|
Originally posted by btho at 27-5-05 05:50 AM:
teringat saya satu kisah ketika saya bersolat di raudhah.
tetiber jer dtg hamba Allah (kot dr turki) ni, berdiri betul2x di hadapan saya dengan beberapa org ahli keluarga dier.
jadi mmg xbole n ...
Dugaan.
Saya nak sangat pergi umrah tapi nak join group umrah dari Malaysia sebab rasa lebih selamat /close. Harap harap dpt lah pergi secepat mungkin ... :pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya, kalau kita pasang niat dgn ikhlas nak pergi umrah/haji. Dengan tidak semena-mena nanti rezeki datang cukup-cukup untuk tambang umrah/haji.
Ini berlaku kepada kawan saya. Dia kerja jual insuran je. Pendapatan tak menantu. Dia memang berniat sangat nak buat umrah. Alih2 je dia dapat duit dari entah mana2 terus cukup buat tambang. Jadinya dia terus buat umrah dia. Alhamdulillah.
Allah Maha Pemurah dan Maha Mendengar. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat saya satu kisah ketika saya bersolat di raudhah.
tetiber jer dtg hamba Allah (kot dr turki) ni, berdiri betul2x di hadapan saya dengan beberapa org ahli keluarga dier.jadi mmg xbole n ...
Di Raudhah memang macam tu. Buat org lelaki, kalau nak ke Raudhah tu awal pagi bangun sebelum pintu masjid bukak dan tunggu di pintu. Lepas tu terus tuju ke Raudhah. Perbanyakkan sembahyang sunat bila kat sana. Lepas sembahyang subuh barulah balik ke hotel. Jadinya anda akan dapat beribadah di raudhah lebih dari 2 jam. Satu hari sekali di raudhah cukuplah. Beri peluang uk org lain merasa taman syurga pulak. Jangan tamak2.
Buat org perempuan pulak, keadaannya berasak-asak lagi teruk kerana Raudhah akan dibuka utk org2 perempuan pada masa2 tertentu sahaja dan tempatnya kecil. Mak Arab yang berselubung hitam tu memang brutal. Mereka tidak peduli samada kita tengah sembahyang atau tidak, mereka akan diri di hadapan anda dan anda terpaksa mengadjustkan diri utk rukuk & sujud. Keadaan ini juga akan berlaku di Hijir Ismail. Jadinya harap bersabar, kerana sabar itu separuh daripada iman dan anggaplah ini dugaan dari Allah.
[ Last edited by ustaz on 30-5-2005 at 10:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 30-5-2005 10:35 AM:
Buat org perempuan pulak, keadaannya berasak-asak lagi teruk kerana Raudhah akan dibuka utk org2 perempuan pada masa2 tertentu sahaja dan tempatnya kecil. Mak Arab yang berselubung hitam tu memang brutal.
absolute brutal.
cakap pun laser jer.
bebyklah bersabo......:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 30-5-2005 10:35 AM:
Keadaan ini juga akan berlaku di Hijir Ismail. Jadinya harap bersabar, kerana sabar itu separuh daripada iman dan anggaplah ini dugaan dari Allah.
kat hijir ismail pun, tak tahan dgn polis wanitanyer.
hishhhhh..........nf:
tgh seorg wanita angkat tgn berdoa, dia dah suruh org tu keluar.
cakap pun main tengking2x jer!
nasib baik ada lelaki melayu pandai cakap arab, tegur perangai dier yg takder hormat langsung dlm kawasan Kaabah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 30-5-2005 10:24 AM:
Sebenarnya, kalau kita pasang niat dgn ikhlas nak pergi umrah/haji. Dengan tidak semena-mena nanti rezeki datang cukup-cukup untuk tambang umrah/haji.
Ini berlaku kepada kawan saya. Dia kerja ju ...
Saya setuju tu!
Setuju sangat2x....:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DARSITA at 28-5-2005 04:01 AM:
Dugaan.
Saya nak sangat pergi umrah tapi nak join group umrah dari Malaysia sebab rasa lebih selamat /close. Harap harap dpt lah pergi secepat mungkin ... :pray:
Jgn risau.
Kalau ada niat tu, insyaAllah pergi satu hari nanti.
Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui niat hambaNya!
ps: dasat avatar ko tu Dar!!!!:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Polis-polis terpaksa bertindak brutal kerana sesetengah jemaah memang degil, di suruh blah mereka buat dek jek. Manalah polis tu tak hot.
Saya ada trick supaya tidak dihalau. Trick dia begini, bangsa arab nih, dia tak galakkan berdoa lepas sembahyang. pada mereka, surah2 dalam sembahyang, itulah dah dikira doa. Jadinya, jika anda hendak berdoa di tempat sesak2 seperti Raudhah dan Hijir Ismail.... selepas salam selesai sembahyang, terus sujud dan berdoa. Lepas habis doa, terus bangun dan blah. Jangan tunggu lama kerana keadaan akan makin sesak. Kebarangkalian kepala anda disepak atau dilangkah memang ada. Anda bersabar dan tumpukan kepada doa anda. banyak bersabar dan anggaplah ini suatu dugaan... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana moderators ni ....... bagi bagilah credits kpd yang menolong persoalan dlam thread ni.
|
|
|
|
|
|
|
PeNinGLaLaT This user has been deleted
|
Originally posted by DARSITA at 2-6-2005 02:59 AM:
Mana moderators ni ....... bagi bagilah credits kpd yang menolong persoalan dlam thread ni.
