|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
23/12/2007 AHAD (Day 39)
Alhamdulillah, hari yang penuh keceriaan dan kegembiraan . Segala pekerjaan haji bagi kami telah 99% selesai. Rutin ke Masjidil Haram diteruskan dan cuba memanafaat segala masa yang ada dengan beribadat dan berada di Masjidil Haram kerana beberapa hari lagi akan meninggalkan kota suci Mekah untuk pulang ke tanah air.
Suasana di Masjidil Haram sungguh sesak dgn jemaah yang perlu menyempurnakan tawaf haji dan saei haji terutama di laman kaabah dan kawasan saei.. Selepas sahaja muaazin melaungkan azan , terus diikuti dgn iqamah dan solat fardhu. Tiada ruang masa utk solat sunat . Imam yang mengetuai solat fardhu hanya membaca surah-surah yang pendek sahaja.
24/12/2007 ISNIN (Day 40)
Pagi ini di hotel penginapan, dgn bimbingan guru agama THTS, jemaah haji di hotel kami mengadakan post mortem dan checklist perkara-perkara rukun haji dan wajib haji yang telah dijalankan kerana dikhuatiri ada yang belum dilakukan atau belum sempurna sebelum keberangkatan pulang ke tanah air. Perlu juga memastikan sekiranya ada dam yang perlu dijelaskan sebelum pulang nanti. Kami juga diingatkan agar lebihan batu yang dikutip utk lontaran jamrah ditinggalkan dan pastikan tidak terbawa pulang ke Malaysia.
Rutin seharian seperti biasa ke Masjidil Haram . Jemaah yang melakukan tawaf sungguh padat . Esok penerbangan keluar dari kota Mekah akan bermula untuk jemaah-jemaah yang datang awal dari serata dunia .
25/12/2007 SELASA (Day 41)
Seperti biasa ke Masjidil Haram utk solat subuh pukul 4.00 pagi. Selepas tamat musim haji ini, keadaan dalam Masjidil Haram telah mula tidak terlalu sesak krn jemaah haji dari seluruh dunia telah mula beransur-ansur terbang pulang ke negara masing-masing.
Hari ini telah mula kelihatan bas-bas yang akan membawa jemaah ke lapangan terbang di hadapan hotel-hotel di sekitar kota Mekah. Bagi jemaah yang sampai ke Mekah dalam penerbangan akhir, mereka pula akan ke Madinah pula selepas ini.
Kami juga telah mula mengemas beg-beg pakaian kami yang akan dihantar ke Madatul Hujjah Jeddah pada keesokan harinya iaitu 26/12/2007 2 hari lebih awal dari tarikh kami akan meninggalkan kota Mekah iaitu pada 28/12/2007. Pelekat-pelekat khas telah mula diedarkan. Beg2 besar tersebut juga perlu diikat dgn tali (seperti tali yang mengikat leher kambing ) di kesemua sudut seperti menyulam kerana dikhuatiri akan terbuka akibat hempasan dan campakan semasa proses keberangkatan pulang nanti. Aku meminta pertolongan pekerja hotel untuk mengikatnya kerana mereka kerana kepakaran mereka . Apa yang tinggal hanya 揾and luggage |
|
|
|
|
|
|
|
26/12/2007 RABU (Day 42)
Alhamdulillah, rutin seperti biasa , berulang-alik setiapwaktu fardhu ke Masjidil Haram. Hari ini mengikuti ceramah agama di hotelpenginapan, 揅ara-Cara Mengekalkan Haji Mabrur dalam Konteks Keluarga Bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
27/12/2007 KHAMIS (Day 43)
Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk terus bernafas di bumiNYA . Diam tak diam sudah hampir 41 hari kami di sini. Bumi yang penuh dgn keberkatan . Kami mengucapkan syukur ke hadrat ALLAH yang tidak terhingga kerana hajat kami untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke lima ini dapat kami jalani dan tunaikan dgn sempurna tanpa sebarang dugaan dan masalah yang besar . Kami sentiasa berdoa dan solat hajat agar diberikan kami kesihatan, kemudahan yang baik agar kami dapat menjalankan ibadat haji ini dgn sempurna dan ALLAH telah memakbulkan permintaan hambaNYA .
