|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
a little info about the 2 cute lawyers...
tak sangka dua orang ni jadi guest stars...glamour jugak dua orang ni kat Jepun sebab diorang ni pun movie stars...
Takaya Kamikawa - HITOSHI SEKIGUCHI (Sasaki's lawyer)
Age: 39
Birthday: 07 May 1965
Star Sign: Taurus
Blood Type: A
Height: 175cm
Weight: 60kg
TV Series:
Shiroi Kyoto/The Great White Tower (Fuji TV 2003/2004)
Mama no Idenshi/Mama's Genes (TBS 2002)
Shin Omizu no Hanamishi (Fuji TV 2001)
Kimiga Oshiete Kureta Koto/From The Heart (TBS 2000)
Cinderella wa Nemurenai (NTV 2000)
P.S. Genki desu, Shunpei/P.S. I'm Fine, Shunpei (TBS 1999)
Omizu no Hanamichi (Fuji TV 1999)
Ao no Jidai/La Periode Bleue (TBS 1998)
Bright Half Moon (Fuji TV 1997)
Movies:
Spy Sorge (2002)
Fukuro no Shiro (1999)
Gamera 3: Revenge of Iris (1999)
Tokyo Lullaby (1997)
Mitsuhiro Oikawa - KUNIHIRA (Zaizen's lawyer)
TV Series:
Mystery Minzoku Gakusha Yakuma Itsuki (TV Asahi 2004)
Shiroi Kyoto/The Great White Tower (Fuji TV 2003/2004)
Manhattan Love Story (TBS 2003)
Koi ga Shitai, Koi ga Shitai, Koi ga Shitai/I Wanna Be In Love (TBS 2001)
Oyaji/Stubborn Dad (TBS 2000)
Koori no Sekai/Ice World (Fuji TV 1999)
With Love (Fuji TV 1998)
Movies:
Izo (2004)
Cutie Honey (2004)
Casshern (2004)
Blind Beast vs Dwarf (2001)
Quartet For Two (2001)
The Guys From Paradise (2000)
The City of Lost Souls (2000) |
|
|
|
|
|
|
|
bila citer ni nak abih. aper citer baru ganti citer nih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by taiyo_sensei at 10-12-2004 01:36 PM:
bila citer ni nak abih. aper citer baru ganti citer nih
citer ni berterusan dari autumn 2003 (Oct-Dec) sebanyak 10 episod, sampai winter 2004 (Jan-March) sebanyak 11 episod...jadi semua sekali ada 21 episod...episod hari Ahad baru ni dah episod 15, jadi kalau ikut jangkaan, minggu terakhir bulan 12 iaitu 26/12 adalah episod akhir...maknanya citer baru akan mula Januari nanti...
belum ada iklan citer baru, newsletter dari 8TV pun kite belum dapat lagi...kalau dah ada nanti kite akan warwarkan kat sini...tapi kalau ikut trend 8TV sekarang ni yang dah start main citer2 tahun 2004 dan berdasarkan cast list yang pernah main kat TV3 & 8TV jugak, tekaan kite untuk citer2 yang akan datang adalah dari tahun 2004 dan terbitan Fuji TV...so my guesses would be PRIDE, Boku to Kanojo to Kanojo no Ikiru Michi & Fire Boys...
tapi ni tekaan je tau...manalah tau tiba2 8TV ambik citer2 dari tahun 2003 yang belum main kat TV lagi ke...ataupun tiba2 je 8TV buat keputusan nak main citer terbitan TBS macam Otousan hari tu ke...setakat kali ni, TV3 mahupun 8TV cuma mainkan citer2 Fuji TV & TBS aje...
