|
[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN
[Copy link]
|
|
Gelak gak... dah ler perut sakit neh... adussss
bintang Post at 24-1-2011 21:34
tu la...nak panggil apa nama panjang2 camtu? jenuh la bakal laki nak akad nikah sok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haru kalo masa akad pengantin gabra mulalah bertukar nama... nama belakang pi letak depan, ...
bintang Post at 24-1-2011 21:41
silap2 tok kadi pun tersalah sebut... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_blingblings at 24-1-2011 22:25
Cerita lama gak ni, zaman aku lom lahir
--------------------------------------------------------
Mahu tak mahu terpaksalah Timah tahan telinga lagi. Kalau ada pilihan tak mungkin dia teringin nak bersalin di rumah ibu bapanya. Mulut emaknya yang kuat berleter itu tiada siapa yang dapat bertanding. Sudahlah itu anak yang ke limanya. Ke empat-empat anaknya yang sedang membesar kerap menjadi mangsa cubitan dan umpat cela nenek yang amat berkira soal makan minum.
Baharom, suami Timah tidak dapat pulang, maklumlah kerja sebagai AC (polis jaman dolu) bukan mudah nak dapat cuti. Balainya pula terletak jauh di kawasan pendalaman. Nak dapat kenderaanpun susah.
Hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Bersalinlah Timah, anak perempuan juga kali ini. Anak perempuan ke empatnya. Seorang lelaki, empat perempuan, sudah lima anak Timah.
Sudah masuk lima hari Baharom masih belum tiba. Timah semakin gelisah, telegraph yang dihantar sudah masuk kali ke tiga. Kalau lambat didaftar pasti ada banyak masalah di balai polis. Aduh...
"Ayah, ni Timah dah tulis nama anak ni, nanti ayah bagi kat polis tu ya" Timah memberitahu ayahnya. Zaman dahulu proses mendaftar kelahiran dilakukan di balai polis.
"Tak payah, aku ingat, hang ingat aku ni dah nyanyokkah?"
"Ialah, nanti salah pula nak dieja, ayah bukan tahu baca rumi"
"Apa susah, aku bacalah depan pak datuk balai tu"
"Cuba ayah sebut lagi sekali nama yang Cik bagi tu" sengaja nak menduga ayahnya yang masih kuat walaupun sudah berusia enam puluh lima.
"Siti Aisyah" Timah tersenyum sambil menyumbat sebiji cucur manis ke mulutnya.
Sampai saja di balai polis itu, Tok Guru mengaji yang sangat terkenal di kampung itu sibuk bersalaman dengan bekas anak-anak muridnya.
"Lebai nak buat apa ni?" tanya Koperal Dollah.
"Nak daftar cucu, baru bersalin.
"Anak siapa?"
"Anak Timah, ni passport dia" Kad pengenalan Timah dihulurkan.
"Duduklah Lebai, nanti saya tulis ya" sebuah buku rekod dibawa ke depan.
"Nak boh nama apa Lebai?"
"La, tadi mak dia bagi dah nama, mana pulak perginya kertas. Terbang kot, aku pederas laju sangat tadi, nak cepat sampai"
"Lebai ingat ka namanya?"
"Sat aku nak ingat....emm...emm, hang bubuh ajalah nama Siti Khadijah" koperal Dollah pantas menulis.
"Nama ayahnya?"
"Baharom"
Tak payah menunggu lama surat beranak bertulis tangan itu dihulurkan.
"Simpan baik-baik Pak Lebai, nanti terbang pulak" Koperal Dollah tersenyum-senyum melihat lelaki yang sudah berumur itu melipatkan dengan cermat dan dimasukkan ke dalam bonjolan tali pinggang hijaunya.
Sampai saja di rumah dengan senyuman lebarnya dihulurkan surat beranak itu kepada anaknya Timah.
"Ya Allah! Ayah!" jeritan Timah mengejutkan mereka yang ada. Emaknya segera mendapatkan anak beranak itu.
