CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] BETTER BERPINDAH AWAL2 : Info terkini kejadian banjir yg makin dalam dan deras airnyaaaa

[Copy link]
 Author| Post time 4-11-2022 12:42 PM | Show all posts
Ni situasi kelmarin kat KL di jln genting-klang , nampak air manyak di jalanan itteww sampai rosak keta moto di buatnyaaaa








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2022 12:46 PM | Show all posts




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 12:49 AM | Show all posts
Banjir tadi berlaku di kupang hingga kan mlm pukul 8 kalut berpindah mangsa banjir ke PPS , tunjukkan air naik dan naik ler hingga tak selamat utk terus berada di rumah memasing kekdahnyaaa




]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-berpindah-ke-pps

42 mangsa banjir mukim Kupang berpindah ke PPSSafuri Kamarudin
[email protected]




MANGSA banjir berpindah ke PPS Surau Ittafaqiah Kampung Iboi. FOTO IHSAN APM




Baling : Seramai 42 mangsa daripada 15 keluarga di dua Kampung Mukim Kupang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Ittafaqiah , Kampung Iboi, malam ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata mangsa dari Kampung Iboi dan Padang Empang diarah berpindah selepas rumah mereka dinaiki air paras satu meter.
Menurutnya, mangsa mula berpindah jam 8 malam ini apabila hujan lebat sejak 2 petang menyebabkan air Sungai Kupang melimpah dengan cepat.
"Kami menerima panggilan jam 6 petang berlaku bencana banjir di dua kampung itu.
"Jambatan Bailey turut dinaiki air paras lantai dan penduduk terpaksa menggunakan alternatif jalan lain untuk ke Kampung Bukit Iboi," katanya.
Menurutnya, penduduk yang terbabit diarah berpindah kerana keadaan tidak selamat dan masih hujan.
"Hasil pemantauan APM di kampung itu mendapati air semakin naik dengan keadaan gelap dan bimbang mangsa terperangkap.


Disiarkan pada: November 5, 2022 @ 12:39am








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 12:53 AM | Show all posts
Ada area di Taiping banjir kelmarin ptg .




[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[

https://www.freemalaysiatoday.co ... landa-banjir-kilat/

Beberapa kampung di Taiping dilanda banjir kilatBernama -

November 4, 2022 11:49 PM





Hujan lebat menyebabkan beberapa kampung di Bukit Gantang, Taiping dilanda banjir kilat. (Gambar Facebook)
IPOH: Beberapa kampung di sekitar Bukit Gantang, Taiping dilanda banjir kilat sejak petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.39 petang berkaitan banjir kilat yang melibatkan hampir 50 mangsa.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku banjir kilat sedalam satu setengah kaki berpunca daripada hujan lebat yang melibatkan beberapa kawasan.
“Kampung yang terlibat ialah Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Bukit Cempedak dan Kampung Changkat Ibol,” menurutnya dalam kenyataan.



Beliau berkata, setakat ini, pusat pemindahan sementara belum dibuka dan sesetengah mangsa banjir telah diselamatkan serta dipindahkan ke rumah jiran berhampiran.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 12:55 AM | Show all posts

Whooaaa , banjir dah la dalam dgn laju airnya kaw kaw sampai kena ikat dgn tali di buatnya agar tak hanyut !




[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dilanda-banjir-lagi

Kampung Iboi dilanda banjir lagi[size=0.8][size=0.9]Safuri Kamarudin
[email protected]




ANGGOTA APM membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Iboi selepas berlaku banjir kilat malam ini. FOTO Ihsan APM.




Baling: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan Sungai Kupang di Kampung Iboi dinaiki air sehingga Jambatan Bailey dilimpahi air paras lantai.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6 petang berlaku bencana banjir di kampung itu.
Menurutnya, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan jumlah mangsa masih dalam bancian.
"Hujan lebat di sekitar Daerah Baling menyebabkan air sungai melimpah ke tebing di kampung Iboi dan Padang Empang.
"Hasil pemantauan APM di kampung itu mendapati air semakin naik dan mengarahkan penduduk berpindah," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Penghulu Mukim Kupang Badrul Hisham Che Li, berkata penduduk akan dipindahkan PPS Surau Ittifaqiah Kampung Iboi malam ini.