[ Last edited by whitedove on 10-12-2004 at 01:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
:cry: apa sedih sgt ni... terharu betul la episod semalam (sabtu 11/12/04) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 10-12-2004 01:51 PM:
citer ni berterusan dari autumn 2003 (Oct-Dec) sebanyak 10 episod, sampai winter 2004 (Jan-March) sebanyak 11 episod...jadi semua sekali ada 21 episod...episod hari Ahad baru ni dah epis ...
oh thanks whitedove for the info .... sara pun tak sabar nak tunggu cerita baru ditayangkan ... |
|
|
|
|
|
|
|
whitedove, limau and eyka.... tak ada can kita nampaknya sebab semalam isteri Dr Satomi dah balik rumah he! he! |
|
|
|
|
|
|
|
The Great White Tower Episode 16
mahkamah panggil seorang profesor yang hebat dan terkenal buat penilaian pasal kes Prof. Zaizen (Toshiaki Karasawa)...profesor tu cakap yang Prof. Zaizen tak salah dan dah bertindak dengan betul...keluarga Sasaki kalah dalam perbicaraan lepas mahkamah putuskan Prof. Zaizen tak bersalah...family Sasaki nak buat rayuan, tapi Sekiguchi (Takaya Kamikawa) mintak diorang pertimbangkan lagi, sebab akan lagi teruk diorang kena kalau rayuan gagal...
Saiko (Akiko Yada) sangat risaukan keadaan Dr. Satomi (Yousuke Eguchi)...Dr. Satomi tak bagitau Saiko yang Michiyo (Maki Mizuno) dah tinggalkan rumah dan bawak anak diorang sekali...Prof. Uga recommend Dr. Satomi jadi profesor kat universiti lain tapi Dr. Satomi tolak sebab dia tak nak kena beli...dia pun dah buat keputusan nak resign dari UH Naniwa...
bisnes Sasaki dah lingkup...adik Sasaki ambik duit kedai dan bawak workers bukak kedai baru...isteri Sasaki macam dah tak nak buat rayuan, tapi anak Sasaki insist jugak...dia sanggup berhenti belajar kat universiti dan kerja untuk tanggung kos perbicaraan...so Sekiguchi pergi jumpa Dr. Satomi, tanya dia sama ada sanggup nak bagi keterangan lagi...masa tu barulah Sekiguchi tau yang Dr. Satomi dah resign...Sekiguchi macam rasa bersalah, tapi Dr. Satomi suruh Sekiguchi jangan risau...Dr. Takeuchi yang kerja bawah Dr. Satomi mintak dia jangan resign tapi Dr. Satomi dah nekad...nurse Kameyama yang suka kat Dr. Yanagihara (Hideaki Ito) pun nak resign jugak...dia tak senang hati dengan apa yang jadi kat UH Naniwa, dan mungkin jugak dia marahkan Dr. Yanagihara sebab menipu dalam court...
sayu je rasa masa Dr. Satomi nak tinggalkan hospital...Prof. zaizen tengok dia dari atas...air muka Prof. Zaizen nampak keberatan, sebab walau apa pun yang dah jadi, Satomi tetap kawan Zaizen yang paling rapat kat UH Naniwa...
Saiko pergi jumpa Dr. Satomi nak ucapkan terima kasih...Dr. Satomi bawak Saiko makan kat satu kedai ni...Dr. Satomi cerita kat Saiko yang masa mula-mula masuk pusat perubatan, dia dan Prof. Zaizen selalu makan kat situ...barulah Saiko sedar yang Dr. Satomi dengan Prof. Zaizen ada sejarah persahabatan yang lama...mesti Dr. Satomi rasa susah nak tegakkan keadilan sebab ia melibatkan kawan baik dia...Prof. Zaizen pulak pergi jenguk lab Dr. Satomi...dia jadi sedih bila nampak nametag Dr. Satomi...Michiyo pulak dah balik rumah dan mintak maaf kat Dr. Satomi...macam suka2 hati je Michiyo lari lepas tu datang balik...
