CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gravedigger

Wahabism di Malaysia.

[Copy link]
Post time 31-7-2006 11:58 AM | Show all posts
Part V (Lastl)

Rasulullah (s.`a.w) juga bersabda:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2006 12:31 PM | Show all posts
udah ler tu qobel... mana pegi pun artikel sama.  terutama orang syiah ni, memang anti wahabi.  pulak macam setenngah tu, habis semua org diwahabikan seba tak setuju dgn syiah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 02:43 PM | Show all posts
Satu artikel yang menarik, but saya pernah membacanya sebelum ini, apa yang saya perlukan sekarang ialah senarai 'kecacatan' yang menyebabkan golongan yang dinamakan 'Wahabi' dianggap sebagai telah sesat oleh pihak saudara dan yang lain-lainnya..

Harap saudara Qobel2 dapat menyediakan senaraikan tersebut untuk saya melakukan sedikit penelitian atas urusan menjaga iman & islam saya sendiri, harap disertakan dalil-dalilnya bersumberkan al-Quran dan Hadis sahih dan mengapa mereka dianggap sesat oleh saudara.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 04:41 PM | Show all posts
Sifat-sifat Wahabi yang Tercela
1.        Melarang orang berziarah ke Makam dan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. dan keluarga Nabi.
2.        Wahabi kononnya hendak memurnikan ajaran Islam. Adakah Islam yang di bawa oleh Nabi s.a.w tidak sempurna?
3.        Wahabi menghantar tentera Taliban untuk membakar Kitab Dalailul Khairat (Kitab ini di baca para pejuang Afghanistan               sehingga berjaya mengusir tentera Rusia)
4.        Melarang pengikutnya membaca kitab fiqah, tafsir dan hadith serta membakar sebahagian kitab-kitan tersebut.
5.        Mereka tidak menghormati Nabi s.a.w .
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by Qobel2 at 31-7-2006 04:41 PM
Sifat-sifat Wahabi yang Tercela
1.        Melarang orang berziarah ke Makam dan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. dan keluarga Nabi.
2.        Wahabi kononnya hendak memurnikan ajaran Islam. Adakah Islam yan ...


main cakap jer... kakak tua pun boleh bang oii!!!!

Buktinya mana? Mana evidence?
Takkan jadi macam Amerika serang Iraq kot-kot.... cari sampai sekarang Weapon of Mass Destruction tak jumpa-jumpa  !!

Tanpa Evidence tukang karut pun boleh cakap!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 08:08 PM | Show all posts
Originally posted by Qobel2 at 31-7-2006 04:41 PM
Sifat-sifat Wahabi yang Tercela
1.        Melarang orang berziarah ke Makam dan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. dan keluarga Nabi.
2.        Wahabi kononnya hendak memurnikan ajaran Islam. Adakah Islam yan ...



alah qobel, kalo cam tu...  taliban semua tak solat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2006 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by Qobel2 at 31-7-2006 04:41 PM
Sifat-sifat Wahabi yang Tercela
1.        Melarang orang berziarah ke Makam dan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. dan keluarga Nabi.
2.        Wahabi kononnya hendak memurnikan ajaran Islam. Adakah Islam yan ...



Boleh tak saudara memberi contoh dan fatwa yang dikeluarkan oleh golongan 'Wahabi' berkenaan masalah-masalah tersebut, apakah dalil yang digunakan oleh mereka & apakah dalil bagi menolak pendapat mereka. Berikan juga nama-nama ulamak-ulamak golongan 'wahabi' dan contoh penulisan-penulisan mereka yang saudara anggap menyimpang.

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2006 11:36 AM | Show all posts
Salam...

Nampaknya tajuk yang aku mulakan ini sudah agak menyimpang sikit. Takper beb....sikit lari no problem!

