|
WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)
[Copy link]
|
Jj_pondok This user has been deleted
|
Alhamdulillah
Assalamualaikum,
Bismillah hirrohma nirrohim,
Walaupun anda wahai Antique postkan thread mana pun kat saya tapi kalau melalui internet sukar saya terima kerana mempunyai unsur unsur cut dan edit yang amat merbahaya kerana fahaman salah sanggup melakukan penipuan demi menegakkan benang yang basah,
Cerita pasal edit mengedit ni saya ada satu kisah benar yang berlaku kat psantrain saya, ceritanya begini...Kawan saya ada menerima satu risalah,(maaf masaalahnya saya tak ingat)Yang kononnya hadis yang dipetik dari sebuah kitab yang dipelajari dipondok pondok,lalu risalah itu diajukan kepada tuan guru saya,kebetulan kitab yang dimaksudkan itu juga berada ditangan guru saya itu,seperti yang disebut dalam risalah itu kitab sekian,mukasurat sekian,dan ayat sekian maka guru saya pun membukalah kitab yang dimaksudkan itu dengan mukasurat sekian alangkah terperanjatnya kerana Hadis yang dipetik bukan seluruhnya tetapi ambil bahagian atas dan bawahnya saja yang tengah dipadam lalu diedarkanlah risalah itu bagi tujuan maksud mereka tercapai,saya sangat sedih dengan kejadian ini,mengapa sanggup menipu atas agama Allah.
Nah posting itu juga sama,kerana perkataan Ulamak seperti Imam Assyafie ada penafsirannya lagi.kata Guru saya memang bacaan al-Qur'an tak sampai kalau kita tak berniat untuk menyampaikan pahala bacaaan pada simati.Berguru dulu baru mengerti Ibarat kitab jangan main copy buta tuli begitu saja.
Wallahua'alam bisowap.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jj_pondok at 16-8-2006 11:22 PM
Assalamualaikum,
Antique cuba fikir sejenak....bukanlah kenyataan saudara Abu_Syafiq tu menghukum orang tu kafir orang ini kufur,tetapi sekadar menjelaskan secara umum "jika seseorang it ...
antique sudah emosi looo.....hehehe...
apa yg abu_syafiq itu boleh difahami oleh individu yg benar2 faham dgn fahaman ASWJ.
Perbandingan yang dibuat oleh abusyafiq ke atas beberapa kefahaman itu sy tak nampak salahnya, berkaitan dengan SYIAH, Syiah ada byk golongan (lebih dari 20), ada golongan GHULAT yg menyamakan Ali dengan Tuhan, itu memang benar, ada yg menganggap Ali itu sebenarnya Rasul terakhir bukan Nabi Muhammad, itu memang benar, mereka ini memang sudah terkeluar dari ISLAM, jadi apa masalah puan antique kat hujah abu_syafiq tu?
Begitu juga hujah abu_syafiq yg lain ke atas WAHABI, memang dari fahaman ASWJ, kami tidak menerima ayat Al Quran ditafsir sedemikian, hingga menyatakan ALLAH BERTEMPAT. Ini menyalahi AKIDAH ASWJ.
Abu_syafiq sudah memberi info bahawa ASWJ adalah akidah yg dibawa oleh RSAW, sahabat2 dan seterusnya yg masih tetap dalam jalan tersebut. Apapun memang RSAW sudah mengingatkan umatnya DI AKHIR ZAMAN KELAK fitnah sgt dahsyat, ISLAM AKAN MENJADI GHARIB.
Apa 3 ilmu yg paling utama di dalam seseorg diiktiraf sebg ISLAM?
Yang paling utama adalah ilmu usuluddin aka akidah aka tauhid. Yang menyokongnya pula adalah ilmu fekah dan ilmu tasawuf.
Jadi ini BERMAKNA, ilmu ISLAM ini juga akan menjadi GHARIB. Ini PETUNJUK BESAR utk kita mencari KEBENARAN. Di mana2pun di dunia ini, fahaman ASWJ sudah tidak dikenali org islam, cuma segelintir sahaja yg masih berpegang kepadanya.
