CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
Post time 4-6-2010 07:18 PM | Show all posts
cop...cop...ika kecewa dgn sape???tak dpt tangkap lah hmy3:...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2010 09:42 PM | Show all posts
Reply 121# mijot


    ehehe...jwpn kat next n3....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 09:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 4-6-2010 21:48

Episod 19

Dua hari sebelumnya.

Balik jer dari makan malam, aku terus bergegas masuk ke dalam apartment. Setelah menutup pintu rapat-rapat, tanpa mampu ditahan, airmata turun bercucuran. Kenapa, kenapa, kenapa? Tadi bukan main lagi depan Hafizz. Siap ucap tahniah gitu.  

“Congrats!”
“I’m happy for you.”
“I wish you all the best.” Semua jenis ucapan tahniah aku berikan. Itu semua plastik! Senyuman plastik, kata-kata plastik, rasa gembira yang dibuat-buat. Padahal hati hancur remuk di dalam. Terbayang kembali babak-babak semasa makan malam tadi.


“Aku dah nak kahwin….” Terlopong aku mendengarnya. Sudu yang sedang aku guna terlepas dari genggaman. Nasib baik jatuh ke dalam pinggan. Tiba-tiba hati aku rasa sakit. Menusuk hingga ke kalbu. Pedih.
“Really?! Wow! Surprise…surprise.” Tergagap seketika aku. Hilang terus selera makan. Ketika itu kami sedang makan malam di Restoran Six Point Riverside yang terletak di Bandar Sungai Buaya, Rawang.
“So?...”
“So? Oh—oh, forgotten. Congrats, that’s really great big news. I can’t believe it. I am really happy for you.” Nasib baik aku dapat menstabilkan diri. Hafizz bergurau ker?
“Aku pun macam tak percaya juga.”  
“Dan, kau kena ada. I want you to be there for me. It’s a must.” Sambungnya semula.
“Tapi, bila majlisnya?”
“This year-end.”
“Woo.. cepatnya.” Cepatnya, ulang aku dalam hati.
“Cepatlah bagus, takut kena kebas.” Lepas itu dia tergelak.
“Macamana aku nak datang…aaa…..er……. Aku kena apply cuti, …” aku sudah kehilangan kata-kata.
“Kau tak ‘yah susah-susah. I will arrange everything for you. Kau basuh kaki aje.”
“Air-ticket, transport, tempat tinggal, …….”  Kata-katanya terhenti setakat itu apabila tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
“My mom on the line.” Aku sekadar mengangguk. Mereka berbual sementara aku melayan perasaan gundah yang timbul tak semena-mena.

“My mom, she wants to talk to you. Aku dah cakap yang majlis kahwin tak akan berlangsung kalau kau tak datang. I’ve already told her that you agree to come.” Dia menghulurkan telefon bimbit tersebut pada aku. Aku cuba menolaknya.

“Please?” Rayunya. Aku menggelengkan kepala. Tak nak aa… tak boleh nak janji. Sebenar-benarnya aku tak fikir yang aku mampu nak menghadapinya. Apatah lagi menyaksikan dia bersanding di atas pelamin.

“Please, just say yes for me, please…?” Dia menekan loudspeaker.
“Mom, she’s here.” Hafizz guna taktik itu lagi. Sekarang aku dah tak boleh nak mengelak.

“Zulaikha, ini mama Zureen. Assalamualaikum.” Mama? Agaknya dia menganggap aku macam anak-anaknya. Aku dan Hafizz macam adik-beradik.  Boleh ker? Bukan ker Hafizz dah ada seorang adik? Entah siapa namanya, aku pun dah lupa. Seingat-ingat aku jauh juga jarak umur antara si Hafizz dengan adiknya itu, sepuluh tahun kut.

“Waalaikumsalam. Erm…Zulaikha sini.”
“Auntie apa khabar?” Saja berbahasa.
“Alhamdulillah. Zulaikha pula apa khabar?”
“Baik, Auntie.”

“Macamana? Ada Hafizz khabarkan pada Zulaikha?”
“Ya, auntie.”
“Hafizz dah cerita semua kat Zulaikha?” Ulangnya semula meminta kepastian.
“Dah, Auntie.”

