CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fast-N-Furious

Tahukah Anda

[Copy link]
Post time 11-2-2010 05:28 PM | Show all posts
tahukah anda, haku nak gi ngulor nieh.. kumik, jom minum teh dulu..
Fast-N-Furious Post at 11-2-2010 17:24

tahukan anda, kumik dah lama merempit balik rumah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2010 05:44 PM | Show all posts
tahukan anda, kumik dah lama merempit balik rumah...
d34n Post at 11-2-2010 17:28


tahukah anda, merempit itu mengundang bahaya..

ingat orang tersayang.

pesanan ikhlas bagi pihak JPJ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:44 PM | Show all posts
tahukah anda,bahawa soket penyala rokok dalam kereta moden berperanan sebagai punca bekalan elektrik bagi peralatan elektrik kecil?"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:46 PM | Show all posts
tahukah anda,bahawa pengecas turbo digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri?"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:55 PM | Show all posts
tahukah anda, Jaket kalis peluru, pengilap cermin kereta dan mesin pencetak laser semuanya dicipta oleh wanita
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:56 PM | Show all posts
tahukah anda, Otot manusia yang paling kuat adalah lidah mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2010 10:56 PM | Show all posts
tahukah anda,
Anda mempunyai tarikh lahir yang sama dengan lebih kurang 9 juta orang di seluruh dunia
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:59 PM | Show all posts
Tahukah anda pagi tadi aku berporem dari opis.. skrg aku berporem darik umah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 11:01 PM | Show all posts
tahukah anda,
Tahukah anda, sebenarnya…


pangggilan kecemasan negara kita telah diselaraskan kepada angka 999 (112 untuk telefon mudah alih)?
Tahukah anda semua telefon kecemasan kita akan ditapis oleh operator TM Berhad?
Tahukah anda panggilan anda akan disambungkan kepada hospital yang terdekat dengan kawasan anda?
Tahukah anda hospital di negara kita dibuka 24 jam setiap hari dalam tempoh 365 hari?
Tahukah anda perkhidmatan ambulans adalah percuma (kecuali ambulans swasta seperti St John)?
Oleh itu…

Tiada lagi alasan untuk seorang isteri terpaksa menunggu suami pulang ke rumah dari outstation untuk membawa anak yang mengalami demam sawan (a true emergency)!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:05 PM | Show all posts
Tahukah anda seat belakang persona yg base line xleh lipat;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:07 PM | Show all posts
Tahukah anda bahawa anda boleh membeli sebuah kereta baru tanpa apa-apa perlu membayar walaupun RM 1 sekalipun ! Anda hanya perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan, setelah pinjaman anda diluluskan maka anda boleh membawa pulang kereta idaman anda tanpa membayar walau RM 1.00 sekalipun......
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:08 PM | Show all posts
Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan air kencing untuk menggantikan air bateri yg dah kering..

* leh suruh mythbuster test nih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:11 PM | Show all posts
Tahukah Anda Kereta Kebal Tidak Pernah Berguru Dengan Mana-Mana Pendekar Di Seantero Dunia Untuk Menjadi Kebal...Kereta Kebal Juga Tidak Memakai Tangkal-Tangkal Yg Selalu Di Pakai Oleh Orang Yg Kononnya Kebal..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:19 PM | Show all posts
Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:19 PM | Show all posts
Tahukah anda, dalam kemalangan yang melibatkan kereta, luka yang paling parah dialami adalah mereka yang duduk di belakang?

Ini kerana hentaman pelanggaran akan menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk depan.

Hentaman daripada keberatan seseorang penumpang di belakang begitu kuat, ia berupaya menolak mereka yang duduk di depan hinggakan terlanggar papan pemuka kereta.

Inilah bukti betapa pentingnya tali pinggang keledar belakang - kerana ia berupaya melindungi anda dari tercedera, dan juga orang lain.

Jika anda fikir hanya penumpang depan sahaja diwajibkan memasang tali pinggang keledar, cuba fikir sekali lagi. Pastikan tali pinggang keledar digunakan oleh penumpang di belakang kereta.