Apapun teruskan abu_syafiq, seseungguhnya golongan WAHABI ini yg sudah beratustahun menyesatkan fahaman ASWJ itu dan MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN, mereka harus diperangi bukan kerana kita membenci mereka TETAPI sbg seorg yg berilmu spt sdra, sdra WAJIB melakukannya demi KECINTAAN sesama muslim. Itu yg mreka tidak fahami dan akan menuduh kita pula sebaliknya yg lancang menyesatkan mereka sedangkan KASIHSYG kita kepada merekalah menyebabkan kita bangun BERSUARA menyatakan KEBENARAN.
[ Last edited by serihartatie at 17-8-2006 12:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jj_pondok at 16-8-2006 11:49 PM
Assalamualaikum,
Bismillah hirrohma nirrohim,
Walaupun anda wahai Antique postkan thread mana pun kat saya tapi kalau melalui internet sukar saya terima kerana mempunyai unsur unsur cut d ...
yup...belajar dgn buku/internet/dll tanpa BERGURU mursyid memetik kata Saidina Ali, akibatnya seperti berguru dengan syaitan. Kecenderungan itu lebih menurut akal yg berpandukan nafsu, agaknya itulah sebahagian dari maksud Saidina Ali KWJ. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 17-8-2006 12:00 AM
antique sudah emosi looo.....hehehe...
apa yg abu_syafiq itu boleh difahami oleh individu yg benar2 faham dgn fahaman ASWJ.
Perbandingan yang dibuat oleh abusyafiq ke atas beberapa kefah ...
Ni saya kena tulis cara cemana ni?
Saya tak ada masalah dgn hujjah-hujjah abu syafiq, cik seri... cuba baca balik apa yg saya tulis... saya kata hanya dia perlu halusi cara tulisan dia. Tulisan dia tu, orang yg faham akan faham. Tapi orang yg baru nak merangkak? Ni kita ni bercakap pasal nak membentangkan kat orang ramai ni... so fahami semula apa motif saya buat begini, kamu pernah nampak saya suka-suka bab-bab gini? Benda ni bukan kita boleh letak sana sebaris sini sebaris, ni nak kasi public baca ke nak baca sendiri?
Dan bab Syiah tu, Tatie nampak tak soalan saya asalnya : Syiah mana yg anggap Ali tu Tuhan, bro? Ada ke saya kata takde golongan camtu? Kamu nampak tak cara dia susun ayat macam mana? Bila saya menyoal, jangan ingat saya nak serang, cuba halusi dulu.
Dan saya tak emosi pun.... Tapi kalau terus je lompat buat kesimpulan atas post-post saya, harus kot in the future saya jadi emosi :lol
[ Last edited by antiQue at 17-8-2006 12:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 17-8-2006 12:09 AM
Ni saya kena tulis cara cemana ni?
Saya tak ada masalah dgn hujjah-hujjah abu syafiq, cik seri... cuba baca balik apa yg saya tulis... saya kata hanya dia perlu halusi cara tulisan dia. Tul ...
tulis ler cara cam ner pun...no hard feeling...
oklah, sy terimalah alasan tersebut, ...kalau begitu yg dimaksudkan, sypun rasa nasihat itu sesuailah sebb setiap org berbeza ilmu dan kefahaman, abu_syafiq kena tulis dengan JELAS dan precise, supaya tdk berlaku kekeliruan. |
|
|
|
|
|
|
|
Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam
Syariat dan tasawuf ialah furu抎an cabang-cabangnya.
Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai disisi Allah kalau aqidah atau usuluddin telah rosak. Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin adalah yang terkandung di dalam rukun iman yang meliputi 6 perkara tersebut.
Maka ilmu usuluddin yang menjadi asas kepada ajaran Islam merupakan ilmu yang paling penting. Ia menjadi perkara utama dan pertama untuk setiap individu Islam yg mukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini adalah fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf . Jatuh berdosa besar bagi orang yang tidak mempelajarinya. Hatta boleh jatuh kufur secara tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini.