Tujuan tajuk ini di buka sebenarnya adalah untuk membincangkan sejauhmana fahaman ajaran wahabi menyusup masuk ke dalam kehidupan masyarakat di negara ini yang rata-rata mengakui bermazhab Syafe'i. Perbincangan tajuk ini tak perlulah meleret-leret sehingga membahaskan tentang pro dan kontra fahaman yang terdapat dalam ajaran tersebut. Kalau kalian berminat pada ajaran wahabi tersebut maka silalah terus melayari laman web yang berlambak terdapat di internet ini. Contohnya ini satu laman web yang saya berikan tentang keindahan dan kebenaran ajaran wahabi ini.


http://www.ummah.net/Al_adaab/salafi2.html

Di ruangan ini marilah kita membincangkan saja tentang pengaruh-pengaruh ajaran wahabi yang mungkin terdapat dalam kehidupan kita sama ada berkeluarga ataupun bermasyarakat. Tajuk ini sebenarnya aku dah pernah bincangkan suatu masa dulu semasa ikuti kursus Diploma Pengajian Islam di UKM so saja nak refresh. Dulu aku sendiri pun berbangga kalau di panggil wahabi dan banyak aktiviti-aktiviti masyarakat yang aku boikot kerana bidaah sesat tapi selepas terdedah dengan ilmu dari Pencinta-Pencinta Ahlul-Bait maka banyak kekeliruan sudah pun terhurai.

Selamat berbincang dan jumpa lagi. Sorry tak dapat nak lepak lama sebab lepas ni nak terbang semula.

Teriring doa untuk kejayaan Hezbollah dan Hamas.

Salawat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2006 01:27 PM | Show all posts
Pengaruh "Wahabi" di tempat aku :-

1. Perbuatan menhantar ancak ke  laut sebagai jamuan hantu laut telah lama dihapuskan sejak tahun 1960an. Sebelum ini menurut arwah datuk aku,adat warisan lama  memang masyarakat nelayan di sini membuatnya setiap tahun...

2. Terhapusnya perbuatan masyarakat membuat & membayar nazar kepada kuburan yang dianggap keramat. Juga terhapus perbuatan datang ke kubur meminta-minta pertolongan kepada keramat-keramat ini.

3. Masyarakat sekarang pun takkan mengumpat atau memburukkan mereka yang tidak mahu menganjurkan kenduri arwah.

4. Ustaz-ustaz yang mengajarkan dengan membawa dalil yang sahih tentang sesuatu perkara makin mendapat tempat di hati masyarakat. Masyarakat tempat aku mulai berani bertanya mengenai segala kemusykilan agama.

banyak lagi la.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 01:39 PM | Show all posts
mungkin istilah wahabi bagi grave ialah orang yang 'tidak setuju' dengan syiah?  apa tak pangil nasibi sahaja?  mungkin nak tunjuk berbudi bahasa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2006 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 3-8-2006 01:39 PM
mungkin istilah wahabi bagi grave ialah orang yang 'tidak setuju' dengan syiah?  apa tak pangil nasibi sahaja?  mungkin nak tunjuk berbudi bahasa...


Hehehee...takper beb. Nanti aku buka pulak tajuk baru dengan pengaruh nasibi lak tapi sekarang ni cuma pengaruh wahabi saja tau! Harap ko faham bahasa yang simple ni dan tak perlulah berbelit-belit bawa falsafah yang tinggi-tinggi tu.
Reply

Use magic Report

reeez This user has been deleted
Post time 10-8-2006 04:34 PM | Show all posts
org wahabi bagus. byk elak bidaah. tapi kalau tgk puncak kepimpinan die tu yg tak bagus. iaitu Kerajaan Arab Saudi. diorang la yg start bersekongkol dengan Britain. dengan bantuan Lawrence of Arabia, Wahabi take over Tanah Arab dari kepimpinan Khilafah Islam time tu (Uthmaniyyah) lalu berpecah belahla Tanah Arab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2006 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by reeez at 10-8-2006 04:34 PM
org wahabi bagus. byk elak bidaah. tapi kalau tgk puncak kepimpinan die tu yg tak bagus. iaitu Kerajaan Arab Saudi. diorang la yg start bersekongkol dengan Britain. dengan bantuan Lawrence of Arabi ...