Sorry..terlepas baca thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
boipren kiter pege menunaikan umrah last week...ari sabtu nie 4/6 insyaAllah dia
balik ke kl....semoga segalanyer berjalan lancar dan dirahmati allah.... |
|
|
|
|
|
|
|
PERNAH gak gi dulu waktu atandard 6... best giler... ati tenang je.. mknan kat sana pun sedap... waktu nak blk rasa sayu je.. mum ckp sbb sedih nak tinggalkan temp suci... alhamdullilah.. bulan 7 ni nak gi lagi skali... |
|
|
|
|
|
|
|
suka ke madina kerana ada pasar kurma..sedap..mcm2 jenis ada dari kurma hingga ke kismis..kat mekah pulak yg pelik nya dekat KFC..siap ada jual nasi..mcm nasi beryani..last pergi 3 tahun lepas..rasa nak pergi lagi kalau ada seru..insyallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pegi musim panas.panas & berangin.nasib baik tak retak tumit & bibir.kalau sesiapa yg yg retak tumit sapulah petroleum jel or Vaseline.
Minum air zam2 puas.kalau rasa susah nak ke toilet, minum air zam2 & niat mudah buang air ..senanglah nak toilet. sapa yg tak tahan air batu,ambik ler air zam2 dari tong yg bertulis ngan kaler hijau.sbb air dari tong nie tak sejuk.
Kalau nak solat kat hijir Ismail tu org mmg ramai, tapi petuanya jgn tamak,means kalau dpt peluang segerakan soalat & bagi peluang kat org lain nnt org akan mudah beri peluang kat kita.
satu lagi masa nak pegi pasang niat2 betul2 nak buat umrah,sbb kalau niat nak shopping maka shopping lah yg dpt etc.buat byk2 tawaf sunat jgn dok buat tawaf kedai jer. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi kaum wanita pulak se elok nya membawa bag kecil yg boleh menyimpan kasut atau barang lain di dalam telekung..sebab kalau pergi bulan 6,7,8 adalah winter break..so ramai yang akan ke sana menunaikan umrah..so kalau tak nak pergi ramai org pergi pada bulan 10,11,12.Saya selalu pergi pada bulan 11 dan 12..pada bulan itu memang sejuk.Pabila bercakap wap nanti keluar dari mulut.Jikalau sesiapa hendak mencium hajarul aswad kalau penuh sesak cuba pada rengah mlm mcm pukul 2 atau 3 pagi kalau tidak tido..org yg beratur hanya segelintir sahaja..cuba jgn dekati kaum yg berkulit hitam kerana dorang nie ganas..sampai sanggup bertolak2 pasal nak cium hajarul aswad..nanti tak pasal2 kita di himpit oleh mereka..nanti kalau shooping kat bin dawood@hilton try rasa ice cream susu kambing yg beharga 1 riyal..sedap sangat..dan kuih2 arab serta roti marhok..roti tu amat besar!!!Bagi di madinah pulak semasa menunaikan solt subuh seelok nya kita hanya focus atau pandang ke bawah jgn pandang kepala org di hadapan(terutama kaum lelaki)kerana banyak yg batal sembahyang kerana terpandang kubah masjid tu terbuka secara automatik..banyak yg terpandang..kalau ke pasar di mekah tu baik2 dgn pemintak sedekah kat sana terutama budak2 kalau kita keluar duit banyak2 dan dorang tengok habis kita di serbu..sampai tak leh bergerak..tapi cuba try makan buah zaitun,anggur kat sana..sedap n besar2..thats all..
[ Last edited by flameboy35 on 7-6-2005 at 02:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..saya selamat mengerjakan umrah..baru balik 7hb yg lepas...
cuaca kat mekah sekarang ni mmg panas..malam dalam 36..siangnya pulak dalam 45..alhamdulillah..walaupun panas tetap tak membantutkan hasrat saya utk melakukan ibadah..detik yg tak dapat saya lupakan bila pertama kali dapat melihat kaabah sampai menitis air mata tanda kesyukuran...masih terbayang2 lagi kaabah di depan mata saya...rindunya nak berkunjung ke sana lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ramai tul org malaysia kat sana..sampai saya rasa macam berada kat malaysia lah pulak..
kalo ada rezeki insyaAllah lain kali saya nak bawak anak sulung saya ke sana... |
|
|
|
|
|
|
|
ya... mak saya pun baru balik mlm tadi dari menunaikan umrah selama 15hb 13m.
katanya cuaca di sana amat panas.... rasanya musim panas pun kat sana.
alhamdulillah, kesihatannya tetap spt biasa wpun ketika di madinah dia terpaksa berjalan jauh dari hotel utk masuk ke pintu jemaah wanita.
rasa teruja dengar cerita-cerita dia.
ni yg nak buat pergi ke sana semula.....!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
dengar kata rakyat malaysia sahaja sudah hampir 20 ribu org berada di sana!
tak tahulah betul atau tidak.
tapi kalau betul, mmg ramai banget!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|