Dia menarik nafas resah.
“Tak apalah. Saya akan cuba siasat lagi hal ni dengan maklumat tentang 2 orang suruhan ini. Mungkin itu boleh membawa kita kepada Tengku Faris..” kata Inspektor Amir. Ketiga2 wanita elegan didepannya mengangguk faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama berjalan di dalam hutan, Faris berhenti sebentar melepaskan penat. Tali ditangannya dilepaskan. Kalau gadis itu hendak lari sekarang..larilah! Dia sudah tak kuasa hendak mengawal gadis itu lagi. Rasanya, kalau gadis itu hilang pun…tak apa…
“Alang2 kau lepaskan tali tu, kau bukaklah ikatan ni sekali!” kata Aishah dengan muka selamba. Faris mendengus, kemudian menguraikan ikatan dipergelangan tangan gadis itu. Tali dicampak ke tepi. Aishah yang baru terlepas, cepat2 mengusap2 pergelangan tangannya yang sudah kemerahan.
“Tangan aku…..” Aishah bersuara sayu mengusap2 tangannya. Melihat kesan lebam kemerahan ditangan gadis itu, lantas Faris menarik tangan itu dan membelek.
“Taklah teruk sangat! Kalau nak dibandingkan dengan aku punya ni…lagi teruk…” kata Faris sambil menunjukkan kesan lebam di pergelangan kakinya. Aishah melopong. Faris terus berjalan meninggalkan Aishah dibelakangnya.
“Eh…kau tak takut aku lari?” soal Aishah yang membuntuti Faris.
“Ahhh…pergi matilah kau! Aku bawak kau sebab aku ingat kau boleh tunjuk aku jalan keluar. Sekarang ni, nampaknya kau langsung tak berguna pada aku…Jadi, kau boleh pergi sekarang!” kata Faris sambil melangkah. Perutnya terasa begitu lapar.
Aishah terdiam, membiarkan Faris melangkah jauh meninggalkannya. Aishah toleh ke belakang. Agak2, kalau aku ikut jalan yang aku datang tadi, boleh jumpa jalan keluar tak? Aishah gigit jari telunjuknya. Dia terdiam berfikir. Faris pula nampaknya sudah semakin jauh darinya.
Aishah pejam mata. Dia menarik nafas, mencari cara untuk pulang kerumah kayu yang ditinggalkannya semalam. Bunyi hutan menyapa telinganya. Unggas dan cengkerik masih menyanyi riang di pagi itu. Tiba2, sesuatu bunyi yang tenang, menangkap halwa telinganya.
Aishah pejam mata lagi. Diamati bunyi itu dengan teliti. Bunyi ….bunyi….bunyi air mengalir!
“Sungai!!!” Aishah spontan menjerit lalu matanya terbuka. Hatinya melonjak riang. Pantas langkahnya dihayun menuju kea rah bunyi yang semakin lama semakin jelas kedengaran ditelinganya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Sungai! Sungai!!! Sungai!!!” macam orang Afrika dari gurun sahara bertemu sungai, Aishah melompat2 riang. Gembira hatinya bukan kepalang. Kurang dari 20 meter, dia sudah nampak sebuah air terjun yang mengalir deras. Airnya yang putih bersih meluncur laju menuruni batu2 yang berserakan disimbah cahaya matahari.
Aishah terus berlari laju menghampiri sungai itu.
“Sungai! Sungai!” berkerut kening Aishah tatkala langkahnya tiba2 dipintas oleh lelaki tadi dari belakang. Serta merta langkah Aishah jadi perlahan, memerhatikan langkah lelaki itu yang terkinja2 menjerit riang dan menghampiri sungai didepan mereka.
Langkah keduanya mati sebaik tiba ditepi air terjun itu. Aishah dan Faris sama2 memandang air yang mengalir deras hingga ke hujung sungai.
“Kata nak tinggalkan aku?” perli Aishah.
“Siapa kata?” soal Faris kembali, menyindir. Diperhatikan air sungai yang mengalir agak deras dihujung liku sambil bercekak pinggang. Matanya bercahaya sebaik terlihat ikan2 sungai yang berenang riang. Makanan!!! Bulat mata Faris memandang ikan2 itu.
Tapi..nak tangkap pakai apa? Nak pakai tangan, silap haribulan, disengatnya tangan aku pulak! Faris memerhati sekelilingnya.
“Cari apa?” soal Aishah . Pandangan Faris tumpah kepada kemeja luar Aishah. Bibirnya mengukir senyum. Lantas tubuh Aishah didekatinya. Berkerut dahi Aishah memandang kelakuan Faris.
“Bukak baju kau!” arah Faris. Aishah tercengang dengan mata yang terbeliak. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kau gila?!” jerit Aishah sambil memegang kemas bajunya. Melihat mata Faris yang menjamah tubuhnya, buat hati Aishah menggeletar.
“Aku kata bukak, bukaklah!” laung Faris lalu menghampiri Aishah.