"asal apa menjerit macam orang gila ni?"
"Mak tengoklah sat, ayah ni, mana kertas yang Timah bagi tadi?"
"Hilang" jawab Lebai Ali dengan selamba.
"Awat ayah tukar nama?"
"Elok apa nama tu, nama isteri Nabi Muhammad"
"Elok tu memang elok, Siti Aisyahpun nama isteri nabi juga, awat ayah letak Siti Khadijah?"
marahnya sudah tak dapat dikawal.
"Entah, tiba-tiba ayah teringat nama tu, sedap juga"
"Sedap tu memanglah sedap tapi kakak diapun ayah dah bagi nama tu. Dua-dua orang anak Timah nama yang sama. Ya Allah, ayah ni!"
"Allahuakbar, ayah lupa" Lebai Ali menepuk dahi.
Untuk mengelakkan kekeliruan kakak yang berumur dua tahun itu diberi nama panggilan baru di rumah, Zakiah namanya. Adiknya kekal dengan nama Khatijah. Setelah beberapa tahun kemudian kekeliruan masih timbul bila sesekali guru-guru bercakap mengenai dua beradik itu kerana mempunyai nama yang sama.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota: Zaman dulu memang ramai yang mempunyai nama pelik di dalam surat beranak kerana polis yang bertugas tak tahu nak mengeja nama dengan betul.
--------------------------------------------------------------------------- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ala kak... bintang kalo ada anak kelak, kalo melalak tak berenti kasi nama Ahmad Albab ler ...
bintang Post at 24-1-2011 21:36 agaknya macam tulah nama-nama kedua timbul ... |
|
|
|
|
|
|
|
Napa tiba2 keluar ikon |
|
|
|
|
|
|
|
silap2 tok kadi pun tersalah sebut...
easternlane Post at 24-1-2011 21:53 janganlah letak nama panjang-panjang, sian suami nak sebut |
|
|
|
|
|
|
|
Napa tak ramai-ramai masuk sini, kongsikan buah fikiran anda, asahkan bakat yg ada, keluarkan bakat yang terpendam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 128# cmf_blingblings
asah2 bakat x tajam juga .... |
|
|
|
|
|
|
|
Momod Jaza ada minta untuk menulis sesuatu tentang kenangan. Jadi, baru hari ini terbuka hati untuk berpartisipasi.
***
Membaca Kerinduan
Terasa bagiku waktu itu telah terlalu lama berlalu. Kerinduan pada waktu itu menikam sukma, menusuk kalbu dan membalut jiwa. Membawa kesayuan yang membenam dalam. Adakah detik-detik itu akan hadir semula? Kepalaku ligat berputar, berpilin memaksa aroma kenangan bertebaran meruap memenuhi ruang. Pengap. Bisu. Sepi pun bergantungan.
Sekali lagi aku terkenang akan rentetan-rentetan detik sejarah, bertemu dan meraut bilah-bilah kemesraan dan kasih sayang yang luhur. Amat rindu dan dinginnya hati untuk kembali dalam detik-detik waktu yang dahulu. Berpuasa dan menanti waktu berbuka, menjenguk lauk-pauk, kuih-muih yang penuh di meja hidangan. Mengisi gelas-gelas dengan Air Katira, Cincau dan Tebu yang di beli oleh babah di Felda Air Tawar 1, setelah meranduk dan meredah hutan kelapa sawit sejauh 15 km, dengan Honda Cup C70 yang berjasa.
Saat mengetuk pintu dan memberi salam di rumah jiran, berlarian meredah semak lalang setinggi kepala untuk menghantar juadah dan bertukar-tukar menu tanda muafakat. Menjamah hidangan setelah mengaminkan doa babah, berterawikh dengan tetangga di surau, sambil menghabiskan moreh dengan teman-teman nakal yang lain, sebelum terawikh habis di beri salam.
Aduhai!