Ilmu usuluddin yang berkait dengan ALLAH dan sifat-sifatNya kalau tidak dipelajari paling mudah untuk menyebabkan jatuh kepada kufur. Sebab itu dihukumkan wajib bagi setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu lain. Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyebut (terjemahannya) : Awal-awal agama ialah mengenal Allah. Oleh itu ilmu usuluddin ini tidak boleh dicuaikan daripada mempelajarinya. Supaya ia dapat dijadikan pegangan dan keyakinan yang mantap dan teguh dihati. Tanpa dicelahi oleh syak, zan dan waham. Sekiranya dicelahi oleh syak, zan dan waham atau salah satu darinya maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau tertolak. Ertinya tidak ada apa-apa disisi Allah. Amalan itu hanya sia-sia sahaja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yang dipersembahkan pada Allahs sekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicampak semula kemuka pengamalnya.
Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya. Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokoknya subur, itu adalah kesan dari akar tunjangnya yg kuat tadi. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga yg cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak lagi sedap rasanya. Sehingga mejadikan kepingin semua makhluk terutama manusia untuk mendekatinya dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.
Begitulah juga bagi mereka yang akidahnya baik tentulah syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semua hukum hakam yang lima yakni yang wajib dan sunat dapat ditegakkan, yang haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang, hingga ia mencorak hidup individu dan masyarakat. Alhasil kalau sudah ramai yang aqidahnya tepat dan kuat maka akan lahirlah Negara yang aman dan makmur yang mendapat keampunan Allah.
Dipetik dari buku tulisan Ustaz Ashaari Muhammad, Akidah MUKMIN yg digarap menurut kaedah tauhid Imam Abu Hassan Assyaari.
[ Last edited by serihartatie at 17-8-2006 08:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
ahmadi_bangi :
Saya membaca sebuah buku, penulisan buku ini menyerupai penulisan ulamak-ulamak Hijaz berkaitan masalah beriman pada Allah, dimana penulis membahagi tauhid kepada Allah kepada 3 bahagian;
1) Tauhid ar-Rububiyyah
2) Tauhid al-Asma' wal Sifat
3) Tauhid al-Uluhiyyah
Ulama islam menyatakan: Nabi tak pernah pun membahagiakan tauhid kepada 3 bahagia. bid'ah mana hangpa bawak ni..!?
MANA HADIST NABI KATA TAUHID TU TERBAHAGI PADA 3 BAHAGIAN..?!
Nabi tak pernah sebut pun mcm hangpa dtgkan tauhid nie kepada 3.
Duhai ahmadi_bangi yg syok sendiri厖MANA HADIS NABA KATA TAUHID TU 3??!!
Jgn buat bidah dlm agama islam卲lz 卲lzzzzz |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
Duhai ahmadi_bangi yg syok sendir........MANA HADIS NABI KATA TAUHID TU 3??!! |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
ahmadi_bangi :
"Tuhan yang Maha Pemurah bersemayam di atas Arasy" beliau memetik kata-kata seorang ulamak menyatakan "Bersemayam di atas Arasy-Nya tidak dengan hak dan kaifiyyah seperti bersemayamnya makhluk-makhluk".
BILA PLAK TUHAN KATA DIA DUDUK??! ADUIII apa nie...jgn jd Mujassimah le..Tuhan Tak Bersifat Duduk le!
sapa plak ulamak yg kata Tuhan Duduk tuh?!
saudara ahmadi dan wahhabi yg lain...pie bukak kamus...bersemayam maknanya DUDUK.
hangpa hanya rujuk terjemahan tapi tak rujuk tafsir alquran muktabar..tu silap hangpa wahhabi oi...
sy beranggapan wahhabi skrg dah takde hujah...lebih baik hangpa senyapp...tak usah tulis apa2...hanya kembali aje ke pangkal jalan.
hangpa dah byk buat bid'ah wahai wahhabi..antaranya bid'ah hangpa kata Tuhan Duduk..pastu tauhid tu ada 3 bahagian pulak...
insaflah duhai wahhabi... |
|
|
|
|
|
|
|
Sy C&P dari forum KEBENARAN MUTLAK pasal WAHABI yg sebenarnya mengamalkan BAB SESAT dan MENYESATKAN ini terhadap golongan ASWJ serta contoh BIDAAH yg didakwa sesat oleh mereka.