Disiarkan pada: November 4, 2022 @ 9:21pm




Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 4-11-2022 12:46 PM

Baik punya cover..banjir kilat ehh…bila ada pihak punya lapar nak buat election la ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2022 08:23 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-11-2022 08:25 AM

Kiriman facebook sejam yg lalu , air tengah naik di jambatan chindai, kelantan, paras nak sampai punggung dah tuuuu






Kita dapat berita, loni air tengah naik di jambatan Chindai, Bandar Lama Gua Musang.

Beberapa perkara kena ambil tindakan :

- Berwaspada kepada penduduk kawasan risiko banjir
- Simpan dokumen dan barangan penting
- Patuh kepada arahan semasa dari pihak berkuasa
- Hubungi penghulu atau Jabatan Amal atau pihak berkuasa untuk urusan kecemasan

Kita pakat doakan moga banjir terkawal dan cepat surut.

Sumber : Kiriman orang awam








https://www.facebook.com/permali ... &id=100067451485226


https://www.facebook.com/photo?f ... pcb.455041633420882



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 08:26 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-11-2022 08:29 AM

Ini keadaan di area gua musang malam semalam, makna banjir dari semalam lagi ler, kalau semalam sedalam camtu sedangkan air makin naik , pagi ni jadi apa kat situ ? Sedalam mana pulak ? Jeng jeng jeng   ada tara soklan matematik budak darjah satu dak ?


https://www.facebook.com/berital ... MetwyR9DPyUV6L7nJ4l






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2022 08:33 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-11-2022 08:34 AM

Di video nih perlihatkan air yg dalam dan deras kaw kaw di baling yg perlukan tali segala utk tugas menyelamatkan mangsa banjir , si azeez nih time nak PRU je nampak muka kat situ, sedangkan baling dah banjir dalam tahun nih manyak kali maaa itu tunjukkan kehadirannya tuh just political tactic to garner votes for BN gitteww


https://www.facebook.com/AzeezRahim/videos/1138758303702752




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 08:39 AM | Show all posts
orion_pax replied at 5-11-2022 01:11 AM
Baik punya cover..banjir kilat ehh…bila ada pihak punya lapar nak buat election la ni..


Taktik ahli2 politik time nih adalah pi melawat kawasan banjir atau mangsa2 banjir dgn ambik gambar diri tengah dok posing nak tunjukkk laaaa depa laaaa caring maring corner baring , tapi tempat2 tuuu banjir sebelum2 nih depa tak muncul laaa plakkk

Dia nih contoh habih terukk ler , banjir tak tara mana tuptup dia punyaaa posing muka dia besaq gedebaq nak tunjuk dia laaa pi situ kekdahnyaaa


https://www.facebook.com/mpsunga ... zxMxBwUeroULAZUYCMl








Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 5-11-2022 08:33 AM
Di video nih perlihatkan air yg dalam dan deras kaw kaw di baling yg perlukan tali segala utk tugas  ...


Hari penamaan calon hari ini dok...

Any roads leading to pusat penamaan calon seluruh pelusuk negara.....yang ada rintangan dek hujan berlarutan #banjir dok?

Takut borang pencalonan and deposit tenggelam dibawak air je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 08:45 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-11-2022 08:46 AM

Kerja menyelamat berrlaku di bukit gantang plakkk




Puluhan mangsa terpaksa berpindah akibat banjir kilat di beberapa kampung di Bukit Gantang, Taiping

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2135374




https://www.facebook.com/bernamaofficial/videos/1471795933340936\



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 08:50 AM | Show all posts
Yan pungg dah banjir , makna kat semenanjung merata hala laa dok naik air kan kan kan








https://berita.rtm.gov.my/index. ... ilanda-banjir-kilat

40 buah rumah di Yan dilanda banjir kilat
  • November 5, 2022
  • Written by Media Baharu
  • Published in Semasa

YAN, 5 November - Sebanyak 40 buah rumah di sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang turun petang semalam.

Bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji dalam satu kenyataan berkata
bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Yan menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di daerah itu.

Hasil pemantauan yang dilakukan oleh beberapa pegawai dan anggota polis mendapati, 40 buah rumah di enam buah kampung dilanda banjir kilat.
(FOTO HIASAN)
Kampung terlibat ialah Kampung Perigi, Kampung Perupok, Kampung Teroi Bukit, Titi Serong, Batas Ubi dan Titi Hayun.
Tiada penduduk yang dipindahkan dan banjir kembali surut selepas hujan reda pada pukul 7.30 petang.
Namun pasukan penyelamat terus memantau situasi dari semasa ke semasa.

