|
buku dari ust Pahrol, kebetulan received email from my fren about this book...anak saya dpt hadiah buku ni dari seorang pompuan..for his birthday march baru ni...saya usik dia, ha makwe bagi eh..cpt2 dia deny..mana ada..girl tu dulu setiausaha pengawas...
PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang
ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa
yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setia memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi
bersama :
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka berkekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun
itu bukan maksud kita ketika mula memberi! |
|
|
|
|
|
|
|
saudara...
masih ade kah buku ini?
boley sy ketemu saudara utk pinjam fotostat...
sy amat dah ...
cozack Post at 4-5-2010 03:50 AM 
buku yang saya ada ni terbitan tahun 1970an...sudah usang dan bercerai2 helaiannya...
Buku ini boleh saudara dapatkan di Pustaka Indonesia Wisma Yakin Kuala Lumpur...kalau tak salah sekarang ni nama baru Fajar Ilmu kot...
Last year pergi, ada jumpa buku ini. Saya dimaklumkan bahawa buku ini telah ditarik-balik pengharamannya...
Kemudian ada buku ' KATA BERJAWAB ' kumpulan koleksi soal jawab dari Majalah al Muslimun kelolaan A. Qadir Hassan iaitu anak kepada Hassan Bandung. Buku "KATA BERJAWAB" umpamakan kesinambungan dari Buku SOAL JAWAB. Buku Kata Berjawab ini saya tidak mempunyai koleksi jilidnya yang lengkap. Saya tak pasti samada buku Kata Berjawab ini ada dijual di Wisma Yakin. |
|
|
|
|
|
|
|
xbyk....tp yg sy ingat 3 penyakit hati.....tp masih xinsaf2 |
|
|
|
|
|
|
|
buku yang saya ada ni terbitan tahun 1970an...sudah usang dan bercerai2 helaiannya...
...
Hang Post at 6-5-2010 22:55 
thanz  |
|
|
|
|
|
|
|
thanz
cozack Post at 9-5-2010 10:40 PM 
Jika saudara/i ke Pustaka Indonesia di Wisma Yakin tu, saya sarankan saudara mendapatkan majalah As-Sunnah dan Al-Furqan. Artikel2 dalam kedua majalah ini sarat dengan dalil2 dan pembahasan tentangnya. Kolum soal-jawab agama pun diberikan dalil-dalil tentang sesuatu permasalahan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
sdg baca La Tahzan - Jgn Bersedih... mmg tenang jer rasa, redha jer dgn ketentuan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
la tahzan......baca nie buat kiter semangat....
iena_kindaichi Post at 16-2-2010 21:40 
yup..sama la..buku ni bagus sgt |
|
|
|
|
|
|
|
bUKU APA ek yg paling best pasal Temple of Solomon/Haykal Sulaiman??? kalau boleh versi BM punyer...snang sikit nak cri |
|
|
|
|
|
|
|
kitab shamsul maarif....sangat2 best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# zaharul_asriq94
Saya ada banyak buku Dr. Aidh...mula suker baca bila beli Lah Tahzan...cukup menyentuh hati dan membina motovasi diri.
Sekarang ader dalam 10 buah karangan beliau. Carik gak yang len tapi kebanyakan adalah ulangan dari buku-buku yg ader...pernagh gak terbeli buku yang sama tapi penerbit nya lain..isi sama gak. |
|
|
|
|
|
|
|
tgh baca buku tajuk Umar Al-Khattab terbitan pts,lupa plak nama pengarang.
dlm buku ceritakan pasal abu jahal yg mmg jahat...sgt-sgt jahat,
suka melaga-lagakan antara Umar & Khalid
walaupun pada masa tu,Umar dan Khalid masih blm ISLAM.
mmg patut abu jahal dpt gelaran laknatullah
dlm masyarakat jahilliah pun dia jadi batu api |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 133# permisi
kebetulan saya pun baru baca tadi...dah lama beli buku ni anak dara saya suka beli same author..pegi indon pun beli lagi 2 buah buku ni...which is more cheaper than buying it here..he he walau pun penulis org malaysia..
anak saya start baca kisah bilal b rabah..sampai2 nangis2...pelik tul minah ni..then dia baca abu bakar..camtu gak sedih nya mummy..lagi dua i lupa dia beli kisah sape tah yg kat indon tu ..
tadi i baca kisah umar nak convert to islam pun nak menitik air mata....
sekarang ni minggu exam..tak ada buku nak semak... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by permisi at 27-5-2010 09:23
Reply 134# sunsuria3
really
anak dara i pun gitu gak
dlm buku tu cerita, Umar Al Faruq (R.A) pun byk menangis ...
masa Umar Al-Faruq baru convert Islam dia ceraikan 2 org isteri,sbb bini dia masih nak sembah berhala
mlm2 Umar Al-Faruq keluar survey, tgk keadaan rakyat kt bandar Madinah.
endingnya dia mati kena tikam masa jadi Imam Solat Subuh. |
|
|
|
|
|
|
|
saya memng suka keperibadian umar, ank bujng no 2 pun umar jadi idola selain nabi saw if course
solat witir 20 rakaat, kalau msjd tmpt Kami buat 10 dia tmbh sendiri. di mekah pun dia x solar witir straight lps terawikh tunggu bgn tahajud tgh mlm then sudahi dgn witir.
sbb nabi kata, kalau ada nabi lg slps ku umar lah yg paling layak
bab dia tanam ank pompuan dia hidup2 tu sgt mengharukan
tp baru ni tgk ceramah dr asri dia kt mana ada riwayat tentg umar tanam ank dia hidup2? musykil tul ni |
|
|
|
|
|
|
|
sebaik-baiknya...
tak payahlah ceritakan kisah Para Sahabat sebelum dia org ISLAM dulu kini dan selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
sorry silap solat terawih 20 rakaat |
|
|
|
|
|
|
|
tu yg terkejut witir sampe 20 rakaat.... |
|
|
|
|
|
|
|
buku terkini yg baru abes baca dan nak rekomen:
1. satu rasa 2 hati - Ust Pahrol
2. Nota fikir utk zikir |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 123# sunsuria3
menarik petikan ni..kat mana nak dptkan buku ni ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 140# mejik
ust Pahrol Mohd Juoi dan Ust Zabidi..2 penulis ex Arqam |
|
|
|
|
|
|
| |
|