“Macamana, setuju tak?” Hafizz memandang aku memohon simpati. Kedua-dua tapak tangan disatukan, sambil bibirnya mengucapkan ‘please’ dalam mod senyap. Aku menghembus nafas sedas.
“Setuju auntie.” Aku lihat Hafizz terlonjak kesukaan. Yes! Yes! Yes! Macam orang tengah khusyuk tengok bola, bila tiba-tiba gol dijaringkan oleh pemain pasukan pilihan. Macam itulah lagaknya.
“Alhamdulillah. Zulaikha tau tak, dia tak nak kahwin dengan sesiapa pun sampai dia jumpa Zulaikha semula.”
“Err. Iyakah auntie?” Cepat aje tangan si Hafizz melangkau mengambil semula telefon bimbit itu dari peganganku.
“Lega hati mama mendengar kata-kata Zulaikha. Dah lama si Hafizz ni mencari….”
Tak sempat Auntie Zureen menghabiskan ayatnya, Hafizz dah mematikan loudspeaker.
“Mama kalau dah bercakap tak mau berhenti.” Kata Hafizz sambil menekapkan telefon bimbit ke telinga kanannya.
“Mummy..? I’ll talk to you later. Love you.” Si Hafizz sudah memutuskan talian.

Mata Hafizz kembali memaku seraut wajah mulus milik Zulaikha yang penuh tanda tanya. Dia tersenyum bermakna. Tapi hati aku sudah dirundung sedih semula. Tidak mampu jadi segembira Hafizz.

“Siapa namanya?” Soalku bila melihat Hafizz rancak menyambung hidangan yang tadi tak terluak. Perut aku pula sudah mula sebu.
“Qarina Hannani.”
“Sedap namanya, mesti secantik orangnya.”
“Memang pun.” Sakit terasa dihati mendengarnya. Bagai ditusuk sembilu. Kalau aku tidak menyimpan sebarang perasaan, kenapa harus begitu penerimaanku.

Aku yang salah faham ker atau aku yang tak faham? Kalau betullah aku salah menelah, maka selama ini aku perasan dan bertepuk sebelah tangan ker? Argh!!! Alangkah malunya!

Habis tu apa cerita tempoh hari? Dia mempermainkan aku lagi ker? Dia saja mengusik perasaan aku ker? Terbayang kembali peristiwa petang sabtu kat Berjaya Time Square lepas habis sesi main bowling.

“Sebenarnya aku ada benda nak cakap kat kau.” Ujarnya setelah beberapa ketika.
“Hmmm….” Aku menanti patah-patah seterusnya sambil menyedut air kelapa.
“Kalau aku kata yang aku suka kat engkau, macamana?”
“…” Aku tercengang seketika. Hafizz… Hafizz tak habis-habis dengan gurauan. Nak test aku lagi ker? Berkerut dahiku dibuatnya.
“Kalau aku kata aku nak hantar orang meminang engkau, macamana?” Terus berderau darahku mendengarnya. Hampir nak tersembur air yang aku sedut tadi. Kalau tengah makan mau termengkalan aku dibuatnya.

“Apasal? Semua awek-awek tu dah reject engkau ker?” Itu ayat yang meluncur keluar dari bibir aku. Hafizz menghela nafas panjang.

“Just forget what I’ve said.” Perlahan suara Hafizz.  
“Oh, okey..” Balas aku pendek. Tidak mahu bertanya lanjut. Takut terperangkap dalam perbincangan yang melemaskan.   

Sejenak Hafizz memandang seraut wajah Zulaikha yang memerah. Nampak hangat dan mempesona. Kalaulah kau tahu isi hati ini. Bisiknya dalam hati. Dia menghembus nafas lalu melurut rambutnya ke belakang.

“Something wrong?” Aku bertanya.
“Everything.”
“Everything?”

“Aku risau. Gelisah. Macam nak sasau pun ada.” Aku mengelipkan mata sekali.
“Kenapa?”
“Entahlah Ika. Nak diluahkan payah, tak diluahkan parah.”


Memang betullah dia cuma bergurau. Semua ini cuma gurauan bagi si Hafizz. Aku yang gagal membezakan yang mana serius dan yang mana bukan. Oh Tuhan, kenapa aku terperangkap dalam semua ini.