Alangkah indahnya waktu itu. Namun...adakah akan terhadir kembali detik-detik itu? Aku sendiri tidak dapat memberi jawapan kepastian.
Apa yang pasti, kesunyian dan kerinduan telah membungkus detik-detik itu berlalu, terlalu lama hingga menjadi usang dan uzur untuk di lalui lagi. Detik itu tidak mungkin akan hadir lagi. Aku benar-benar rindu akan arwah babah, suasana kampung, aroma dan persekitaran tempatku di besarkan. Dididik dan terdidik, tempat membina kekuatan dan mencari jati diri. Aku benar-benar rindu. Rindu setelah ternanar dalam bahang kota yang cengkarawang ini. Intrig. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Momod Jaza ada minta untuk menulis sesuatu tentang kenangan. Jadi, baru hari ini terbuka hati untuk ...
attokz Post at 25-1-2011 16:09
Itu tulisan sastrawan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Kenangan
Dia selalu meng"inggeriskan" namaku. Biar berkali aku nyatakan, panggillah nama yang diberi oleh ibu. Tapi tetap tidak dia indahkan. Dia suka... itu jawapannya. Dan kadang-kadang aku pula mengusiknya; biar berapa kali pun nama itu disebut, mataku tidak juga biru atau rambutku tidak pula bertukar perang. Dia hanya ketawa. Tambahnya lagi dia tetap ingin memanggil nama yang disukai. Aku cuma tersenyum tidak mahu berbalah kerana nama.
Seperti hari-hari lalu pabila bertemu pasti ucapan ini keluar dari bibirnya...
"Good morning, how are you today"?
Dan seperti biasa aku akan menjawab.."Wa'alaikummussalam... Alhamdulillah sihat.." Jawapanku membuatkan dia tersenyum kerana dia tahu dalam jawapan lembut yang diberi ada sindiran di situ. Tapi dia pura-pura tidak mengerti... Sekadar tersenyum meleret.
Namun entah kenapa perubahan berlaku dengan tiba-tiba. Beberapa hari itu, apabila bersua dia tidak lagi mengucapkan ucapan itu. Tidak menghadiahkan senyuman seperti selalu. Aku memandangnya namun dia seperti tidak tahu bahawa aku wujud di depannya. Di hati terdetik rasa hairan dan aku lindungi dengan pujukan di hati bahawa dia menghadapi masalah atau sedang memikirkan sesuatu yang berat sehinggakan tidak perasan aku berada di jalan yang sama dengannya.
Sehinggalah... suatu pagi perkhabaran itu aku terima dari seorang teman.. Dia yang suka mengusikku, dia yang suka meng'inggeriskan' namaku telah pergi untuk selamanya. Aku yang menerima berita itu rasa tidak percaya. Tapi siapakah yang berani mempermainkan berita seperti itu... Aku terduduk, hanya lafaz "Innalillah...... dan Al-Fatihah yang keluar dari bibirku. Dalam usia muda dia telah dipanggil mengadapNYA kembali. Siapalah yang boleh mengungkaikan janji yang telah dibuat?
Al-Fatihah buat teman yang baik hati... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 133# cmf_blingblings
Blings...
petang-petang macam ini kenangan dengan dia hadir tiba-tiba...
Cerita cinta nanti haku tepekkan..
Kasi peluang orang lain tulis dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blingblings
Blings...
petang-petang macam ini kenangan dengan dia hadir ti ...
cmf_azure Post at 25-1-2011 17:18
ok...ok... nanti letak cerita baru |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 113# cmf_blingblings
wah jepun!!! akak dapat kawan dengan org2 jepun tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH DALAM BAS
Perjalanan dari Kuantan ke Temerloh memakan masa 2 jam amat lah membosan jika tidak dapat melelapkan mata. Bas pilihan aku bukan lah bas kegemaran tapi satu2 nya bas menyediakan perjalanan ini. Suka atau tidak terpaksa lah aku menggunakan perkhidmatan Bas T.