Prof. Zaizen dah sambung balik hubungan dia dengan Keiko (Hitomi Kuroki)...memang selama ni pun dia macam rindu kat Keiko...Prof. Uga pulak mintak Prof. Zaizen jayakan projek pusat rawatan barah...dia nak jadikan Prof. Zaizen ketua pusat...sementara tu, Sekiguchi pergi ke pejabat kehakiman nak buat rayuan... |
|
|
|
|
|
|
|
The Great White Tower Episode 17
Kunihira (Mitsuhiro Oikawa) bagitau Prof. Zaizen (Toshiaki Karasawa) yang Sekiguchi (Takaya Kamikawa) tengah buat rayuan...Prof. Zaizen mintak Kunihira uruskan hal tu sebab dia tengah sibuk dengan urusan pusat rawatan barah...Sekiguchi pulak sibuk cari pakar yang sanggup buat penilaian kali kedua, tapi semua tak nak lawan UH Naniwa...
Prof. okouchi recommend Dr. Satomi (Yousuke Eguchi) jadi doktor kat satu hospital kecil...ketua hospital tu sanggup terima Dr. Satomi walaupun dia tau Dr. Satomi terlibat dengan kes Sasaki...Prof. Zaizen pergi jumpa Dr. Satomi...dia nak Dr. Satomi jadi ketua unit dalaman bila pusat rawatan barah siap nanti...Dr. Satomi cakap antara diorang ada banyak perkara yang nak diselesaikan...
setahun lepas tu, Dr. Satomi dah kerja kat Hospital Sennari...Sekiguchi pergi jumpa Dr. Satomi...dia bagitau Dr. Satomi yang dia dah jumpa ramai pakar tapi semua tak nak lawan UH Naniwa...Dr. Satomi tanya sama ada Sekiguchi dah jumpa Prof. Azuma, ayah Saiko (Akiko Yada)...Sekiguchi bercadang nak mintak tolong Prof. Azuma pulak...
Prof. Azuma dah jadi ketua hospital kat satu hospital terkenal...dia terserempak dengan Kameyama yang kerja kat hospital tu...Kameyama bagitau Prof. Azuma yang dia tak suka 'budaya' kat UH Naniwa, sebab tu dia resign...Dr. Satomi call Saiko pasal Prof. Azuma...Saiko cakap dia akan mintak tolong ayah dia jugak...
Prof. Zaizen dapat sorang pesakit yang mengingatkannya pada Sasaki...dia nampak Dr. Yanagihara (Hideaki Ito) risau, so dia tiba2 je ajak Dr. Yanagihara ke rumahnya...Michiyo (Maki Mizuno) pulak bagitau Dr. Satomi yang dia suka keadaan dia sekarang...Michiyo terkejut bila Dr. Satomi cakap dia ada berhubung dengan Saiko...Michiyo mintak Dr. Satomi jangan terlibat dengan kes tu lagi...of course, Dr. Satomi jadi serba salah tiba2...
Sekiguchi pergi jumpa Prof. Azuma nak mintak tolong...tapi Prof. Azuma tak nak tolong sebab dia bekas profesor UH Naniwa dan Prof. Zaizen jugak anak murid dia...Saiko bergaduh dengan ayah dia depan Sekiguchi...later, dia bagitau ayah dia yang dia beria2 sangat dalam perbicaraan sebab Dr. Satomi yang bagi dia keyakinan dan sanggup berkorban untuk tegakkan keadilan...bagi dia, Dr. Satomi adalah doktor yang sebenar...Prof. Azuma dapat agak yang Saiko sukakan Dr. Satomi...
Prof. Zaizen temukan Dr. Yanagihara dengan Hanako, anak pemilik syarikat ubat...dia nak Dr. Yanagihara kawin cepat...tu strategi dia nak 'beli' Dr. Yanagihara...lepas jumpa Hanako, Dr. Yanagihara curi2 pergi tengok Puan Sasaki...Sekiguchi ternampak dia dan panggil dia...Dr. Yanagihara yang semakin rasa bersalah larikan diri dari Sekiguchi...