Apabila menyentuh tentang wahabi maka ia adalah sinonim dengan kerajaan Arab Saudi. Tertegaknya kerajaan Arab Saudi juga adalah dengan persekongkolannya dengan fahaman Wahabi yang saling peralat-memperalati. Dulu mereka mendapat bantuan dari Lawrence of Arabia untuk menghancurkan kerajaan Islam yang terakhir namun kini kerajaan Arab Saudi cuba pula mendapat bantuan dari Bush Laknatullah untuk memporakperandakan seluruh dunia Islam. Inilah persamaannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2006 10:13 PM | Show all posts
Kembali kita ke dalam negeri....Gerakan wahabism mula bergerak disekitar tahun 30an dimana terdapat isu yang ditimbulkan oleh seorang peniaga kain yang berasal dari India, A.Hassan Bandung, yang membawa banyak persoalan-persoalan yang bercanggah dengan amalan yang dianuti oleh masyarakat Melayu ketika itu. Antaranya tidak perlu menyamak ketika tersentuh babi atau anjing, masalah talkin, tahlil dsbnya. Gerakan ini mendapat juga sambutan di kalangan segelintir umat Melayu dan mereka ini digelar sebagai kaum Muda. Namun demikian pengaruh ini mendapat tentangan yang hebat daripada ulama-ulama Melayu tempatan yang digelar pula kaum tua.

Pengaruh-pengaruh wahabi cuba dikembangkan dengan penubuhan-penubuhan perkumpulan kemudiannya seperti Ittiba'Us Sunnah, Ansarul Sunnah, Muhammadiyah dan al-Islah namun perkumpulan ini akhirnya nyawa-nyawa ikan dan akhirnya mati sendiri kerana semakin kurang mendapat sambutan dari masyarakat. Madrassah Ittiba us sunnah sendiri yang suatu ketika kononnya gah dengan sambutan dari seluruh Malaysia kini hanya jadi rumah kambing saja.

Perkembangan semasa kemudiannya memperlihatkan NGO-NGO cuba diresapi dengan fahaman wahabi. ABIM sendiri pernah ada usaha-usaha untuk mewahabikan seluruh organisasi tersebut secara dalaman namun dengan disedari oleh ABIM pusat maka usaha-usaha tersebut gagal. ABIM Perlis dengan dipimpin oleh Ustaz Dhalan akhirnya berpecah dan membuat programnya sendiri tanpa restu ABIM pusat. ABIM Perlis ini akhirnya bekerjasama dengan IRC yang memang banyak pengaruh-pengaruh keradikalan wahabi dalam program mereka namun mereka juga gagal menyusup masuk dalam organisasi-organisasi siasahyang dah established seperti PAS dan UMNO (mungkin mereka berjaya agaknya kalau masuk DAP) Akhirnya mereka juga terpaksa mengubah strategi dan cuba bergerak secara berdaftar dengan menubuhkan JIM
.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 12:40 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-8-2006 10:13 PM
Kembali kita ke dalam negeri....Gerakan wahabism mula bergerak disekitar tahun 30an dimana terdapat isu yang ditimbulkan oleh seorang peniaga kain yang berasal dari India, A.Hassan Bandung, yang me ...



Antara ulamak kaum tua yg aktif mempertahankan ASWJ dan terlibat  perdebatan dgn Hassan Bandung adalah anak kepada Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi iaitu Ustaz Fadhulullah As Suhaimi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-8-2006 10:13 PM
Kembali kita ke dalam negeri....Gerakan wahabism mula bergerak disekitar tahun 30an dimana terdapat isu yang ditimbulkan oleh seorang peniaga kain yang berasal dari India, A.Hassan Bandung, yang me ...