Jam akan bergerak pukul 2 petang, jadi aku sudah pun berada di Terminal Makmur sekitar pukul 1.15. Sesampai di platform aku melihat gelagat 3 lelaki yang asyik memerhati gelagat orang yang lalu lalang. Apa yang tidak sedap, dia memandang macam tak pernah jumpa perempuan. Aku rimas dengan lelaki begini.
Terfikir sejenak, hari ini Jumaat. Musafir ke? ye la kot.
15 minit sebelum masa bergerak, semua penumpang mula duduk di tempat masing. Lelaki C duduk betul2 dibelakang aku, manakala dua lagi lelaki A dan B duduk di seberangnya. Malang buat seorang gadis, tempatnya di sebelah lelaki C.
Sebelum bas bergerak ketiga2nya mula membuka bekal masing2, biskut, roti dan entah apa lagi. Mulut mula riuh. sebaik bas bergerak, Lelaki C mula melancarkan plannya.
"assalammualaikum, nama apa" Lelaki C bertanya kepada gadis itu. Sunyi.
"tak baik tak jawab salam" dia menambah. mata aku yang mula nak terlelap tadi jadi terganggu dengan suara2 sumbang lelaki C.
"student ke?"
"kat mana" sunyi.
"awak nak dengar 1 cerita tak?"
"awak nak dengar tak nak? kalau nak saya cerita"
"mmmmm..." pendek aje jawapan gadis itu.
"ada seorang lelaki jumpa seorang nenek. Puas dia bagi salam dan minta izin nak tanya. Nenek tu masih senyap. tak pandang langsung pada lelaki itu. Lelaki itu pun tanyalah semula, nenek pekak ke. Nenek tu pun jawab, saya tak pekak" lelaki itu gelak dengan cerita dia sendiri. pelik lelaki ini. Ramah tidak bertempat. Aku yang di depan pun kusut inikan pula gadis di sebelahnya.
Tiba di kawasan masjid yang terletak di laluan utama bandar, kelihatan jalan mula sesak dengan mereka yang bergerak pulang dari solat Jumaat. Selamba 3 lelaki tadi mempersendakan dengan keadaan diri masing2.
"orang baru balik masjid"
"kita musafir" balas seorang.
"ye la.." entah kenapa ketiga2nya ketawa. Hilang rasa malukah mereka pada mereka yang lebih tua dalam bas ini. Aku menggeleng sendiri.
"tingkap tu boleh buka tak?" Lelaki itu bertanya pada gadis itu. Lembut mengalahkan sutera. sunyi. Tanpa balasan.
"mat, tingkap boleh buka tak?" Lelaki C bertanya pada kawan nya di seberang. Lelaki itu masih tidak puas hati.
"mana boleh" jawab lelaki itu.
"ooo...ada orang nak terjun ikot tingkap" jelas dia memerli gadis itu. Mereka tertawa semula.
Sesi suai kenal terus berlangsung, tapi hanya suara lelaki itu sahaja yang kedengaran. Pasti dia bercakap sendiri. Lelaki oh Lelaki.
Sejam sudah berlalu, mulutnya tak berhanti lagi. Kepala aku sudah pening.
"ada no telefon tak?"
"tak ada" jawab gadis itu.
"no telefon rumah tak ada?"
"tak ada"
"nombor telefon nenek ada?"
"ada"
"oh nenek dia aje yang guna telefon, dia tak guna" sebiji kena. Gadis itu sunyi tidak membalas.
"berapa nombor telefon nenek? saya nak telefon nenek" gadis itu kembali sunyi.
Kebisuan gadis itu membuatkan lelaki itu sedikit bengang. Dia berbual dengan kawan2nya, aku mula terasa bas ini sudah jadi rombongan Cik Kiah.