Ting Tong! Loceng pintu berbunyi.
Ting Tong! Lagi sekali. Siapa? Aku mengesat air mata lalu membuka pintu. Kelihatan Hafizz di muka pintu. Aku kaget seketika.

“Kenapa laju menonong je.” Aku diam, tak tahu nak jawab apa.
“Nah, beg tangan kau tertinggal.” Dia menghulurkan beg tangan milik aku. Aku termalu, dalam kekalutan yang melampau aku tertinggalkan beg tangan aku dalam kereta.
“Ni, mata merah-merah ni kenapa?” Soal Hafizz kehairanan dan aku masih tak boleh nak berkata apa-apa. Hanya mampu mengukir senyum nak tak nak, senyuman paksalah kiranya.
“Kau menangis pasal aku ekk?”  Ergh! Aku meneguk air liur. Terkelip-kelip mata aku dibuatnya.
“Kau menangis sebab aku nak kahwin ekk?” Mulut aku sudah menganga, nak melawan balik tapi aku tak larat. Dia tersenyum simpul. Sempat lagi mengenyit mata sebelum berlalu pergi. Aku tertunduk sambil menutupkan mata. Lemah lutut aku menutup pintu. Aku bersandar dibalik pintu. Beberapa saat kemudian. Aku hentakkan kaki ke lantai tiga-empat kali. Geram sangat. Arghh!!!!  Hafizz!!!!! Aku menjerit dalam hati.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 09:59 PM | Show all posts
babynah nak lg!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 10:51 PM | Show all posts
tah2 sebenarnya hafizz yg masuk meminang ..tu yg dia mintak persetujuan tp dgn cara yg len
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 02:53 PM | Show all posts
alaaaa...mesti hafizz saja je tuu...mengenakan zulaikha...
noty boy!..haha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2010 08:15 AM | Show all posts
best2 nak n3 lagi...kesian ika
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 02:13 PM | Show all posts
mana zu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2010 12:00 AM | Show all posts
nama yg. disebut Hafiz tu nama adik dia,
sebab Ika kan dah lupa nama adik Hafiz;
Hafiz sengaja mereka cerita utk. mengetahui
isi hati Ika...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 06:16 AM | Show all posts
mesti zulaikha pengantin perempuan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 09:19 AM | Show all posts
morning semua......next2
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 09:33 AM | Show all posts
nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 11:32 AM | Show all posts
hafiz sj je sakat ika la 2...sbb die kan dr dl minat c ika ni....hampir mak die nk bocor kn je tp hafiz cover plak...cian ika
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 12:40 PM | Show all posts
Reply 125# mijot


    ehehe....tunggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 12:41 PM | Show all posts
Reply 126# tzaraz


    Hafizz mmg noty...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 12:42 PM | Show all posts
Reply 129# cmf_azure


    ahahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2010 12:44 PM | Show all posts
Reply 130# nallepooh


   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 12:48 PM | Show all posts
sorry kengkawan, laptop kat umah black out xtau naper....
ni kat ofis tgh curi2 guna broadband
nanti kita post n3...ekkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 01:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 8-6-2010 13:37

Episod 20

“Assalamualaikum?” Suara Hafizz dihujung talian. Aku sedang berbaring ketika itu, tengah memandang siling. Segar dan ceria sahaja suara Hafizz kedengaran. Berbeza dengan aku yang semenjak dua menjak ini, mendung semacam. Suram, kelam. Pokok pangkalnya tak meriah.   
“Waalaikumsalam.”
“Tengah buat apa tu?” Tengah melayan perasaan. Aku nak jawab macam itu, tapi yang keluar dari mulut aku sebaliknya.
“Tak ada buat apapun.”  
“Jom, keluar jom?” Ajak Hafizz.
“Nak pergi mana?” Aku bertanya agak malas. Memang aku tak ada mood pun walaupun hati terasa berkobar-kobar nak jumpa Hafizz.
“Pergi mana-mana.”
“Pergi mana-mana?” Aku mengulang jawapannya dalam bentuk soalan.
“Makan, jalan-jalan, bowling, tengok movie.” Dia dah buat senarai.
“Jom aa… aku dah lama tak jumpa engkau.” Betullah tu, dia kan sedang sibuk menguruskan seseorang. Takpun, sedang sibuk merancang hari bahagia. Aku julingkan mata ke langit.
“Dah lama tak borak-borak dengan kau, rindu pula.” Hek-eleh! Rindu sangatlah tu. Walaupun aku senyap jer tapi mulut aku hengot-bengot. Aku menukar posisi dari baring ke meniarap pula.
“Sepuluh minit, aku tunggu kat bawah.” Klik! Dia putuskan talian. Aku sedikit tersentap. Ish! Hafizz ni suka buat macam itu. Suka-suka dia jer.  