Grave kalau tak tahu apa-apa tentang 'ABIM Perlis' (Kumpulan Ustaz Dahlan) janganlah nak cerita...sy ada byk kenalan-kenalan dalam JIM dan 'ABIM Perlis'....JIM dan 'ABIM Perlis' tu 2 entiti berbeza.... saling mengenali tetapi berbeza pimpinan... 'ABIM perlis' wujud lebih dahulu dari ABIM, Ustaz Dahlan menerima tarbiah ikhwan muslimin ketika belajar di Timur Tengah, dan kembali ke Malaysia dan meneruskan usaha tarbiah iman dan islam, apabila munculnya Abim dan ABIM dilihat cenderung pada pemikiran ikhwan muslimin, maka mereka bergabung dengan ABIM atas dasar saling bantu-membantu sesama jemaah atas usaha iman dan islam, sepertimana bergabungnya berbagai-bagai gerakan islam di Mesir dibawah bendera ikhwan muslimin, mereka keluar dari ABIM selepas kemasukan sdr Anwar Ibrahim kedalam Umno, kerana mereka ada pandangan tersendiri tentang isu tersebut...maka mulalah mereka dikenali sebagai Abim Perlis... JIM pula merupakan asal dari gerakan-gerakan pelajar yang turut menerima idea-idea ikhwan muslimin ketika study di Luar Negara, apabila kembali dimasa konflik Anwar Ibrahim masuk UMNO, mereka memilih untuk berada dalam PAS, disana mereka cuba membaiki dari dalam akan masalah-masalah PAS sbg jemaah islam, kerana dizaman tersebut PAS lebih bersifat 'semangat' dari 'tarbiah' seperti usrah, dulu (awal 1970-1980an) usrah-usrah nie org PAS bukan kenal sgt, cuma sekarang ini baru wujud dan berjalan.. usaha 'JIM' nie seolah-olah mewujudkan jemaah dalm jemaah, so mereka pun keluar/dikeluarkan dari PAS dan menubuhkan JIM spt ada skrg..

Saudara-saudara sekalian, cuba lah bergaul dengan setiap jemaah yang ada, ambik kebaikan dan beri sumbangan pada usaha-usaha iman dan islam DAN TEGURLAH MEREKA DENGAN PENUH HIKMAH apabila mereka melakukan kesilapan dalam usaha mereka, apabila seseorang itu berada didalam sesuatu jemaah, susah baginya untuk lihat kesilapan sendiri melainkan ditegur oleh pihak jemaah lain, sikap berlapang dada dan menegur dengan penuh hikmah kena ada, jangan jadikan kesilapan satu jemaah sebagai alasan untuk mengkafir dan menyesatkan, PAS ada masalah tersendiri, Tabligh ada masalah sdr, JIM & Abim Perlis ada masalah sdr, begitulah juga lain-lainnya...

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 23-8-2006 09:30 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 09:56 AM | Show all posts
seorang peniaga kain yang berasal dari India, A.Hassan Bandung, yang membawa banyak persoalan-persoalan yang bercanggah dengan amalan yang dianuti oleh masyarakat Melayu ketika itu. Antaranya tidak perlu menyamak ketika tersentuh babi atau anjing, masalah talkin, tahlil dsbnya.


Baik saja tukar topik ni kepada mengwahabikan india muslim.  korang ada ke masa dailog tu?  atau korang ni mengandaikan saja apa yang dia orasng bincang?  yang dia orang tu berbincang masaalah antara mazhab ke atau berdebat?

Tak heran ler kalau syiah ni mengwahabikan semua orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2006 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 23-8-2006 09:18 AM



Grave kalau tak tahu apa-apa tentang 'ABIM Perlis' (Kumpulan Ustaz Dahlan) janganlah nak cerita...sy ada byk kenalan-kenalan dalam JIM dan 'ABIM Perlis'....JIM dan 'ABIM Perlis' tu 2 entiti b ...