Beliau menasihati penduduk agar memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya kawasan kediaman mereka dilanda banjir.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 08:52 AM | Show all posts
Kuala Muda pungg banjir gakkk ler



https://www.facebook.com/apmkual ... EPHXrtyC2UkH1MM7hRl



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 08:53 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-11-2022 08:57 AM
stingergrumpy replied at 5-11-2022 08:39 AM
Hari penamaan calon hari ini dok...

Any roads leading to pusat penamaan calon seluruh pelusuk neg ...

setahu aku musim tengkujuh banjir kat belah kelantan terengganu je kann, tapi lani dah mcm seluruh malaysia manyak area alami banjir jadinyaa....

mesti ada yg ikut calon yg dah terperangkap kat dalam jem kerana tanah runtuh hujan lebat mengakibatkan jln tutup sana sini so keta manyak2 trapped tak leh pi atau patah balik jadinyaaa, atau trap dalam banjir ler

Banjir dok pop up sana sini un announced gittew so camna depa nak tahu jalan mana banjir atau nak banjir

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 5-11-2022 09:12 AM
blastoff replied at 5-11-2022 08:53 AM
setahu aku musim tengkujuh banjir kat belah kelantan terengganu je kann, tapi lani dah mcm seluruh  ...

Dan tentunya waktu urusan penamaan calon oleh SPR besanya 2-3 jam sahaja kheunz?

Aku nak tengok jugak pengurusan SPR pagi ini jika ramai calon2 yg terperangkap dlm perjalanan dek hujan atau jem up ie, laluan terhadang, samada spr akan extend the closing hours utk submission of forms....sebelum terbatal jika borang tidak sampai dlm penerimaan pada waktu2 yg ditetapkheun...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 3-11-2022 09:42 PM
Selepas banjir di Tenom Sabah,
errr hampa tengok gambar2 tuh, batang balak masuk sampai dalam rumah  ...

Mcm ni la kejadian banjir sg telemong karak phg tahun lepas. Batang balak besar 3 pemeluk landing depan umh. Sampai ke sudah pejabat hutan xngaku ada pembalakan kt telemong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 10:56 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 5-11-2022 09:24 AM
Mcm ni la kejadian banjir sg telemong karak phg tahun lepas. Batang balak besar 3 pemeluk landing  ...

habih tu korang buat apa dgn balak tu dah ada depan rumah mcm tu ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 11:20 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-11-2022 11:31 AM

Kat taiping sejak semalam sampai hari ni operasi menyelamat RATUSAN mangsa banjir guna bot dan lori giat dijalankan , errr bunyinyaa macam kalut kannn , errr tak teruk lagi banjirnya sampai pakai lori ?

So jangkaan aku selama nih yg akan banjir sana sini lepas NESAT berakhir tuuu betoi laa kan kan kan


[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -taiping-batu-kurau


264 mangsa banjir dipindahkan di Taiping, Batu Kurau

Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
[email protected]




BOMBA memindahkan mangsa banjir ke PPS yang dibuka. FOTO Ihsan Bomba




Taiping: Seramai 264 mangsa banjir dari sembilan kampung di Taiping dan Batu Kurau dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menggunakan bot dan lori bagi memindahkan mangsa-mangsa banjir ke PPS berhampiran.
Menurutnya empat PPS yang dibuka adalah di Surau Kampung Tengah, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, Masjid Changkat Ibol dan Masjid Batu 8 Bendang Siam.
"Seramai 264 sudah dipindahkan ke PPS berhampiran sejak malam tadi sehingga awal pagi ini.
"Sehingga kini operasi pemantauan dan menyelamat masih dijalankan membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Kamunting dan Batu Kurau," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan 45 mangsa dari empat kampung di Taiping dipindahkan ke kawasan kediaman jiran berdekatan berikutan banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat malam tadi.


Disiarkan pada: November 5, 2022 @ 8:28am






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2022 11:22 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-11-2022 11:24 AM

weyyy, it's getting worst banjir nya tuh dari hari ke hari







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 07:31 AM GMT+8 , Processed in 1.050953 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list