Apabila, destinasi menghampiri sempadan Temerloh Maran lelaki C bersuara kembali kepada gadis itu. Apa yang membuat aku semak perut, suara yang sengaja di lembut kan. Bukan lembut sebab hormat, tapi lembut yang bisa meloyakan tekak. Adoi..pecah kepala dengar.
"bagi lah nombor telefon nenek"
"bolehlah.." dia memujuk lagi.
Perangai gila lelaki itu yang baru, boleh pula dia meneka 10 digit, satu2 pula tu. tertekan aku yang mendengar. Kesabaran semakin menipis mendengar dan melihat gelagat mereka.
Syukur mereka turun sebelum Terminal Temerloh. Lega segala urat saraf aku. Terdengar satu satu keluhan berat dari si gadis. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KISAH DALAM BAS
Perjalanan dari Kuantan ke Temerloh memakan masa 2 jam amat lah membosan jika tid ...
fazss Post at 26-1-2011 16:46 uik...napa rasa cerita ni tergantung, ada sambungan tu |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada bakat menulis, sekadar mampu membaca saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mazz2009 at 27-1-2011 10:42
Tiba2 rajin plk
**************************************************************************
Habis tu kita ni sebenarnya macamana?....
Kita kawanlah, nak macamana lagi?... suara Errino dah mula meninggi bila berulang kali aku bertanya tentang hubungan kami selama ini. Selama 6 tahun kami kenal dan selama itu aku tertipu dengan harapan yang diberi, betapa butanya aku untuk menilai hanya kerana aku terlalu menyayanginya. Sia-sia saja penantian dan pengorbanan aku selama ini.
Tak baik Zira buat macam ni, mempermainkan perasaan orang...
Permainkan apa pula kak, Zira cuma berkawan je, tak ada pula nak serius pun takkan itu pun salah?
Kak Tiha mengeluh memandang aku, acapkali dia menasihati ku, bila kerapkali aku pulang lewat, keluar pula dengan lelaki yang berlainan setiap hari.
Zarul baik orangnya, apa salahnya Zira bagi dia peluang, jangan buang masa Zira macam ni kita bukannya semakin muda. Sudah-sudahlah dendam Zira pada lelaki tu..
Apa akak cakap ni? bila masa pula Zira nak balas dendam ke apa, Zira cuma berkawan je lah... Zira tak ada hati lagi nak kahwin. Dahlah tak perlu kak Tiha risaukan pasal Zira, Zira dah besar, tahu jaga diri sendiri, akak uruskan saja hidup akak, sampai sekarang akak pun tak kahwin-kahwin lagi...... aku terus masuk ke bilik air, mandi lagi bagus dari mendengar orang membebel macam mak nenek.
Segalanya tiba-tiba berubah bila kak Tiha mula dingin dengan aku, lebih terasa bila kak Tiha keluar dari rumah sewa kami, tiba-tiba aku diserang rasa bersalah, tak kan kerana Zarul kami sampai bermasam muka, tak bertegur sapa. kak Tiha langsung tidak aku temui semenjak dia pergi.
Tahniah Zira...... Selamat Pengantin Baru
Terkejut aku mendengar suara itu, kak Tiha!!!!!............... kami berpelukan, bertahun aku mencarinya merajuk betul dia tapi boleh pula hari ini dia tiba-tiba muncul depan aku.
Akak dah kata Zarul memang untuk Zira....
Akak kemana selama ni? puas Zira cari, akak marahkan Zira ye? Maafkan Zira ye, tak sepatutnya Zira cakap macam tu....
Dah lama akak maafkan Zira, akak ada kat sini je.... jadi surirumah tangga, jaga anak, jaga suami, panjang ceritanya, nanti-nantilah akak cerita yang penting hari ni akak datang sebab Zira dah jadi adik ipar akak.
Adik ipar? jadi akak dan Zarul????????
kak Tiha senyum-senyum, aku pula tiba-tiba jadi lambat untuk mencerna maksud kata-kata kak Tiha. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|