Saya rasa ada baiknya juga jika saya menyenaraikan beberapa laman-laman web Wahabbi yang harus kita elakkan. Saya akan kemaskini dari masa ke semasa. Sila beritahu saya jika anda tahu laman-laman web lain yang mesti dielakkan - sama ada untuk mengelakkan salah faham atau kerana laman tersebut begitu mudah menyesatkan sesuatu golongan. Buat masa ini, saya tidak tahu (atau mungkin terlepas pandang) laman-laman web Malaysia yang memiliki fahaman Wahabbi yang agak keras.
1) Fatwa-Online
2) Allaahuakbar.Net
3) SalafiTalk
4) Laman Sheikh Al-Albani
5) Laman Sheikh Bin Baz
6) Laman Sheikh Ibnu Utyahmeen
7) Laman Bilal Philips
Tujuan saya menyenaraikan adalah supaya anda tidak terpengaruh dengan dakyah mereka yang begitu mudah mengelaskan saudara seIslam mereka sebagai sesat atau deviant. Kebanyakkan orang Malaysia yang berjinak-jinak dengan fahaman Wahabbi tidak begitu tahu betapa 'teruknya' fahaman ini. Jika anda duduk di luar negara atau cuba untuk mengetahui perkembangan Islam secara global, maka anda akan tahu mengapa saya mewujudkan topik ini.
Macam-macam perkara nak dilabelkan sebagai bida'ah dan wajib dihapuskan. Buka majlis dengan surah Al-Fatihah pun ditegur bida'ah. Berzikir guna biji tasbih pun bida'ah juga. Membaca qasidah yang memuji-muji Nabi SAW juga bida'ah. Duduk berzikir dan berdoa selepas solat juga dikatakan bida'ah oleh sesetengah Wahabbi [Berdasarkan pengalaman Ustaz Fauzi ketika bersolat di Masjidil Haram (atau Masjid Nabawi, maaf saya tak ingat)].
Tentang menuduh orang sebagai sesat, ini lagi satu perkara yang haru-biru. Kita sendiri tidak menuduh mereka sebagai sesat. Saya tidak kisah jika mereka menuduh mana-mana kumpulan/fahaman sebagai sesat jika ia menjadi ijmak para ulama sedunia. Oleh itu, saya sertakan beberapa contoh golongan/fahaman yang mereka tuduh sesat.
1) Jemaah Tabligh
- Ulasan dari Allaahuakbar.Net
- Ulasan dari Fatwa-Online
Kumpulan jemaah tabligh yang banyak berjasa kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia ini mereka katakan sesat? Walaupun saya tidak berapa ' ngam dan masuk' dengan jemaah tabligh ini, tetapi mengatakan mereka sesat adalah tidak sama sekali.
2) Sufi
- Ulasan dari Allaahuakbar.Net
Di Allaahuakbar. Net, mereka turut menyatakan bahawa Sheikh Hamza Yusuf dan Sheikh Nuh Ha Mim Keller sebagai The Modern Deviated Sufi!!! Maka akhirnya saya menjadi tidak hairan apabila Bilal Philips menuduh secara terbuka bahawa Sheikh Nuh Ha Mim Keller sebagai melakukan syirik. Dr Said Ramadan Al-Buti pun dilabelkan sesat juga. Na'uzubillah... Nampaknya, Hassan Al-Banna pun sesat jugalah jika mengikut kayu ukur fahaman Wahabbi. Jadi saya rasa bagi Wahabbi tegar, mungkin tak mahu baca langsung tulisan saya ini kerana saya banyak menggunakan pendapat-pendapat Sheikh Hamza Yusuf, Sheikh Nuh Ha Mim Keller, dan ulama-ulama tradisional yang lain.
Kenapakah Wahabbi ini membenci ajaran Sufi dan Tasawwuf yang menekankan pembersihan dan penyucian hati ini? Jawapan umum mereka mudah sahaja: "Kerana ia bukan dari Rasulullah saw, ajaran Islam dah sempurna dan tak perlu sufi. Ini semua bida'ah."