Terdapat beberapa orang jemaah di dalam pakej THTS yang kembali ke Rahmatullah sebelum sempat menyempurnakan segala rukun dan wajib haji . Itu semua ketentuan ALLAH yang maha mengetahui dan merencana setiap perjalanan hidup hambaNYA. Kita sebagai hambaNYA hanya mampu merancang , tetapi semua ketentuan hanya ALLAH yang menentukannya.
Perasaan sedih, sayu dan gembira mula menyelubungi hati kami kerana esok kami akan meninggalkan kota suci Mekah . Sedih dan sayu kerana akan meninggalkan kota suci Mekah . Gembira kerana akan pulang ke tanah air dan bertemu dengan anak2 kami yang telah lama kami tinggalkan. Banyak peristiwa manis dan pengalaman yang kami alami sepanjang kami di sini akan terus terus terpahat dalam hati dan ingatan kami sehingga ke akhir hayat. Satu pengalaman dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijual beli . Yang pasti kami akan sentiasa merinduinya.
Pagi ini dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, kami berada di Masjidil Haram untuk menikmati suasana ,permandangan dan situasi di sana sepuas-puasnya. Kami menyusuri setiap pelusuk Masjidil Haram . Di dalam masjid , ruang2 solat kelihatan lenggang, tapi di laman Kaabah dan tempat saei, sungguh padat dgn jemaah. Ada jemaah yang sedang menyempurnakan tawaf haji dan saei haji . Kemeriahannya dapat dilihat dan tidak dapat digambarkan . Saat begini pasti akan sentiasa kami rindui . Andai kata diberikan kesempatan, umur yang panjang dan rezeki , kami bertekad akan menjejakkan kaki lagi ke sini.
Esok kami akan bertolak meninggalkan kota Mekah ke Jeddah pada pukul 9.00 pagi . Jadi kami diingatkan agar melakukan tawaf wada |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih rezeki atas perkongsian pengalaman yang memang cukup indah untuk dihayati oleh semua. Saya turut mendoakan semoga rezeki dijemput kembali ke kota suci Makkah sebagai tetamu Allah di suatu hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih rezeki...bagi yang dah pegi menunaikan haji, thread ini merupakan satu nostalgia yang akan sentiasa dirindui..bagi yang belum ke sana, ia memberikan maklumat yang amat berguna untuk panduan sebelum ke sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Haji rezeki...Terima kasih krn telah berkongsi gambar & catatan perjalanan yg sgt indah & bermanfaat.
Paling suka tengok gambar lautan manusia mabit di muzdalifah...terasa insaf bila ingatkan bagaimanalah agaknya keadaan diri bila di padang masyar nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 24-3-2008 02:25 PM
Terima kasih rezeki atas perkongsian pengalaman yang memang cukup indah untuk dihayati oleh semua. Saya turut mendoakan semoga rezeki dijemput kembali ke kota suci Makkah sebagai tetamu Allah d ...
Sama-sama. Semoga memberi manafaat kepada semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by IDB at 24-3-2008 05:34 PM
Terima kasih rezeki...bagi yang dah pegi menunaikan haji, thread ini merupakan satu nostalgia yang akan sentiasa dirindui..bagi yang belum ke sana, ia memberikan maklumat yang amat berguna untuk ...
Sama-sama. Semoga memberi manafaat dan mendoakan utk semua muslim agar dapat mengerjakan rukun islam ke lima ini suatu hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jadree00 at 24-3-2008 10:18 PM
Haji rezeki...Terima kasih krn telah berkongsi gambar & catatan perjalanan yg sgt indah & bermanfaat.
Paling suka tengok gambar lautan manusia mabit di muzdalifah...terasa insaf bila ingatkan ...
sama-sama |
|
|
|
|
|
|
|
28/12/2007 JUMAAT (Day 44)
Jumaat, penghulu segala hari. Semalam kami mengadakan bacaan Yaasin dan doa serta sedikit jamuan di hotel penginapan. Setelah hampir 42 hari kami bersama-sama dalam satu pakej, lusa kami akan berpisah menuju destinasi masing2 setelah sampai ke tanah air. Bermaaf-maafan sesama kami . Semoga hubungan silaturahim antara kami berkekalan.