Untuk penjelasan tentang pemakaian tali pinggang keledar belakang sila layari:
Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang
http://www.panducermat.org.my/ne ... -tali-pinggang.html
http://www.panducermat.org.my/ne ... nggang-keledar.html
http://www.panducermat.org.my/ne ... eatbelt-ruling.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:20 PM | Show all posts
Tahukah anda,
Salah satu daripada perkara berikut mungkin boleh berlaku apabila anak anda ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah kenderaan:

Tahap suhu dalam kenderaan boleh mencecah paras dapat mengancam nyawa anak anda.
Anak anda boleh tercedera disebabkan oleh tingkap otomatik atau “sunroof”.
Anak anda boleh diculik atau dilarikan sekiranya kereta dicuri.
Anak anda secara tidak sengaja boleh menolak gear kenderaan dan ini boleh menyebabkan kenderaan bergerak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 11:22 PM | Show all posts
Tahukah anda,
Pengambilan Alkohol/Dadah
Bil 1.
Kesalahan Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah (melibatkan kematian atau kecederaan).
Seksyen/ Kaedah Kesalahan  Seksyen 44
Seksyen/ Kaedah Hukuman  Seksyen 44
Kadar Kompaun  Mahkamah
Kadar Mahkamah  Penjara mandatori 3 hingga 10 tahun dan denda RM 8000 hingga RM 20000 dan digantung lesen memandu bermula dari tarikh sebutan pertama di mahkamah sehingga kes diputuskan.
Bil 2.
Kesalahan Memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 45
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 45(A)
Kadar Kompaun  Mahkamah
Kadar Mahkamah  Denda RM 2000 atau penjara 6 bulan dengan kepekatan alkohol melebihi had bulan. Sabitan kedua - denda RM 4000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan digantung lesen/ batal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:24 PM | Show all posts
Tahukah anda,
Memandu Semberono
Bil 1.
Kesalahan Memandu dengan melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan  Seksyen 41
Seksyen/ Kaedah Hukuman  Seksyen 41
Kadar Kompaun  Mahkamah
Kadar Mahkamah  Penjara Mandatori 2 hingga 10 tahun dan denda RM 500 hingga RM 2000 dan digantung lesen memandu bermula dari tarikh di mahkamah sehingga kes diputuskan ke penjara.  
Bil 2.
Kesalahan Memandu dengan melulu dan membahayakan (tidak melibatkan kematian).
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 42
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 42
Kadar Kompaun  Mahkamah
Kadar Mahkamah  Penjara mandatori sekurang-kurangnya satu (1) hari tetapi tidak lebih lima tahun dan denda RM 500 hingga RM 15000. Kesalahan berikutnya dipenjarakan tidak lebih 10 tahun dan denda RM 10000 hingga RM 20000.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:28 PM | Show all posts
Tahukah anda,
Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 11:29 PM | Show all posts
Tahukah anda,
Keselamatan Dalam Kereta
Apabila anda membawa anak anda di dalam kereta, adalah penting untuk mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan ini dari mula mereka naik hinggalah mereka melangkah keluar dari kereta.
Anak anda mesti masuk dan keluar kereta melalui pintu yang selamat iaitu pintu yang tidak menghadap lalu lintas dan bersebelahan dengan bendul jalan.
Anak anda perlu menunggu pintu kenderaan dibuka untuknya sebelum ia melangkah masuk atau keluar. Pastikan tangan dan kakinya tidak berada di pintu sebelum anda menutupnya.
Kanak-kanak perlu duduk di kerusi belakang kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
Anak anda perlu sentiasa memakai tali pinggang keledar yang dikancing secara pepenjuru merentas dada. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, adalah lebih baik menggunakan tempat duduk penggalas untuk memastikan bahawa tali pinggang keledar itu dapat dipasang dengan selamat.
Sentiasa ingatkan anak anda supaya jangan sekali-kali meletakkan mana-mana bahagian anggotanya di luar tingkap sesebuah kereta walaupun kereta tersebut tidak bergerak.
Kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk meluru keluar dari kereta sebaik sahaja ia berhenti dan ini amat berbahaya. Ia dapat dielakkan dengan memasang kunci keselamatan kanak-kanak yang terdapat pada pintu kereta.
Selepas keluar, anak anda perlu menunggu di atas bendul jalan sehingga seorang dewasa memimpin tangannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.256377 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list