Tapi apakah mereka lupa bahawa ramai ulama-ulama agung yang memiliki pengetahuan mendalam tentang ilmu tasawwuf atau kesufian ini? Contohnya, Imam Nawawi, Taqiyuddin Al-Subki, dan Imam Suyuti. Wahabbi bilang, sufi dan tasawwuf ini sesat. Jadi apakah Imam Nawawi itu sesat? Saya berani bilang, andai Imam Nawawi masih hidup pada hari ini, tiada seorang ulama pun yang ada pada zaman ini yang mampu menandingi beliau dari segi keilmuan, kewarakan, kezuhudan, dan segala macam sifat lagi.
Dan lupakah mereka bahawa Hasan Al-Basri, salah seorang tokoh terkenal Islam, dilahirkan pada kurun Salaf, juga adalah seorang ahli sufi?
Semestinya, saya tidak menafikan wujud sufi yang terpesong dan terlampau. InsyaAllah, ia akan turut menjadi fokus saya di akan datang.
3) Gerakan Ikhwanul Muslimin
- Ulasan dari Allaahuakbar.Net
Saya rasa ramai umat Islam di Malaysia yang tertarik dengan fahaman Wahabbi, TIDAK TAHU bahawa Wahabbi ini juga menuduh Gerakan Ikhwanul Muslimin yang digagaskan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna, yang juga merupakan seorang ahli Sufi, sebagai sesat. Fikirkan semula wahai umat Islam di Malaysia kalau anda ini sangat terpengaruh dengan doktrin Wahhabi ini yang suka sangat menuduh orang sebagai pembuat bida'ah yang sesat.
Adalah sesuatu yang kelakar kalau anda ini menjadikan Hassan Al-Banna sebagai tokoh yang anda kagumi, tetapi pada masa yang sama, terpengaruh pula dengan fahaman Wahabbi.
4) Asha'ari dan Maturidi
Secara ringkas, mazhab Hanafi, Hambali, Shafie dan Maliki mengambil doktrin akidah Asha'ari dan Maturidi. Saya tidak mahu menceritakan panjang lebar di sini tentang doktrin tersebut buat masa ini. Cuma anda perlu tahu bahawa Asha'ari dan Maturidi adalah doktrin akidah yang digunapakai dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perbezaan dua doktrin ini adalah pada perkara minor sahaja. Anda boleh baca lebih lanjut jika mahu tentang doktrin tersebut di sini.
Tetapi, mengapakah puak-puak Wahabbi dalam laman web Allaahuakbar.Net itu meletakkan Asha'ari dan Maturidi di bahagian Guard Your Faith?? |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
kenyataan seseorg :
Antara pegangan yang salah golongan ini adalah Allah itu bertempat dan tempat bagi zat Allah adalah diatas ?rasy dan Allah juga duduk di atas ?rasy. Kenyataan aqidah mereka ini boleh didapati dalam kitab rujukan utama golongan ini berjudul Fathul Majid Fi Syarhi Kitab At-Tauhid . Pegangan golongan ini merupakan pegangan songsang terkeluar dari landasan aqidah islam.
Mudah gamaknya nak hukum orang terkeluar dari aqidah Islam ni eh?
KEPADA YANG INGIN TAHU
Saudara卹amai org yg kurang fhm bila ulama islam mengkafirkan siapa yg menetapkan bagi Allah itu tempat..
Ketahuilah bhw aqidah islam adalah 揂LLAH TIDAK MEMERLUKAN TEMPAT |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
kepada yg menyatakan :
Mudah gamaknya nak hukum orang terkeluar dari aqidah Islam ni eh?