Malam tadi hanya dapat melelapkan mata seketika sahaja dan jam 4 pagi telah ke Masjidil Haram utk solat subuh . Kemudian jam 6 pagi , terus melakukan tawaf wada |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i nak tanya pd sesapa pergi bawak anak2 yg masih kecil....ada perkhidmatan baby sitter tak kat sana?...
i nak bawak anak 8 n 4 yrs..next yr
thanks |
|
|
|
|
|
|
|
29/12/2007 SABTU (Day 45)
30/12/2007 AHAD (Day 46)
Alhamdulillah, hari ini akan berangkat pulang ke tanah air . Check out dari hotel jam 4.00 pagi menuju ke KAAIA ( King Abdul Aziz International Airport) Jeddah dan terus ke terminal haji. Perjalanan mengambil masa 45-60 minit. Terminal haji ini hanya digunakan setahun sekali sahaja. Terletak lebih kurang 4 km dari terminal antarabangsa.
Jemaah haji dari seluruh dunia yang akan berlepas pulang ditempatkan di satu ruang khas mengikut negara masing-masing. Terdapat ruang solat terbuka yang disediakan di sini. Penerbangan kami dijangkakan pada pukul 11.00 pagi . 6 jam lagi sebelum keberangkatan pulang . Tiada kemudahan cafeteria berdekatan . Jadi bersarapan dgn apa yang ada sahaja seperti biskut dan air mineral yang dibawa.
Pukul 9.00 pagi kumpulan kami dipanggil utk masuk ke dewan berlepas . Keadaan agak kelam-kabut juga kerana beberapa orang pegawai lapangan terbang berbangsa arab mengeluarkan arahan mengikut kehendak masing-masing dalam satu-satu masa. Kemudian jemaah wanita dan lelaki dipisahkan disini dan tidak mengikut pasangan masing-masing. Kedudukan tempat duduk dalam penerbangan juga tidak mengikut pasangan seperti kelazimannya. Dengan campur tangan pegawai Tabung Haji , akhirnya pihak penerbangan bersetuju agar jemaah wanita nanti masuk dahulu ke dalam kapal terbang secara 揻ree seat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ibadat Haji mengambil masa 45 atau 46 hari ...rasa macam sekejap saje. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by my-alja at 25-3-2008 12:24 PM
i nak tanya pd sesapa pergi bawak anak2 yg masih kecil....ada perkhidmatan baby sitter tak kat sana?...
i nak bawak anak 8 n 4 yrs..next yr
thanks
Setahu saya, tiada perkhidmatan baby sitter di sana. Namun ketika saya di sana, terjumpa beberapa jemaah Malaysia yang membawa anak2 kecil lingkungan 6-8 tahun . Semasa saya menunaikan umrah dahulu tahun 2005, kami membawa 2 orang anak kami , yg kecil baru darjah 3. Dapat juga dia melakukan umrah sebanyak 3 kali. Kalau ke masjid kami bawa sekali. Jika dia kepenatan utk melakukan umrah masa itu, terpaksalah isteri saya tidak melakukan umrah kerana menemankannya di bilik hotel. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by IDB at 26-3-2008 01:18 PM
Ibadat Haji mengambil masa 45 atau 46 hari ...rasa macam sekejap saje.
Memang, masa berlalu tanpa disedari . Diam tak diam , dah 46 hari . |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #133 rezeki's post
Puas rasanya membaca tulisan rezeki dan menatap gambar-gambar yang dapat dikongsi bersama. Sekali lagi terima kasih rezeki. Walaupun telah selesai menyempurnakan ibadat haji dan semoga memperoleh haji yang mabrur, diharap rezeki akan terus menulis di sini.
Meskipun kita semua di sini tidak mengenali antara satu sama lain, namun tanpa disedari, silaturahim secara maya ini telah banyak memberi manfaat dan dapat menjalinkan perhubungan kita semua atas nama saudara seagama walaupun kita semua tidak pernah bersua muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #135 rezeki's post
thanks tuan hj
hubby yg nak bawak sesgt sebab anak lelaki nie very keen abt history zaman2 nabi...jadi nak expose dia dgn keadaan kat sana...
tu masih dlm perancangan..insyaAllah, aminnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #137 kitul's post
versi indon pulak...hajjah2x minggir
lepas tuh masa nak tunggu giliran ke raudah pulak-polis suruh kita berundur ke belakang tapi arahan cakap maju bu maju...konpius jemaah. Apapun appreciate usaha polis2 tuh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|