Nak pergi ke tak nak? Aku tak nak tapi tak mampu hendak menolak. Boleh saja kalau aku biar dia tunggu aku macam tunggu durian nak gugur. Tapi aku tak sampai hati. Kenapa ekk? Sedarlah cik Zulaikha ooi! Kau cuma layak jadi ‘teman tapi mesra’ kepada Hafizz sahaja. Teman tapi mesra pun, teman tapi mesralah! Lagipun kalau aku menolak, tentu Hafizz ingat yang aku sedang mengelak dirinya. Aku tak mahulah dia dapat idea yang bukan-bukan. Contohnya? Kut-kut lah dia kata aku ni frust sebab dia nak kahwin dengan orang lain. Tapi, frust ker aku? Aku tak nak jawab soalan itu, tak pasal-pasal kang air mata aku meleleh pula. Maklumlah sejak aku dapat tahu yang dia nak kahwin, aku dah bertukar karakter jadi perempuan yang emo.

Tiga puluh minit perjalanan menuju destinasi yang serba-serbi sunyi. Aku jadi bisu, dia pula membisu. Aku kan tengah moody. Sepanjang jalan, mata aku cuma sudi menatap jalanraya dan segala macam pemandangan yang boleh dilihat pada kaca tingkap kereta bersebelahan aku. Bukanlah aku tak mahu menatap wajah si Hafizz itu, tapi aku takut. Takut dengan perasaan sendiri. Lagipun, aku kena kawal dan hadkan perasaan aku agar tidak membawa kepada rasa ermm…aa…hmm.. (c.i.n.t.a….nak sebut pun risau) yang lebih mendalam.  

Sampai saja kat destinasi, rahang aku macam nak jatuh ke bawah. Boleh pula bawa aku melawat Zoo Negara? Zoo, tempat gajah, rimau, badak air dan segala macam binatang bersemayam? Macam bawa adik-adik aje. Tingkahku sendirian. Aku melangkah keluar dari kereta.   
“Zoo?” Aku angkat kening. Dia tersenyum melihat reaksi aku.
“Zoo for ‘Zoo’laikha.” Ujarnya membuatkan aku tergelak. Dia pun tergelak sama.
“Hek-eleh!” Entah apa yang lawak sangat, aku sendiri tak pasti.
“Aku tahu kau rindu sangat dengan kaum kerabat kau kat sini, itu yang aku bawa kau ke sini.”
“Banyak cantik!” Bukk! Segenggam penumbuk singgah kat lengan Hafizz. Dia mengaduh kesakitan sambil menggosok-gosok lengannya yang menjadi mangsa. Ahahaha….Padan dengan muka!

Setelah membayar tiket, kami masuk ke dalam. Aku tak pernah pun pergi Zoo Negara ni walaupun dah lama aku menetap kat Kuala Lumpur. Bukannya jauh manapun kalau aku nak pergi. Boleh jer kalau aku naik teksi, naik bas ke, naik mana-mana jenis public transport tapi itulah aku. Hmm…. Terujalah juga, walaupun sebenarnya Zoo Negara tidak termasuk dalam senarai tempat-tempat yang aku berhajat untuk lawati.   

Zoo Negara terletak cuma 13km dari Kuala Lumpur, mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1963. Terdapat lebih kurang 400 jenis atau spesis haiwan yang terdiri daripada mamalia, reptilia dan burung. Aku pernah baca info tapi tak ingat pula kat mana. Paling eksotik sudah tentulah Harimau Sumatra dan Orang-Utan. Besar juga kawasan Zoo Negara ini, letih jugalah berjalan. Paling seronok ada pertunjukan gajah dan aku pula berpeluang untuk menunggang gajah tersebut tapi kena bayarlah. Mana ada benda percuma, iye tak?   