Prof. Azuma pergi cari Dr. Satomi nak tanya pasal pembedahan dulu...masa ni Prof. Zaizen tengah dalam surgery...dia hilang konsentrasi dalam surgery sebab dia tiba2 teringatkan Sasaki yang sama keadaan dengan pesakit dia sekarang...dia seolah2 dihantui bayangan Sasaki, jadi berlaku complications dalam operation room...sementara tu, Dr. Satomi bagitau Prof. Azuma yang Prof. Zaizen mungkin nak pembedahan dibuat segera walaupun tau metastasis barah berlaku...pembedahan Sasaki dibuat pada hari terakhir Prof. Azuma kat UH Naniwa...Prof. Azuma syak Prof. Zaizen perform surgery hari tu sebab tak nak jumpa dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by db10 at 13-12-2004 09:01 AM:
whitedove, limau and eyka.... tak ada can kita nampaknya sebab semalam isteri Dr Satomi dah balik rumah he! he!
lol:lol memang pun! tapi Michiyo tu macam still tak boleh terima suami dia terlibat dengan kes tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by db10 at 13-12-2004 09:01:
whitedove, limau and eyka.... tak ada can kita nampaknya sebab semalam isteri Dr Satomi dah balik rumah he! he!
:hmm:
Yelah titiba, je wife dia balik...tapi tak pe kkita terus tengok apa yang akan terjadi seterusnya..haha
Dr.Zen Zen dalam keadaan kritikal, dia macam rasa bersalah. Tapi tak mengaku kan. Rasanya xnie pasti dia akan dijatuhkan hukuman ' bersalah atas kecuian'.... |
|
|
|
|
|
|
|
I think lepas ni mesti Yanagihara yang tukar statement kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by db10 at 13-12-2004 11:35 AM:
I think lepas ni mesti Yanagihara yang tukar statement kot?
ye le...tengoklah Yanagihara tudah macam mana...gelabah semacam je...kuat betul rasa bersalah dia...mesti nanti Sekiguchi dapat convince dia untuk tukar statement...bila la dia nak jumpa nurse Kameyama balik ek...suka gak tengok diorang berdua... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya..Limau pasti lepas nie dia pasti akan tukar keterangan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limau at 15-12-2004 11:06 AM:
Ya..Limau pasti lepas nie dia pasti akan tukar keterangan dia..
tak lama lagi la Yanagihara tu...
hmm, nampaknya hubungan Satomi dengan Saiko tak ke mana...episod yang Michiyo balik rumah tu dah nampak dah...ada satu scene ni crucial sangat dalam menentukan hala tuju hubungan diorang...scene yang Satomi balik rumah dan Michiyo dah ada kat rumah, masa tu Satomi balik dengan payung merah Saiko...yang simboliknya, Satomi tinggalkan payung tu kat luar rumah dan terlupa pasal payung tu masa dia peluk isteri & anak dia...
tapi tak tau la J-dorama ni...ada 4 episod lagi, tapi macam2 boleh jadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by db10 at 2004-12-13 09:01 AM:
whitedove, limau and eyka.... tak ada can kita nampaknya sebab semalam isteri Dr Satomi dah balik rumah he! he!
:no::no: lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
ader official site dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ni memang best!
Tak pernah miss lagi
Kagum dgn ketelitian diorang buat jln cerita..
terutama kesan drp perbuatan Zaizen kepada keluarga Sasaki
sampai terpaksa jual kedai & buka gerai tepi jalan
rasa geram tengok Dr Zaizen & sekutu2nya yg semcm kebal
sampai Prof Huneo yg benci Zaizen pun berjaya dirasuah sama :agr:
apa pun, seronok tengok cerita yg selama ni kita tak pernah tengok
iaitu politik di kalangan profesional doktor
berapa episod lagi agaknya cerita ni ya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapat tengok hari episode sabtu...
Whitedove, tolong bagi sinopsisnya ya...Ada berapa episode lagi ni.....ahad semalam ,menarik sungguh endingnya.tak sabar nak tunggu next week.... |
|
|
|
|
|
|
|
ahaa...
tembelang dr zaizen dah nak terbonkgar..!! padan muko engko!!! jadik doktor jahat!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|