sy nk kasitau sket pd anda...ulama islam tak hukum org lain mcm main2 guli jek...mrk bersandarkan dalil
Wahhabi yg menetapkan tempat bagi Allah dihukum KAFIR berdasarkan Fatwa-fatwa ulama islam salaf dan khalaf yg telah menghukum bagi sesiapa menetapkan tempat bagi Allah adalah KAFIR...nah! ini lagi kenyataan ulama menghukum kafir bagi sesiapa yg menetapkan tempat bagi Allah , tp sy tak terjemahkan sbb hukumnya amat JELAS dan TERANG:
4- Imam Qusyairy menceritakan bagaimana seorg ulama memeluk islam kembali setelah sebelum itu dia beriktiqad dgn iktiqad Allah berarah ( bertempat) :
قال أبو القاسم القشيري (465هـ) في رسالته (الرسالة القشيرية ص5) ما نصه :"سمعتُ الإمام أبا بكر ابن فورك رحمه الله تعالى
يقول: سمعتُ أبا عثمان المغربي يقول: كنتُ أعتقدُ شيئًا من حديث الجهة، فلما قدِمتُ بغداد زال ذلك عن قلبي فكتبتُ إلى أصحابنا بمكة: إني أسلمتُ الآن إسلامًا جديدًا" اهـ.
5-Imam Nasafi pula menyatakan sesiapa yg menetapkan tempat bagi Allah maka dia telah menentang nas alquran maka barangsiapa menentang nas alquran adalah dihukum KAFIR :
وقال الشيخ لسان المتكلمين أبو المعين ميمون بن محمد النسفي الحنفي (508هـ) ما نصه (تبصرة الأدلة 1/169) :"والله تعالى
نفى المماثلة بين ذاته وبين غيره من الأشياء، فيكون القول بإثبات المكان له ردًّا لهذا النص المحكم ـ أي قوله تعالى :{ليس كمثله شىء} ـ الذي لا احتمال فيه لوَجْهٍ ما سوى ظاهره، ورادُّ النص كافر، عصمنا الله عن ذلك" اهـ. |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
6- Ulama Hanafiyah yg terkenal iaitu Ibnu Nujaim Alhanafi menghukum kafir kepada siapa yg menetapkan tempat bagi
Allah :
وقال الشيخ زين الدين الشهير بابن نُجَيْم الحنفي (970هـ) ما نصه (البحر الرائق: باب أحكام المرتدين 5/129) :"ويكفر بإثبات المكان لله تعالى، فإن قال: الله في السماء، فإن قصد حكاية ما جاء في ظاهر الأخبار لا يكفر، وإن أراد المكان كفر".
7- Imam Ibnu Hajar Al-Haitami menukilkan dari mazhab empat hukum takfir bagi sesiapa yg menetapkan jisim dan arah
(tempat) bagi Allah:
وقال الشيخ شهاب الدين أحمد بن محمد المصري الشافعي الأشعري المعروف بابن حجر الهيتمي (974هـ) ما نصه (المنهاج القويم ص:224) :"واعلم أن القَرَافي وغيره حكوا عن الشافعي ومالك وأحمد وأبي حنيفة رضي الله عنهم القول بكفر القائلين بالجهة
والتجسيم، وهم حقيقون بذلك" اهـ.
8-Imam Mulla Ali Qori pensyarah kitab Imam Abu Hanifa berjudul Fiqhul Akbar telah menukilkan dari mazhar empat hukum bagi sesiapa yg menetapkan tempat bagi Allah adalah dia dianggap KAFIR ...:
وقال الشيخ ملاّ علي القاري الحنفي (1014هـ) ما نصه (شرح الفقه الأكبر: بعد أن انتهى من شرح الرسالة ص215) :"فمن أظلم
ممن كذب على الله أو ادعى ادعاءً معينًا مشتملاً على إثبات المكان والهيئة والجهة من مقابلة وثبوت مسافة وأمثال تلك الحالة،
فيصير كافرًا لا محالة" اهـ. وقال (ص271-272) :"من اعتقد أن الله لا يعلم الأشياء قبل وقوعها فهو كافر وإن عُدّ قائله من أهل البدعة، وكذا من قال: بأنه سبحانه جسم وله مكان ويمرّ عليه زمان ونحو ذلك كافر، حيث لم تثبت له حقيقة الإيمان" اهـ.
وقال أيضًا ما نصه (مرقاة المفاتيح 3/300) :"بل قال جمع منهم ـ أي من السلف ـ ومن الخلف إن معتقد الجهة كافر كما صرح به
العراقي، وقال: إنه قول لأبي حنيفة ومالك والشافعي والأشعري والباقلاني" اهـ.