Anda berkenalan dengan orang-orang JIM dan ABIM Perlis tapi saya sendiri suatu masa dulu terlibat dengan ABIM dan ABIM Perlis. Mula-mula di asrama cikgu yang buat usrah membawa saya masuk ABIM dan kemudian bertukar kepada ABIM Perlis. Saya sendiri pernah dibawa menghadiri tamrin di markas ABIM Perlis di Tunjung dan sempat berjumpa dengan ustaz Dhalan....lemah lembut orangnya dan perkataan yang selalu keluar....proses..matlamat..proses...tarbiah dsbnya.

JIM memang lah jemaah yang lain yang pada mulanya bergerak secara underground dikenali sebagai IRC (Islamic Representatives Council...London) dan cuba menyusup masuk pada organisasi yang dah established. Kegagalan mereka mentarbiahkan dari dalam mengakibatkan akhirnya mereka menubuhkan JIM.

JIM dan ABIM Perlis kedua-duanya mengaku mengikut jalan Ikhwanul Muslimun namun dalam Ikhwan sendiri terdapat perpecahan sehingga Syed Qutb sendiri dianggap menyeleweng dari akidah salafus-Soleh. JIM mengaku merekalah yang mengikut tarbiah Ikhwan yang sebenar namun rujukan mereka terbatas dan banyak kepada Said Hawwa di Jordan saja. Seorang penulis yang begitu hebat menulis dan menjadi rujukan IRC ketika itu adalah Abu Urwah atau nama sebenarnya Saari Sungib (dah masuk Keadilan sekarang). Ironis nya Saari Sungib dalam tulisannya di akhbar Siasah akhir-akhir ini memuji-muji pula Imam Khomeni dan kerajaan Islam Iran serta memanggil Ayatollah Syed Ali Khamenei sebagai Rahbar (ini tentu akan mengakibatkan orang-orang JIM bengang).

Oooh ya...ingat lagi masa dalam ABIM Perlis, Naqib sering mengeluarkan perkataan Jahilliyah bagi mereka yang tidak serta dalam tarbiah ABIM Utara ini. Bukan saja UMNO yang Jahilliyah tapi juga PAS dan ABIM Pusat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 05:38 PM | Show all posts
Baguslah kalau pernah ikut usrah Abim Perlis, dan pernah sampai Matri, samalah kita.. tapi saya sentiasa melihat kelemahan sesuatu jemaah adlh untuk dibaiki bukan dimaki, nak kutuk PAS... saya pun ahli PAS dan berinfaq secara bulanan untuk TKH, nak kutuk tabligh saya pun pernah keluar ikut tabligh... dalam masa sama saya juga biasa menghadiri kuliah-kuliah ustaz Rasul Dahri atau ustaz Azzahari Murad, nak mendengar pendapat-pendapat mereka yang agak 'keras' dan kritikan mereka terhadap dakwah ikhwan muslimin, PAS & Tabligh yang dianggap bertentangan dengan kaedah salafus soleh... semoga kritikan yang baik dapat membantu kita memasuki syurga Allah dan beramal dengan apa yang terbaik bagi islam...... apa yang pasti hidup kita kena ada prinsip yg jelas bersumberkan al-quran dan as-sunnah yang sahih, bukan beramal dengan semangat dan dorongan emosi sahaja....

wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2006 12:40 PM | Show all posts
Ini bukan nak maki atau nak kutuk tapi adalah hasil 'kesan dan akibat' berdasarkan juga teori 'aksi-reaksi'. Jika sesuatu golongan itu di kritik maka adalah lumrah bagi mereka untuk membela kebenaran mereka. Kritik tidak salah tapi apabila ia disertakan dengan perasaan prejudis yang disertakan dengan hinaan sebelah pihak maka sepatutnya jangan dipersalahkan orang yang mempertahankan diri mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.681833 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list