“I really miss you.” Itu ayat pertama yang keluar dari mulutnya setelah dia menghentikan kereta di tempat meletak kenderaan. Seharian memanjangkan kaki. Lenguh terasa.
“A lot.” Dia menyambung. Me too, aku membalas dalam hati cuma.
“Stop grinning. Creepy.” Kata aku bila dia asyik memandang aku, siap tersengih-sengih.  
“Wei, sudah-sudahlah pandang aku.” Sambung aku lagi, naik rimas lantas cepat-cepat aku menolak bahunya. Konon-konon nak menyedarkan si Hafizz yang sudah macam orang tak betul.
“Dah seminggu tak pandang. Ni lagi seminggu aku tak ada, jadi biarlah aku pandang kau puas-puas.” Selamba aje dia berkata.  Huh! Makwe ada, eh-eh silap…dah nak kahwin dengan orang lain pun ada hati nak cakap macam itu kat aku. Aku mengalihkan pandangan. Rasa menyampah pun ada, tapi rasa suka itu lagi lebih daripada rasa meluat aku. Nak buat macamana? Aku memang tak mampu nak membencinya.   

“Nah.” Hafizz menghulurkan segugus kunci padaku.
Aku memandangnya tidak mengerti.
“Kunci pendua apartment aku.” Seolah-olah faham dengan pandangan aku. Tapi, bila mendengar kata-katanya itu, bertambah-tambahlah aku tak faham.  
“Kalau aku tak ada tolonglah tengok-tengokkan sambil bersih-bersihkan.” Oh! Itu ker tujuannya? Cheh! Manalah tahu kut-kut dia nak bagi aku apartment. Berangan lah kau ni Zulaikha.
“Ingat aku orang gaji kau ker?”
“Apa salahnya if you want to become one, tapi yang tak berbayar ler….” Usiknya. Aku mengecilkan mata…sambil mulut terkumat-kamit.
“Lagipun, kalau kau rindu kat aku…bolehlah kau datang melawat apartment aku, melepaskan rindu.”
“Pigidah!” Kalau aku rindu, tak perlu pun pergi apartment kau. Cukup tengok balkoni tu jer, terubatlah rindu. Eeh…angau overboard pula aku ni.

“Oh ya! Sebelum aku terlupa. Bila aku balik nanti, aku nak hadiah.” Ketika itu aku sudah ingin menutup pintu apartment. Biasalah dia suka hantar aku sampai ke muka pintu.
“Hadiah?” Tanyaku semula di sebalik pintu.  
“Sempena hari lahir aku.”
“Oh…Okey. Nanti aku belikan.” Ada juga orang macam ni. Siap bagitahu nakkan hadiah sempena hari lahir. Tak malu langsung. Setahu aku budak-budak aje yang bila tiba hari lahir, minta belikan hadiah.   


************************************************************************

Aku baru saja nak melelapkan mata bila tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Buru-buru aku bangun dari katil lantas menyelongkar beg tangan aku. Lepas Hafizz hantar aku tadi, aku terlupa langsung nak keluarkan telefon bimbit itu dari beg tangan. Hampir separuh hari aku habiskan dengan Hafizz, dari Zoo, pergi makan tengahari, lepas perut dah kenyang singgah KLCC pula. Makan malam kat sana, kemudian balik. Mau tak letih.

“Aku nak stereng kereta…..” Aku baca sistem pesanan ringkas (sms) dari Hafizz. Mak aih! Hadiah pun nak demand. Suka hati aku lah nak bagi apa, itupun kalau aku nak bagi.
“Hadiah pun nak demand ker?” Aku balas balik sms Hafizz.
Sebentar kemudian telefon bimbit aku berbunyi. Aku baca sms yang dihantar.
“Tak kira, bila aku balik aku nak stereng juga.”
Mengada-ngada! Mana aku nak cari stereng tu?!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 02:26 PM | Show all posts
amboi zoolaikha,,,,,, awat hang ni lembab semacam je,,,,, stereng kereta tu AWAK lerrr, dia nak pegang and peluk2 lepasa kahwin........ opsss terlebih pula aku ni,,,,,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.899694 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list