Wahhabi telah menetapkan tempat bagi Allah maka mereka didlm hukum tersebut.
** Allah Tidak Memerlukan Kepada Tempat ** |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
ada lagi JUTAAN kenyataan ulama islam yg menghukum sesiapa yg menetapkan tempat bagi Allah maka dia KAFIR...kalau nk lagi ckp yee....
kepada Wahhabi yg tak mati lg..pintu taubat terbuka...kembalilah ke pangkal jln..
kepada syiah....ku katakan pd kamu semua....bukan semua syiah kafir...tp yg kafir tu syiah yg jenis sembah saidina ali dan yg menyatakan benda2 kufur yg lain seperti mengatakan Imam mereka maksum seperti para nabi.
kepada muktazilah....usah menyebuk mempertahankan aqidah muktazilah kamu didunia ini...muktazilah yg kata
"Allah tidak mencipta sesuatu bahkan yg mencipta itu adalah manusia" mereka adalah KAFIR..
kepada yg beria ria mempertahankan mana mana ajaran sesat seperti syiah , wahhabi, muktazilah...tak usah mempertikaina kesesatan mereka...semuanya dah dijelaskan.....baik korang bantu dlm membanteras ajaran sesat ini dari memepertahankan mereka...masaalah halusi atau tidak...itu boleh dibincangkan bila kita bukak tajuk mengenai satu puak..kita akan bukak satu persatu dlm membongkar kesesatan dan bahaya mereka...
skrg kita membongkar kesesatan dan bahaya Wahhabi dahulu....kita perhalusi tajuk ini...
nnti kita akan ke tajuk yg lain pada puak2 sesat yg telah dinyatakan ( Syiah ,Muktazilah, ISlam Liberal, Sisters In islam dan berbagai-bagai lagi)
satu persatu...tp yg kunyatakan sblm ini psl syiah,muktazilah dan lain2 adalh secara umum.
AYUH! BANGKITLAH SAUDARA DALAM MEBANTERAS WAHHABIYAH INI! |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
memang byk website ajaran sesat ini...saya tak nafikan mereka adalah sebanding dgn website2 memurtadkan org |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
SAYA MENGAJAK KEPADA GENG WAHHABI AGAR KITA BERDIALOG SECARA BERSEMUKA...
JANGAN HANYA BERANI MEREPEK AQIDAH KAMU ' ALLAH DUDUK ATAS KUSI' JEK SAMBIL ANDA MERAPU DI FORUM INI TANPA SEBARANG HUJAH DARI ALQURAN MAHUPUN HADIS.
PANGGILLAH TOK SYEIKH2 KAMU TERMASUK KETUA2 KAMU DIMALAYSIA INI.
KITA BERBINCANG! TETAPKAN TARIKH DAN TEMPAT KITA JUMPA.
DOK BELAKANG KOMPUTER BUAT WEBSITE DAN SAKAT2 AQIDAH ORG DGN MENYEBARKAN AQIDAH SESAT KAMU ...INI SEMUA PERANGAI ORG PENAKUT.
JOM! KITA BERSUA MUKA...TAPI SYARAT MESTI DENGAN KETUA2 KAMU DAN BUKANNYA 'BUDAK BERHINGUS'!
DAN PERBINCANGAN LEBIH DIGALAKKAN DALAM BAHASA ARAB..KALAU TAK BOLEH KITA WAT DLM BAHASA MELAYU JEK....NAK KE WAHHABI??! NAK KE WAHAI WAHHABI YG KATA 'ALLAH DUDUK' DAN ALLAH BERTEMPAT?!!KE TAKUT BERBINCANG SECARA ILMIAH ?! |
|
|
|
|
|
|
|
wahabi kata tuhan duduk atas kerusi? Tuhan apa tu? Ni ajaran bahaya ni. Atau mungkin mereka ada maksud yang lain... tapi jangan sampai menyerupakan tuhan dengan makhluk dah lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abu_syafiq at 17-8-2006 09:24 AM
ahmadi_bangi :
BILA PLAK TUHAN KATA DIA DUDUK??! ADUIII apa nie...jgn jd Mujassimah le..Tuhan Tak Bersifat Duduk le!
sapa plak ulamak yg kata Tuhan Duduk tuh?!
saudara ahmadi dan wahha ...