“Tak mahu!!!” jerit Aishah . Faris tidak peduli. Kemeja Aishah yang dipegang kemas oleh gadis itu lantas ditarik. Aishah pula galak meronta2 didalam pelukan Faris yang gigih menanggalkan kemeja luarnya.
“Haa..dapat pun…” Faris senyum senang bila kemeja berwarna biru tua lusuh itu sudah berjaya ditanggalkannya dari tubuh Aishah. Lantas terus dia menanggalkan kasutnya dan terjun ke dalam sungai. Aishah yang tinggal bert-shirt putih terlopong.
Dia nakkan kemeja aku? Buat apa? Kenapa tak cakap jelas2 ? Langkah Faris dipandang dengan perasaan jengkel. Lelaki itu dilihat mengikat kemejanya menjadi seperti sauk. Kemudian, terbongkok2 lelaki itu mengintai sesuatu dicelah2 batu didalam sungai.
Sekali, dua kali disauk, akhirnya seekor ikan berjaya ditangkap oleh Faris dengan menggunakan kemeja lusuh Aishah .
“Hahah!!!! Aku pandai!!!! Aku pandai!!!” Faris menjerit riang lalu cepat2 membungkus ikan itu dengan kemeja lalu dibawa ke daratan. Aishah turut mengerumuni ikan yang dibungkus oleh Faris. Mereka sama2 bertinggung memerhati bungkusan kemeja itu.
Wajah masing2 bersinar riang. Faris membuka bungkusan kemeja itu dengan hati2. Bila kemeja dibuka, seekor ikan haruan yang sebesar lengan Aishah sedang menggelupur ke kiri ke kanan. Mereka tersenyum riang.
“Tapi hidup lagi…macammana nak makan?” soal Aishah lalu memandang Faris didepannya. Faris diam.
“Kau biasa bunuh orang?” soal Faris. Ikan haruan itu masih berkodek. Pantas Aishah menggeleng kepalanya.
“Kata orang jahat…takkan bunuh orang pun tak pernah?” marah Faris.
“Aku penculik kanak2! Bukan pembunuh!!!” dahi Faris ditunjal. Mengaduh Faris dibuatnya lalu dia jatuh terduduk dirumput.
“Heyy!!! Kau tunjal kepala aku sekali lagi, aku campak kau dalam sungai ni…” ugut Faris.
“Tak herannn…” Aishah mencebik. Dia campak aku dalam sungai….aku berenang…!
“Nanti…” tiba2 idea Aishah datang. Dia bangun tergesa2 mencari sesuatu. Faris melopong melihat Aishah yang terbongkok2 mengutip sesuatu. Aishah kembali semula bersama sebuah puntung kayu yang agak besar.
“Tepi! Tepi!” arah Aishah. Faris berundur, memberi laluan kepada Aishah. Aishah angkat kayu tinggi2, kemudian dia menghayun kayu itu terus kena ke kepala ikan haruan itu. Sekali hayun, kemek kepala ikan haruan tersebut.
Faris melopong lagi, melihat ikan haruan yang sudah berhenti bergerak. Nyata, ikan itu sudah mati. Faris pandang Aishah.
“Kau ni perempuan ke jantan?” soal Faris terkedu. Aishah senyum lalu melempar kayu itu.
“Eh! Eh! Aku buang pulak!!!” terkocoh2 Aishah mengutip kayu itu kembali. Lagi sekali Faris melopong melihat telatah gadis itu.
“Boleh buat kayu api….” Kata Aishah memberi penjelasan kepada tindakannya bila melihat Faris yang melopong dari tadi.
“Mana nak dapat api?” soal Faris pula. Jatuh bahu Aishah mendengar soalan Faris. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fizziany at 3-6-2011 15:18
“Kalau tak ada api, buat apa kau tangkap ikan ni?” soal Aishah. Faris terdiam. Betul juga….Kepalanya digaru berkali2.
Aishah menyeluk kocek seluar jeansnya. Bibirnya menguntum senyum sebaik tangannya mencecah sesuatu di dalam koceknya. Bertambah hairan Faris melihat gelagat gadis didepannya.
“Aku pandai!! Aku pandai!!! Hahah!!!” macam orang gila, Aishah terlompat2 ke sana kemari dengan tangan yang masih diseluk dalam kocek seluarnya. Faris ternganga melihat gadis yang masih terlompat2 didepannya. Macam ni punya orang pun ada???
“Kau kena berterima kasih kat aku seumur hidup kau!” kata Aishah lalu mengeluarkan sesuatu dari koceknya. Faris memandang tepat ke tapak tangan Aishah. Bibirnya ternganga.
Sebiji lighter kecil dan sebilah pisau lipat berada ditapak tangan Aishah. Kedua2 benda itu disumbat oleh Aishah ke koceknya selepas dia selesai memasak mi cawan semasa dirumah kayu dahulu. Tak sangka pula, benda itu masih tersimpan rapi di kocek seluarnya.
Faris memandang Aishah yang masih tersenyum2. Gembira hatinya bukan kepalang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|