Untuk makluman saudara Abu Syafiq, buku tersebut merupakan tulisan tuan guru Abdul Hadi Awang pemimpin PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) bertajuk 'Beriman kepada Allah' yang dalam simpanan saya ialah Cetakan Pertama : Januari 1992, sila rujuk muka surat 12 bagi permasalahan 3 bahagian tauhid tersebut, dan tentang masalah Allah bersemayam di Arasy tidak dengan hak dan kaifiyyah seperti bersemayamnya makhluk-makhluk, menurut penulis buku adalah kata-kata al-imam Abu al-Hassan as-Shar'ari sendiri (sila rujuk muka surat 152).
kalau benarlah dakwaan saudara tentang masalah diatas maka ini membuktikan bahawa;
a) Pemimpin PAS tersebut merupakan seorang Wahabi dan juga KAFIR disisi saudara kerana saudara menyatakan..
WAHHABI ADALAH KATEGORI YAHUDI DAN KRISTIAN KERANA :
KRISTIAN KAFIR KATA : 'ALLAH DUDUK'...dalil kristian TIADA
YAHUDI KAFIR KATA : 'ALLAH DUDUK'... dalil Yahudi TIADA
KAWAN KARIB MEREKA WAHHABI PUN KATA : ' ALLAH DUDUK'. ..dalil Wahhabi pun TIADA
kesemua mereka tidak berpegang dgn alquran dan hadis.....soalan saya :
WAHAI WAHHABI....!
DIMANAKAH AYAT ALQURAN DAN HADIS NABAWI SOHIH KATA : 'ALLAH DUDUK'??!!
b) al-imam Abu al-Hassan as-Shar'ari sendiri adalah wahabi dan juga kafir disisi saudara kerana ucapannya tersebut
c) ataupun tuan guru Haji Abdul Hadi Awang adalah PENIPU yang menggunakan nama al-imam Abu al-Hassan as-Shar'ari untuk membenarkan aqidah Wahabi
ataupun apa yang nyatanya ialah..
Saudara sendiri jahil........dan perlu menuntut ilmu lagi didalam masalah tersebut
pilihan ditangan saudara dan sahabat-sahabat semua untuk memilih..
wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 17-8-2006 05:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Amatlah penting bagi kita untuk mempelajari dan memahami islam sebagai mana yang diwahyukan Allah dan diterangkan oleh Rasullullah, mencari nas-nas dan dalil-dalil bagi setiap apa yang dinisbahkan pada permasalahan aqidah dan fiqh, dan janganlah cepat melatah apabila melihat segolongan yang lain memegang pendapat dan tafsiran yang berbeza dari apa yang kita pelajari.
wallahu'alam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 17-8-2006 01:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 17-8-2006 10:36 AM
3) Gerakan Ikhwanul Muslimin
- Ulasan dari Allaahuakbar.Net
Saya rasa ramai umat Islam di Malaysia yang tertarik dengan fahaman Wahabbi, TIDAK TAHU bahawa Wahabbi ini juga menuduh Gerakan Ikhwanul Muslimin yang digagaskan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna, yang juga merupakan seorang ahli Sufi, sebagai sesat. Fikirkan semula wahai umat Islam di Malaysia kalau anda ini sangat terpengaruh dengan doktrin Wahhabi ini yang suka sangat menuduh orang sebagai pembuat bida'ah yang sesat.
Adalah sesuatu yang kelakar kalau anda ini menjadikan Hassan Al-Banna sebagai tokoh yang anda kagumi, tetapi pada masa yang sama, terpengaruh pula dengan fahaman Wahabbi....
untuk maklumam saudari tatie, said hawwa pemimpin ikhwan muslimin pun ada yg tuduh sebagai wahabbi .... sebab tu sy bertanya siapakah yg digelar sbg wahabi?
wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|